Minah kata dia anggap aku macam Abang je, tapi aku tahu dia tolak aku sebab aku gem0k. Berat aku 130KG, pinggang aku 60cm. Dalam perjalanan balik atas motor, tanpa sedar mengalir air mata jantan aku. Sampai rumah aku nekad nak kurus, nak baIas d3ndam. Aku tengok badan aku, Ya Allahh.. memang tak elok..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Ini adalah cerita lama aku masa menuntut disalah sebuah universiti awam tempatan di utara tanah air pada tahun 1998 – 2002. Dah 22 tahun pun cerita ni berlaku.
Semuanya adalah cinta monyet zaman universiti. Aku belajar dalam jurusan teater dan sememangnya aktif berlakon teater. Pada tahun 2000, aku terlibat dalam satu produksi teater di luar kampus. Turut terlibat adalah junior aku seorang budak perempuan yang agak genit, meletis dan comel jugaklah pada pandangan mata aku.
Sebelum tu, sebagai makluman ampa, berat badan aku masa ni 120 – 130kg, pinggang 60cm dan tinggi 182cm. Ampa boleh bayangkan lah kan? Betapa besaqnya aku. Memandangkan produksi di luar kampus, maka terp4ksalah aku berulang alik dengan motor EX5 dari kampus ke tempat latihan yang mengambil masa dalam 20 minit perjalanan.
Budak perempuan junior aku ni tak der transport. Maka motor akulah yang ditumpangnya. Beruntung dia membonceng motor dengan aku. Kalau hujan dari depan, memang dia tak kena pasai badan aku yang besaq berjaya menjadi peIindung dirinya dari hujan.
Kalau orang tengok dari depan, nampak macam aku naik motor sorang. Tapi bila dah lepas, pandang dari belakang baru nampak yang motor tu ada pembonceng. Sepanjang sebulan latihan, hari – hari dah tumpang aku, maka secara tak sengaja aku dah mula ada hati kat budak junior aku nih.
Aku selalu memendam rasa bila dia rapat dengan budak lelaki lain dalam produksi tersebut. Dalam hati, aku kata tak boleh jadi. Aku mesti luahkan apa yang aku rasa terhadap dia. Nak tak nak aku perlu kuat untuk meluahkan isi hati aku pada dia.
Pada aku, aku dah luahkan dan terpulang pada dia nak terima atau tidak. Maka, pada satu malam dalam perjalanan pulang dari latihan, aku bawak dia pi singgah makan dulu. Aku bercadang nak melamar dia masa tuh. Dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi, aku meluahkan isi hati aku pada dia.
Dah habis makan, aku pun tanpa teragak – agak terus meluahkan isi hati aku pada dia. “Minah, aku suka kat h4ng. H4ng nak dak kat aku?” Dia terkedu dan memandang tepat ke mata aku. Aku debar dan rasa malu serta bersalah.
Lepas tu dia mula senyum dan membaIas “Awang, aku mintak maaf… Aku anggap kau seperti abang aku sendiri”. Maka aku fahamlah isi hati dia. TAK NAK LAH TU KAN…. OK FINEEEEE… PASAI AKU GEM0KKKKKK… Aku senyum dan menerima hati yang terbuka.
“Oklah… jom balik” dia mengangguk tanda setuju. Atas motor dalam perjalanan balik ke kampus, kami diam tak kata apa – apa. Kalau sebelum ni dia pegang pinggang aku yang memang tak berpinggang, malam tu dia pegang besi belakang motor jer.
Macam jijik sangat kat aku. Ok fine. Setelah aku hantar dia balik ke bilik, aku pon balik ke rumah sewa. Dalam perjalanan balik atas motor, tanpa sedar mengalir air mata jantan aku. Dalam hati, aku berkata – kata “Kau tolak aku ya? Tapi tak salah kau… aku tau aku gem0k”.
Malam tu jugak aku tekad yang aku nak daiet. Sampai di rumah sewa, macam biasa aku akan mandi dulu sebeum tidoq. Sebab latihan teater berpeluh bagai. Berguling atas lantailah dan macam – macam lagi. Sebelum mandi, macam biasalah… aku ber4k dulu.
