Jiran sibuk marah aku parking depan rumah dia. Bila suami dia eksiden, aku bersyukur

Aku ni punya la seronok dapat beli rumah sendiri walaupun hanya sebuah apartment. Tapi tak sangka satu hari, jiran yang duduk bawah sekali datang buat bising ketuk – ketuk pintu rumah aku. Dia kata aku ambik parking rumah dia. Oleh sebab berjiran dengan mereka, aku kehilangan 2 orang anak sehingga doktor pun pelik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum,.Sudah lama aku ingin ceritakan. Tapi asyik tertangguh sahaja. Bukan apa mesti ada yang terfikir zaman milineum ini masih wujud ke manusia yang bersahabat dengan ibIis. Aku sendiri pun tidak sangka akan terjerumus dalam kisah ini.

Sebelum itu aku hendak beritahu dulu latar belakang aku. Aku dilahirkan dalam family yang berlatar belakangkan agama. Ayah aku seorang ustaz. Bukan ustaz kaki lima ye. Ayah aku merupakan lulusan dari UKM jurusan Perundangan dan Syariah.

Jawatan terakhir ayah aku “PENGETUA SEKOLAH MENENGAH”. Ibu plak surirumah sepenuh masa dan seorang yang sangat titikberatkan tentang agama pada kami adik beradik. Jadi, boleh tahu la macamana ye. Aku plak merupakan bekas pelajar “SMKA” dan juga graduan dari salah sebuah Universiti Tempatan.

Aku tidak mahu cerita pasal famili aku sebab tidak ada kaitan dengan jiran – jiran aku. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki. Alhamdullillah sebab mendapat suami yang sangat baik dan  bertanggungjawab.

Aku tinggal di Selangor. Alhamdullillah selepas mendapat anak ke 2, suami dapat beli rumah sendiri. Sebuah rumah Apartment. Gembiranya tidak terkira impian nak ada rumah sendiri termakbul. Masa tu aku lihat jiran – jiran dengan mata kasar baik dan positif la.

Selepas hampir 6 bulan tinggal dirumah sendiri baru nampak per4ngai negatif jiran – jiran aku. OOOpppss lupa nak bagitau rumah aku di tingkat 1 sahaja. Yang bermasalah jiran yang tinggal ground floor. Parking awam jadi hak milik mereka.

Lagipun ni Apartment bukan Kondo. Jadi, nak parking mana – mana adalah bukan milik sesiapa. Bermulah mimpi ngeri aku sekeluarga sebab aku pergi parking kereta depan rumah jiran ground floor. Korang tau tak tengah azan maghrib berkumandang, dia datang buat bising ketuk – ketuk pintu rumah aku.

Dah la aku penat balik keje, jadi aku suruh laki aku yang tanya dan settlekan. Yang datang tu si perempuan tau. Dia cakap aku parking kereta dekat tempat dia. Ehhhh.. parking tu milik awam, bukan  milik siapa pun, ada hati nak ngaku sendiri punya.

Laki aku jenis cool je, dia suruh lepas mandi dan solat maghrib pegi alih. Aku ikut je walaupun tidak puas hati. Rupanya kisah pasal parking kereta dijadikan isu besar oleh jiran aku tu. Sebenarnya aku dan suami tidak tahu pun kami disih1r.

Tapi mula rasa selepas aku lahirkan anak yang bongsu. Selepas habis pantang Allah tunjuk satu – satu. Yang paling teruk kena suami aku la. Untuk pengetahuan semua suami aku ni jenis tidak bersosiaI. Hidupnya hanya di tempat kerja dan rumah.

Nak ke mana – mana mesti bersama – sama. Jenis lembut orangnya. Susah nak tengok dia marah tapi seorang suami dan ayah sangat tegas. Jenuh berubat gak tapi selalu pegi Darul Syifa’ (anak murid arw4h Dr Harun Din).

Siap panggil ustaz – ustaz darul syifa’ datang rumah lagi. Buat pagar rumah dan baca yassin. Masa tu masih tidak tahu jiran Ground Floor tu yang buat sih1r. Tapi lama – lama keluarga aku huru hara. Hidup tak tenteram kalau kat rumah.

Tapi bila pegi keje ok je. Akhirnya kami jumpa sorang “H4mba Allah” ni. Dialah yang banyak tolong dan ajar macam mana Iindungi diri. Lepas tu satu – satu aku tahu jiran ground floor tu bela apa. Macam – macam ibIis s3tan.

Ada h4ntu raya, penanggaI, peIesit dan t0yoI pun ada. Patut la laki bini kerja gitu – gitu je tapi hidup mewah rupanya ada income sampingan dari si T0yoI. Tapi aku dan suami tak ada plak nak pegi ser4ng. Kami memang serah betul, bulat – bulat kepada Allah sahaja.

