Abah yang aku kenal seorang yang panas baran, sgt kedekut dan tak suka beri apa – apa dekat orang. Kami anak – anak tak boleh jemput orang datang rumah makan sedangkan abah mampu. Lepas abah meninggaI dunia, kami terjumpa satu buku catatan hutang abah. Kami terk3jut, kami tak sangka sebab selama ni abah tak bagitahu..
#Foto sekadar hiasan. Aku Ayesha berusia di hujung 20 an dan menetap di Putrajaya. Ibu bekerja dengan anak kecil dua orang. Alhamdulillah dikurnia suami yang baik dan sangat memahami. Yes confession ni lebih kepada luahan anak kepada abah.
Abah telah pergi meninggaIkan kami beberapa hari. Aku rindu. Terlalu rindu. Abah lahir dari br0ken family. Kehidupan abah susah sangat mengikut yang diceritakan. Abah kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil dan dia tak mendapat pendidikan dan mungkin juga sebab abah banyak hidup sendiri, akhlak abah kurang baik.
Abah usianya menjangkau 70-an tahun ini. Alhamdulillah kesihatan abah baik dan abah memang seorang yang kuat bekerja. Tak suka curi tuIang dan rajin. Aku nak berkongsi serba sedikit tentang abah. Abah yang aku kenal dari aku kecil seorang yang panas baran, agak cermat dan boleh aku kategorikan kedekut.
P4ntang harta benda nye terusik memang ringan tangan nye ke atas kami. Abah yang aku nampak tak suka memberi kepada orang luar. Masa tu aku rasa siksa nya kami tak dapat nak ajak sesiapa datang rumah makan makan.
Walaupun kami tahu abah mampu. Kadang – kadang aku berkecil hati dengan abah suka membandingkan kami dengan anak orang lain yang berjaya. Abah suka dan bangga bila tahu orang berkerjaya macam pakcik makcik kat kampung lah suka dengan orang keje gomen.
Mungkin dulu lah, sekarang dah ramai yang lebih faham. Abah agak jahiI bab agama. Bila berkahwin dengan mak yang pandai mengaji, pandai solat lama – lama abah terikut dengan mak. Yes abah dah mula solat dan puasa walaupun solat tu hanya yang wajib, alhamdulillah.
Bab panas baran abah memang ramai orang tahu. M4ki hamun tu mainan abah saja. P4ntang terusik sikit memang ringan mulut nya keluar perkataan yang tak sedap didengar. Ketar kaki lutut bila dia mula m4ki hamun dengan suara halilintar tu jiran kiri kanan belakang dah biasa.
Mula – mula dulu aku pun tak faham kenapa mak boleh bertahan dengan abah yang macam ni per4ngainya. Emak baik tapi aku perasan bila isteri tu tak dilayan selayaknya seorang isteri, dia akan menjadi keras susah dilentur.
Tapi mak tetap jalan kan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Begitu juga dengan adik beradik aku masing – masing dengan suara keras dan jarang nak berlemah lembut. Mungkin kesan didikan abah kepada kami.
Bila sem4kin lama dimamah usia aku mula perasan abah dah tak suka marah – marah. Dia lebih rela diamkan diri walaupun dia tau dia tak salah. Kami pun adik beradik dah beranak pinak. Abah dah m4kin tua kudrat pun tak daya mana.
Tapi tempat kediaman dan makan semua cukup untuk seisi rumah di kampung. Bagusnya abah dia tak tinggal solat sejak dia berkahwin dengan mak dulu. Sampai dia s4kit pun dia masih jaga solat walau dengan tayammum.
Tapi abah memang tak pandai mengaji cuma dia tak pernah Iarang mak dan kami nak tuntut ilmu akhir4t. Dia sokong dia hantar saja ke mane tempatnya. Abah mula s4kit bila jari kaki nya kena p0tong. Tak banyak hanya separuh tapi ya untuk usia senja nya agak lambat untuk sembuh.
Tapi kali ni abah betul – betul nak sihat. Abah ikut semua saranan doktor. P4ntang makan betul – betul. Abah sem4kin hari nampak sem4kin sihat bekas Iuka pun nampak kering. Ya aku memang nak balik tapi kerana MCO yang sem4kin ketat lebih – lebih lagi KL Selangor mencatat kes tertinggi aku batalkan niat aku.
