Adik ipar perempuan aku ni kerja kilang, anak 5 orang. Setiap bulan pinjam duit. Alasan tak cukup duit nak beli susu anak. Siap pesan jangan bagi tau suami dia, sedangkan tu adik aku. Bila kami berkumpul bersama keluarga, pecahlah rahsia yang adik ipar ni..
#Foto sekadar hiasan. Cerita hutang aku ni dah bermula sejak 30 tahun yang lalu masa belajar kat IPTA. Abang kena buang kerja jadi dia pinjam duit sebab tak cukup untuk sara family dia. Masa tu, walaupun pinjaman MARA yang aku dapat, ala kadar sahaja tapi aku bagi juga pinjam sebab kasihan kat abang.
Masa berlalu, dia pun dah senang, rumah besar, kereta besar dan isteri pun dah jadi besar juga tapi hutang kat aku dia terus lupa. Ok la, aku halalkan sebab aku sayang abang aku. Bila kahwin, isteri abang ipar pulak perIukan duit untuk beli kereta.
Alasan, senang nak ulang alik untuk rawatan ke hospitaI sebab abang ipar s4kit 3 serangkai. Ok.. fine, aku dan suami setuju nak tolong sebab tak sampai hati. Malah guna nama suami untuk buat pinjaman kereta. Janji akan bayar dan tanah sebagai cagaran.
Akhirnya kereta kena tarik dan nama suami disenarai hitam sebab hutang bank. Kami terp4ksa korek duit simpanan untuk clearkan nama. Bila tanya tanah yang kononnya dijadikan sebagai cagaran, aku pulak yang kena marah.
Itu tanah mereka, jangan masuk campur katanya. Aku terkedu, mana muka manis waktu nak pinjam dulu. Allahu.. aku lihat suami terdiam. Ini cerita anak kakak pulak. Bila mula dapat kerja terus nak beli kereta. Sebab baru kerja, bank tak lulus loan.
Kakak minta aku pulak jadi penjamin. Bila aku jawab tak boleh sebab dah 2 kali kena, apa lagi meng4muklah kakak. Marah sebab tak nak tolong anak dia. Aku terdiam. Seperti yang diramalkan, sempatlah 1 tahun je dia kerja, anak buah berhenti sebab jemu.
Kereta dia kena tarik tapi aku selamat sebab tak jadi penjamin hari tu. 2006, emak dan ayah aku meninggaI. Adik lelaki bujang aku takde tempat tinggal. Rumah yang ada pun dah uzur sangat. Jadi, adik beradik cadang nak buat rumah baru kat tanah pus4ka.
Masuk upah semua, siaplah rumah kecil dalam 25K sahaja. Sesuai untuk si bujang dengan keperluan asas. Suami aku keluarkan modal dan kos rumah tentulah kami berdua. Alasan adik beradik, kami berdua kerja kerajaan.
Janji bayar RM200 sebulan. MaIangnya.. hutang berbayar 10 kali sahaja lepas tu terus senyap.. Aduhai, malu kat suami sendiri sebab adik buat hal. Masa berlalu, hari berganti. Anak – anak aku yang 4 orang pun dah besar.
Alhamdulillah, semua dah kat universiti. Nak jadi cerita, anak sulong yang di UMT tu, ada la singgah kat rumah isteri abang ipar yang berhutang dulu. Dari abang long, aku dapat tau, biras aku dapat tender kantin sekolah selepas abang ipar meninggaI.
Pendapatan boleh tahan tapi akhirnya kena tipu dengan menantu. Wang dan barang kemas dilarikan. Aku hanya senyum dalam hati. Ini kah baIasan, bisnes dah bagus tapi hutang tak mau bayar jugak. Entahlah. Adik aku pulak baru umur 40 tahun, tahun ni.
Tiba – tiba mata tak nampak kedua – duanya. Bila jadi macam tu barulah dia teringat kat kami. Takpelah, walau hutang tak bayar, kami jugak yang urus pembedahan mata dia. Adik beradik kan. Apa lah sangat duit tu berbanding nilai persaud4raan.
Syukur, mata dia dah dapat lihat semula. Kisah yang last ni, buat aku sukar nak hadam. Adik ipar perempuan aku ni kerja kilang. Anak 5 orang. Suami dia adalah adik aku yang kerja technician kilang tapi kena buang sebab masalah disiplin.
Lepas tu kerja tak menentu dan akhir sekali jadi jaga. Adik ipar ni kerjanya, tiap – tiap bulan pinjam duit. Alasan tak cukup duit nak beli susu anak. Ok.. aku tolong sebab takut anak buah kebuluran. Kadang – kadang belum hari gaji lagi, dia dah mesej nak pinjam.
Pinjam katanya tapi tak pernah bayar pun. Siap pesan jangan bagi tau suami dia. Eh.. pelik kan? Suami dia tu kan adik aku. Bila aku call adik, tanya ada masalah duit tak? Adik jawab, masih ok. Eeeh.. Konpius kakak dia ni dibuatnya.
Kenapa isteri nak rahsiakan daripada suami. Bila kami berkumpul bersama keluarga, pecahlah rahsia yang adik ipar ni bukan pinjam kat aku sorang. Hampir semua kakak – kakak aku dah dia pinjam. Kat anak – anak buah pun dia pinjam jugak.
MeIampau eh, kami ni kan sebeIah keluarga suami dia. Hebat betul kan, satu family kami kena. Bila aku tanya kenapa buat keluarga suami macam tu, macam – macam helah dia cakap. Last sekali balik kampung suami pun tak berani dah. Kant0i la tu.
Fuhh.. cukuplah cerita hutang adik beradik ni. Bukan hutang dalam erti kata sebenarnya, adik beradik kan. Marah macam mana pun, air dicinc4ng tak akan putvs. Terima kasih pada admin yang sudi siarkan cerita aku ni. Maaf andai ada salah silap. Tak minta pun you all untuk judge tapi nak kongsi jer asam garam kehidupan. Moga kita semua dirahm4ti Allah. – Bonda Dhia (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Tkah Ridzuan : Baiknye sis walau kena berkali – kali, takpe sis, in shaa Allah, ALLAH akan baIas kebaikan sis, tak di dunia, di akhir4t. Untuk adik beradik sis, doakan la diorang sedar, terbuka hati untuk bayar hutang diorang dan minta maaf pada sis dan suami. Nak doakan tak elok pon tak boleh, adik beradik sendiri dan tak baik doakan keburukan untuk diorang. Semoga ALLAH merahm4ti sis sekeluarga.
Azian Khalil : Semoga confessor murah rezeki, hidup bahagia, dikurniakan ketenangan hati dan akal fikiran, panjang jodohnya dan dapat anak – anak yang baik dan bertanggungjawab. Terharu baca sebab rasa baiknya korang berdua suami isteri.
Siti Hazwani : Mak saya dah pesan jangan berhutang adik beradik, kalau bagi duit, terus niat tolong dan sedekah. BeIah suami pulak, diajar untuk tolong adik beradik dalam bentuk hutang. Sekali berhutang amaun yang banyak, tapi masing – masing saya tengok berat tangan nak sedekah. Dua – dua cara ada pro n cons. Saya malas nak serabutkan fikiran, bab hutang ni saya selagi boleh taknak terlibat.
Nurul Iman Yahaya : Aku kadang – kadang nak gelak dengan ‘orang – orang’ yang suka guna ayat. “h4ngpa kan dua – dua suami isteri kerja kerajaan.. senang la.” Rasa nak tolong gaIikan kubvr untuk si pengeluar kata kata – kata tu dan sipenyokong.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.