Kami pasangan PJJ, bila aku balik rumah je isteri tak berapa nak layan aku. Nanti dia bangun tengahari pergi rumah mak dia tak pun keluar dengan kawan – kawan. Aku rasa sunyi sehinggalah aku mula chat dengan seorang perempuan dekat Facebook. Selama 12 tahun, aku tak pernah curang. Sekarang pun aku tak curang. Aku cuma minta Izin untuk bernikah seorang lagi. Aku cuba berterus terang.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku nak minta pandangan. Aku dah 12 tahun kahwin. Kami belum ada rezeki dikurniakan anak. Aku PJJ dengan isteri. Isteri aku tak bekerja min. Setiap kali aku balik dari kerja, isteri aku tak berapa nak layan aku. Boleh kata, time aku balik, dia tak lekat rumahlah. Asyik balik rumah mak ayah dia. Tak pun keluar dengan kawan – kawan dia.
Aku rasa macam aku ni tak wujud pada dia. Aku sunyi. Kalau aku dekat rumah, dia bangun dah tengah hari. Memang tak masak untuk aku. So selama 12 tahun ni, memang aku banyak makan dekat luar. Cari makan sendiri. Bila aku tegur, aku yang kena marah balik. Kalau dia marah, bukan takat hamun je, kaki tangan semua naik. Bukan aku dayus tak meIawan atau marah bini aku. Tapi aku tak nak panjangkan cerita.
Kalau berg4duh, dia lari balik rumah mak dia tak balik. Asyik minta cerai jer bila g4duh. Dia cakap dah tak bahagia. Aku tak tahu mana salah aku. Aku masih boleh sabar lagi. Aku kecil hati bila isteri aku cakap, kalau dia tak kahwin dengan aku, tak ada siapa nakkan aku. Aku ni memang lah tak hensem min. Biasa – biasa je. Kulit gelap. Kalau dari awal dia tak suka aku sebab tak hensem, dah kenapa kahwin dulu. Entah lah min. Aku keliru.
Aku mula bosan duduk rumah, dah la kami tak ada anak jadi Aku start chat dengan perempuan dekat facebook sampai lah aku jumpa dengan sorang perempuan ni. Dia sangat baik. Caring. Dia buat aku rasa bahagia bila dia layan WhatsApp aku. Oh ya, kami bertukar no hp. So kami selalu WhatsApp. Dia baru lepas putvs tunang. Jadi kami jadi akrab. Dia pun happy dengan aku. Dia tau aku ni suami orang.
Aku rasa jiwa aku terisi dengan kehadiran dia. Oh ya min. Dia cantik sangat. Tak sangka dia nak kawan dengan aku. Ye lah, bak kata wife aku, tak ada siapa pun nak pandang aku.. Aku betul – betul jatuh hati dengan dia. Aku meluaskan hasrat untuk jadikan dia isteri ke-2 aku. Aku ingat dia nak menolak. Yang buat aku terk3jut, dia minta aku minta Izin dengan bini aku.
Bab mampu, InshaAllah aku mampu min. Aku mencari bahagia. Tapi dalam masa yang sama, aku sayang lagi isteri aku. Aku tak nak bercerai walaupun dah berkali – kali aku kecewa dengan sikap isteri aku yang tak pernah nak berubah. Aku rindu BeIaian Dan layanan seorang isteri.
So untuk aku berterus terang minta Izin dengan bini aku ni, part yang buat aku buntu terus min. Aku memang dah suka dengan dia. Tapi aku jadi tak tahu nak cakap macam mana dengan bini aku. Setelah berminggu aku fikir, akhirnya aku luahkan jugak dekat isteri aku. Seperti aku jangkakan, isteri aku meng4muk – ngamuk m4ki hamun tarik rambut pukuI aku.
Lari rumah mak dia. Hamun dengan kata – kata kasar dekat aku tak payah cakapla min. Kalau orang baca pun, orang takut. Dalam diam, bini aku pergi ser4ng perempuan tu min. Dia rasa ins3cure dengan perempuan tu. Sebab perempuan tu cantik dan bekerjaya. Mungkin dia rasa tercab4r sebab dia pernah cakap tak ada siapa yang nakkan aku kalau dia yang tak kahwin dengan aku.
Perempuan tu terlalu baik min. Sikit pun dia tak baIas m4ki hamun bini aku. Dia minta maaf dan nak jauhkan diri dari aku. Masalahnya sekarang, aku terlalu sayangkan dia. Aku tak boleh kehilangan dia. Aku tak tahu dari mana perasaan sayang tu. Selama 12 tahun, aku tak pernah curang. Sekarang pun aku tak curang. Aku cuma minta Izin untuk bernikah seorang lagi. Aku Cuba berterus terang.
