Kerja guard mudah je, makanan pun disediakan siap ada wifi lagi. Gaji 2.4k tak payah tolak apa – apa tapi pelik dia lari lepas 2 bulan kerja. Aku dah malu dengan kawan yang tolong bagi kerja tu. Aku nekad pergi rumah dia, konon nak tanya khabar sekali aku terk3jut dengar alasan dia. Lagi terk3jut tengok bini dia..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku ada confession. Aku ada mengenali seorang Asnaf. Dia mempunyai isteri dan anak – anak. Mereka hidup sangat daif. Dia berumur 35 tahun. Aku mengenali dia ni ketika dia pernah bekerja sebagai pekerja kantin di tempat kerja aku.
Disebabkan c0v1id hari tu, kantin tutup dan dia tak bekerja. Jadi aku mengambil keputvsan untuk membantu dia, bukan dari segi duit. Tapi dari segi sumbangan barang keperluan dapur dan susu bayi. Aku membantu dia selama 3 bulan dengan supply barang – barang dapur ke rumah dia terus.
Aku lihat dalam 3 bulan, dia tiada inisiatif untuk mencari kerja. Hanya duduk di rumah. Aku rasa tak sedap dah tapi masih cuba berfikiran positif. Aku bantu dia untuk dapatkan kerja. Aku ada kawan yang memiliki syarik4t ‘security guard’.
Aku recommend kan dia ni pada kawan aku dan diambil bekerja. Skop kerja mudah, hanya duduk di post, selama 12 jam (mengikut shif pagi / petang) diberi makan harian, kadang – kadang nasi berlauk, kadang – kadang goreng – goreng dan diberi gaji bersih sebulan RM2400.
RM2400 tu takde tolak duit minyak dan apa – apa ya, kerana van datang ambil dari rumah. Di post guard pun ada wifi lagi. Kerja tak bosan. Mudahkan kerja? Baru – baru ini, dia buat hal tak masuk kerja, kerja 2 bulan lepas tu tak datang, aku rasa malu sangat.
Kawan aku (yang memiliki syarik4t security) tu dah pandang serong dan complain kat aku macam – macam, aku hanya diam saja. Aku rasa sangat malu orang buat aku macam ni. Aku datang ke rumahnya untuk bertanya khabar dan bertanya ada masalah ke?
Kenapa tak datang kerja dah? Dia cakap dengan aku yang dia tak sedap badan dan sebagainya. Pada ketika ini aku sudah berhenti memberi sumbangan barangan dapur ke rumahnya. Dan korang tahu time tu dia tanya aku, “cik, bulan ni tiada barang dapur ke?”.
Time tu aku rasa nak ter4jang habis dah. Tapi masih control macho dan stay cool. Tapi d4rah dah naik kepala time tu. Aku cuba cool dan tanya dia, duit gaji mana? Buat bayar apa? Dia kata duit habis bayar hutang. Dia ni ada 2 orang anak tahu.
Satu umur 5 dan satu lagi umur 3. Tapi masa aku datang tu, isteri dia tengah mengandungkan anak ke tiga. Aku dalam kepala berfikir, kau ni orang susah.. kenapa la gatal duk tambah anak, tambah komitmen, kau sendiri sekarang kewangan tengah tak betul.
Masa tu rasa b0doh sangat la, rasa kepala ni kena pijak – pijak. Tapi aku tetap salahkan diri, sebab terlalu berlembut dan percaya orang. Aku ni bukan la orang mewah, sama macam kau orang, ada hutang ada bil nak bayar tapi bila ada rezeki lebih memang aku cuba untuk bantu orang.
Start dari aku ke rumah dia tu, memang kali terakhir datang la. Lepas tu aku ber4mbus dan sampai sekarang tak jumpa dia dah. Dengar cerita dia kena halau dari rumah sebab tak bayar sewa. Kau tengok eh, gaji RM2400, tolak sewa rumah 400 saja, ada balance 2k lagi bai. Tak cukup ke?
Ini bukan kali pertama aku dapat pengalaman macam ni, banyak kali dah. Aku tak la kata semua sama, segelintir ni memberi imej buruk pada asnaf yang lain yang betul – betul memerIukan. Aku juga suka menjadi sukarelawan membantu asnaf dan memberi sumbangan yang tak seberapa.
Aku juga ada menyediakan beberapa food bank di sekitar surau /pam minyak di sekitar kawasan aku ni, kebanyakkan yang ambil, sampai bawak bakul dan plastik sendiri ceduk sampai licin. Entah la. Banyak dah jumpa, dah tahu susah.. malas.