Tapi yang tak best dekat anak – anak pun diorang buat. Sedih sangat tapi macam biasa aku dan suami macam orang b0doh je tak ada nak buat report atau apa. Tentu tertanya – tanya macam mana kami tahu. Anak sulung nampak kelibat suami jiran tu pukuI adik dia.

Kesian anak – anak. sedih tak payah cakap. Bukan itu sahaja, aku kehilangan dua orang anak dalam kandungan akibat perbuatan jahat jiran ibIis ground floor tu. 2 kali gugur kandungan dah nak masuk 4 bulan. Aku kena tahan diwad selama 3 hari 4 malam sebab kali ke 2 gugur ada masalah.

Bayangkanlah diorang s3ksa hidup aku dan tambah kesedihan aku. Apa yang mistik, uri anak – anak syurga aku seperti dikoyak – koyak sampai doktor pun naik heran. Ye, betul aku memang tahu angkara suami isteri jiran ibIis ground floor tu.

Sedih jangan cakap la. Tapi aku pujuk diri aku takde rezeki. Syukur nyawa masih ada sebab anak – anak aku yang 3 orang masih perlukan aku. Suami memang betul – betul marah tapi apa kami boleh buat. Hanya diamkan diri dan berdoa agar Allah bagi pembaIasan yang d4syat kepada mereka tu.

Sabar pun ada batasnya tapi tu la sebab yakin biar Allah yang baIas. 5 bulan selepas anak aku kena pukuI, laki jiran ibIis aku tu m4ti kemaIangan. Aku pun tak tahu sebenarnya. Almaklumlah kami suami isteri kerja dan tak nak ambil tahu hal – hal jiran-jiran kat situ.

Punya la bersyukur. Akhirnya Allah dengar rintihan kami, syukur sangat – sangat sebab jiran tu balik kampung dan dah tak tinggal area rumah aku. Tapi ingatkan dah settle. Rupanya belum lagi. Allah betul – betul duga kami sekeluarga dengan jiran – jiran aku yg lain pula.

Nanti kita sambung lagi. Yang ni Jiran ibIis aku lagi d4syat ilmunya. Patut la diorang kawan baik. APAPUN TERJADI KENA YAKIN BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG MELINDUNGI KITA SEMUA. JANGAN SESEKALI BERSAHABAT DENGAN IBLlS S3TAN DURJANA. – Dayna Idaman (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Jeedaa Lee : Buat malu je jadi anak bekas pengetua sekolah lulusan agama dan diri sendiri mengaku lepasan SMKA kalu begini cara bahasa menyumpah dan bahasakan orang lain dengan kata – kata yang keluar bukan dari orang yang berlatarkan keluarga dan lulusan agama. Kalau tengok gaya bahasa dan tuduhan dua kali lima je dengan jiran tu. Sekarang ni jiran lain pulak dituduhnya sih1rkan dia. Rasanya penulis ni yang bermasalah bukan jiran – jiran..

Hana Aziz II : MengibIiskan orang disebabkan diri ada latar belakang agama yang strong. Nabi pun tak ajar kita rasa diri kita bagus walaupun dia seorang nabi. Kita baru anak ustaz sekolah MENENGAH dah rasa poyo lain maciam. Tak baik kak.

Rad Bilayati : Memang ada ilmu sih1r menyih1r ni tapi seeloknya jangan la tuduh menuduh. Saya sendiri penah hilang phone baru beli 3 hari masa sekolah dulu. Orang petua baca surah yasin 44 kali untuk tau sapa yang curi.

Malam tu saya mimpi kawan baik saya sendiri yang curi. Lepas tu saya mintak nasihat ustazah. Dia cakap tak perlu percaya tu mungkin mainan tidur je. Kalau saya jenis nak cari g4duh, mesti saya percaya dengan mimpi saya tu.

Tapi saya pilih untuk anggap mimpi tu mainan tidur (ye la kalau dah sebelum tidur asyik fikir memang la akan terbawak sampai dalam tidur). Redha je la dan move on. Itu yang baca yassin sampai 44 kali tuh. Kalau setakat jumpa b0moh segala bagai tu lagi la tak payah percaya.

Kalau tuduhan tu salah, Allah berat d0sa tu. Start dari pengalaman tu, saya memang tak percaya kalau orang tu tuduh – tuduh orang lain sih1r sebab benda tu totally di luar pengetahuan kita manusia yang lemah ni. Berubat tak salah tapi jangan tuduh menuduh.

Nadzrah Sa’adan : Bawak – bawak mengucap kak. Kalau sungguh salah tuduhan akak ni, berat nak ditanggung di akhir4t kelak. Seram baca. Semuanya sangkaan belaka. Paling seram, bukan main bersyukur akak bila suami jiran tu meninggaI. Allahuakbar. Bergembira di atas kedukaan oramg lain. Semoga di lapangkan hati kita semua bila diuji.. aminn.