Saya dan suami kira duit depan kedai nak beli baju anak, bila nak bayar terk3jut dgr cashier cakap

Saya surirumah dan saya cuba berjimat sebanyak mungkin hingga anak 3 orang pun, sekarang saya pakai kain lampin dan pin. Masa anak lahir, susu badan tak cukup tapi nak beli susu formula tak mampu. Saya nekad pergi kIinik sendiri jumpa dengan nurse. Saya buang rasa malu..

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum semua.. Berdasarkan tajuk, sayalah surirumah tak berganjak tu, hehe. Saya berumur hujung 20-an, dan mempunyai 3 orang anak yang semuanya jarak 2 tahun. Kenapa saya tak bekerja?

Sebab saya rasa saya tak ada cita – cita. Saya rasa selesa dengan hidup macam ni. Bila bekerja, saya hadap pelbagai masalah. Contohnya saya pernah kerja retail, Saya tidak tahan bunyi radio mall, bunyi orang lalu lalang yang bising, bunyi tapak kaki, bunyi mesin vacuum.

Benda ni semua buatkan telinga saya s4kit dan kepala berselirat macam anx1ety. Tak tahu lah saya ada anx1ety atau tidak tapi itulah keadaan saya. Saya tak mampu nak cakap dengan customer secara friendly. Bukan sengaja tapi saya anx1ety.

Boss selalu marah sebab saya tidak buat eye contact atau senyum. Saya pernah kerja yang tak hadap orang, macam dropship. Tapi sama juga saya tetap kena ada interaksi dengan orang, jadi saya panic att4ck. Bekas rakan sekelas saya pernah kongsi di media, dia ada buat graphic design dari rumah saja.

Saya nak buat macam tu tapi saya tak ada skill. Kawan saya diploma dalam bidang tu. Yang saya ada cuma basic SPM. Saya tak pandai macam orang lain, walaupun SPM saya dapat A dalam 5 subjek tapi saya cuma menghafal dan tak pandai secara praktikal.

Sebelum berkahwin, saya yatim piatu. Ibu ayah meninggaI waktu saya umur 19 tahun. Hidup saya bekerja hanya untuk bayar sewa, bil, transport dan makan. Bagi saya, asal ada makanan untuk dimakan, ada bumbung atas kepala, kira cukuplah.

Saya cuma fikir saya tak mahu kerja menghadap orang lagi kalau saya dah berkahwin. Lepas bersalin anak sulung, saya berhenti kerja dan jaga anak di rumah sampai lah sekarang 3 orang anak. Saya tak bekerja, tapi saya berjimat mana yang boleh.

Dari segi kesihatan, saya akan pastikan semua ahli keluarga saya makan benda sihat supaya tidak mudah jatuh s4kit. Kami elak maggi takut s4kit lain dikemudian hari. Kos rawatan bila s4kit bukanlah sikit. Saya akan cut benda lain, biasanya kami akan makan telur, sayur seik4t 30 sen kedai runcit jual, dan nasi (sayur, protein, karbohidrat).

Kadang – kadang jiran bagi buah yang dia jual tak habis. Kami dah cakap tak apa, tapi tiap minggu anak jiran datang bagi 4 plastik. Buah elok lagi. Masa bayi saya lahir, saya rasa saya kekurangan susu badan. Bagi kami, formula agak mahal dan kami terp4ksa utamakan benda lain selain formula iaitu sewa rumah, bil dan makanan.

Disebabkan kami nak jimat. Saya buang rasa malu datang kIinik minta nurse ajarkan cara betul susukan baby. Alhamdulillah dapat jimat susu untuk 3 orang anak. Bukan kami anti formula.. kami memang tak mampu. Lepas anak sulung lahir, baru kami dapat beli kereta secondhand cash.

Duit dari hantaran dari suami yang kami patutnya buat kenduri tapi tak jadi, disebabkan saya tak nak telinga dan mata saya serabut bingit bila orang datang dengan bunyi kipas, motor, tapak kaki. Saya rasa nak menjerit kalau berada dalam keadaan macam tu.

Itulah punca saya pakai ear plug dalam kereta. Masa nak beli baju untuk anak sulung, waktu ni shopee tak ada. Semua beli kedai.. Harga kedai hmm. Waktu tu.. Kami turun motor kira duit depan kedai. Cukup ke? Cukup ke?

Kita kira kejap… lepas masuk tu, kebetulan kedai baby tu. Owner kedai tengah jaga cashier. Kami ambil 4 helai baju saja. Owner kata, “ambil lagi 4 jadi 8 helai saya belanja”. Kami dah cakap takpe. Kami memang dah prepare duit cukup cukup dah.

