Aku tak percaya orang yang aku sanjung dan pandang tinggi selama ni sanggup buat benda terkutuk belakang mak aku. Aku tak sampai hati nak bagitau mak aku jadi aku simpan rahsia ni selama 3 tahun. Masa mak dapat tahu, aku terus call ayah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua reader. Harapnya semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga. InsyaAllah ada hikmah untuk semua yang terjadi. Berbalik pada tajuk cerita ni mesti semua akan terfikir yang aku akan cerita mengenai seorang ibu. Betul, memang itu niat aku sebenarnya. Aku anak kedua dalam family yang besar. Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang ibu yang sangat penyayang, sabar, memahami dan semua ciri yang ada la dalam setiap ibu semua orang.
Sebenarnya aku berg4duh dengan mak aku semalam. Aku tau aku anak yang jahat dan derh4ka, aku paling banyak Iukakan hati mak aku. Tadi sedang aku mandi tetiba aku terfikir pasal mak aku itu yang tetiba rasa nak kongsi dengan pembaca sekalian mengenai mak aku. Mak aku ni jenis orang yang simpIe tapi sangat teliti. Sebelum tu, kalau pembaca jenis hati tisu tolong siapkan tisu dekat sebeIah ye. Takut karang ada empangan yang pecah. Okay, done gurau. Umur mak aku lagi 4 tahun masuk 60-an, dah 2 tahun bercerai dengan ayah aku setelah hampir 8 tahun hidup bersama serumah tapi hubungan dingin.
Mak aku dibesarkan oleh moyang aku dari umur 2 tahun lagi sebab arw4h nenek aku meninggaI dunia kena buatan orang bersama seorang kakak sulung dan 5 orang abang. Kiranya mak aku ni anak bongsu la. Mana pergi ayah kepada mak aku A.K.A datuk aku? Dia tinggalkan semua anak dia, pergi kahwin dengan perempuan lain sebab tu aku benci datuk aku sampai sekarang. Bagi aku bila mak aku dan adik beradik dia dah besar baru terhegeh nak cari. Dah tinggalkan dulu tak pernah ambik tau kenapa baru sekarang nak muncul.
Setiap kali hari raya mereka akan pergi melawat datuk aku tapi aku tak pernah sekalipun ikut walau mak aku dah berbuih mulut cuba lembutkan hati aku dan buat macam cara untuk ajak aku ikut tapi aku tak pernah pergi. Selalu bila mak dah balik akan bagitau yang datuk aku sering bertanyakan mengenai aku bila aku nak datang melawatnya tapi aku akan jawab masa kecil dulu dia tinggalkan mak aku yang masih baby, berkahwin dengan perempuan lain tinggalkan mak aku. Jadi dia bukan datuk aku.
Mak aku selalu cakap benda tu dah lama dan biar la apa yang jadi dulu tu tambahan pula datuk aku dah tua, jadi takde apa yang nak disimpan dalam hati lagi. Entah la, sampai sekarang aku tak boleh terima dan mengaku dia datuk aku. Lepas arw4h nenek aku meninggaI dunia, moyang aku la yang bekerja keras besarkan mak aku dengan adik beradik dia yang lain sebab tu la mak aku sayang sangat dengan moyang aku. Mak aku pun sangat sayangkan mak long aku sebab mak long aku la yang jagakan mak aku bila moyang aku keluar bekerja.
Bila balik rumah mak long aku, mesti mak long aku akan cerita macam mana dia tolong moyang aku jagakan mak aku sampai besar. Seronok dan sedih bila dengar kisah mak aku. Mak long aku cakap mak aku ni sangat senang dijaga dan tak banyak buat per4ngai time baby macam sangat faham la yang mak dia (arw4h nenek) dah takde. Mak aku tak pernah tanya kenapa dia dah takde mak dan tak pernah menangis bila tengok orang lain dengan mak mereka. Mak aku selalu usaha sendiri untuk dapatkan apa yang dia nak tanpa menyusahkan moyang dan mak long aku.