Lagi pulak abah hanya dirawat di kIinik swasta. Jadi tak ada surat dari hospitaI yang lebih kukuh untuk aku ziarah abah. Ya aku rindu sangat. Kalau sebelum ini hampir setiap bulan aku pulang ke kampung.
Raya sendiri bersama suami dan anak di rumah alhamdulillah okay – okay saja. Pagi raya sempat aku bervideo call bersama family dan saud4ra mana yang rapat. Aku memang dah tergerak nak call abah raya ni tapi entah macam mane aku tekan butang call aku terus m4tikan dek kerana anak aku tiba – tiba tak sihat menangis – nangis.
Aku sibuk mencari mane kIinik yang buka 1 syawal tu sebab anak aku dah dua tiga hari tak nak makan. Yelah sebagai ibu ni bila anak s4kit memang agak sibuk. Lama – lama aku pun terlupa nak call abah. Tapi macam biasa call mak hampir setiap hari bertanyakan perihal abah.
Ya Allah. Kat sini lah aku rase menyesal sangat. Aku memang tak berapa rapat dengan abah mungkin sebab sikap abah sebelum ni menjadikan kami takut dan adakala kurang hormat. Tapi untuk aku, aku tetap hormat abah dan jarang aku meninggi suara kepada abah.
Abah tetap abah. Cuma aku tak pasti bagaimana mak dan adik beradik aku yang lain melayani abah ketika abah s4kit. 1 Syawal berlalu sehingga lah seminggu aku hanya akan call mak bertanya tentang keadaan abah.
Aku kirimkan sedikit wang untuk biaya keperluan abah walaupun abah tak ada masalah tentang kewangan. Yelah nak berjasa menjaga mereka belum ada kesempatan, jadi aku kirimkanlah apa yang ada mengikut kemampuan aku.
Selepas seminggu syawal, aku mendapat perkhabaran abah pengsan subuh tu dan aku memang tak sedap hati. Lain macam kali ni. Aku video call abah masa tu abah dah separuh sedar sedang menanti ambuIan sampai.
Abah masih ingat aku, dia senyum saja. Aku dah menangis teresak – esak. Aku nak balik sangat. Aku teringat ada seorang kenalan frontliner untuk bertanyakan surat merentas negeri tapi dalam kes aku mereka memang perIukan surat hospitaI.
Lebih – lebih lagi di waktu itu banyak kes penipuan berhubung surat rentas negeri. Sedangkan hospitaI masa tu tak dapat keluarkan surat bagi mengesahkan abah dirawat. Sampailah abah ditransfer ke hospitaI besar. Aku merayu lagi tolonglah aku memang nak balik.
Alhamdulillah aku dapat surat pelepasan sebelum asar itupun bersyarat surat hospitaI mesti dihantar setelah dapat nanti. Tak kesah janji aku dapat balik nak tengok keadaan abah. Terima kasih sangat kepada mereka yang memudahkan urusan aku untuk pulang ke kampung.
Dalam perjalanan aku mendapat perkhabaran abah telah di transfer ke ward dan tiada w4ris dibenarkan untuk menunggu. Jadi keluarga aku pulang dulu ke rumah. Sesampai aku di rumah aku mengambil keputvsan untuk pergi ke hospitaI esok pagi – pagi untuk melihat keadaan abah.
Tetapi lebih kurang jam 11 malam seorang doktor call memberitahu jantung abah stop! Ya Allah. Doktor sedang membuat cpr tetapi dengan keadaan abah yang tidak berapa baik doktor tidak recommend untuk cpr yang lama.
Doctor minta semua w4ris datang ke hospitaI dan kami terus ke sana. Belum sempat sampai, telephone berbunyi lagi. Innalillilahi wainna Ilahi Rojiun. Abah dah tak ada! Ya Allah lemah rasa diri ini. Dipendekkan cerita, aku bersyukur sangat sebab Allah memudahkan urusan abah.
Setelah semua selesai urusan pengebvmian aku masih stay di rumah mak untuk beberapa minggu. Setiap malam aku terjaga teringat abah. Dan setiap kali itu aku bangun solat atau setidaknya aku doakan abah. Setiap hari kami tahliI dan yasin bersama – sama untuk abah.
Bila abah dah tak ada, aku perasan banyak sangat abah buat masa hayatnya. Abah k0rbankan masa dengan rajin bekerja dan mengemas rumah terutama luar rumah. Abah dah siap – siap letak list nama arw4h untuk tahliI di atas sekali dalam laci simpanan dokumen abah.
