Isteri merungut aku main games dekat TV, aku belikan dia TV satu lagi supaya tak berebut dengan aku. Tapi satu hari dia pergi cabut wayar TV aku. Aku boleh sabar lagi. Tapi sampai tahap dia sorok aku punya joystick, aku memang dah tak boleh tahan. Dia balik je kerja, aku terus naik tangan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w.b.t. Ini pertama kali aku tulis confession. Aku minta maaf awal – awal kalau ayat aku tunggang terbalik sikit. Nama dipanggil Zaf, umur 27 tahun dan sudah 2 tahun berkahwin dengan seorang wanita yang diberi nama Mira.
Aku nak cerita pasal hidup aku seorang pemain game tegar dan masalah bini aku yang tak suka tengok aku main video games. Aku harap perkongsian aku ni dapat membuka mata orang luar bahawa tak semua orang lelaki yang kaki game ni bermasalah atau sebagainya.
Aku tau ramai lelaki sekarang suka sangat main video games. Bila sebut saja pasal suami yang suka main games, mesti ada perempuan yang tak suka laki atau bakal laki dia main game saja kerjanya, katanya takut suami abaikan tanggungjawab, curang main game online dengan perempuan lain dan sebagainya.
Ada jugak isteri yang lebih suka laki dia main games saja dekat rumah supaya takderlah laki dia pergi merayap ke mana entah malam – malam lepak kedai minum. Tetapi bini aku pulak, aku tak tau kategori yang mana, sebab dulunya aku main game online dekat phone saja, lepas tu dia kata takut aku main game dengan perempuan lain. Kesudahannya aku ikutkan aje.
Tapi bila aku bukak pulak PS4 nak main game dekat TV, haa mulalah dia bising sampai bunyi game aku dekat TV pun tak dengar hahaha. Bila aku pegi keluar lepak mamak dengan kawan – kawan saja, dia suruh duduk rumah pulak haduii.
Mamak baru ambil order saja dia dah call tanya bila nak balik. Aku pening. Buat masa ni aku memang penuhi tanggungjawab aku sebagai suami, boleh kata suami yang baik lah cuma hobi aku main video game ni susah sikit nak tinggalkan.
Bosan duduk rumah aku tak tau nak buat ape, anak pun takde lagi, jadi nak hilangkan bosan tu aku main game jelahkan. Kucing pun kitorang ade bela sekor nama Silkam nak bagi ceria sikit rumah tapi yang peliknya si Silkam ni asyik berkepit saja ngan bini aku, datang dekat aku time makan saja kemudian lari.
Pelik aku. Panjang pulak pengenalan aku ni, okay kembali kepada tujuan asal aku, aku sebenarnya nak citer ragam bini aku dalam pelbagai usaha nak restrict aku dari main game berlebihan. Sedikit cerita pertemuan kitorang waktu dulu – dulu.
Aku first time nampak bini aku waktu dia praktikal dekat tempat kerja aku waktu dia sambung ijazah. Bini aku ni muda setahun saja dari aku. Aku waktu tu dah kerja nak dekat 3 tahun sebab aku belajar sampai level diploma saja.
Mula – mula aku memang tak perasan langsung kehadiran bini aku ni, yang aku tau ade student praktikal baru masuk saja. Aku tak ambil kisah sangat. Group diorang ada dalam beberapa orang jugak. Dalam group diorang tadi ade yang paling cantik, jadi memang jadi tumpuan lah.
Kawan – kawan sekerja aku pun selalu bercerita pasal sorang ni. Ade yang nak ngejas pun ade hahaha. Manakala bini aku ni pula jenis yang pemalu dan tak cantik. Lepas kawen baru aku nampak yang bini aku ni cantik rupanya, hehe.
Bagi aku pemalu tu tak jadi masalah, yang jadi masalahnya aku ni pun pemalu jugak hahaha. Waktu aku buat kerja, aku dapat rasa yang ada 4 mata sedang curi – curi memerhati aku. Aku rasa seram sejuk. Rupa – rupanya yang sedang memerhati aku tadi bini aku.
Bini aku ni pakai spek mata sebab tu aku kata 4 mata. So aku pun tanpa berfikir panjang terus memandang kembali. Mata bertentang mata. Sejak daripada itu, aku baru perasan kehadiran dia. Aku mula jatuh hati dan kadang – kadang aku pulak curi – curi pandang dia.
Tapi sayangnya dia praktikal 2 bulan saja dekat tempat kerja aku dan disebabkan aku pun pemalu jugak, jadi aku tak sempat buat apa – apa just pandang – pandang saja. Kalau bagi masa aku setahun mungkin sempatlah jugak aku nak mengorak langkah.
Lelaki pemalu ni kalau boleh nak perempuan yang approach dulu. Beberapa bulan dah berlalu, aku masih tak dapat lupakan dia ni. Kuat betul penangan dia, dah lah pakai spek mata pulak tu, sebab aku memang cair sikit tengok orang pakai spek mata ni.