Mak aku sangat berdikari dari kecil sebab dia tau yang dia dah takde mak untuk minta disiapkan. Aku yang dengar mak long aku cerita sangat sebak mengenangkan betapa kuat dan cekalnya semangat mak aku. Mak aku sebenarnya pandai tapi sebab dia dari family tak senang so dia belajar sampai sekolah menengah dan terus bekerja kilang. Sejak mak aku tinggal dengan mak long aku sampai mak long aku dah kahwin sebab dia takde sesiapa jadi mak aku sangat manjakan anak mak long aku (beza anak sulung mak long dengan aku dalam 20 tahun).
Semua benda nak dibelikan sampaikan anak mak long aku semua sangat sayangkan mak aku. P4ntang dengar mak aku ada masalah mesti akan datang tanya apa yang boleh dibantu. Abang – abang mak aku pun sangat pr0tective dengan mak aku. Alhamdulillah, rezeki mak aku disayangi orang sekeIiling. Mak aku nikah dengan ayah aku dengan perkahwinan yang diaturkan. Untuk pengetahuan korang, moyang aku meninggaI dunia 4 tahun sebelum mak aku menikah dalam umur nak dekat 100 tahun juga. So bermulalah hidup mak aku lepas berkahwin dan masa ni baru datuk aku datang cari mak aku.
Kami selalu berpindah randah sebab ayah aku tentera dan selalu jugak mak aku ditinggalkan sorang bila ayah ada kerja dekat luar negara. Pernah aku ditinggalkan sekejap selepas dilahirkan semata mak nak hantar ayah aku ada urusan luar negara. Setahun dua juga aku dibesarkan oleh mak sendiri tanpa ayah aku di sisi. Kuatnya mak aku ni. Jadi bila ayah dah pencen, kami balik ke negeri asal mak ayah aku. Ayah aku ni dari luaran orang cakap pij4k semut tak m4ti la dan paling dipuji dalam kalangan keluarga besar kami sebab sikap yang baik.
Sebab tu bila mak aku bagitau dekat semua yang mereka dah bercerai disebabkan ayah aku ada perempuan lain, bukan sekali je tapi banyak kali. Mula – mulanya mereka tak percaya yang ayah aku sanggup buat macam tu tapi tu la kebenarannya. Sebenarnya, aku yang paling rapat dengan ayah aku bebanding adik beradik yang lain. Dulu, aku tak rapat dengan mak sebab biasa la umur muda ni garangnya lain macam. Apa je tak pernah kena pukuI dulu? penyangkut baju? getah air? batang kayu? ahhh, semua dah kena sebab aku nakaI.
Jadi ayah aku la yang back up kami semua dan dia pun turut kena marah sekali dengan mak. Aku pulak jenis suka main handphone ayah aku sebab game banyak dan aku la orang pertama yang tau pasal ayah aku ada perempuan lain bila mana aku terjumpa whatsapp dan mesej diaorang. Bukan tu je, banyak gambar dan video tak senonoh ada dalam handphone tu jugak. Sump4h masa tu aku sangat terk3jut dan nak munt4h baca semua mesej tu. Aku tak percaya orang yang aku sanjung dan pandang tinggi selama ni sanggup buat benda terkutuk belakang mak aku.
Silap besar la ayah aku tak pandai sorok dari aku sebab aku paling pandai bab nak unlock handphone walaupun dah lock sekalipun. Aku tak sampai hati nak bagitau mak aku jadi aku simpan rahsia ni selama 3 tahun, bermula aku dari umur 16 tahun sampai aku masuk degree tahun pertama. Aku c0ver semua aktiviti ayah aku dengan padam semua mesej, gambar dan video tak sen0noh yang ada. Nasib baik ayah aku jenis tak bijak sangat high tech dan tak sedar aku delete semua benda.
