Sepanjang kahwin dengan along, kak ipar tak pernah pun datang jumpa mama tapi sejak ada masalah dan bercerai ni dia menangis – nangis minta simpati mama. Mama kesian siap bagi tumpang. Sebulan pertama je elok tutup litup, kemudian dah berani pakai s3ksi. Tak ku sangka tak ku duga, segala yang pelik terjadi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku perkenal kan nama aku sebagai A. Aku anak kedua dari 5 beradik. Datang dari br0ken family iaitu keluarga yang bercerai. Aku ada 4 orang adik beradik yang dibesarkan bersama mama dan seorang lagi bersama abah.
Tidak dinafikan keakraban itu lebih kepada mama. Tetapi antara aku dan abah tiada masalah langsung. All is well, bak kata mat saleh. Along bekerjaya dan senang, alhamdulillah dia tidak lupa pada mama. Selalu jenguk mama.
Selalu bagi duit poket. Rezeki dia memang lancar. Aku pula bekerja bersama mama. Menolong dia di perusahaan kecil keluarga kami. Adat berniaga, terkadang banyak alhamdulillah, jika tidak, hanya cukup – cukup makan.
Along pernah berkahwin secara senyap di Thailand (tak sah ikut undang – undang). Dan di sini bermula segala kisahnya. Dan kini telah bercerai. Sesungguhnya j0doh, ajaI dan m4ut itu telah tertulis. Aku perkenalkan bekas isteri dia dengan panggiIan “N”.
N adalah seorang yang kuat bermuka bagi aku. Jika dulu waktu bersama along, tidak pernah langsung nampak mukanya di rumah aku. Akan tetapi jika ada masalah, baru nak datang rumah, konon nangis – nangis mengadu dekat mama.
Semuanya dia akan minta simpati dari mama. N masih bekeluarga, kedua ibu bapanya masih hidup. Ketika along dan N bercerai, aku menyalahkan along. Aku anggap along tak reti hargai pasangan. Tapi anggapan aku melencong teruk.
Tapi semuanya salah, terbalik 360 darjah beb. Seolah – olah aku t3mbak anak panah ke langit, busur menusuk ke otak aku directly. Segalanya bermula apabila selepas bercerai bersama along, N minta simpati mama untuk tinggal serumah dengan aku dan mama.
Mulanya aku tak kisah, atas asbab kesian, aku okay je. Tak ku sangka tak kuduga, segala yang pelik terjadi. Mulanya “bekas kakak ipar aku” ni bertudung. Jaga solat. Kononnya nak tumpang sebulan 2 di rumah, sebab ibunya tak tahu dia dah kahwin.
Katanya takde tempat nak tinggal. Walhal rumah ibunya dan rumah kami cuma “sejengkal”. Cuma dalam 2km. Lama kelamaan dia tinggal di rumah, aku menjadi tak selesa. Tudungnya hilang. Mula pakai seluar ketat. Ada sekali aku pulang ke rumah, dia cuma pakai “1 piece” baju tidur tanpa bra.
Ko rasa? Terk3jut aku sebab aku memang tak rapat dengan dia. Tapi aku balik rumah aku sendiri, nampak dia atas sofa pakai baju tidur 1 piece pada jam 2 pagi. Allah! Ada sekali tu pakai baju lengan pendek dan seluar pendek “amoi”. Yang paras peha.
Lama kelamaan aku jadi kurang selesa. Aku lelaki, dia hanyalah bekas kakak ipar aku. Dan aku tinggal sebumbung dengannya. Walau ada mama, aku janggal di rumah sendiri. Kalau mama bekerja, dia tinggal di rumah bersama aku berdua.
Aku betul – betul tidak selesa. Ada aku bersuara pada mama, alasan mama, “kesian”. Berapa lama nak kesian? Dan N pula macam takde maru4h, tak malu langsung. Masih minta belas ihsan mama aku. Dan sekarang dia dah pindah tapi masih mama aku yang menanggung dia.
Bayangkan minyak kereta, gelang emas, makan minum, tempat tinggal. Semuanya mama aku yang bayar, yang tanggung. Seolah dia anak mama aku dan macam dia masih isteri kepada along. Maaflah tapi aku pelik, mana pergi malu kau?
Maaf hormat aku hilang bila kau sendiri buka aib kau di rumah aku sendiri. Berpakaian seperti teIanjang. MemaIukan! Aku jijik dengan orang macam kau. Kalau kau ada baca ni N, aku nak kau tahu aku bukan benci kau tanpa sebab, cuma balik la kau ke rumah mak kau.
Sebab mak kau masih hidup. Cukup la kau minta simpati mama aku. Mana la pergi harga diri kau sebagai seorang perempuan. Duduk merempat. Padahal mak ayah masih hidup! Duduk serumah dengan yang bukan mahram!
Fikir pakai otak. Kau pun dah besar. Bukan kecik lagi. Kau cuma nak memperguna mama aku je. Permainan kau jelas, cuma mama aku masih dikaburi dengan lakonan kau. Sikit masa lakonan kau terhenti, topeng kau akan terbuka sendiri.
Jangan kau campuri urusan keluarga aku. Kau tu hanyalah orang luar. Takde hak kau dalam keluarga aku! Jangan kau ambil mama aku dari aku. – Adik along (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zaujah Aziz : Aku rasa nak marah ko lak. Ko lelaki, memang kena direct marah dia. Terang dan jelas cakap ko tak suka dan segalanya lah. Ko faham tak, entah – entah dia memang sengaja nak umpan ko. Aku dah jumpa 2 orang kes macam ni. Dan memang kena kawin.
Peah Peah : Please say it out loud and clear. Kata straight to the point. “Sound direct” orang kata. Kata depan dia maksudnya kata dalam nada tegas depan dia. Bukan sound belakang. Biarlah dia nak marah pun. Lagi pun diakan “bekas” ipar. Dah tak de kena mengena dalam hidup dan family kau orang. Dan mak tu kena bagi tahu jangan nak simpati sangat dengan bekas menantu tu. Tak de faedahnya.
Iliana Amin : Pertama sekali, awak ada hak untuk sound dia directly live ketika kejadian. Contodfh, masa dia pakai hot pant tu adalah peluang awak untuk tegur dia. Just say minta dia jaga cara pemakaian kalau nak duduk situ. Tegur tegur dan tegur sampai dia rasa tak aman nak duduk rumah awak then get out.
Keduanya, awak boleh juga mintak along awak untuk bersuara. Bahawasanya dia bukan lagi ada kaitan dengan family so please get lost. Ketiganya, kalau dia masih gitu gak dengan muka tempe basi tu, no choice kena la bagitahu famili dia sendiri.
Ruzaini Fauzi : Awak lelaki dik. Kalau takde lelaki lain dalam rumah (ayah / abang / atok). Awak tu merangkap ketua keluarga. Sepatutnya awak bersuara untuk kebaikan. Bincang elok – elok dengan mama explain. Lepas tu cakap elok – elok dengan bekas kakak ipar. Kalau still takde tindakan mintak tolong abang. Tak jalan bincang dengan family dia. Sampai bila. Sanggup. Nak tanggung d0sa cakap belakang dan ternampak aur4t dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.