3 tahun berkahwin, saya dan suami duduk rumah mak mertua. Suami bagi alasan kesian dekat mak sebab tak ada siapa tolong nak jagakan anak – anak kak ipar. Duit upah pun dia mak mertua yang ambil. Sepanjang 3 tahun jugalah saya dah mengalami 2 kali keguguran. Sehinggakan saya terp4ksa masuk wad selama 7 hari, tetapi mak mertua p4ksa saya balik sebab tak ada orang nak jaga anak – anak kak ipar di rumah…
#Foto sekadar hiasan. Salam min tolong hide profile saya ye.
Saya hanya nak kongsi kisah rumahtangga selama 3 tahun ni. Memang saya kecewa sangat dengan sikap suami saya dan mak mertua saya. Suami terlalu dengar cakap maknya, sampai saya minta beli barang – barang untuk saya, suami jawab kena tanya mak dulu.
Hinggakan baju raya nak beli warna apa, tanya mak dulu. Apa semua kena tanya mak dulu. Suami bagi duit dekat mak, saya tak kisah tapi bila saya nak beli apa – apa kena minta dekat mak dia. Saya pula kena jaga 3 orang anak kak ipar saya sebab kak ipar kerja jauh. Saya la urus anak – anak dia semua tapi duit jaga anak kak ipar mak mertua saya yang ambil. Pernah juga saya cakap dekat suami, dia kata jangan buruk – burukkan mak dia. Letih saya rasa bila jadi macam ni.
Bila g4duh suami tarik muka. Untuk pegetahuan semua sepanjang 3 tahun kahwin, saya dah 2 kali keguguran masa tu kandungan dan cecah 4 bulan. Masa dekat hospitaI saya kena masuk wad selama 7 hari sebab masalah rahim dan kena tambah dar4h dalam 3 beg juga. Korang tahu tak mak mertua sanggup datang hospitaI hari ke-3 rayu kat doktor nak bawa balik saya sebab anak – anak kak ipar saya tak ada orang nak jaga.
Ketika itu badan saya gigil – gigil sebab kurang dar4h, mak mertua kata saya manja, mengada – ngada. Nasib baik doktor tak bagi keluar lagi waktu tu. Tapi bila keluar wad, balik rumah ja, saya tak ada masa nak rehat. S4kit badan sebab keguguran pun tak habis lagi, mak mertua dah suruh saya buat itu buat ini. Dia kata jangan manja badan sangat, dia boleh kata saya tak reti jaga kandungan.
Rasa nak ungkit ja apa yang saya pend4m, takut g4duh tak nak besarkan cerita, saya diam. Saya banyak kali ajak suami pindah tapi suami kata kesian dekat emaknya nanti anak – anak kak tak ada orang jaga. Boleh pula dia kata kalau pindah kena bawa mak dia sama. Baik jangan pindah kalau macam tu. Saya ni dah banyak bersabar. Apa lah nasib saya, suami saya tak macam suami orang lain. Saya sedih tapi terp4ksa bertahan.
Perkongsian yang dibuat oleh penulis telah mendapat banyak komen dan reaksi dari para pembaca. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikuI, memang besar dug4an yang dihadapi. Mungkin daripada komen – komen dan nasihat yang diberikan, dapat buka sikit hati dan akal fikiran penulis.
Komen Warganet :
Awa Shi : Baiknya hati awak. Redhakan semua benda untuk dapatkan pahala dan redha Allah. Tapi untuk teruskan, awak akan hadap masaalah ni untuk berpuluh tahun lagi sebab diorang semua dah biasa layan awak macam tu. Pergi pejabat agama minta kaunseling dari mereka yang layak. Perkahwinan bukan bebanan, awak berkahwin bukan untuk jadi hamba abdi suami dan keluarganya. Tolong hargai dan horm4ti diri sendiri dahulu baru orang lain.
Norzimi Binti Shaharin : Nasib semua orang tak sama. Kalau penceraian jadi jalan terbaik teruskanlah. Kita berkahwin bukan untuk jadi h4mba abdi keluarga mentua. Seorang isteri juga ada hak. Jumpalah dengan orang yang lebih arif untuk mendapatkan nasihat dan kaunseIing. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan awak ye.
SitiMurni Siti Khotijah Hamid : Dah macam h4mba abdi ni. Bila saya baca ni saya tak rasa awak macam isteri orang, menantu orang tapi saya baca ni macam kisah seorang h4mba abdi. Sila move on. Jaga harga diri, jaga mertabat wanita.
Jangan biarkan awak diperlakukan sampai tahap h4mba abdi. Plzz laa, awak kena kuat ya. Sila bangun dan keluar dari keluarga macam tu.
Nurfatira Mohamad Lohim : Pada saya kalau macam nie, lebih baik tak ada suami pun tak apa kot, Ada suami tapi tak jalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Seorang suami yang baik patut faham dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan ibunya. Apa – apa pun sis bincanglah baik – baik dengan suami sis, selalulah nasihatkan dia kot – kot boleh lembut hati dia untuk pindah rumah tanpa MIL. Banyakkan berdoa. Andaikan suatu hari nanti tahap kesabaran sis dah tak ada, berdikari sendiri itu lebih baik.
Linda Lin : Pilihan di tangan kau dik, kalau rasa nak kehidupan yang bermakna dalam hidup kau, buatlah pilihan yang bijak. Hidup ni memang tak mudah dik, ada saje dug4an dan ujiannya. Tapi itulah yang buat kita harus kuat, ada pendirian, ada ketegasan, kena berani hadapinya. Jangan lembut sangat sampai orang lain boleh pijak kan kau dan gula – gulakan kau..
Sara Mas : Apa yg kau harapkan dari perkahwinan begini? Kau kehilangan seluruh hidup dan kebebasanmu. Seolah-olah kau dilamar untuk menjadi h4mba abdi dan bukan isteri. Bercerai lebih baik, kesian ibu bapamu yang membesarkanmu dengan kasih sayang tapi akhirnya jadi h4mba abdi di rumah orang lain..