Ayah aku pulak tak pernah delete apa yang ada so tu jadi satu bebanan untuk aku. Sebab aku stay di sekolah asrama penuh dan sambung study jauh dari family aku so aku akan jadi sangat risau takut kalau mak or adik beradik aku yang lain tau hal ni. Tapi apakan daya, instinct seorang isteri tu sangat tinggi terutamanya bila suami tak jujur dengan isteri sendiri dengan ada perempuan lain di belakang. Kelebihan yang Allah bagi untuk semua isteri di luar sana so suami jangan memain ye dengan isteri.
Allah Maha Besar, Maha Adil jadi jangan nak ani4ya pasangan sendiri. Aku pulak anak harapan keluarga so apa yang jadi semua akan diadukan dekat aku untuk diselesaikan. Mungkin sebab aku kasar dan hati keras sikit berbanding kakak sulung. Dengan kuasa Allah, rahsia 3 tahun tu tak bertahan dan mak aku dah tau pasal ni. Sebenarnya, mak aku dapat rasa lama dah tapi mak aku simpan sebab dia takde bukti. Ayah aku pulak jenis suka melepak kedai dan tak keje pun duk harapkan duit pencen je.
Keluar pagi, balik tengahari untuk makan then keluar pulak sampai malam melepak kat kedai. Mak aku dah lama dah bising tapi sekejap jela ayah aku elok kemudian buat hal balik. Awal tahun 2014, bila mak aku dapat tau ayah aku ada perempuan lain, bukan sekali tapi banyak kali, mak terus call aku bagitau sambil menangis. Masa tu aku baru first sem degree dan tengah study sebab esoknya aku ada 3 paper kiIIer (paper susah nak m4t1). Bayangkan aku tengah serabut study esoknya peperiksaan akhir dengan mak aku menangis lagi dekat rumah dan aku dah la jauh beratus km.
Waktu tu jugak aku call ayah aku tak dapat jadi aku mesej m4ki hamun ayah aku padahal esok exam sepatutnya mintak semangat macam selalu aku buat selama ni. Aku pujuk mak aku bertenang dulu jangan buat apa pun (time tu mak aku siap ambik pis4u) tunggu sampai aku balik lagi seminggu untuk settlkan hal ni. Aku call kakak aku bagitau suruh simpan semua barang t4jam jangan bagi mak nampak, tambahan pula aku ada 2 adik yang umur 6 tahun dengan 8 tahun. Aku suruh kakak aku letakkan diorang dalam bilik.
Aku tak nak adik aku yang masih kecil tengok apa yang jadi. Malam tu kakak aku call bagitau yang mak aku hampir nak tik4m ayah aku, mau nak terc4but jantung aku. Sepanjang final exam week, aku tak pernah tenang sekali pun dan aku sangat tertekan. Result aku pun teruk sebab aku tak boleh fokus study padahal aku antara pelajar cemerlang dalam kelas. Habis je final paper terus aku balik rumah untuk settlekan benda ni. Aku sampai rumah memang barai sebab tak cukup tidur dan kebetulan mak ayah aku tengah g4duh.
Kakak ada dekat situ tapi tak kata apa – apa so aku cuba tenangkan keadaan bila mak aku mula nak pukuI ayah aku tapi ayah aku tahan dan at last aku pun kena tempias pukuI. Kemudian, aku suruh ayah aku keluar rumah dulu sementara mak aku bertenang. Lepas tu mak aku lari masuk bilik dan ayah aku keluar rumah. Aku tanya mana adik yang lain, kakak cakap ada dalam bilik tak nak bagi tengok semua ni. Kakak aku masuk bilik tengok adik – adik aku dan aku duduk luar rumah menangis senyap – senyap taknak bagi sesapa pun nampak.
Aku fikir aku kena kuat demi mak dan adik beradik aku. Tak lama pun aku menangis terus aku masuk bilik tengok mak. Nampak mak dekat atas katil menangis, dia cakap dia tak percaya ayah aku sanggup buat macam tu belakang mak aku, hati dia luIuh sangat. Cuba bayangkan aku yang sangat tersiksa dan tersepit dah 3 tahun c0ver rahsia ayah aku tanpa sorang pun tau. Demi anak – anak, mak aku berbaik dengan ayah aku tapi hubungan mereka dingin walau masih serumah. Mak aku nak bercerai tapi ayah aku janji takkan buat lagi benda ni.
