3 tahun mertua tumpang rumah kami. Suami tak dibenarkan buat kerja rumah, mandikan anak, basuh ber4k anak

Suami aku tak dibenarkan basuh pinggan basuh baju, mandikan anak atau hatta basuhkan ber4k anak sekalipun. Semua tu aku kena mak mertua aku akan membebel cakap, orang dulu – dulu elok hormat suami makan berhidang, suami tinggal suap, kunyah telan. Dah habis makan pun patutnya isteri yang kemas.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Pelangi Malam. Kenapa pelangi malam? Sebab pelangi waktu malam tu must4hil sangat boleh ada. Sama macam kebebasan aku dalam rumah ni. Samar. Malap. Gelap.

Aku tau dah banyak cerita dalam ni yang melibatkan mertua. Dan cerita aku ni mungkin entah cerita yang ke berapa ratus atau berapa ribu aku tak pasti. Tapi aku sekadar meluah dan sekadar mencari semangat. Aku seorang ibu anak dua.

Suami ok. Boleh berbincang boleh sama – sama buat kerja rumah. Anak pun ok dah masuk darjah 3. Dah boleh diharap untuk basuh pinggan, tolong bersih – bersih apa yang patut. Yang menjadi masalah adalah MERTUA.

Semua bermula bila PKP, memandangkan suami aku anak tunggal dan maknya tinggal sorang dan tak sihat pulak, kami berbincang dan putuuskan untuk bawa dia duduk bersama. Pada awalnya semua ok tapi bila dah masuk 3 bulan dah mula nampak belang.

Mungkin aku yang memang em0si atau apa aku tak tau. Mak mertua aku sejujurnya memang baik tapi terlalu mengongkong, semua perlu ikut kepala dia dan kalau salah sikit dia akan label kami laki bini tak suka dia duduk rumah kami.

Dia akan kata dia menyesal ikut kami duduk sini sambil meraung – raung macam kena d3ra. 3 tahun aku hadap per4ngai dia yang aneh – aneh sampai satu tahap aku diser4ng anx1ety, str3ss teramat sangat dengan keadaan yang pada aku mend3ra mentaI aku.

Aku bekerja. PukuI 5.30 pagi aku da bangun k3jutkan anak aku yang sulung, siapkan diri aku semua dan anak aku yang kedua aku bawak ke tempat kerja. Balik kerja, sampai rumah hampir pukuI 7 malam. Kadang – kadang aku penat teramat sangat dan selalunya kalau aku tak masak kami akan makan luar atau tapau je.

Tapi dengan mak mertua aku tak boleh. Kalau aku tak masak untuk makan malam, dia akan tarik muka. Sedangkan kalau dia nak makan tapi dia tak masak, memang suami aku akan belikan je. Aku memang jarang masak lauk yang mertua aku sama – sama boleh makan kecuali Sabtu Ahad.

Sebab mertua aku kalau makan tengahari dia nak lauk yang baru masak. Sebab tu selalu husband akan belikan je kalau dia tak nak masak. Apa saja kat rumah ni semua kena ikut susunan dia. Aku jenis tak suka barang banyak kat rumah ni sebab aku serabut.

Tapi mertua aku bawak pinggan, mangkuk besen, pengukur kelapa zaman tok kaduk, penapis yang dah berkarat, penyepit, senduk, sudip yang last – last tak guna pun dan letak bawah table top. Aku diam sebab memikirkan takpelah mungkin dia nak rasa selesa macam kat rumah dia.

Bukan hal besar pun pada aku. Setiap minggu aku akan tanya mak nak makan apa, biar aku masak. Jarangggg sangat kalau hujung minggu tu apa dia nak makan dia tak dapat. Sehabis mungkin aku berusaha buat kan jugak.

Tulah rutin aku kalau hari Sabtu atau Ahad. Hujung minggu memang aku akan balik rumah mak aku. Tak jauh pun 20 min dari rumah aku. Itu pun datang pukuI 11 pagi, makan tengahari lepas tu pukuI 3 macam tu dah balik rumah balik.