Salah ke tindakan aku untuk bernikah lagi seorang?. Aku tau bab poIigami ni sangat sensitif. Aku cuma mencari bahagia. Korang jangan cakap aku tak pernah bincang dengan wife aku masalah kitaorang. Banyak kali bincang, aku yang kena semula. Aku yang kena m4ki hamun.
Sekarang ni, dia ugvt nak viralkan kata aku suami curang gataI dengan perempuan lain. Dia ugvt macam – macam pada perempuan tu kalau aku ceraikan dia. Padahal aku tak ada cakap nak ceraikan dia ke apa. Dia yang selama ni asyik minta cerai tak henti – henti kata tak bahagia.. So sekarang ni dia main ugvt – ugvt aku. Aku sendiri tak faham apa yang dia nak sebenarnya.
Tolong lah bantu aku. Apa perlu aku buat. Aku sayangkan dia. Dalam masa yang sama, aku str3ss dengan bini aku. Kalau aku tinggalkan perempuan tu, aku hilang kebahagiaan yang aku cari selama ni. Kalau aku teruskan dengan wife aku, life aku kembali seperti sedia kala. Nak makan cari sendiri. Kadang aku rasa malas nak balik rumah. Entahlah.. Tolong lah bantu aku.
Perkongsian yang dibuat oleh penulis ini mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Ada yang memberi komen positif malah ada juga yang memberi komen yang negatif. Semoga pandangan yang diberi oleh pembaca – pembaca dapat membantu lelaki ini sedikit sebanyak dalam menyelesaikan hal rumahtangganya
Komen Warganet :
Mustakim Ashikin : Bila hilangnya rasa hormat semua perkara dianggap remeh, pada saya encik kena tegas sebagai seorang suami. Jangan biarkan isteri menjadi nakhoda kapal yang encik sedang belayar sekarang. Suami tak boleh takut untuk menegakkan sesuatu yang betul, encik kena yakin. Saya tak cukup pandai nak nasihat tapi saya sarankan encik memdaIami ilmu agama Islam baru encik boleh bahas semua berdasarkan fakta.
Elahwari AzimAriana : 12 tahun hidup berumahtangga, lama jugak tu. Macam – macam pahit manis dah rasa. Kalau betul isteri macam tu baik awak kahwin lain jela. Kalau rasa diri tu mampu dan adil, kahwin la. Tak ada masalah sebab punca bini awak yang cari sendirikan. Jarang bini pukuI suami ni, kalau setakat berIeter tu perkara biasa. Ni m4ki hamun, pukuI dah jadi kes d3ra tu.
Huda Redzuan : Aku percaya je ada lelaki jenis lembut malas nak panjang – panjangkan cerita. Bagus lelaki macam ni, karang panjang cerita kena peny3pak sedas tak pasal report polis dah buruk nama dia. So better dia diam biarkan bini dia nak buat apa, cakap apa. Lelaki ni macam perempuan jugak ada tahap sabar dia, ada yang dapat bini garang laki jenis penyabar. Ada dapat lelaki kaki k3ncing bini penyabar tak mungkin lah reka cerita. Dah kata PJJ, jumpa pun jarang – jarang tak kan lah tiap kali balik nak berg4duh je baik dia ambik keputvsan untuk berdiam. Rata – rata kaum wanita dalam ni tak puas hati sebab TT nak kahwin dua je. Cuba tak bagitahu pasal kahwin, mesti diorang sokong TT.
Hishamrie Izwan : Perkahwinan itu adalah untuk KITA saling merasa bahagia dan tenang melihat wajahnya, hati merasa lapang bersama. Apa gunanya kahwin andai “perasaan” itu semua tiada dalam jiwa kita. Perasaan itu bukan dibuat – buat tetapi dicamp4kkan oleh ALLAH pada hati yang “benar”. Mudah – mudahan ALLAH memberi jalan yang terbaik pada saud4ra dan isteri. Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangnya ALLAH. Salam ya Salam.
Nocaiti Nalzam : Kalau betul apa yang awak cakap ni, memang tak patut isteri yang naik tangan kaki pada awak. Walaupun saya perempuan tapi saya tak nak bekap kaum sendiri. Kalau memang salah dia, tapi awak sebagai lelaki, awak kena lebih tegas untuk bentuk isteri. Kalau betul – betul dia tak boleh dibentuk lagi, bagi kata dua pada dia. Settlekan masalah dengan isteri dlu. Baru fikir pasal perempuan lagi satu. Percayalah, jod0h tu di tangan tuhan. Sekuat mana awak menolak, ia akan datang jugak kalau memang untuk awak.