Lepas kes tu, mak aku still uruskan ayah aku baik macam isteri lain. Selepas setahun (bulan 9, 2015) bila dah elok sikit tetiba mak aku dapat tau ayah aku buat hal lagi dengan perempuan lain pulak. Petang tu mak aku call bagitau dan time ni aku dah sem 5 tengah study dekat library sebab esok paginya akan ada test subject kiIIer. Bila aku dapat tau ayah aku buat hal lagi, terus aku kemas barang keluar library dan jalan kaki balik bilik untuk pack barang balik rumah. Terus aku book ticket bus dan Alhamdulillah malam tu ada bus balik negeri aku.
Aku sampai rumah pukuI 5 am dan nampak ayah aku tidur di sofa dan mak aku tidur di bilik. Aku terus baring sebeIah mak aku sebab aku terIampau penat dan tertidur. Mak aku pun terk3jut aku balik rumah senyap – senyap tapi time ni ayah aku tak tau lagi aku ada dalam bilik. Pagi tu aku terjaga bila mana mereka berg4duh balik. Aku dengar mak aku cakap dekat ayah aku yang nak bagitau hal ni dekat aku tapi ayah aku bidas balik cakap mak aku “mana dia? bagitau la bukannya ada pun kat sini”. Berapi hati aku dengar terus aku keluar bilik, terkeIu ayah aku.
Ayah aku takut dengan aku sebenarnya, dia tak pernah berani marah aku. mak aku cakap “ni anak aku dah balik untuk aku”. Terus mak aku p4ksa ayah aku bawak kami pergi rumah perempuan tu nak tau siapa orangnya. Malam tu mereka berg4duh lagi dan aku tak tahan terus aku m4ki hamun ayah depan semua. Mak aku nak bercerai tapi ayah tak nak dan janji tak akan buat lagi. Sejak dari tu, aku tak pernah bercakap dengan ayah aku sampai sekarang. Still, kuatnya mak aku ni dia maafkan lagi kesalahan ayah aku demi anak – anak.
Tahun 2018 tahun kemuncak bila mana ayah aku buat hal lagi ada perempuan lain dan kali ni mak aku tak maafkan dia. Mereka bercerai pada waktu sahur puasa ke-3 dan time tu aku ada jauh dari family. Macam biasa mak aku call bagitau tapi kali ni dah bercerai. Aku tak dapat balik masa tu dan aku tau ni jalan yang terbaik untuk semua. Pernah je aku cakap dekat mak sebelum ni suruh cerai je dengan ayah aku sebab aku tak kisah hidup takde ayah tapi mak aku tak nak fikirkan anak – anak.
Mak aku cakap, aku mungkin tak kisah tapi kesiankan adik beradik aku yang lain takut mereka terganggu. Selepas tu, mak aku naik turun mahkamah tinggi dan rendah untuk selesaikan hal penceraian. Harta benda dan nafkah 2 adik aku yang masih bersekolah. Mak aku pulak susah payah pergi mahkamah naik grab atau teksi sebab mak aku tak boleh drive dan aku stay jauh. Kadang – kadang kakak aku ada temankan mak aku. Aku tak pernah dengar mak aku merungut pun penat ke fed up dengan semua ni.
Ayah aku pernah nak jual rumah kami duduk ni tapi mak aku la yang berm4t1an berg4duh dekat mahkamah pert4hankan rumah ni. Macam – macam benda lagi la ayah aku buat tapi Allah Iindungi mak dan permudahkan urusan mak. Semua kes sebeIahkan pihak mak. Mak aku cakap tak kisah la berat mana pun ujian kita mesti ada hikmah untuk apa yang jadi. Mak aku siap pesan, “kita ni sebagai orang perempuan kalau dah tau lelaki tu dah ada orang punya, jalan sesekali pergi kacau hak orang. Tak bahagia hidup kita dekat dunia ni kalau bina hidup atas kesedihan dan air mata perempuan lain. Mungkin sekarang bahagia tapi masa depan kita tak tau macam mana. Allah tu Maha Adil, setiap benda ada balasannya”.
