Umur saya 36 tahun, mak ayah ingat saya andartu tapi sebenarnya saya dah kahwin diam-diam

Saya sendiri yang mencari pr0sedur untuk berkahwin di sempadan sehinggalah semuanya selesai. Niat saya murni elakkan maksi4t tapi lepas kahwin saya tidak boleh menghebohkan status sebenar saya, malah tidak dibenarkan mengandung oleh suami. 

#Foto sekadar hiasan. PERKAHWINAN sememangnya sesuatu yang dituntut dalam Islam, malah begitu besar makna perkahwinan ia diumpamakan mendirikan sebuah masjid – rumah Allah yang melambangkan kemuliaan dan kesucian.

Bagaimanapun ada juga perkara semulia ini dilakukan secara sembunyi kerana beberapa faktor termasuk tidak mendapat restu orang tua atau atas tujuan berpoIigami tanpa pengetahuan isteri pertama.

Bagi Balqis Abdul Rahman (bukan nama sebenar) perkahwinan secara sembunyi dengan Darus yang merupakan suami orang, memberikan kesan mendalam kepada kehidupannya hingga ke hari ini.

Kini selepas tiga tahun berkahwin hati kecilnya tetap mer0nta menganggap perkahwinan mereka berdua tetap tidak sempurna. “Biarpun kami bahagia tetapi hubungan kami masih rahsia malah suami juga datang ‘curi – curi’ ke rumah saya,” katanya.

Malah kata Balqis , sehingga kini kedua orang tua masih menganggap dirinya bujang walaupun telah menjangkau usia 36 tahun. “Kalau pulang bercuti di kampung, semua tidak tahu saya telah berkahwin malah sindiran anak d4ra tua sudah kaIis di telinga saya,” ujarnya membuka cerita.

Dia mengakui ketika ingin bernikah dengan Darus, dia terlalu mengikutkan hati hingga sanggup membelakangkan orang tua dan berkahwin secara sembunyi. Namun ketika itu niatnya murni kerana tidak mahu terjebak dengan maksi4t tetapi sayangnya tindakan tersebut hanyalah memakan diri sendiri.

“Bukan setakat tidak boleh menghebohkan status sebenar saya, malah saya juga tidak dibenarkan mengandung sedangkan sebagai wanita normal perasaan ingin menjadi ibu mer0nta – r0nta dalam diri. “Melihat orang lain yang berkahwin dan mempunyai anak menjadikan saya cemburu dan menyesal kerana menggunakan jalan ini untuk berkahwin,” cerita anak kelahiran Perlis ini.

Balqis kini sedar berkahwin senyap dan menjadi isteri kedua bukanlah sesuatu yang membahagiakan. “Walaupun pada pandangan mata masyarakat saya gembira dengan kehidupan saya tetapi hati kecil saya tetap mend3rita,” ujarnya.

Akuinya, memang di mata masyarakat dia sempurna kerana mempunyai kemewahan dan dipandang bahagia, namun dia hati kecil tetap wujud perasaan menyesal. Dia seperti isteri lain, Balqis sukar untuk keluar bebas bersama suaminya kerana takut terserempak dengan ahli keluarganya sendiri.

Malah, suaminya sendiri tidak bebas untuk pulang ke rumahnya walaupun mempunyai ik4tan yang sah. “Syahdunya bila terkenang perkara itu, malah musim perayaan adalah saat yang pahit untuk saya lalui. Maklumlah tidak dapat beraya dengan suami.

“Sebagai seorang isteri teringin mengucup tangan suami di pagi raya, tetapi semua itu terlalu payah untuk berlaku,” ujarnya sebak. Malah, giliran untuk bermalam juga boleh dik4takan tidak adil kerana takut dengan persekitaran dan pengetahuan keluarga.

Tambahnya lagi, walaupun ini kerelaan hatinya sendiri tetapi perasaan menyesal menyelubungi hatinya sehingga saat ini. “Kini baru saya tahu akibatnya walaupun dulu ramai kawan – kawan menasihati saya supaya tidak menurut kata hati,” ujarnya.

Katanya, perkenalan semasa di universiti dengan suaminya, Darus membuatkan dia selesa untuk terus berkawan walaupun mengetahui lelaki adalah suami orang dan bapa kepada empat anak.

“Awalnya saya tiada perasaan langsung pada Darus tambahan pula dia lebih tua 10 tahun daripada saya, namun kerana pandai berjenaka dan berkata – kata membuatkan saya cair hati,” katanya. Malah akui Balqis setiap hari selepas kelas dia tetap akan bertemu Darus di perpustakaan untuk mengulangkaji bersama.