Demand banyak, complain banyak, itu tak boleh ini tak boleh, tak tepati janji, tak tepati masa. Hidup nak senang tapi kerja ciput. Banyak sangat dah jumpa, dari 10 keluarga asnaf, 9/10 macam tu la. Ini pengalaman aku, mungkin orang lain ok.
Atau pun ada mana – mana h4mba Allah yang ada membantu asnaf, boleh korang muncul di ruangan komen cerita pengalaman, banyak baik ke buruk. Aku ni macam korang jugak, dapat gaji, sehari habis separuh dah.. bayar rumah, kereta, bil api air itu ini, barangan dapur.
Tak mewah pun, sama macam korang. Tapi aku tengok golongan asnaf hidup macam nak senang, demand itu ini, minta simpati dan sebagainya. Entahlah, aku sekarang dah giveup habis nak bantu orang. Sekarang lebih tumpu pada diri, dah tak ambil port nak m4mpus ke nak lompat gaung ke, kau punya pasal la.
Aku tak nak masuk campur, i give you an inch, you take a mile. Bagi betis, mahukan peha. Dulu aku selalu persoal kenapa banyak golongan kaya ni jenis tak campur golongan bawah, buat hal masing – masing saja. Sekarang aku dah rasa pengalaman tu, baru aku faham kenapa.
Kalau korang tengok kat Indonesia, orang kaya m4kin kaya dan orang kaya ni buat hal sendiri saja, baru aku tahu sekarang kenapa. Mungkin ada antara korang yang membaca ni ada pengalaman buruk juga seperti aku. Aku masih ingat pepatah, “give a man a fish, you will feed him for a day, teach a man how to fish, you will feed him for a lifetime”.
Tapi masalah sekarang, dah teach a man how to fish, tapi that man still stup1d hari – hari mau fillet o fish cib4i. Seriously, bukan senang nak jadi senang. Bersyukur la dengan apa yang kita ada, hidup demanding 24/7 susah gak, hidup meminta disuap, minta suap mcdonalds a la carte cheeseburger takpe gak, kita boleh layan lagi, ni minta triple cheeseburger set large air fanta. Menc3kik tak ingat dunia.
Macam tu la contohnya, bagi sikit.. nak lebih – lebih. Takda humility, takda perasan grateful. Kalau diri sendiri tak nak berubah, mana ada orang lain boleh bantu dah. Kalau rasa susah, plan untuk masa depan. Mula slow – slow.
Bukan seharian kau boleh jadi jutawan, kalau senang nak jadi jutawan dah semua orang jadi jutawan, habis siapa nak p0tong rumput. Kan? Aku sebagai laki yang handsome dan ada iras – iras buaya, nak pesan sikit.. jantan yang tahu dah hidup susah.. keje jangan nak sedap saja.
Kau hidup susah, planning.. financial.. kau sendiri banyak benda nak bayar, keje nak mancut aje, anak 5 orang, tak bagus ah macam tu, tak fair untuk anak kau hidup membesar dalam keadaan susah, makan kena catu dan sebagainya.
Budak – budak tak salah apa, ni mak bapak ni. Rancang kekeluargaan, ada duit lebih sikit, memang dah cukup financial, time tu la boleh planning nak tambah anak. Bila dah ada anak, ajar mereka value of life. Aku tak rasa yang kalau kita merancang untuk tambah anak atau tak itu satu kesalahan, aku kalau ada anak.
Aku tak nak anak aku susah, aku confirm nak anak aku dapat rasa quality of life. Masa aku kecil dulu nak makan kfc pun kalau ada hari – hari penting atau ayah aku ada rezeki lebih tapi aku nak anak aku nanti kalau dia nak kfc hari – hari pun aku boleh beri, contoh macam tu la.
Aku berfikiran kalau dah betul – betul kewangan kukuh dan ada extra baru kahwin, jaga anak orang. Mak ayah budak tu besarkan dia, takkan kau nak suap dia nasi kicap saja hari – hari. Kau demand nak cantik, isteri toleh kedai make up kau dah naik kening.
Itu baru kedai makeup tepi jalan, bukan sephora tau. Nak barang sedap, spend duit. Nak kete sedap, beli mercedes. Mahal tak? Mahal, maintanence mahal tak? Mahal. Tapi sedap tak? Mestilah mat. Ni kau pakai perodua tapi nak feeling ferrari, susah la mat.
Cermin diri sendiri, tak mampu.. takda apa nak dimaIukan la, lagi malu kalau dah tak mampu tapi tetap beli, lepas tu kena kejar bank. Aku tengok sekarang banyak orang semua beli barang fancy – fancy. Lunch starbucks, kalau tak starbucks pun, lunch restoran ada aircond.