Kalau rajin singgah bawak anak – anak pergi taman. Tapi sama ada Sabtu atau Ahad aku akan stay dekat rumah masak apa dia nak, deep cleaning kemas rumah. Tapi bila ada peluang balik kampung mertua aku dia akan canang dekat sed4ra mara yang aku ni anak mak.

Tak boleh berpisah dengan mak bapak aku sebab tu hujung minggu je nak balik rumah mak aku. Salah ke seminggu sekali aku tengok muka nak bapak aku sedangkan aku tengok muka dia hari – hari. Salah ke? Kalau aku cakap nak pergi rumah mak aku je dia tarik muka.

Masam mencuka sampai ke malam. Bercakap pun taknak berkurung je kat bilik. Bila aku ajak pergi sama – sama keluar ke atau ke rumah mak aku ke dia tak nak sebab dia tak suka keluar. Jadi aku nak buat apa lagi? Duduk je kat rumah sama – sama dengan dia 24 jam ke?

Dah lah semua daa rumah ni dia nak aku buat sorang. Suami aku tak dibenarkan basuh pinggan basuh baju, mandikan anak atau hatta basuhkan ber4k anak sekalipun. Semua tu aku kena buat. Mujur dapat suami berotak dia buat tak dengar je dan tolong jugak aku buat semua tu.

Tapi keputuusan dia apa? Keputuusan dia mak mertua aku akan membebel cakap, orang dulu dulu elok hormat suami makan berhidang, suami tinggal suap, kunyah telan. Dah habis makan pun patutnya isteri yang kemas.

Itu lah yang diulang sepanjang tiga tahun ni sampai telinga aku ni da naik lali dah. Dah tebal agaknya t4ik telinga aku ni. Aku ni macam tak dibenarkan s4kit, tak dibenarkan berehat, tak dibenarkan bertenang, tak dibenarkan buat apa aku suka kat rumah ni selagi dia ada.

Pernah sekali anak aku yang kecik masuk wad sebab tak sihat sampai hampir seminggu. Korang tau je lah kalau hospitaI kerajaan wad kanak – kanak mesti lah katil kecik secoet tu kan untuk tempat anak. Tapi aku join je anak aku sekali tido dalam tu.

Nak tido dekat kerusi lagi lah tak selesa. Dekat seminggu aku tidur kaki tak boleh lurus dalam tu. Balik – balik je dengan penat tak cukup tidur, tak cukup rehat aku masuk bilik rehat sekejap. Tak sampai setengah jam aku dengar bebelan dekat luar kata asik berkurungggg je dalam bilik.

Aku penat weiii sumpah aku penat. Silap – silap kalau check time aku punya turn pulak bermalam kat hospitaI. Aku buat tak tau. Tekup kepala dengan bantal sambung lepak dalam bilik. Anak – anak semua suami handle sampai ke malam.

Aku memang rehat sepuas hati aku. Suami aku pun dah malas nak layan sampai tahap dia buat tuli je bila mak dia membebel. Sejak mak mertua aku ada ni, hidup aku dah berubah sepenuhnya. Dulu kalau sabtu ahad kami boleh luangkan masa anak beranak pergi jalan – jalan, pergi mana pun kami nak tak kisah balik pukuI berapa pun tak ada siapa marah.

Sekarang ni baru nak keluar dia dah bagi peringatan awal – awal balik sebelum pukuI berapa. Aku tertekan sebab aku tak bebas nak buat apa yang dan husband dah biasa buat. Kalau dulu boleh bawak anak pergi putrajaya main main dekat dataran tu pukuI 10 – 11 baru gerak balik.

