Dia kata mak bapak dan adik beradik dia adalah ladang pahala. Dia kena berbakti. Kalau dia beli buah – buah kat anak – anak, dia akan beli buah – buah reject, buruk kat pasaraya, jimat katanya. Kalau beli dekat mak ayah dan adik beradik dia, dia akan pilih yang elok – elok katanya nak bagi orang kene yang elok. Bijak tak?
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku terbaca confession Si Oyen yang berdikari. Kisah aku pun lebih kurang dengan cerita Si Oyen ni.. Hari – hari aku doakan semoga suami aku menjadi suami kepada perempuan lain. Dari awal kahwin, segala mak nenek dalam rumah aku beli dengan titik peluh aku sendiri.
Barang dalam rumah yang dia beli hanyalah peti ais semata – mata. Yang lain – lain, memang aku la usahakan. Suami aku kerja, bukan tak kerja. Beza gaji antara aku dengan suami aku ni tak banyak. Lebih kurang 2k gitu.
Tapi disebabkan aku yang banyak kene tanggung, baki gaji aku lebih kurang sama dengan gaji dia untuk dia buat belanja diri sendiri. Ada lah dia bagi duit untuk anak – anak. Bila aku minta lebih dia kata aku tak bersyukur.
Katanya, kalau aku kahwin dengan orang lain belum tentu dapat duit sebanyak tu. Annoying kan ayat dia. Dari awal kahwin sampai dah berbelas – belas tahun perkahwinan ni, baik dari mula – mula tinggal di rumah sewa pastu rumah sendiri. Aku la yang menanggung.
Korang nak kata aku b0doh, katalah. Memang b0doh pun. Belajar je la pandai tapi senang – senang je kene b0dohkan dek suami sendiri. Suami aku dikira golongan bijak la pandai auta bab duit ni. Kalau aku tak bayar sewa rumah, siapa nak bayar.
Takkan aku nak kene berg4duh dengan tuan rumah. Lepas tu bila aku beli rumah, dia kata rumah tu nama aku. Jadi, aku la kene bayar. Bil letrik ke api air pun sama. Sebab nama aku, aku la yang bayar… hahahaha.. Tapi, kalau bab mak bapak atau adik beradik. Dia anak soleh wei! Dia sanggup penuhi segala permintaan mak bapak dan adik beradik dia.
Sebab tu la duit tu dia kedekut dengan aku sebab dia nak bagi kepada syurga dia. Syurga di telapak kaki ibu. Anak lelaki kene bertanggungjawab pada adik beradik. Kalau adik beradik tak tolong adik beradik, siapa lagi nak tolong. KATANYA.
Manusia putar alam macam ni la. Sama la dengan mak ayah dan adik beradik dia. Aku kan kerja. Buat apa nak bagi duit. Anak – anak tu tanggungjawab aku. Sebab kalau duit tak habis kat anak – anak nak habis kat siapa. Kata diorang la.
Pendek kata diorang ni satu keluarga putar alam. Banyak perkara diorang ni pergunakan aku. Kadang – kadang tak minta izin pun. Tengok – tengok dah guna. Pada family dia, harta aku adalah harta anak dia. Tengk0rak Haang!
Kenapa aku tak bercerai? Sebab anak aku sayang giIa dengan bapak diorang. Anak tido pun dengan bapak dia. Dari 1 sudut, dia bapak yang baik bab melayan anak dan kasih sayang. Tapi setakat itu je la. Bab duit – duit, baju dan keperluan fisi0logi anak – anak memang aku la kene menanggung banyak. Dia topup – topup je.
Kadang – kadang aku fikir, siapa yang suami siapa isteri ni. Bab masalah – masalah lain, banyak isu dan masalah aku kene selesaikan sendiri. Anak s4kit, rumah rosak, aku yang kene cari tukang repair. Anak s4kit aku la bawa ke hospitaI urus segala. Ada la dia datang sebagai pelawat. Hahahaha.
Pendek kata, banyak perkara aku memang berdikari dan terlebih berdikari. Aku ada masalah kewangan aku la kene selesaikan sendiri. Nak minta pinjam duit dia, mengalahkan along. Kalau dia minta dan – dan tu juga ko kene bayar.
Tapi kalau dia terguna duit aku, dia buat – buat lupa buat b0do macam takde apa – apa. Tapi kalau mak bapak atau adik beradik dia nak pinjam duit, pukuI 2.00pm call kata nak pinjam. Tak sampai 1 minit dah transfer. Punya sayang giIa kat syurga – syurga dia.
Dia kata mak bapak dan adik beradik dia adalah ladang pahala. Jadi dia kene la berbakti dan berbuat baik. Kalau dia beli buah – buah kat anak – anak dia akan beli buah – buah reject dan dah buruk kat pasaraya. Katanya murah dan jimat.
Kalau nak beli buah kat mak ayah dan adik beradik dia akan pilih yang elok – elok katanya nak bagi orang kene yang elok. Bijak tak? Hari – hari aku doakan Allah ni buka kan jalan penyelesaian supaya di bercinta dengan perempuan lain, curang senang aku nak minta cerai.
Jadi anak – anak tak ada la salahkan aku bila bercerai. Ini anak – anak kamcing dengan bapak, tengok tv sama – sama, tiba – tiba mak nak minta cerai. Takkan aku nak cerita kat anak – anak yang rumah, baju, dan segala keperluan diorang aku yang tanggung. Aku nak kene juga jaga air muka bapak dengan anak – anak. Hmmmmmmmm… entahla labu.. Hidup ini 1 perjuaangan. – Selumbar (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aisyah Afrina Hamiza Reduan : Simpan semua bukti pembayaran tu. Nak minta fasakh pun da kuat bukti sebab tak bagi nafkah. Anak – anak baik dengan bapak, kau bagi je lah bapaknya jaga setahun. Kau pergi jaga diri kau pula setahun tu.
Kau yang biarkan diri kau dim4nipulasi sampai macam tu, kemudian kau nak mer0yan. Tak suka, tak redho, tak nak bayar. Jangan cakap je ambil tindakan. Seumur hidup kau nak habiskan masa dengan orang macam ni ke?? Dari cerita kau sama ja macam tak payah ada suami
Faridah Yahya : Ramai lelaki / suami yang macam ni, bila dengan kaun kerabat atau kawan – kawan dia, auto dia akan jadi sebaik – baik dan setaat – taat manusia tapi dengan anak isteri sebaliknya. Yang merasai je tau. Kita cari duit niat untuk membantu tapi jadi sebaliknya bila akhirnya bebanan tanggungjawap itu tergalas di bahu sepenuhnya.
Norain Noordin : Rumah tak bayar. Bil air api tak bayar katanya nama isteri, isterilah bayar. Habis tu suami tak pakai air tak pakai elektrik? Dulu duduk rumah sewa pun tak bayar? Bijak.. bijak suami puan. Patutlah duit dia terlebih – lebih.
Beli buah buruk kat anak – anak yang elok kat orang lain. Fikir air muka dia aje ya. Dari mula kahwin TT dah lemakkan dia. Memang dia naik lemak. Silalah bersuara. Tak ada istilah terlambat. Suarakan! Suarakan! sampai dia faham atau naik bosan. Macam TT bosan atau perjuaangkanlah rumahtangga TT ya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.