7 tahun jadi surirumah aku nekad nak kerja sebab ada PhD. Bila dah kerja aku jadi terlampau sibuk rumah tak terurus. Pakaian kotor berlambak, pinggan tak basuh, masa hari cuti pun aku sibuk kerja. Suami complain rumah selerak, aku menjawab suruh dia cari pembantu rumah..
#Foto sekadar hiasan. Aku selalu pesan kat suami. “Kalau satu hari nanti, you ada suka and cinta perempuan lain selain I, I tak nak tau you couple dengan dia lama – lama. I tak nak you bawak dia ke hulur hilir. I tak nak you check in dengan dia padahal korang bukan suami isteri.
I nak, you bagi tahu i. Then, kita bincang untuk halalkan hubungan dia dengan U. I tak nak you berd0sa sebab maksi4t tu. Dan if you dah kahwin dengan dia, i tak akan mintak cerai sampai you sendiri lepaskan i or you sendiri dah tak mampu nak berlaku adil kat i dan anak- anak.”
Itu pesan aku pada suami 5 tahun lepas. Dan ya, benda tu jadi kenyataan. Pada ulang tahun ke-10 kami, aku diceraikan dengan taIak 1. Waktu tu anak sulung baru berusia 5 bulan. Sump4h sedih. Dia tak buat macam apa yang aku kerap pesan kat dia.
Dia dan scandal dia kahwin kat Thailand. Dan tahu – tahu dah beranak pinak. Masa aku sarat mengandung dan kena tahan kat wad sebab Doktor takut ada komplikasi pada bayi dalam rahim aku, masa tu suami aku menghilang.
Aku whatsapp dia tak baIas. Aku call dia tak angkat. Family dia pun tak tahu mana dia pergi. Masa tu aku dah syak ada sesuatu yang mencurigakan pada suami. Tapi aku husnuzon. Masa aku bersalin, suami tetap tak ada dengan aku.
Barang – barang bayi aku, barang – barang aku, semua adik – adik aku yang packing dan hantar ke wad aku. Laki aku? Dia hilang. Hilang yang tanpa khabar. Lepas aku bersalin, aku berpantang di rumah mak mertua. Mak mertua aku sump4h sedih bila tahu yang anak dia tak ada masa aku bersalin apa semua.
Mak mertua aku ada cuba call suami, tapi macam aku, masih tak diangkat call tu. Lepas tu abang ipar aku cuba contact dengan laki aku by fb messenger… baru lah laki aku baIas. Dia kata dia busy kerja plus outstation. Line kat tempat dia belerja tu selalu ada masalah tu yang tak dapat call apa semua.
But abang ipar aku sebagai abang yang memahami adik dia, dia tahu serba sedikit benda yang aku tak tahu. Pelan – pelan abang ipar aku pujuk mak mertua untuk bagi tahu aku yang hakik4t sebenarnya suami aku dah berkahwin lain di Thailand.
Tambahan pula abang ipar kenal perempuan tu dan perempuan tu ada update kat facebook yang dia dah berkahwin siap tag husband aku punya facebook. Bila mak mertua aku cakap benda tu, aku cuma mampu senyum. Mak mertua aku sampai demam bila dapat tahu anak dia buat macam tu kat aku yang masa tu sarat hamil.
Tapi aku sikit pun tak pelik, aku dah agak benda macam ni akan berlaku. Aku tak salahkan suami aku 100% sebab dalam kes ni aku banyak salah jugak. Kalau aku sendiri yang tak mengalu – aIukan orang ketiga dalam hubungan suami isteri ni, benda tak akan jadi.
Cerita macam ni. 7 tahun lalu, selepas berjuaang 3 tahun untuk mendapatkan zuriat pertama, aku ada maklumkan kat suami yang aku rasa macam putuus asa. Aku rasa str3ss jugak bila jadi suri rumah full time padahal kata sepakat tu dah dicapai sebelum kahwin lagi yang aku akan jadi suri rumah.
Jadi aku mintak izin pada suami since aku ada PhD , aku nak lah apply kerja berkait bidang aku. Suami ada kata yang bila aku start kerja dalam bidang aku, aku akan busy. Aku akan tak ada masa bersama so on. Tapi aku tetap berkeras untuk bekerja.
Aku siap berjanji untuk bahagikan masa apa semua. Dijadikan cerita aku pun diterima masuk ke dalam satu syarik4t ni dengan jawatan dan gaji berpatutan. Kerja aku memang busy. Kerap outstation dan kadang – kadang aku rasa hidup aku adalah untuk kerja.
Ada jugak kerja yang aku bawak balik ke rumah. Masa tu husband adalah suarakan pendapat dia dan luahan dia. Tapi sebab masa dia cakap tu aku tengah sibuk, jadi dengar telinga kanan keluar telinga kiri jer. Rumah memang tak terurus masa tu.
Pakaian kotor berlambak, pinggan tak basuh, dan memang hari cuti pun aku sibuk bekerja. Dan di situ bermulalah pertikaian kami laki bini. Aku geram bila suami cakap aku tak reti bagi masa siap kata tak reti urus rumah bagai.
Aku cakap lah kat dia, kalau susah sangat, ambiklah pembantu rumah. Ingat aku 24 hour nak urus rumah. Dah tu kerja aku macam mana? Masa tu memang aku cakap ikut sedap mulut dan ikut em0si jer. Sejak tu husband aku dah tak g4duh or pertikaikan isu aku, kerja, dan urusan rumah.
