Bisnes mak ayah bankrup, kaklong terus buat 3 kerja. Bila tahu kaklong ada duit mak curi kad ATM kaklong

Lepas perniagaan mak ayah aku bankrup, dorang jadi putvs asa, dah tak nak kerja. Kaklong terus berhenti belajar dan buat 3 kerja untuk uruskan hal keluarga. Satu hari kaklong call aku nangis nangis sebab mak curi kad bank dia. Habis semua duit simpanan mak buat main jvdi..

#Foto sekadar hiasan. Aku mempunyai 9 orang adik beradik. 3 orang perempuan yang atas dan lain semua lelaki yang bawah. Aku anak yang ke-2. Aku, adik no3- dan no-4 belajar di IPTA. Manakala yang lain masih di bangku sekolah.

Kakak aku seorang yang sangat bijak. Dia sentiasa cemerlang dalam setiap ujian dan peperiksaan. Dia juga dapat tawaran belajar di luar negara. Kami terpisah selama 2 tahun dengan kak long. Tahun ke-3 pengajian kak long, keluarga aku ditimpa pelbagai masalah.

Syarik4t keluarga kami bankrupt dan kami hilang punca rezeki. Tak dinafikan sebelum ini hidup kami semua amat senang. Kami terp4ksa jual rumah dan kereta. Hidup dalam keadaan sederhana. Kak long terus balik Malaysia.

Walaupun dia dapat biasiswa, dia tetap nak bersama dengan keluarga. Dia tinggalkan cita citanya walhal dia ialah pelajar cemerlang di university tempat dia belajar. Walaupun dia belajar di luar negara and sentiasa lulus dengan first class.

Ayah dan mak seperti putvs harapan. Mereka tidak mahu lagi bekerja. Kak long kasihan dengan mak ayah kami. Kak long melakukan 3 jenis pekerjaan setiap hari. Kak long balik ke rumah pukuI 1 pagi dan buat freelance dari rumah sampai ke subuh. Kak long cuma tidur 2/3 jam sehari.

Keadaan berlarutan hampir setahun setengah. Kak long tak pernah mengeluh. Kak long membayar semua insurans bulanan rumah, kereta, yuran pengajian, barang sekolah adik adik dan barang rumah. Ayah dan mak? M4kin senang duduk rumah langsung tidak kasihan sama kak long.

Aku selalu perasan hampir setiap malam kak long menangis kepenatan tapi tak pernah luahkan kat kami. Mak dan ayah m4kin bagi tekanan kak long. Takda duit terus minta kak long. Mak kami mempunyai satu tabiat buruk iaitu berjvdi manakala ayah kami pula berhutang keliling pinggang.

Semua kak long yang bagi duit. Kak long pernah nasihat mak dan ayah tapi kata – kata m4ki hamun yang kak long dapat. Mak cakap kak long tak reti bersyukur. Kak long hidup kat dunia ni semua sebab mak. Aku sem4kin hilang rasa hormat dekat mak.

Aku bukanlah nak jadi anak yang derh4ka tapi bayangkan kak long penat bekerja tapi hasilnya mak bawa pergi berjvdi. Pernah sekali kak long call aku nangis – nangis sebab mak curi kad bank kak long dan habis semua simpanan keluarga dari kak long.

Kak long pernah beberapa kali kant0i nak bvnvh diri. Tapi nasib kami adik beradik selamatkan. Masalah kak long ialah dia tak nak kongsi bebanan, dia hanya pendam. Aku sayang kak long. Kak long tak pernah cakap dia sayang kami tapi kami tahu kak long sayang kami.

Kalau kami berkumpul di rumah kak long selalu cakap kat kami, ‘bila korang semua nak balik asrama? Tak sabar kakak nak halau semua orang’. Nampak kasar kan? Tapi bila kami balik asrama masing – masing, setiap minggu kak long akan call nak pastikan duit belanja kami tak putvs.