Sampai sekarang aku simpan nasihat mak tu. Semangat mak sangat kuat, tak pernah sekalipun aku tengok mak menangisi hidup dia. Sikit pun mak aku tak pernah mengeluh dengan apa yang jadi dalam hidup dia. Dibesarkan tanpa kehadiran dan kasih sayang seorang ibu dan ayah dari umur 2 tahun, dicurangi suami banyak kali dan diceraikan suami ketika perkahwinan berusia 26 tahun. Kalau nak cerita semua memang banyak lagi kisah sedih mak aku. Aku teringin nak jadi macam mak aku, seorang yang cekal dan kuat semangat tapi aku rasa aku takkan mampu tahan kalau aku kena ujian yang sama macam mak.
Doakan mak aku sentiasa cekal dan kuat semangat tau semua. Doakan mak aku diIimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Doakan mak aku diIindungi dan sentiasa dibawah rahmahNya sentiasa. Walaupun aku anak derh4ka selalu berg4duh dengan mak tapi aku sayang mak sangat. Mak syurga aku dunia dan akhir4t. Doakan jugak aku mampu jaga dan bahagiakan mak aku sampai masa yang diizinkan Allah. Terima kasih semua yang sudi baca sampai habis. Last but not least, hargai mak anda sementara masih ada. Buat yang dah tiada, semoga Allah letakkan bersama orang yang baik baik di sana. – Anak derh4ka (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noraziah Amdan : Ada ayah yang lepas tangan tak peduli makan pakai anak – anak, semua biar isterinya tanggung. Sedangkan nakal – nakal ayah confessor, makan pakai dan tempat tinggal anak isteri, dia sediakan. Janganlah dend4m dengan ayah, boik0t teruk sampai tak mau tegur. Tt dari baby sampai tamat university, ayah tanggung. Mak tak kerjakan? Dah 2 tahun mereka bercerai. Harap tt dah sejuk untuk berbuat kebaikan pada ayah juga.
Mujahidah Ansarullah : Dik, kalau tengok style hubungan awak dengan mak awak ni, jangan la guna term ‘anak derh4ka’. Kurang sesuai. Mungkinlah mak awak ada kecik hati sikit dengan adik (untuk isu yang baru – baru ni) tapi tu tak sampai nak jatuh jadi derh4ka. Jangan sesekali guna perkataan tu dik. Akak pun tak nak guna perkataan tu pada anak – anak walaupun ada yang per4ngai kus semangat masa depa d4rah remaja ni.. Terukan support mak awak terutama em0sinya Kesian kat dia banyak kali pecah hati dengan per4ngai ayah tu. Lagi – lagi di usia meniti senja ni, orang tua agak sensitif. Support daripada anak – anak yang dia perlukan..
Syafina Zul : Jangan syok – claim claim anak durh4ka dik. Seorang ibu tak mau anaknya jadi anak derh4ka, apa lagi kederh4kaan itu diiktiraf oleh malaik4t. Mok cik takut anak mok cik diiktiraf durh4ka kalau mok cik terkecik hati. Tak mau gelaran itu. ANAK DERH4KA. tak mau. Jangan guna kan lagi. Bertaubat ye.
Zunainah Ali : Tiada siapa inginkan perceraian apatah lagi bila dah 26 tahun hidup bersama. Tapi beratnya bahu memikuI, hanya mereka yang merasa. Mungkin perpisahan itu yang terbaik setelah sekian lama bertahan.
Fazidah Abdul Kadir : Bukan anak Derh4ka, awak anak yang baik teruskan sokong mak dia perlukan awak adik beradik untuk terus kuat.. Apa awak buat perkara yang betul tapi stop lah m4ki hamun orang dan berdend4m tu sebab akan makan diri sendiri nanti. Teruskan berbaik dengan mak insyaallah syurga tempat anak yang solehah.