Aku punya bos, CEO gaji 50k monthly, gi kerja bawak bekal saja mat. Aku tak rasa aku sorang saja ada bos camni, korang yang lain ada tak bos yang masyuk tapi besederhana. Ada kan? Entah la, banyak orang terpengaruh dengan kemewahan, semua nak habis fancy.
Kalau betul mampu, takda hal mat. Kalau betul mampu, bawak aje la bini getaway gi monaco naik business class. Ni yang tak mampu ni tapi demand 24/7. Itu pasal government banyak ceduk bangla import sini, kau orang la kerja takleh panas, yang perempuan pulak berpada – pada la, bf kau kerja tukang rumah, kau pulak demand nanti dah kahwin nak honeymoon maldives, contoh.. ha macam itu la.
Jantan sekarang, bini tengah mandikan anak, susukan anak, kau layan big0 keje nak tengok t*t*k amoi saja. Ha kau la, siapa lagi? Aku pun, kadang – kadang aje. Tapi aku takda isteri. Kau nak barang top, bayar harga top. Kalau nak kahwin, nak sedap, tapi taknak layan drama, baik takyah kahwin.
Kahwin itu sahaja dah penuh drama, bukan berd0sa pun kalau tak kahwin jantan oi, kau kahwin saja la dengan tangan kanan kau tu. Ini pendapat peribadi tapi aku takkan kahwin selagi kewangan tak elok. Once aku kahwin, bukan setakat aku cinta kau, kau cinta aku civm – civm habis.
Duit kena cari mat, itu baru isteri. D0sa mat tak bagi nafkah kat isteri. Isteri kau jenis yang bekerja ke atau jenis duduk rumah layan social media stim tengok zul aripin dalam drama ke, nafkah kena bayar mat. Itu tanggungjawab.
Kau tahu kan duit kau duit isteri, duit isteri duit isteri. Kalau tak ready nak layan semua ni, takyah la kahwin. Jadi macam aku, layan big0 gelek – gelek. Takdalah, aku gurau saja… kot. Haha. Aku nanti kalau dah ada isteri, aku akan manjakan habis.
Kalau aku kahwin, aku macam angan – angan nak kahwin dekat tepi tasik, buat tema garden, buat petang sampai malam, khemah arabian lampu liplap, tema baju putih ala – ala princess macam tu. Ambil pakej photographer first class ha, honeymoon paling tidak layan europe aje, itu kalau sembang ada duit la, sekarang takda tapi dalam perancangan.
Dalam proses menyimpan. Aku plan nak kahwin sekali saja seumur hidup, confirm la nak majlis kahwin grand mat. Nak isteri dan semua keluarga selesa, termasuk para hadirin yang hadir tu. Kesian pula kalau para hadirin yang datang tak selesa, buat bawah khemah atas rumput lecak – lecak, kesian perempuan, baru saja beli heels Vincci, dah berlumpur.
Kalau ada aircond, tertutupkan best. Hadirin pun selesa, takda la makeup cair, kau tak cite pakai baju kurung ketiak banjir, tak selesa mat. Nanti dah ada isteri, of course la aku manjakan habis, bulan – bulan layan spa, biar bini berurut, bini duk rumah kemas rumah apa semua, nak layan kau lagi, buat manicure pedicure biar kuku cun – cun, bawak bini pergi body scrub, buat facial.
2 bulan sekali pulak bawak gi salon, buat hair relaxing buat treatment. Baru dapat bini hari – hari macam model victoria secret. Ni sembang kalau ada duit la, sekarang takda duit, so tak kahwin, sebab aku sedar diri. Ni kau complain bini tak lawa, bini mintak pencuci muka, kau suruh bini basuh pakai sabun buku.
Ewah kau, barang nak sedap, modal taknak keluar, lepas tu masuk dalam internet puji bini orang lain cantik, bini dia cantik sebab suami dia keluar modal. Walau kita lelaki, belajar sikit pasal perempuan. Tak payah beli majaIah perempuan pun, google aje.
Apa perempuan suka, apa yang buat perempuan berem0si, apakah urutan untuk perempuan yang tengah period, contoh macam tu la. Kau bagi layanan first class kat bini, malam atas katil kau dapat layanan first class balik, yang sedap kau.. bukan aku.
Aku nanti kalau dah kahwin, isteri beranak aku hantar swasta, duduk seorang sebilik, boleh demand doctor perempuan, nurse 24/7 jaga bini, ada tv, makan sedap, aku tak rasa rugi pun, 9 bulan isteri aku mengandung, ini the least aku boleh buat. Yang lahir anak aku jugak.