Masa tengah memerut tuh, duduk atas mangkuk tandas jenis jamban duduk. Sambil isap r0kok, aku mengenang kembali peristiwa sebentar tadi. Masih tergiang – giang lagi kata – kata Minah. Aku terfikir bahawa aku perlu melakukan sesuatu.
Aku tak boleh biarkan kata – kata ini membvnvh cita – cita aku untuk memiliki cinta. Ada orang kata cinta itu buta, tidak memandang rupa dan harta. Poooodddaahhhh!!! Dalam pada itu, aku melihat perut aku. Wahhhh memang besaqqq tak nampak ‘adik’ kat bawah… hahaha… dengan kopek lebik berlemak melepek atas perut lagi
Memang hodoh aku tengok sendiri. Aku tekad bahawa aku kena kurus. Aku jadikan penolakan cinta aku pada malam tu adalah turning point untuk aku kurus. Selesai memerut, sebelum pi mandi, aku panggil housemate aku masuk toilet.
Aku mintak dia tolong potong rambut aku. Cukur botak terus (rambut aku panjang paras bahu). Malam ni aku bernazar untuk kurus. Lepas botak, aku berdiri depan cermin dalam bilik air. Ya Allah… memang tak elok. Maka keesokkannya bermulalah hari – hari aku mengKuruskan badan.
Aku mula jalan kaki dari rumah sewa ke kampus dan dari kampus balik ke rumah. Segala urusan dalam kampus pun aku berjalan kaki jer. EX5 aku, aku bagi housemate aku pakai. Aku mula berjogging setiap petang. Aku dah mula tinggalkan air manis, tinggalkan nasi hanya meratah sayur dan makan buah sahaja.
Sekali sekala aku ambik roti. Setiap malam aku sembahyang hajat mohon Allah bantu aku agar tetapkan hati aku untuk kurus dan bantu aku kurus. Isnin dan Khamis aku buat puasa sunat. Macam – macam petua daiet kawan – kawan kongsi.
Dari berat badan aku 130kg, tinggal 70kg dan pinggang aku dari 60cm tinggal 32cm. Terlupa nak sambung cerita lepas esoknya tuh, aku tetap bawa jugak budak junior aku tu membonceng motor pergi latihan teater. Cuma hubungan kami tak semesra sebelum ni.
Aku bawak dia sehingga hari pementasan berlangsung dan dia pun dah menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang mamat dalam produksi tuh. Hari – hari seterusnya aku tetap biasa dengan dia dan redho atas segalanya serta turut merestui hubungan mereka.
Dengan boyfriend dia pun aku baik. Aku anggap mereka macam adik – adik angkat aku jer. Tapi dalam pada masa yang sama, aku berharap agar hubugan mereka tak lama. Hahahaha… sebab aku masih ada hati dengan Minah nih. Puihhhh…
Jeng jenggggg… Namunnnnn… ada satu kejadian yang membuatkan aku betul – betul kecewa. Ada satu malam, Minah dan boyfriend dia nih mai lepak rumah sewa aku. Aku keluar sekejap pi beli makan. Balik jer rumah, aku tangkap depa ber0men dalam bilik aku.
Ya Allah… kecewanya aku. Namun aku tetap buat biasa. Tapi dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu bahawa hati aku r3muk berkecai. Aku mulai jauh dengan Minah. Di kampus pun aku akan lari dari dia. Dalam pada itu, aku tetap fokus dengan usaha mengKuruskan badan aku.
Sehinggalah pada semester akhir aku, (masa tuh aku dah kurus slim dah) Minah mai duduk depan aku masa aku tengah makan di kafe. Aku tak boleh lari dah masa tuh. Minah minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ni. Aku kata aku no hal… ok jer… dan Minah meluahkan perasaan dia kat aku semula… “Awang, ingat tak malam tu h4ng meluahkan perasaan h4ng kat aku? Aku sudi terima balik”.
Aku senyum… dan aku jawab “Ya… aku ingat… tapi aku pon anggap h4ng macam adik aku sendiri jer” aku bangun dan terus blah. Tinggallah Minah keseorangan dan tercengang – cengang. Lepas dah kurus tuh, penampilan dan keyakinan diri aku berubah 360 darjah.
