Lepas cerai dengan ibu, ayah kahwin beberapa kali tapi cerai. Aku pelik ada jugak wanita nak dekat ayah sedangkan dia pemalas, biawak hidup. Dia siap minta duit 10k nak renovate rumah siap minta duit kopi. Lagi pelik bila ibu jugak minta duit dekat aku dengan jumlah yang besar..
#Foto sekadar hiasan. Ibu dan ayah aku berkahwin atas aturan keluarga. Setiap pagi, aku akan terbangun dari tidur kerana pertengk4ran mereka. Punca utama perg4duhan biasanya soal wang. Tengok ibu dan ayah tidak bertegur sapa selama berbulan – bulan itu perkara biasa.
Ketika ibu dan ayah berg4duh, ibu akan duduk di tingkat atas, ayah pula di tingkat bawah. Ayah akan makan di luar. Ibu pula akan diam sahaja semasa ayah di rumah. Ketika ayah keluar, ibu akan meng4muk kepada anak – anak, dia lepaskan kemarahan dekat kami pula.
Pelbagai kata cacian dan m4kian diIemparkan. Ayah pula adakalanya jika naik angin akan menterbalikkan meja makan dan sebagainya. Ayah seorang yang malas bekerja. Dia hanya bekerja ikut mood dan tahap kerajinan tapi sebenarnya lebih banyak masa dihabiskan untuk tidur.
Senang cakap, makan dan tidur sahaja kerja ayah. Urusan sekolah, makan pakai anak – anak langsung tidak dipedulikan. Jadi, ibulah yang bekerja menanggung keluarga. Mengikut cerita ibu, ayah dimanjakan oleh neneknya ketika neneknya masih hidup.
Makan pakai tersedia dan diw4riskan rumah pus4ka nenek sebagai seorang cucu kesayangan. Aku membesar dengan figura seorang ayah yang langsung tidak layak dijadikan sanjungan dan contoh. Seingat aku, tidak pernah ayah berikan aku wang saku mahupun dibelikan apa – apa sebagaimana ayah orang lain.
Ibu dan ayah akhirnya berpisah setelah ayah canang kepada satu kampung yang dia ingin berkahwin lagi. Ketika ini aku baru sahaja melanjutkan pelajaran di peringkat asasi di sebuah universiti. Aku mengikut ibu keluar dari rumah.
Ayah kemudian kahwin dan cerai beberapa kali dengan beberapa orang wanita sepanjang tempoh beberapa tahun. Sepanjang tempoh tersebut, ayah masih dengan per4ngai malas bekerja. Aku juga tak faham bagaimana ada wanita yang berminat menjadi isteri ayah sedangkan sikap pemalas dia langsung tak pernah berubah.
Setelah aku bekerja, aku berikan duit setiap bulan kepada ibu dan ayah. Aku ingin keberkatan dalam gaji. Tapi ayah ambil kesempatan. Aku repair rumah ayah sehingga aku terp4ksa pend4mkan hasrat aku untuk masuk rumah sendiri walaupun telah mendapat kunci kerana lari bajet.
Tak cukup dengan duit repair rumah yang hampir 10k, ayah juga minta duit kopi walaupun duit bulanan telah aku beri. Dia akan whatsapp minta dimasukkan duit. Aku juga pernah diberitahu oleh seseorang dari kampung yang ayah bercerita kepada sesiapa yang datang ke rumah yang aku culas dengan duit bulanan sehingga dia perlu meminta – minta.
Aku jadi marah. Aku benci dia. Kenapa aku tak ada ayah seperti orang lain? Ibu pula baru – baru ini minta pinjam satu jumlah yang agak besar untuk bebaskan adik dari penjara. Adik mengikut per4ngai ayah. Umur pertengahan 20an tetapi malas bekerja dan menjadi biawak hidup di rumah.