Sekarang ni dah 3 tahun tak merasa. Sebab apa? Sebab nak jaga hati dia. Malas nak melayan rajuk dia. Aku penat. Hari – hari dia mengharapkan aku balik kerja yang dekat maghrib tu boleh masak. Nak rumah sentiasa kemas 24 jam sedangkan aku ada anak yang nak main.

Dah lah nak keluar pun dilarang, takkan anak nak main kat rumah pun aku kena larang semata – mata nak bagi rumah kemas 24 jam? Semata – mata nak ikut cakap dia. Baru – baru ni anniversary aku dan husband yang ke 10.

Husband plan tinggal kan anak – anak aku dengan kakak aku supaya kami boleh pergi dating. Keluar tengahari jalan – jalan makan, dan tengok late night movie berdua. Tapi sebaik saja suami aku bagitau yang kami nak keluar dating mak mertua aku tarik muka.

Siap pesan jangan balik lambat, pukuI 10 paling lambat dah ada dekat rumah. Tiket wayang pukuI 9.45 malam kot. Aku dah rasa macam aku ni kahwin dengan budak sekolah. Kali ni aku tengok husband aku melenting marah dekat mak dia.

Aku tahu dia pun da lama bersabar. Kami pergi je ikut plan asal kami pedulikan mak mertua aku. Tapi mood aku seharian kelaut. Aku tertekan. Aku str3ss. Belum lagi dengan mak mertua aku yang suka – suka masuk bilik kami tanpa sebab tanpa ketuk.

Lepas tu dia tak boleh tengok aku terperuk dalam bilik sekejap sedangkan aku penat aku pun nak rehat. Sump4h mentaI aku penat nak menghadap drama dia lagi. Aku da muak rasa terkongkong. Dah muak dengan rajukan dia.

Dah muak dengan macam – macam syarat dia. Macam aku ni pulak yang menumpang. Sungguh aku tertekan. Sampai satu saat nanti aku rasa kalau kami laki bini bercerai bukan sebab aku atau laki aku. Tapi sebab mertua aku.

Mungkin bercerai adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua orang. Untuk mentaI aku. Aku rasa dah sampai masa aku lari dari semua ni sebab sumpah aku dah tak tahan! – Pelangi malam (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet:

Zila Zie : Kalau suami team mertua, berbaloi juga nak cerai berai. Tak berbaloi la nak bercerai hanya kerana mertua yang dah s4kit – s4kit tak tahu berapa lama nak hidup tu. Kesian anak – anak. Disebabkan suami tu anak tunggal, nak tak nak memang dia yang kena jaga mak tu.

Apa kata sewakan rumah lain dekat – dekat kawasan tu. Ataupun masukkan dia rumah orang – orang tua yang ada aktiviti tu, atau pondok untuk warga tua. Kalau terus bertahan duduk sebumbung rasanya boleh mentaI bila semua benda nak dikawal.

Kak Yong Lipat Baju : Kalau tak jumpa cara nak handle mertua cuba pandang dari sudut yang berbeza. Awak ade suami yang baik, anak yang soleh, kerja yang bagus, ade kesihatan yang elok, ade rumah, ade kereta tak kisahlah sewa ke beli.

Awak ada mak yang masih hidup untuk doakan awak. Cuma satu je yang kurang, mertua yang pelik. Takkanlah awak nak berkira sangat diuji satu benda je, tutup mata yang buruk tu dan enjoy benda baik yang awak ade.

Syakriah Ishak : Wahai tt, kita tak tahu, bila tua nanti, sikap kita macam mana pula? Mungkin kita boleh kata kita tak akan ganggu anak menantu kita. Mertua tersebut kesunyian, biarlah dia nak berleter apa – apa pun. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Jangan simpan dalam hati. Dah tak lama beliau di bumi ini. Sesekali, bawalah beliau bercuti. Bagi beliau dengar ceramah agama melalui youtube. Minta beliau banyak zikir dan baca al-Quran. Dok banding menantu dulu menantu sekarang, bagi tau la Rasullullah pun buat sendiri kerja rumah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?