10 tahun beraya dengan mak, tahun ni kami balik raya rumah ayah, mak meng4muk. Ayah tiri tend4ng pintu, halau keluar

25 tahun hidup bahagia, tiba – tiba nenek telefon aku bagitahu mak dan ayah nak bercerai. Ayah kahwin dengan perempuan sama baya dengan mak aku. Pandai masak, pandai mengemas, ada pendapatan sendiri. Mak kahwin dengan lelaki tak guna..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca. Sebelum aku mula kan, bukan lah niat memburukkan sesiapa namun ini sekadar luahan yang hampir 10 tahun membeku di hati. Nama aku Salwa, anak perempuan sulung dari empat adik beradik

Genap November 2023, cukup 10 tahun perpisahan mak dan ayah aku. Hidup mereka sebelum berpisah cukup bahagia cukup makan cukup pakai. Pendek cerita, sepanjang 25 tahun perkahwinan mereka cukup segala – galanya. Tak senang dan tak susah.

Segalanya berubah, selepas mak aku decide untuk bercerai. Waktu itu, aku masih melanjutkan pelajaran, jadi aku jarang balik ke kampung. Cukup 2 semester, aku diberitahu melalui panggiIan telefon oleh nenek aku, mak ayah aku ingin bercerai.

Terduduk aku, terdiam kaku. Apa dah jadi? Bukan mereka okay ke? Selepas bercerai, mak dan ayah aku totally str4nger. Mereka saling membenci antara satu sama lain. Mereka tidak mahu communicate langsung. Apa – apa kami la jadi orang tengah. Especially aku, sebagai yang tua.

Banyak onak duri, kami berempat adik beradik lalui. Kejap isu beIahkan ayah kejap isu beIahkan mak. Belum campur isu yang melibatkan antara mak anak dan ayah yelah sebab mereka hidup bersama lama, 25 tahun jadi nak taknak kami lah adik beradik terp4ksa jadi orang tengah jika ada apa – apa.

Nak jadi ceritakan, selepas kami lalui ombak duri perpisahan keluarga kami. Ayah berkahwin lain, sama juga dengan mak. Namun, cerita itu tak berakhir di situ. Ayah kahwin dengan perempuan sama baya dengan mak aku. Pandai masak, pandai mengemas, ada pendapatan sendiri.

Manakala mak aku kahwin dengan lelaki muda 10 tahun dari dia. Seorang penjawat awam dan kaki k3tum. Kami buat keputusan untuk duduk dengan mak. Sebab kesian kan dia. Kenapa aku cakap kesian? Sambung baca di bawah.

Dari ada rumah 2 biji rumah, 4 kereta semua itu lenyap dalam masa setahun. Kami duduk kuarters, sebab dah berpisah mak ayah jual semua harta sepencarian. Abah duduk sendiri di kampung. Kami semua berpindah ke kota raya sebab mak tukar ke sini ikut suami barunya.

Hidup kami adik beradik berempat tersangat lah berubah 360 darjah. Bapak tiri aku panas baran, pada awal perkahwinan dia kerap meng4muk, marah – marah dan pecahkan barang di dalam rumah. Tapi aku tak peliklah kenapa sebab mak aku pun ada per4ngainya.

Bercakap pasal mak aku, dia seorang mak yang sangat kuat bekerja. Seorang yang discipline, seorang yang mementingkan penjagaan luar dan dalam. Tapi kami adik beradik tersiksa menanggung d3rita kehidupan baru dengan ayah tiri yang kuat ketum, pemalas dan kuat marah.

Pernah 1 ketika, aku masih ingat. Raya 2021, bapak tiri aku meng4muk betul – betul pagi raya sebab dia g4duh dengan mak aku. Betul – betul pagi raya dia pecahkan semua cermin dalam bilik mak. Selesai bahagian, kisah bapa tiri aku.

Setiap kali raya, kami adik bradik terp4ksa beraya dengan mak sebab kesian dekat mak. Namun raya 2023, kami fikir untuk ubah tradisi, untuk raya dengan ayah. Nak tahu apa jadi? Berper4ng lahh kami Adik beradik dengan mak sebab dia marah – marah, sebab kami beraya dengan ayah.

Dia kata kami tak ingat dia langsung. Sedangkan dah dekat 10 tahun pagi raya, kami raya dengan mak, sebab kesian. Mak dengan ayah tiri aku sama naik, mereka punya marah kat kami adik beradik macam kami buat d0sa besar.