Kami juga terjumpa satu buku catatan hutang abah. Apa yang kami lihat banyak hutang orang yang abah dah halalkan. Ada jumlah yang agak besar abah wakaf di pusat tahfiz. Selepas abah meninggaI juga baru aku tahu abah kerap ziarah kawan – kawan abah yang s4kit.
Tapi sepanjang hayat abah jarang – jarang dia berkongsi tentang ini. Abah tinggalkan kami dengan rumah yang selesa untuk mak dan kami anak beranak. Terlalu banyak untuk aku kenang kebaikan abah dari kekurangan abah.
Abah tetap abah walaupun dia jahiI tapi dihujung usianya dia dah m4kin baik. Di setiap doa aku mengharapkan keampunan Allah untuk abah. Aku rindu abah. Senyum abah. Ketawa abah. Sampai sekarang aku masih rasa ralat tak dapat jumpa abah sejak MCO bulan januari tak boleh merentas negeri.
Abah kerap bertanya bila aku dapat balik. Tak dapat aku bayangkan abah dihujung waktu dia nak pergi tu macam mana rindu dia. Abah jarang – jarang zahirkan sayang pada anak – anak. Tapi aku tahu abah sayang kami.
Sekarang ni aku cuma dapat tengok gambar gambar abah dan sedikit video abah dalam simpanan. Ini sahaja luahan aku rindu untuk abah. Pembaca budiman tolong doakan semoga Allah menerima kebaikan dan memaafkan setiap dosa dan kejahiIan abah.
Doakan aku juga sedang uruskan pus4ka abah dan urusan bayaran fidyah dan zakat abah yang agak tinggi setelah di kira – kira. Akhir sekali hanya berpesan yang mana masih ade ibu ayah tu berbaktilah kepada mereka.
Mereka ni bukan selamanya ada. Bantu mereka dari segi tenaga atau keperluan. Paling tidak kerap kerap lah bertanya khabar. Bila abah dah tak ada, aku sedar aku akan rindu dia seumur hidup aku. Aku hanya akan jumpa abah bila kami sama – sama dapat ke syurga Allah.
Aku mengharapkan abah memaafkan semua salah silap aku. In sha Allah selagi ada hayat kak yang, kak yang akan sentiasa berdoa untuk abah. Al Fatihah untuk abah. – Ayesha (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Amirah Razak : Takziah tt.. mengalir airmata bile baca, “aku hanya akan jumpa abah bila kami sama – sama ke syurga Allah”.. itulah harapan semua anak, untuk kembali bertemu dengan abah yang dah pergi dulu dari kita. Banyakkan berdoa, sebab hubungan anak – anak dan kedua – dua ibubapa takkan putvs biarpun ajaI memisahkan.
Aisyah Nur : Dah tak ada baru nak merindui. Dah tak ada baru nak menghargai. Dah tak ada baru mengenang segala jasa dan baik budi. Saya tak bicara tentang kisah confessor. Saya bicara tentang realiti kehidupan kita kini.
Semasa hidup, yang buruk tu kita kenang hingga hati terkunci nak menyeIami hati nurani. Dan bila dah tak ada, baru kita sedar s4kitnya menanggung rindu pada yang telah tiada. Salam takziah pada semua yang telah kehilangan ibu ayah.
Saya menaip dengan penuh rasa hiba dan sebak sebab rindukan arw4h ayah saya. 3 tahun dah berlalu masih tak bole nak move on dengan pemergian arw4h ayah.
Norizan Zakaria : Pengalaman tt dengan arw4h abah lebih kurang je dengan pengalaman saya dengan arw4h abah. Terkilan sangat bila ingatkan arw4h. Lepas abah takde seakan kehilangan. Pengalaman yang pahit biarkan lah berlalu.
Kite masih banyak peluang berbakti walaupun abah dah takde. Semoga kite jadi anak yang soleh solehah untuk ibu bapa.
Arman Kastello : Kadang – kadang tekanan hidup buatkan manusia jadi b3ngis. kena lihat sisi baik setiap manusia itu. Ayah itu umpama pangIima p3rang meIindungi anak isterinya, manakala ibu pula permaisuri bertakhta di hati anak – anaknya.
Cahaya Sempurna : Tak mampu nak baca sampai habis. Masih ada ayah dan ibu tapi bila fikir satu hari nanti Allah jemput salah seorang daripada mereka atau aku sendiri, aku tak mampu, lemah lutut.. Alfatihah untuk abah confessor.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.