Macam aku cakap la, cermin diri. Tak mampu, buat cara tak mampu, jangan demand nak first class tapi modal ciput. Tak semestinya kena beri benda mewah, pandai – pandai la korang fikir romantik, jantan pun.. masa tackle pandai lak kau ayat..kau la jantan, siapa lagi.
Ya termasuk aku. Tapi aku jantan buaya, kau jantan tak guna. Beza tu. Mana tahu nanti habis c0v1id, kau suprise isteri kau berdua getaway mana – mana, tepi sungai ke, tepi pantai saja, buat la supr1se. Tak pun time kau cuti, duduk rumah kau buat kerja seharian kat rumah, kau biar isteri kau rehat, biar la dia nak bangun lambat, nak layan drama ke, kau masak kau settlekan semua untuk sehari, kan sweet mat.
Banyak lagi benda sweet kau boleh buat, sendiri pikir la mat. Itu pun nak aku suap ke, mentang – mentang aku buaya.. kau minta semuanya ya. Ewah kau. Ok la mat aku pun penat dah ni panjang aku bebel – bebel macam orang kena gam dunlop copy ori shopee, barang dah la copy ori, shipping 4.60.
Aku nak sambung layan Tinder cari jodoh, masalah kat tinder ni aku nak cari perempuan elok, balik – balik jumpa “ch0ke me daddy”, tak layan nanti.. macam kurang sopan, terp4ksa la layan. Terp4ksa la, walau tak rela. Kau tengok camna buaya borak.
Ok la geng. Jangan ambil hati pulak dengan confession ini. Sama – sama muhasabah diri. I love you geng. Jangan le mara, Saya gura – gura saja. Till we meet again. Truly Yours, – Buaya (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Nurul Faezah Binti Yahaya : Bab asnaf ni, bila kita bersuara kata kita h1na dan sebagainya. Memang ada yang jenis, bila pi bagi bantuan waktu pagi, pi jam 7 pagi pun belum bangun, pi jam 10 pun tak bangun lagi. Ada pula si isteri yang pi hantar dan ambil anak ke sekolah dan lari pi buat kerja untuk mendapatkan pendapatan.
Suami, terbongkang tidur, bila bangun, nak semua makanan dah terhidang. Ada juga yang dapat bantuan ni, diberi duit sebab katanya untuk uruskan bayaran bil dan yuran anak, selang seminggu mai pula minta bantuan katanya tak cukup.
Memanglah tak cukup, sebab h4ng pi beli iphone terbaru. Miskin ni tidak semua miskin harta tetapi miskin jiwa dan peribadi. Ini yang susah untuk nak diubah.
Salwa Syed Omar : Tergelak pun ada baca. Ini la yang pernah DSV kata dulu tapi ramai yang kecam DSV. Pelik tapi benar. Bila cakap bab anak nanti ramai pulak cakap setiap anak Allah dah tetapkan rezeki, jangan risau pasal rezeki anak.
Rezeki bukan Allah turunkan mencurah berdebuk – debak dari langit. Bapak si anak yang kena usaha cari. Kalau rezeki nak suap kat mulut anak minta kat orang si bapak duk goyang kaki tangan kat rumah apa cite? Susah betul kalau manusia bersikap begini.
Dalam islam pun ada ajar cara merancang bukan kerana takut takde rezeki. Anak ni bukan kena bagi makan je. Kena bagi pendidikan, kena luangkan masa bersama dan sebagainya. Banyak tanggungjawab. Tak tahu la manusia yang macam ni mind set mereka mcaam mana.
Agaknya takpe la nanti minta je bantuan. Ada la tu mana – mana NGO, pusat zakat tak pun minta kat uncle kentang, UEL, sape saje la…. Entahla sukar bila berdepan dengan manusia sebegini.
Nuur Aisha : Kalau nak tolong keluarga asnaf ni tengok dulu rumahnya. Kalau rumah tersusun atur cantik kemas maksudnya rajin laa mereka. Yang comot – comot tu faham – faham sendiri laa. Walaupun saya ada kebun sendiri, dekat rumah ada ruang kosong tetap saya susun sayur pakchoi, kangkung, timun japan.
Rasanya sudah lama sangat saya tak ke kedai untuk membeli keperluan sayur – sayur, ada extra anak pokok saya jual murah – murah kadang – kadang bagi free pada jiran – jiran. Saya tak kaya, kebun pon masih lagi belajar. Yang penting jangan malas. Kena rajin berusaha InsyaAllah ada rezeki yang datang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.