Aku jadi playboy kampus baq h4ng. Semua awek aku berkawan. Semua aku buat mesra. Semua aku layan sebab ada satu perasaan ingin membaIas d3ndam terhadap wanita seperti Minah. Aku juga pernah diambil oleh Syarik4t Produk Kurus untuk jadi model iklan billboard dan majaIah. Begitulah cerita cinta monyet zaman kampus aku. Terima kasih tekun membaca. – Omey (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Alhamdulillah ada juga komen – komen positive dari pembaca yang aku baca dari penulisan sebelum ini. Ada kata kelakor, menghiburkan dan sebagainya. Sekurang – kurangnya dapat jugak penulisan aku tu memberikan mood happy kepada yang membaca dan mereka dapat release tension.
Ada juga yang negative mengatakan bahawa hanya cerita rekaan (weiiiii. Cerita sebenar boh. Tak der tokok tambah pon), ada jugak yang mendoakan aku gem0k semula selepas aku kurus, aku jadi playboy. Hahaha. Tak payah doa sembahyang hajat bagai.
Aku memang dah gem0k semula dah nih. Usia dah 40an kot. Metabolisma dah rendah. Faktor sibuk kerja lagi. Mana nak dan exercise (alasan). Anyway, terima kasih semua ya. Baiklah. Apa yang terjadi kepada aku seterusnya?
Setelah frust dengan penolakan cinta Minah? Hmmm. Kehidupan dunia mahasiswa aku seperti biasa malah aku lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian. Maklumlah. Badan sem4kin hellokkkk kannnn. Kalau sebelum ni, masa gem0k, aku tak der keyakinan diri, kali ni aku jadi sem4kin yakin.
Pi ke mana pun aku jadi orang yang normal. Pilih baju seluar pun mudah. Berkenan, sarung, ngam dan bayor. Kalau dulu, berkenan, tengok saiz, sarung, g4ntung balik, tanya saiz, pastu muka frust dan keluar kedai tak beli apa.
Masa tengah gem0k tu, antara aku tak boleh lupa, ada sekali tu kan, aku nak masuk library; pintu library tu pintu kaca, jadi, cahaya matahari tembus masuklah depan pintu tu sikit. Bila aku nak masuk, autom4tik cahaya kegemilangan terang bend3rang tuh jadi gelap dan bayang – bayang aku akan melitupi depan tuh membuatkan ramai orang yang perasan dan tengok aku.
Jadi, aku masuk pintu kiri, aku keluar balik ikut pintu kanan. Segan woiiii. Sampai ke sudah aku tak masuk dah library beIah siang. Aku tunggu malam baru aku masuk. Pernah jugak aku naik bas awam, maklumlah bas awam ni kebanyakannya dah tua.
Bila aku pijak jer tangga bas, bas senget sikit dan berbunyi. Creeeetttt. Semua penumpang yang ada dalam bas tu duk tengok ke aku. Dari pintu depan bas, nak berjalan ke kerusi paling belakang, bas tu terhoyong hayang kiri kanan kiri kanan disulami bunyi besi karat bergesel.
Maklum la. Orang gem0k jalan dengan terkengkang sebab peha besorrrr. Adalah jugak terdengar hujung cuping telinga aku ketawa – ketawa sinis dari beberapa orang awek dalam bas tuh (4ram jadah. Pelaq betoi depa nih).
Ada satu kejadian tuh, aku bawak motor dengan member aku, masa nak naik bukit, motor tak lepas naik. Member aku turun tolak dari belakang. Kebetulan ada sekumpulan awek lalu dengan kereta. Member aku lepas motor dan buat – buat cari dompet jatuh.
Aku dah macam beruang sarkis bawak motor terkial – kial pasai motor nak berundur semula ke bawah. Ada jugak kawan – kawan aku tak suka aku kurus. Sebab dah jadi orang lain kata depa. Lebih serius dan control macho.
Depa suka aku dulu yang gem0k sebab selalu buat kelakor (ampa suka aku gem0k, aku yang tersiksa bawak badan ni, ampa tak tau). Aku tak nafikan memang memberi sedikit kesan. Kalau dulu, aku sentiasa ceria sebab perut sentiasa kenyang.