Tapi isu baru pula timbul. Pasal nafkah batin. Aku terlampau sibuk sampai aku jadi terlampau penat. Jadi, bila dia ajak bersama, aku kerap tak ada masa. Bila dah kerap jadi macam tu, dia dah tak mintak aku untuk bersama.
Dia akan tunggu aku yang mintak. Tapi masih lah ada masa untuk bersama, namun taklah macam masa awal – awal kahwin dulu. 5 tahun berlalu, suami aku mula lepak dengan kawan – kawan dia macam masa dia bujang. Tapi sikit pun aku tak pertikaikan.
Dia balik 2 – 3 pagi pun aku tak kisah sebab aku anggap benda tu biasalah laki lepak ngan member – member memang lah lama. Banyak benda nak diborakkan. Sampai satu hari tu aku ada perasan baju yang dia pakai tu ada bau minyak wangi perempuan dan sah – sah bukan minyak wangi aku.
Maka aku bertekak lagi dengan dia sampai dia keluar rumah dan tak tidur kat rumah untuk 2 – 3 minggu. Tup tap dia balik rumah siap bawak sorang perempuan ni. Dari pertuturan dengar macam bahasa indonesia. Suami aku cakap yang perempuan tu akan jadi pembantu rumah aku.
Bila aku tanya mana suami aku jumpa, dia cakap kawan – kawan dia yang suggestkan. Okay, masa ni aku masih husnuzon. Dan aku pun busy macam biasa. Outstation m4kin menjadi – jadi. Sampaikan tahun ke 9 perkahwinan kami tu aku dapat tahu yang aku mengandung.
Aku bagitahu kat suami dan dia happy sangat. Dia pujuk aku untuk berhenti kerja sebab dia risau keadaan aku dan anak dek kerana kerja aku agak berat. Tapi aku berdegil untuk terus bekerja. Dan ya… bila baby lahir tu terjadilah kisah diawal cerita yang aku ceritakan.
5 hari lepas aku selesai berpantang, tepat hari jadi aku… suami ceraikan aku. Abang ipar aku masa tu rasa serba salah sangat sebab tak ceritakan hal sebenar atas alasan tak nak masuk campur urusan aku dan suami. Dia cakap, kawan laki aku tu adalah kawan dia jugak.
Abang ipar aku ni kerap lepak dengan suami dan kawan – kawan dia. Dia cakap, suami aku kerap jugaklah cerita pasal isu rumah tangga kat kawan – kawan sebab dia sendiri rasa tak ada tempat untuk bercerita. Abang ipar aku kerap tegur, tapi laki aku ni tetap nak cerita.
Jadi abang ipar aku rasa tak selesa bila lepak sebab dia rasa nak marah kat suami aku sebab cerita benda yang tak sepatutnya. Lagi dia rasa nak marah bila kawan – kawan dia pun dok cucuk suami untuk kahwin lain siap suggestkan perempuan bagai.
Sejak tu abang ipar aku jarang dah lepak dengan suami. Perempuan yang suami aku kahwin tu bukan maid dari Indonesia pun. Dia tu sebenarnya GRO yang suami kerap langgan bila lepak dengan kawan kat pub. Aku jer b0doh sebab percaya ada maid muda cantik macam tu. Kan dah kena cerai.
Tapi aku harap benda ni jadi pengajaran lah kat bini – bini yang mungkin rasa korang ada certificate pelajar tinggi, gaji besar, kerja bagus. Kadang – kadang kita pilih untuk bekerja berbanding jadi suri rumah sebab kita kurang bersyukur. Sikit – sikit Allah tarik rezeki yang Dia bagi. Dari rumah tangga yang harmoni, terus jadi terumbang ambing. – Kasih (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Siti Sharena Rusli : Baguslah sebab mengaku salah. Tak ramai yang mampu untuk admit kesalahan sendiri bila berlaku penceraian. Usually tuduh menuduh sesama sendiri. Both pun ada salah sebenarnya. Salah dalam membuat pilihan. Bini pilih kerjaya, suami pilih untuk berz1na. Benda dah lepas pun. Fokus bertaubat ajelah.
Airin Estrella : Tak perlu kesal. Ko setia taat membanting tuIang pagi petang pun, kalau dia nak nikah lain, dia nikah juga. Aku rasa kawan – kawan ni mainkan peranan penting. Kalau dah hari – hari kawan – kawan dia prov0ke, lama – lama dia ikut juga.
Kawan – kawan jahat ni bukan zaman sekolah je tau, yang tua – tua ni pun ramai yang jahat – jahat forward gambar yang bukan – bukan. Letih lah dengan orang yang suka salahkan diri sendiri ni padahal orang lain yang salah, siap buka aib cerita dengan kawan – kawan, layan gro lagi. Ahh tak perlu kesal putuus dengan lelaki macam tu.
Farahln MA : Orang lain kerja jugak tapi pandai jugak bahagikan masa. Jangan sebab kita yang tak pandai urus rumahtangga, kita dok cakap isu cerai ni semua berpunca dari isteri yang bekerja. Apa pun benda dah jadi. Ambil pengajaran dan move on. Moga tt bertemu bahagia lepas ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.