Dari kecik aku tak rapat dgn adik sebab beza umur kami jauh. Muka dia pun lain dari aku dan kakak. Aku tak suka dan selalu cakap dia anak angkat. Malam tu dia minta aku belikan panad0I, dia tunggu sampai 2 pagi. Aku terlupa..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin dan semua pembaca. Kisah yang nak dikongsikan tentang adik aku. Nama aku Luqman. Masih belajar di sebuah IPTA dan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Aku ada 3 orang adik beradik je. Kakak, aku, dan seorang adik perempuan.
Mak ayah aku, selalu sibuk berkerja. Itu pengenalan ringkas tentang diri aku dan keluarga untuk dalam confession ni. Umur aku dan adik perempuan aku jaraknya 7 tahun. Maknanya kalau sekarang, aku umur 24 dan dia umur 17 tahun.
Dari kecik memang aku tak selalu layan adik aku. Aku lebih rapat dengan kaklong aku sebab umur kami jarak dekat. Adik aku ni lain pada yang lain dari kami, dia lahir – lahir putih, mata coklat. Cantik? Ya, baru sekarang abang perasan yang adik abang ni cantik.
Aku tak tahu dia ikut siapa, tapi dalam ahli keluarga kami, dia berbeza. Masa dia kecik, aku selalu panggil dia anak angkat sampai buat dia nangis sebab percaya. Jahatnya aku haha. Oh lupa nak bagitahu, adik aku nama Laila.
Laila periang, suka ketawa, buat lawak b0doh, boleh kata yang dia la happy pills dalam keluarga kami. Tapi macam mana pun, aku dan Laila tak pernah nak rapat. Sebabnya? Aku tak tau. Hidup aku macam tak boleh anggap dia sebagai adik.
Mungkin sebab jarak umur kut. Boleh katakan, aku tak pernah langsung berlembut dengan dia, aku tak pernah kisah langsung pasal dia, kawan – kawan dia, apa dia buat, hari lahir dia dan macam – macam lagi. Aku dengan life aku, dia dengan life dia.
Kalau sembang pun sembang kosong. Tak ada sembang mesra – mesra. Aku sorang je ke abang dalam dunia ni yang ada sifat tak kisah dekat adik macam ni? Dulu, aku ni jenis cepat naik angin. Jiwa remaja belasan tahun la katakan.
Sebab aku sorang je lelaki dalam keluarga, aku jadi manja. Nak apa semua mak ayah kasi. Sampai kalau ada yang meIawan cakap aku pun aku boleh naik angin. Selalunya Laila la yang selalu Iawan cakap dengan aku, tapi Iawan cakap dia berunsurkan nasihat.
Bukan untuk g4duh. Aku selalu naik tangan dekat dia kalau dia meIawan cakap dan dia tak pernah meIawan balik. Dia cuma diam, masuk bilik. Aku tau dia menangis. Cengeng lah kau ni dik! Tak terdetik pun rasa kesian time tu, minta maaf pun tak.
Aku pernah ter-kurang ajar dengan mak aku sendiri. (my bad) Laila nampak dia marah aku sebab kurang ajar, aku tengking dia. Dia nangis, ayat dia yang aku tak akan lupa ‘ADIK SEDIH DAPAT ABANG MACAM NI’. Tapi time tu aku kisah apa, yang aku layan kepala angin aku je.
Laila pernah masuk bilik aku sebab nak ambil barang dia yang aku guna (tanpa tanya). Masa tu aku tak ada dekat rumah, balik – balik dapat tahu yang Laila masuk bilik aku, memang Laila kena m4ki tengking kaw kaw la. Aku pun tak tahu kenapa aku marah sangat.
Laila selalu try hard untuk rapatkan diri dengan aku, aku boleh nampak. Tapi bila dia cuba dekat dengan aku, yang aku baIas ialah sindiran, jeIingan dan buat tak layan. Yang aku layan, makwe aku yang tengah aku bergayut kat HP, chat.
B0doh tak aku? Ada sekali tu, birthday aku. Sump4h, tak ada seorang pun ahli keluarga aku send chat atau call ucap happy birthday ke apa ke. Aku pun sedih la kan. Malam tu, Laila hantar chat wish birthday aku, panjang kemain, siap ada emoji love bagai.
Tahu aku buat apa? Aku kasi bluetick. Haha. Elok la dia wish, dari aku ni, seingat aku, aku rasa dari dia lahir aku tak pernah wish birthday dia. K3jam kan? Aku tak tahu apa Laila rasa bila ada abang macam aku ni. Tapi sekarang apa yang aku rasa sebaliknya.
Ada satu malam, Laila mengadu dekat aku dia tak sedap badan. Dia kata dia rasa nak demam, s4kit kepala la munt4h – munt4h, lenguh. Aku pun tak tau kenapa dia mengadu dekat aku. Aku cakap la, pergi bagitahu mak ke ayah, dia kata tak nak gerak mak, mak dah tidur.
Dia minta tolong aku belikan Panad0I sebab alang alang masa tu memang aku nak keluar lepak dengan member. Aku iyakan je lah. PukuI 2 pagi macam tu aku balik lepak, Laila tak tidur lagi, dia tanya beli tak Panad0I dia, aku baru teringat, aku terlupa beli.
Lepas tu dia macam tarik muka, aku tengking dia, ‘Kalau nak, pergi beli sendiri. Dah aku lupa nak buat macam mana.’ Lusa tu Laila kena admit ward. Suspek demam denggi berd4rah. Aku mula rasa sedih, mula menyesal, mula teringin nak rapat dengan adik aku yang tak pernah aku rapat.
Tapi aku terlambat. Lebih kurang 2 minggu selepas tu, Laila pergi. Kaklong bagitahu, patut dia rasa lain macam. Sebulan sebelum Laila pergi, Laila pernah chat dia secara tiba – tiba. Dia tanya, ‘Bila keluarga kita boleh masuk syurga sama sama?’
Aku sebak. Bila Laila tak ada, baru aku rasa kekosongan. Aku baru sedar, aku rasa macam hilang satu bayang yang selalu memenuhi segenap ruang di dalam rumah. Tahun ni, tahun pertama keluarga aku berpuasa tanpa Laila. Kurang rasanya bila dia tak ada.
Laila tunggu abang tau? Laila tunggu mak, ayah, abang, kakak dekat sana tau. Kata nak masuk syurga sama sama kan? Hehe. Pesan aku, sayanglah adik beradik korang walau ann0ying macam mana pun. Kalau nak tunjuk kasih sayang dekat makwe? Kawan? Tunjuk kasih saying dekat ahli keluarga dulu.
Dekat adik beradik dulu. Jangan jadi macam aku. Aku di sini hanya hendak meluah. Maaf. – Luke
Komen Warganet :
Fatiemah Ibrahim : Ya Allah, sedihnya. Memang kalau perasan ramai anak muda lebih pentingkan orang luar terutamanya kawan – awan daripada ahli keluarganya. Bila dah kehilangan baru nak menyesal nak mengimbau.
Kenapa la tak layan ahli keluarga dengan baik. Ingat susah senang dari kecik kita dgn keluarga. Apa – apa pun salam takziah dan selalu bersedekah untuk arw4h.
Nor Aizah : Apalah rasanya perasaan arw4h bila awak tengking dia malam tu. Semoga dapat jadi pengajaran buat kita yang membaca. Selalu pandang remeh meIukakan hati orang terdekat tanpa sedar.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.