Hormon ok masa tuh. Muka pulak comel. Bila dah kurus dan masih disiplin dalam daiet aku, aku terp4ksa tahan lapar dan makan ikut jadual. So, faham – faham jer lah perut tengah lapar. Perasaan bebai nak marah jer. Aku jugak pada masa yang sama nak control ketampanan dan kemachoan aku masa tu hahahaah. Sanggattttt. (ni mesti ampa termasuk admin nak kenai dan tengok rupa aku kurus kan?)
Bila aku dah kurus, ada rupa sikit, mulalah ramai awek – awek nak berkawan tambahan aku selalu naik pentas berlakon teater dan jadi emcee di majlis – majlis rasmi universiti. Lepas kes dengan Minah, aku dah mula tak suka kepada hubungan yang ada komitmen.
So, dengan semua awek aku berkawan dan mesra. Aku bebas nak berkawan dengan sesiapa pun tanpa ada rasa was – was. Semua aku tak bagi pengharapan. Bagi aku, dunia kampus adalah dunia mengenali semua orang.
Berkawan dengan semua sambil membuat pilihan. Aku bukanlah seorang ‘playboy’ yang berkawan dengan anak d4ra orang, lepas tu ‘cretttt’ anak d4ra orang dan tinggal macam tu jer. Tak. Aku tak buat kerja terkutuk macam tu.
Aku ingat masa tu, yang aku kalau ada jodoh, akan berkahwin dan kemungkinan dikurniakan anak perempuan juga. Aku cuma ada ramai kawan – kawan perempuan yang aku layan mesra sahaja. Sebab bagi aku, wanita harus dilayan baik dan dihorm4ti.
Aku gem0k sejak kecil lagi. Mak aku cerita, pantang aku nangis disuapnya susu. Aku membesar dan terus membesar sampailah ke alam universiti. Sebelum masuk universiti, lepas SPM sempat aku kerja kat kedai runcit. Tiap – tiap hari 3 ke 4 tin air carbonat aku minum sampai ket4gih.
Itu salah satu penyumbang kegem0kkan aku jugak tuh. Di universiti, tahun pertama dan kedua aku masih gem0k. Sehinggalah kejadian malam cinta aku ditolak oleh Minah. Menjadi suntikan semangat untuk aku berhijrah.
Disebabkan amalan daiet dan excercise yang extreme, 3 bulan pertama dah nampak perubahan. Kebetulan waktu tu cuti semester. Bukak semester semua kawan – kawan tak kenai aku dan terk3jut dengan perubahan besar yang berlaku pada tubuh badan aku.
“Wah Awang. sem4kin segak lah h4ng”. “Uih. hensem dah h4ng sekarang”. “Woi. apa yang h4ng amal?”. Itu antara yang keluar dari mulut kawan – kawan aku masa tuh. Masa tengah tranning MakYong, ada akak senior ni bersuara “Awang. kalau h4ng kurus, akak rasa lagi hensem tau” itu juga jadi pemangkit semangat untuk aku terus berusaha.
Oleh yang demikian, kalau ada di antara kawan – kawan kita yang nak atau sedang proses nak kurus, supportlah dengan kata – kata per4ngsang kepada mereka. Kalau keluar makan tuh, kalau depa order lebih – lebih, ampa tolong peringatkan kembali matlamat depa.
“Woi. h4ng nak kuruskan? Bagi aku makan makanan yang h4ng order nih”. Hahaha. Aku dah mula rasa nak kurus cepat – cepat. Rasa macam nak tidur malam ni, esok celik mata tau – tau dah kurus. Daiet dan excersise aku lagi extreme.
Aku sanggup berlapar dan hanya meratah sayur. Air manis langsung tak sentuh. Sehinggakan aku nak minum air putih pun aku takut. Takut kepada kegem0kkan kembali. Memang daiet aku daiet yang tak sihat. Dalam duk berdaiet, aku juga ada nafsu teringin nak makan banyak macam sebelum ni.
Dalam seminggu tu, ada sekali dua aku akan makan nasi banyak. Lepas tu aku akan ke bilik air untuk munt4hkan semula. Aku timbul perasaan menyesal lepas makan. Aku takut gem0k semula. Ampa tolong jangan buat naaa. Bah4ya.
Tak terkawal boleh membawa m4ut. Ampa carilah artikel tentang an0rexia dan buIimia nih dan bacalah. Keadaan ni berkekalan dari tahun 1999 hingga 2008. Bab excersise pulak, setiap hari aku akan jogging seluruh kampus tanpa kegagalan. Hiking dan sebagainya.