Jika diikutkan hati, aku ingin dia merengkok sahaja dalam penjara. Tapi kerana kasihankan ibu, aku keluarkan juga wang. Ibu langsung tak tanya jika aku ada duit. Terp4ksa aku gunakan duit simpanan untuk masuk rumah yang sememangnya telah berkurang kerana ayah.
Ibu katakan mahu pinjam dan minta aku potong dari elaun bulanan yang aku beri kepada dia setiap bulan. Sebagai anak, aku tak tergamak untuk pot0ng pun. Setiap bulan aku masih beri jumlah yang sama pada ibu. Adik pula setelah keluar masih tidak bekerja. Hanya makan dan tidur.
Tak boleh ditegur juga kerana ibu akan marah aku semula. Ibu akan katakan aku tidak boleh ditumpang senang. Aku tak faham dan pelik kenapa ibu tidak belajar dari kesilapan. Kenapa ibu biarkan seorang lagi lelaki menjadi lelaki tak guna dalam dunia ni.
Aku wanita. Aku penat nak tanggung biawak hidup. Sekarang ni aku juga rasa takut untuk berkahwin. Takut jika mendapat suami seperti ayah dan adik aku. Tolonglah ibu – ibu sekalian, semuanya bermula dari rumah dan didikan anda.
Tolong jangan ajar anak berdikari tapi bila dengan anak lelaki, mereka diajar jadi kanak – kanak kecil. Creating self sufficient women and the men who are okay with living off them. Jangan biarkan dunia ini terbalik yang akhirnya wanita juga yang mer4na dan putaran tu takkan berhenti. – Strong Lady Not So Strong Anymore (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
NurAz Wan : Awak merungut ibu tidak belajar dari pengalaman tapi awak juga tidak belajar atau ambil tindakn mengajar mereka, setelah ibu pinjam duit, untuk bebaskan adik, awak patut potong elaunnya dan selalu beritahu berapa baki, biar dia terkesan dan sedar dia yang berg4ntung dan menumpang senang.
Jangan lagi peduli bila ayah minta duit, beri sekadar yang awk mahu beri dan selalu beritahu, yang awak masih bayar hutang renovate rumah dia dulu. Berhadapan dengan orang yang tidak peka macam ni, kita yang patut jadi lebih tegas, kalau tidak, sedialah untuk bela biawak hidup sepanjang hayat.
Herni Enida : Peny4kit mak – mak melayu. Bukan semua tapi ramai macam ni. Anak lelaki ditatang – tatang. Anak perempuan dikerah buat macam – macam. Sudahnya lambakan lelaki biawak hidup sekarang. Yang perempuan pula terlebih independent sampai tak perIukan lelaki dalam hidup.
AzNur Zulikha : Tt memang seorang wanita yang kuat. Semoga dipermudahkan segala urusan tt lepas ni. Nasihat saya, berilah secukupnya saja kepada ibu ayah tt, kalaupun berniat nak bagi lebih, lebih baik tt buat 1 akaun atas nama mereka.
Dan tt simpankan sendiri untuk tujuan yang tt rasa penting seperti hal – hal kec3masan atau menghantar ibu ayah ke tanah suci. Hal adik tt pula, bukanlah menjadi tanggungjawab tt untuk menyediakan segalanya sebab adik tt ada kudrat dan boleh cari duit sendiri. Tt kena tegas,barulah mereka akan belajar untuk berusaha sendiri.
Kamalia Kamal : Saya memang takkan percaya ‘biawak hidup’ boleh berubah. Sebab dia selesa ada orang tanggung. Tetapkan setiap bulan amount tertentu untuk ibu ayah je. Selebihnya buat keras jangan bagi walaupun terp4ksa berg4duh.
Kalau tak ‘diajar’, memang dia akan sentiasa rasa selesa, adik yang tersiksa. Please, you are the power of the family now. Berkeras je demi kebaikan masa depan. Jangan sampai usaha sendiri nak dapatkan sesuatu, tak dapat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.