Dalam hati aku terdetik, dia ni betul minat dekat aku ke? Dia budak Ijazah mana nak pandang aku ni Diploma aje. Ke aku yang kuat perasan? Biasalah lelaki kan selalu syok sendiri. Pada waktu tu jugak aku stop main game kejap terus jadi stalker terhebat.
Aku search nama dia dekat semua sosiaI media yang ada. Hasilnya takde! Kawan satu group dengan dia dulu ada pulak. Aku berfikir dia ni takde akaun sosiaI media langsung ke. Aku tak berputvs asa dan terus berusaha dan akhirnya jumpa.
Itupun lepas aku tebalkan muka Add Friend kawan – kawan dia kemudian aku tanya diorang. Rupa – rupanya bini aku ni ade saja FB tapi letak nama samaran dengan gambar pun letak gambar kucing. Patut lah berjam aku cari tak jumpa.
Jadi, aku pun mengorak langkah aku dan macam biasalah orang perempuan mula – mula memang jual mahal sikit, nasib baik dia ingat lagi aku haha. Tup – tup kitorang pun berkahwin. Kitorang bercinta lepas nikah gittew.
Lepas berkahwin baru aku tahu yang bini aku ni macam mana. Dia tak suka aku main games dan kuat membebel jugak rupanya. Sebelum kahwin dulu alahaii pemalunya, nak bercakap pun suara macam tak keluar. Beberapa bulan lepas kahwin dia dapat kerja tetap syukur rezeki lepas kahwin.
Sejak bekerja ni dia lagi kuat membebel, str3ss kerja agaknya tapi aku rilek – rilek saja layankan aje tu mungkin cara dia nak lepaskan str3ss huhu. Bini aku ni ada minat dia sendiri iaitu layan Netflix. Awal – awal kahwin kitorang berkongsi TV sebab ade satu saja.
Dia selalu bising aku main game lama sangat dekat TV sampai tak ada masa dia nak layan Netflix. Aku suruh dia layan kat phone, laptop dia tak nak katanya skrin kecikk adoiii. Lepas tu dia ugvt aku, katanya awak sayang game atau awak sayang saya?
Aku tersentak seketika. Dalam hati aku terdetik, game pun aku sayang dan bini pun aku sayang. Akhirnya aku pun buat keputvsan. Sayang bini punya pasal aku pun beli TV satu lagi letak dekat dapur so sambil dia masak tu bolehlah layan Netflix kan.
Nanti dia taknak masak aku pulak yang lapar. Dia pun tak kacau dah TV dekat ruang tamu jadi m4kin seronok lah aku main games tak ada orang kacau, haha. Tapi rupanya keseronokan aku kejap saja, macam – macam dia buat tak nak bagi aku main game lama – lama.
Aku tau sebenarnya dia nak ajak aku teman dia tengok Netflix tapi aku malas. Aku kurang sikit layan movie dan TV Series ni. Layan jugak tapi kadang – kadang. Ada sekali tu aku balik kerja lewat sikit, settle semua urusan rumah dan keluarga, aku pun terus on TV dan PS4 aku.
Semua okay saja tapi kenapa TV gelap saja tak keluar gambar. Aku sangka TV aku rosak dah ni. Pening dah kepala nak beli yang baru pulak, rupanya bini aku sabotaj dia cabut wayar HDMI belakang TV tu. Pandai dia bergurau rupanya.
Keesokan harinya aku sorok remote TV dia. Perghh time tu dia merajuk 2 hari. Aku lak kena pujuk, aku ajak dia layan Netflix sama dengan aku. Mulanya tak nak tapi bila aku dah pasang TV pandai pulak duduk sebeIah aku siap buatkan air lagi haa gittew.
Adegan sorok menyorok ni tak habis lagi dan ada satu hari tu aku baru habis overtime, next day tu aku ambil cuti. Bini aku ni kerja macam biasa dan lepas hantar dia pergi kerja tu aku pun ape lagi ambil masa terluang nak main game dekat rumah.
Aku cari satu rumah Joystick aku pulak yang kena sorok. Aku pun ape lagi hangin lah satu badan. Habis saja dia kerja aku pun naik tangan lah. Aku naikkan tangan aku menyerah kalah sebab tak tau dia sorok dekat mana benda alah tu. Bukan naik tangan pukuI bini ye.
Tak sayang bini ke nak pukuI – pukuI haha. Rupanya dia merajuk sebab malam aku overtime tu aku janji nak bawa dia keluar makan dekat luar tapi aku boleh lupa dan boleh pulak aku b4ntai buat overtime. Mana tak marahnya dia, hahaha.
Seterusnya, yang ni lagi aku hangin satu badan. Ceritanya macam ni, birthday dia dah dekat jadi aku ada janji nak hadiahkan dia barang yang dia nak sangat dekat Shopee, aku akan belikan dan bayarkan. Mahal juga benda alah yang dia nak tu.