Bila musim naik sekolah kak long lah yang teruja nak bawa adik – adik yang masih sekolah beli barang. Kak long akan pastikan barang kelengkapan sekolah cukup. Kak long amat tegas dalam pelajaran. Selain tu, kak long juga seorang yang sangat rajin.

Dia pandai masak dan mengemas rumah. Setiap hari sebelum pergi ke kerja dia akan masak dan kemas rumah. Aku nak jadi macam kak long. Kuat, rajin, pandai, dan antara kami adik beradik, kak long lah yang paling cantik.

Cuma, dia agak kasar dari segi percakapan sebab dia jenis yang straight forward. Kalau dia sound tu memang 3 hari 3 malam masih terasa. Banyak rombongan meminang datang ke rumah. Ada yang doktor, pilot, businessman, dan sebagainya.

Semuanya kak long tolak. Kak long cakap takut nanti bakal suami dia terk3jut bila masuk keluarga kami yang macam gini. Kak long nak lelaki yang boleh terima keluarga kami dan sanggup susah Senang. Hari berganti hari, tiba – tiba kak long terima satu rombongan.

Bakal suami  kak long tu hanyalah mempunyai pekerjaan biasa. Mula – mula aku tak setuju. Yelah kak long aku sangat sempurna bagi aku. Aku nak dia hidup senang bila dia keluar dari sini. Lama – lama bila aku kenal bakal suami kak long, aku faham kenapa kak long pilih dia.

Anyways aku dah pun tamatkan diploma dan sekarang sedang study degree. Untuk convocation diploma, aku cuma ajak kakak dan bakal abg ipar aku sahaja. K3jam sangat ke aku tak ajak mak ayah aku? Tapi aku pernah cakap kat dorang yang aku nak k0nvo, tapi sikit pun takda yang ambik berat selain kak long.

Kak long yang bersungguh – sungguh bayar semua dan belikan baju baru. Kata kaklong, ‘kakak tak dapat merasa nak grad, takpa lah. Yang penting adik adik kakak dapat buat kakak happy.’ Masa aku taip ni memang aku nangis mengenangkan jasa kak long.

Ya Allah, kau limpahkan lah rezeki dan kesihatan yang baik untuk kak long kami. Hujung tahun ni kak long bakal melangsungkan perkahwinan. Aku harap para pembaca semua doakan yang terbaik buat kak long. Semoga kak long dapat kebahagiaan yang hilang selama ini.

Doakan juga agar parents kami kembali ke pangkal jalan. Aku sedih, tapi aku happy untuk kak long. Kak long lah hero kami semua. Kami sayang kak long. Terima kasih kak long. Adik adik, Family of AE – ADIK

Komen Warganet :

Muhammad Ameerul Shafiq : Sebak pulak aku baca.. Beruntung kamu ada kakak yang macam tu.. kepada confessor, pesan kat adik – adik semua supaya belajar pandai – pandai, jangan tinggal solat, faham keadaan kakak kamu, hargai peng0rbanan kak long kamu dan sekiranya ada kesempatan baIas laa jasa kak long kamu nanti dah keje.

Aku doakan kak long kamu dan adik – adik semua dipermudahkan segala urusan, sihat selalu dan limpahan rezeki yang melimpah ruah.. belajar elok – elok dik.. jangan lupakan kak long korang walau sekali.

Galeri Kasih Farhan : Apa kata kalau h4ng yang usaha lebih sikit? Buat la part time job. Macam akak dulu, buat part time jadi cikgu tuisyen sambil belajar. Dapatla 300 sebulan. Dan akak buat jugak skim apa ntah masa kat uitm dulu, lupa da. Tapi akak kene jaga library, sejam gaji rm4. Ok la kan dari takde langsung. Sekurang – kurangnya kurang sikit beban kak long h4ng.

Timah Maanin : Kesusahan tak kan selamanya susah. Pasti diakhirnya ada kebahagian. Ujian yang datang tanda Allah sayang pada h4mba-²Nya. Semuanya berlaku dengan izinNya. Setiap kebaikan pasti mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.