Tapi owner tetap cakap dia nak belanja. Saya berterima kasih sangat pada owner tu. Semoga dimurahkan rezeki. Aamiin.. Lepas anak nombor 2 lahir, suami dapat naik gaji sikit. Kami tetap jimat seperti biasa. Cuma yang lebih sikittt tiap bulan tu masuk akaun anak – anak.

Sikit pun jadilah ye.. Saya tak pakai perancang sebab dah ik4t lepas nombor 3. Diapers pula.. Saya duduk di rumah jadi saya gunakan lampin dan pin saja. Kalau musim hujan baru saya akan pakai diapers untuk em3rgency.

Suami seorang pendiam dan cakap bila perlu saja. Saya tak ada rasa s4kit telinga dan mata dengan anak – anak, sepertinya Allah swt jadikan mereka, suami dan anak – anak ni khas dan special untuk saya. Saya tak mampu cakap dengan orang lain, jadi mereka hadir temankan saya. Hehe..

Setiap hari saya solat saya doakan semoga kesihatan suami baik – baik saja. Saya takut sangat kalau apa – apa jadi pada dia, saya terp4ksa keluar bekerja semula. Dari kecik saya mudah sangat dapat s4kit. Sebulan saya boleh demam panas suhu 39 tu 3 kali.

Suami dan anak ok saja, cuma antibodi saya sangat lemah. Saya ada asma dari kecil lagi kena jaga pemakanan. Kalau ditanyakan soalan pada saya, apa impian saya. Inilah impian saya. Ada orang yang Iindungi saya dari dunia luar.

Saya tak ada cita – cita tinggi macam orang lain. Kawan – kawan ada yang beli kereta dan rumah. Tapi saya tetaplah di sini tak berganjak dan saya tidak menyusahkan orang lain selain suami, tidak berhutang pada sesiapa atau mengani4ya orang lain.

Saya kongsi cerita saya bukanlah sebab nak menjadikan isu surirumah atau tidak. Tapi hanya nak kongsi cerita diri saya yang begini saja. Orang yang tidak bercita – cita tinggi macam saya ini wujud. Tidak mahu lebih, cukuplah apa adanya.

Dan saya tidak cemburu lihat orang lain. Kalau orang tak faham keadaan saya mesti akan cakap saya banyak alasan itu ini. Tapi itulah yang alami dunia luar itu cuma saya. Nak tunjuk pada orang apa saya alami pun saya tak pandai..

Kalau ditakdirkan suami pergi dulu sebelum saya. Semoga simpanan bulanan yang kami simpan tu cukup. Saya tak pandai beza hibah yang betul atau scam sebab tu saya tak ambil. Sekian terima kasih kerana sudi membaca.– Kipas Angin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sherri Hazmi : Ok. Aku boleh accept macam ni. Aku pun bukan orang yang bercita – cita tinggi sangat pun. Takde la nak ada bisnes ratusan ribu ada banglo 5 – 6 ekar, Mercedes berderet. Dapat dating dengan laki aku berdua kat food court pun aku dah cukup happy.

Tapi aku kerja. Dan aku takde cita – cita langsung nak jadi surirumah sepenuh masa. Tiada dalam kamus aku. Sebab aku suka kerja aku sekarang. Aku suka travel, suka outstation dan buat kerja kerja yang menc4bar.
Agitteww. Bahagia dengan cara kita memasing.

Norlin Mohar : MasyaAllah Tabarakallah. Perkongsian ini sangat – sangat sampai ke dalam jiwa saya Puan. Sangat ikhlas. Orang yang dikurniakan rasa cukup dan sentiasa bersyukur adalah h4mba Allah yang sangat terpilih.

Banyak yang saya belajar dari penulisan Puan. Wallahi, tulisan Puan buka mata hati saya erti kebahagiaan dengan cara sendiri. Sedarlah saya bahawa Maha Pengasihnya Allah menjadikan Puan dan keluarga sebagai pelengkap sebuah kebahagiaan.

Tahniah Puan kerana menjadi yang terpilih.Ramai di luar sana patut belajar sesuatu dari tulisan ini termasuk diri saya. Saya doakan moga Puan sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah. Moga dikurnia Syurga tanpa hisab. Aaminn Ya Mujib. ~Salam ukhwah dari saya. Jaga hubungan dengan Allah, jaga diri dan jaga family baik – baik yer.Terima kasih untuk tulisan indah

Nurul Syafiqa Saparudin : Suka baca macam ni. Penuh rasa rendah diri. Masyarakat biasa akan kata “sampai bila nak berg4ntung pada suami”. Tapi bagi saya, Allah dah tetapkan lelaki yang cari nafkah dan tugas isteri melayan suami sebaiknya. Kat dunia mungkin tak nampak mewah, tapi janji syurga tu pasti. Semoga Allah merahm4ti sis sekeluarga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.