Alang – alang tu ada duit lebih aku beli sekali CD Game baru 2 keping, target aku barang dia dan barang aku sampai dekat rumah serentak pada hari yang sama. Jadi tak ada la dia nak membebel sangat kan. Tetapi boleh pulak barang CD Game aku yang sampai dulu.
Waktu tu aku keluar ada urusan kejap, jadi dia yang terima barang tu. Aku dah cuak waktu tu sebab tengok tracking barang dah diterima. Balik saja rumah aku tanya mana barang aku. Bini aku bising lah apa lagi, katanya barang CD aku tu mahal dari hadiah dia hahaha. Mahal RM50 saja pun.
Lagipun aku rasa sebab dia mula – mula excited ingat hadiah dia sekali buka – buka barang aku. Sampai ke malam dia sorok barang aku tu. Malam tu aku tak main game, aku tidur awal merajuk lah konon. Tetapi aku tak marah pun dia, aku maafkan dia sebelum tidur tu hehehe.
Selepas beberapa bulan, aku dah jumpa penyelesaiannya berkenaan masalah bini aku ni. Kuncinya kau kena saling melengkapi dan memahami. Aku dulu sebelum ni selalu biarkan dia tengok TV sorang dekat dapur. Tak ada nak teman dia dan luangkan masa sama – sama.
Dia sunyi jadi ape yang dia buat tadi cuma nak tarik perhatian aku untuk spend time dengan dia. Sejak dari itu aku pun sama layan Netflix dengan bini aku dan dia jugak tak bising sangat dah aku main game. Sebelum ni bila main game aku sorang saja Player 1, tapi sejak dari tu dia ada join aku main game jadi Player 2.
Aku pun lebih kerap belanja dia macam – macam, belikan apa yang dia nak, tak semestinya pada hari jadi saja. Aku lebihkan masa dengan dia Sejak itu aku perasan rezeki kitorang m4kin bertambah syukur. Cuma rezeki cahaya mata saja belum lagi kunjung tiba.
Walau macam mana pun membebel tu tetap ada kadang – kadang, aku anggap sebagai hiburan lagu dekat telinga aku saja siap boleh menari lagi kalau time dia membebel tu HAHAHA. Aku sedar memang silap aku tak bagi perhatian lebih dekat dia dan kadang – kadang berkira juga.
Yelah pada mulanya memang aku tak sedar lagipun orang perempuan ni dia kadang – kadang tak bagitau dia nak ape. Aku tengok dia senyap saja tengok TV sorang so aku pun kira dia okaylah kot. Kesimpulannya aku boleh cakap, kalau nak main game tu tak salah tapi berikan juga extra attention dekat isteri, mereka mahukan kasih sayang dari kita sebagai suami.
Jangan sampai abaikan tanggungjawab dan bagi perempuan pula, nak layan movie, drama ke ape tak salah tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab jugak sampai makanan untuk laki pun tak masak hahaha. Setakat ni bini aku okay saja masak on time dan sedap lak tu hiks.
Sampai penghujung sudah aku punya coretan, mana yang baca sampai habis tu aku ucapkan terima kasih. Maaf kalau confession aku ni agak membosankan dan panjang, lagi pun aku tak pandai sangat nak tulis – tulis cerita ni lepas tu excited pulak first time hantar confession hahaha. Terima Kasih. – Zaf (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Faris Haikal : Aku plak lelaki yang tak suka main game. Aku memang elakkan, sebab takut add1cted. Pernah dulu aku giIa main game jugak tapi last – last aku buang semua sebab aku rasa tak ada apa – apa outcome dengan bermain game, selain dari boleh release str3ss dan habiskan masa.
Norhayati Sulaiman : Alhamdulillah. Seronok baca confession ni. Ada masalah tapi jumpa jalan penyelesaian. Bukannya lari dari masalah dan create masalah baru. Semoga berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan keluarga yang sentiasa dalam keadaan mawaddah wa rahmah.
Siti Aisyah Lokman : Haha isteri encik sama macam saya. Selalu marah suami main game sebab nak tagih perhatian. Lama – lama suami dah faham. Pandai dah agih masa dan tahu bila saya nakkan perhatian. So saya pon dah tak kisah dia main game.
Sekarang dia pulak penat sebab saya asyik ajak dia main game sama dengan saya sampai dia takleh main game sendiri. Haha nama pon isteri. BagiIa game ke apa. Nak jugak buat sama – sama dengan suami.
Izz Imani : Hehehe sweet je.. Semoga berbahagia ye.. pokok pangkal tolak ansur. Suami akak hobi dia belek motor. Sibuk je dengan aktiviti motor dia tu tapi akak tak kisah pun. Bila dia busy konvoi ke masuk track ke. Akak buat hal akak.
Cari benda yang kita suka buat. Part membebel tu memang habit orang pompuan. Hehe layan je lah. Dulu anak – anak kecik kalau dia takde akak bebel. Sekarang bila dah tua – tua kurang membebeI suami akak cakap rindu pulak nak dengar akak membebel.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.