“Mungkin dari situ, cinta mula bertaut, malah sudah terbit perasaan rindu apabila musim cuti semester” katanya. Hubungan itu berterusan sehingga Balqis bekerja dan hubungan tersebut juga sudah diketahui isteri Darus.

“Alasan itu menjadikan hubungan kami sem4kin kukuh walaupun ketika itu ibu bapa saya menentang keras hubungan kami. “Saya pernah bawa Darus pulang ke rumah dan berterus terang dengan keluarga tetapi ditent4ng hebat oleh bapa.

“Bermula dari situ, kami membuat perancangan untuk berkahwin lari dan sembunyikan status kami. Malah kerana terlalu sayangkan Darus, saya sendiri yang mencari prosedur untuk berkahwin di sempadan sehinggalah semuanya selesai,” ujarnya lagi.

Ditanya perasaan berkahwin secara sembunyi ketika itu, Balqis hanya menjelaskan, saat itu yang terfikir dibenaknya adalah hubungan yang sah. “Saya tidak mahu berterusan dalam d0sa, maklumlah setiap kali bertemu pasti ada d0sa – d0sa yang akan dilakukan,” ujarnya penuh menyesal.

Malah perjalanan menuju ke sempadan untuk berkahwin juga merupakan kenangan pahit yang akan dikenang sampai akhir hayat kepada dirinya. “Ketika itu, kami terp4ksa bermalam di dalam kereta di sebuah perhentian tol sebelum menunggu orang tengah yang akan membawakan kami berdua ke negara jiran,” ujarnya yang berkahwin di Selatan Thailand.

Saat itu katanya, terbayang kedua wajah orang tua yang membesarkan dirinya sehingga berjaya menghantar ke menara gading. Malah ketika imam datang mendapatkan persetujuan sebelum akad dimulakan, hati tiba – tiba menjadi sebak dan terus terbayang wajah ibunya.

“Masa itu, saya seolah – olah terdengar suara ibu. Tetapi demi cinta, saya diamkan sahaja,” ujarnya. Kini biarpun suaminya adil menjalankan tanggungjawab dan tidak lagi curang tetapi dia tetap merasakan dirinya terabai.

Malah ketika ditanya kehidupan sekarang, dengan laju Balqis menjawab biarpun luaran bahagia tetapi hatinya tetap tidak puas. “Keadaan ini kadang – kadang membuatkan saya murung sendiri dan memikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan,” ujarnya.

Keadaan bertambah buruk apabila dia mendapat tahu suami telah bermain kayu tiga dengan seseorang. “Ketika itu hanya Allah sahaja tahu perasaan. ingin kembali kepada keluarga pastinya akan dimarah, jadi saya hanya berdiamkan diri sahaja.

“Saya ada juga meminta cerai daripada suami tetapi hanya kemaafan sahaja yang keluar dari mulut suami,” katanya. Akuinya sejak itu, hatinya mula tawar kepada suami malah hanya kelangsungan hidup sahaja membuatkan dia meneruskan perkahwinan tersebut.

“Sekiranya saya berkahwin normal, mungkin keluarga adalah tempat yang saya mengadu dan juga pejabat Agama. Tetapi dalam situasi ini tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh saya melainkan menangis,” ujarnya sebak mengenangkan per4ngai suaminya.

Kini dia hanya mampu berdoa supaya suami akan berubah dan pulang berterus terang kepada keluarga. “Perkara yang paling penting sekarang ialah mendapatkan restu orang tua saya dan selepas itu bolehlah saya mengandung,” ujarnya memberitahu menggunakan alat per4ncang keluarga setiap kali bersama dengan suaminya.

Katanya lagi, mungkin dengan kehadiran anak nanti ia akan menyambungkan semula hubungan suami dan kedua ibu bapanya.

Komen Warganet :

Nor Liyana Hafis : Nak tanya la kan, apa tujuan korang kahwin ye. Adakah hanya sebab nafsu semata. Tak nampak apa fungsi awak sebagai isteri, dan laki tu sebagai iatwri. Nak jumpa masih lagi sorok – sorok.

Nak dapat zuriat tak boleh. Hidup dalam rasa serba salah dan ketakutan. Sebelum kahwin tak fikir ke semua ni. Ingat kalau suami tu boleh buat macam tu dengan isteri pertama, tak must4hil sekaramg dia tengah umpan m4ngsa lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.