Mak aku cukup marah dengan kami adik beradik, dia kata kami lebihkan ayah. Sedangkan baru 2 hari raya, ini sahaja masa kami ada untuk spend time dengan ayah. Kau tahu apa mak dan ayah tiri aku buat? Dia block kami di whatsapp dan Instagram.

Bunyi pelikkan? Mak block anak sendiri. Haha. Itulah kami adik beradik lalui setiap tahun. Jadi kami adik beradik pun pergi pujuk mak, pergi rumah dia. Kau tahu apa jadi, mak marah jerit – jerit. Siapa halau. Oh untuk pengetahuan, aku baru kahwin 6 bulan. Haha.

Bapak tiri aku juga tend4ng sliding door. Aku juga lagi bingung. Apa ke teruk sangat ke kami ni? Yer drama itu disaksikan suami aku juga. Haha. Nasib baik dia jenis cool. Bila apa – apa melibatkan ayah, dia mesti cemburu melampau dan merosakkan mood kami adik beradik.

Ayah aku asalnya bukan senang, dia baru buat rumah yang selesa lah untuk kami adik beradik balik yang setahun sekali tu. Manakala mak, adik bongsu aku duduk dengan dia. Aku pula duduk 1 jam jarak dari mak. Adik – adik aku yang lain sudah bekerja + sambung belajar luar daerah.

Jadi kami memang susah untuk berkumpul jumpa ayah. Ayah sangat steady, apa jadi selama 10 tahun ni dia ada, dengar luahan kami adik beradik dari jauh, dia sabar tunggu kami balik kampung. Boleh kata 90% masa kami untuk mak.

Inilah sedikit sebanyak perkongsian dalaman aku, 10 tahun aku layan benda ni. Dan aku tak pasti sampai bila kami adik beradik kena hadap perkara ni. Doakan hati mak aku dan ayah tiri aku lembut hati dan boleh berfikir rasional. Dan bersifat lebih terbuka.

Mak, salwa harap mak lembut hati. Bersihkan hati, buang perasaan hasad dengki pada ayah dan isteri barunya. Kami adik beradik hanya mahukan ketenangan dan kebahagiaan. Kerana tenang + bahagia hanya ibu fan bapa boleh beri. – Salwa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Izzara Irene : Kau bukan keseorangan dik.. Ramai je suami isteri yang berpisah, tapi bekas isteri tak cool dan rileks bila pembahagian anak – anak. Akak menyaksikan sendiri anak – anak pakcik, mak dia tapau semua semua cuti sekolah, semua cuti raya.

Padahal nafkah anak – anak, pakcik aku bagi ikut yang mahkamah tetapkan. Setiap 1hb memang auto akan masuk akaun bekas isteri untuk urusan persekolahan dan kelangsungan hidup anak – anak. RM1500 pakcik bagi untuk 3 orang anak.

Tapi tulah, time cuti sekolah kalau nak ambik anak – anak mulalah drama swastanya.. macam – macam hal. Bila pakcik aku kawen lagi. Lagi teruk mer0yan dia. Nak call anak – anak pon terus tak dapat. Dia api – apikan anak – anak bagitau ayah tak sayang korang lagi sebab dah ada bini baru.

Entahlah.. kesian anak – anak. Harap deme kuat mental dibesarkan dengan mak yang t0ksik gitu. Kau pon harap kuatlah. Tak perlu layan dan kesian mak kau. Esok dia dah masuk ICU korang lawatlah.. skang ni masih kuat dan semangat, kau diamkan aje dulu. Gasak dia lah.. sebab dia pon ada laki kan. Biar laki dia jaga.

Mazra Nazra : Mak kau sendiri yang pilih jalan hidup sebegitu jadi biarkan dia dengan pilihan dia. Kalau aku memang aku balik jenguk ayah selalu sebab ada kebahagiaan di rumah ayah kan. Bukan nak derh4ka, tapi mak dan bapa tiri yang buat per4ngai bukan – bukan jadi biarkan aje tak perlu nak tambah masalah pergi ke rumah mereka.

Aza Yati : Mak tu dah tua bangka dik. Lantak dia lah dengan laki baru dia. Sampai hati awak balik setahun sekali jer jumpa ayah, sedihnya baca. Panjangkanlah silaturrahim dengan ayah semula, dia layak dapat kasih anak dengan cucu. Untuk mak dan bapak tiri tuh lapor je kat polis sebab mentaI abuuse, nasib bukan physicaI abuuse.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.