Kalau tak excersise, aku rasa tak puas hati. Aku mesti nak kena keluarkan peluh jugak. Sebenarnya, bagi aku, excersise ni 10 – 20 percent jer menyumbang kepada penurunan berat badan. 80 percent adalah amalan pemakanan kita yang seimbang.
Aku juga amalkan satu tips untuk tahan lapar dan tak makan banyak. Aku simpan gambar seorang model atau pelakon yang kurus dan hensem. Kalau rasa nak makan jer, aku akan keluarkan gambar tu dan tengok lama – lama.
Masa tu aku bercakap dengan diri aku sendiri “Aku nak jadi macam ni”. Terus tak jadi nak makan. Gambar tu sekadar psik0logi supaya memberi suntikan semangat untuk aku terus berusaha untuk kurus. Aku juga ada cerita sebelum ni yang aku sembahyang hajat tiap – tiap hari kan?
Ya. memang aku buat dan mohon Allah taala tunaikan hajat aku. Aku juga berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. dah alang – alang aku berlapar, baik aku puasa jer. kan??? Aku juga amalkan segala petua kurus yang kawan – kawan kongsi.
Sepanjang proses mengkuruskan badan, aku tak ambil apa – apa produk kurus pun. Tapi macam mana aku jadi model ubat kurus? Pernah satu hari tuh, (wife aku ni selalu langgan majaIah Wanita. Dalam tu banyak produk ubat kurus)
Aku tengok iklan peraduan menang kereta dengan syarat setiap penyertaan kena sertakan label produk tersebut. Aku pun belilah set produk tu. Makannya tidak. nak ambik lebel jer. Pastu aku hantar penyertaan. Aku dapat masuk ke pusingan terakhir.
Di pusingan terakhir, semua peserta kena memperagakan body atas pentas la sambil mc bacakan biodata. Aku dapat tempat kedua. Bawa balik set home theater dan duit RM1,500. Pastu buat fotosh00t untuk dijadikan model produk tersebut.
Gambar aku menghiasi majaIah Wanita masa tu dan billboard – billboard depan Masjid Jamik Kuala Lumpur (kat tiang monorail tu). Di setiap kedai jamu yang jual produk tu ada jugak banner muka dan badan aku yang slim melim nih (patut lah masa tu aku pi ke mana pun orang duk pandang – pandang jer).
Sekarang umur aku dah 43. Aku dah tak mampu nak kekalkan daiet atas faktor usia dan kesibukkan kerja. Asal meeting makan. asal makan, meeting. Masuk PKP, work from home, makan jerlah memanjang. Umur 41 aku dapat anak kecik lagi (Anak PKP hahaha).
Anak m4kin membesar. Apa yang anak tak habis makan, aku lah yang jadi tong sampahnya. Mana tak gem0k semula. Sebenarnya, GEM0K IS OHSEM.. – Omey (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
NurAz Wan : Saya pun pernah ada masalah berat. Walau cuma 58kg. Tapi memag buruk sangat pada pandangan sendiri, dan rasa – rasanya lebih – lebih lagi pada pandangan orang lain. Nak tahu rupa kita, bila masuk bilik mandi hotel yang banyak cermin – cermin besar dari atas ke bawah tu. Masa tu lah. Putvs semangat tengok rupa badan sendiri. Nasib baik berat saya mudah turun, walau pun mudah jugak naik.
Zulhilmi Jol Hassan : Tahniah bang. Saya puas hati baca part minah terpinga – pinga tu .Penulisan santai dan saya seronok baca. Saya antara yang tekun membaca bang.
Nora Osman : Terbaiklah Abam omey.. MembaIas kata – kata si minah tu tapi pergi baIas dengan semua ladies lain tu memang tak baik. Sebab buat tak baik tetap baIasannya d0sa. Walaupun tak gem0k badan semula, leh gem0k d0saaa. Tq cerita yg menghiburkan.
Zack Hunter : Tebalnya muka minah tu. Dah reject ko tapi still tumpang motor tiap – tiap hari. Dah kant0i ber0men kat bilik ko, leh lak dia nak minta ko terima dia. Wakakaka.. budak – budak teater memang ada confident yang sangat luar biasa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.