Sampai part yang paling menguji kesabaran aku bila dia dah pandai nak tidur kat rumah aku. Ya Allah! Aku ni perempuan, dia tu lelaki. Aku mula menyampah bila dia dah mula arah – arah aku. Semuanya nak aku buat untuk dia. Baju dia pun aku yang kena basuh. Charge handphone pun suruh aku. Lailahaillallah!
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Farzana (nama samaran) ramai sangat yang panggil aku guna nama tu, jadi aku gunakan sebagai nama pena. Aku nak kongsi cerita tentang per4ngai ibu aku yang terlalu suka membantu orang sehingga diri dia sendiri tak terbantu.
Kami bukannya orang senang, rumah pun terp4ksa menyewa, makan pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibu aku ni berusia 55 tahun dan bekerja sebagai tukang sapu di bawah anak syarik4t environment idaman.
Hendak dijadikan cerita ada seorang lelaki ni umur dalam lingkungan aku jugak, mungkin tua dalam dua tiga tahun macam tu, sebenarnya umur aku baru 19 tahun. Lelaki tu pun bekerja sekali dengan ibu aku dan dia “mengambil kesempatan ” di atas kebaikan ibu aku.
Ceritanya bermula apabila dia kerap ke rumah aku atas alasan nak tumpang basuh baju sebab rumah dia jauh nak berulang alik, jadi dia tinggal dekat stor tempat kerja. Memang tak ada tempat nak basuh baju dan dia malas nak basuh guna tangan, dia pun mai la basuh kat rumah aku.
Pada mulanya aku tak kisah sebab bagi aku ok lah sekadar nak tumpang basuh baju. Tapi selepas tu per4ngai lelaki tu m4kin menjadi – jadi bila dia kerap makan nasi kat rumah kami. Aku bukan berkira sangat, tapi gaji aku dengan ibu aku pun tidaklah besar mana nak menjamu dia makan, dia pun makan besar, bukan biasa – biasa. Lelaki nama pun.
Dah kena tambah duit nak beli barang dapur nak bela dia. Aku boleh bersabar lagi. Sampai part yang paling menguji kesabaran aku bila dia dah pandai nak bangun tidur kat rumah aku. Ya Allah! Aku ni perempuan, dia tu lelaki, tak manis bila jiran – jiran pandang.
Aku dah start membebel kat mak aku, tapi mak aku cakap kesian kat dia. Mak aku cakap kalau dia datang aku duduk ja dalam bilik. Ya Allah rumah sendiri rasa macam rumah orang, tak bebas langsung. Aku dah start tak layan dia.
Buat tak tahu. Tapi dia punya per4ngai demand kalah artis, makan nak berkuah, baju dia aku yang basuhkan. Kalau aku biar baju dia tu pakai tak berbasuh la. Lagipun kalau aku biar, mak aku yang akan basuh. Aku hanya kesiankan mak aku, terp4ksalah aku yang basuhkan!
Aku mula menyampah dah bila dia dah pandai arah – arah aku. Semuanya nak aku lakukan untuk dia. Charge handphone pun suruh aku. Lailahaillallah! Tahap kesabaran aku hampir sampai klimaks dah! Aku tak tahu macam mana dia boleh mula berkampung kat rumah aku sedangkan ibu aku ataupun aku tak pernah jemput dia tinggal sekali dengan kami.
Serius aku rasa terbeban. Gaji aku tak sempat nak simpan sebab nak kena beli makanan untuk dia buat makan hari – hari. Kalau dia tak ada jimat sikit bajet, start dia ada ni RM20 pun tak cukup sehari. RM20 tu pun dah banyak bagi aku dan ibu yang bukan dari golongan ada duit.
Suatu hari, mak aku balik kampung. Dia datang rumah nak mintak pinjam motor. Mula – mula aku berat hati nak bagi, tapi dia kata dah tanya mak aku, mak aku cakap boleh ambil. Jadi aku pun bagi, b0dohnya aku tak periksa dulu motor dia yang dia tinggal kan kat aku tu.
Esok pagi tu aku siap – siap nak pergi kerja, aku start motor, masuk gear tayar rasa berat beb, rupanya dia punya tayar motor pancit beb! Sebab tu lah kot dia nak pinjam motor aku. Ya Allah… Aku call dia tak jawap maklum lah pukuI 5:30 pagi, mananya nak bangun kan.
Aku call boss aku tak boleh pergi kerja sebab ada hal, nasib baik boss aku faham. Tengahari dalam pukuI 12:00 aku call lagi mintak dia hantar motor, dia cakap nak hantar, aku tunggu sampai pukuI 2:00 petang, tak hantar jugak.
Aku call lagi dia cakap dia pergi ikut kawan. Aku start angin la sebab aku tak makan apa apa lagi. Kat rumah pun stock makanan tak ada. Kucing aku pun dah kebulur. Aku cakap kat dia hantar cepat aku nak pergi beli makanan dia cakap, ok.
Aku tunggu sampai pukuI 5:00 petang dia masih tak hantar jugak, aku call mak aku suruh balik. Aku cakap kat mak aku, aku tak makan lagi, budak tu tak hantar motor, mak aku pun bergegas la balik. Semua pasal dia. Aku call dia cakap tak payah hantar la motor sebab mak aku nak balik dah bawak makanan, dia punya per4ngai munafik dia memang terbaikk!
Sekelip mata dia sampai. Dia cakap jangan bagitahu mak aku. Dia takut kena marah. Lepas tu pandai buat muka kesian. Aku geram, aku masuk rumah aku ambik baju dia yang mana aku sidai semua aku ambik, aku baling keluar rumah.
Aku cakap, ‘jangan jejak kaki lagi kat sini, aku bukan h4mba h4ng.’ Dia buat muka kesian dia cakap nak tunggu mak sampai dulu. Nak mintak maaf. LOL! Mak aku pun sampai la dengan muka ketat dan marahnya. Dia buat muka kesian.
Dia cakap kalau dia tak tumpang kami dia tak tahu nak duduk mana. Aku cakap aku tak kisah. Yang aku tau aku nak dia keluar dari rumah aku. Mak aku pun diam ja. Dia pun pergi la dengan muka kesian. Dua hari dia tak datang.
Lepas tu datang lagi. Dia cakap nak jumpa sebab dia dah nak berhenti kerja. Aku sikit pun tak pandang muka dia. Sebab aku tau kalau aku bagi muka dia akan buat rumah aku ni jadi rumah tumpangan dia lagi. Banyak cantik.
Moral of the story aku ni, aku nak pesan pada korang semua, nak buat baik biar berpada – pada jangan jadi macam aku. Tiba – tiba kena tanggung biawak hidup, dah lah takde kaitan d4rah langsung. Dah tu buat rumah aku macam rumah dia.
Aku bukan kejam sampai tak mahu tolong orang, tapi tu lah aku baik mak aku baik, dia pij4k kepala kami. Kalau kita pun susah nak hidup, tak perlulah bantu orang lain. Fikir diri kita dulu. Jangan jadi macam aku, senang dia ambik kesempatan dah tak pasal pasal aku jadi bibik dia. Kata akhir dari aku, sebelum tolong orang, tolong diri sendiri dulu. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa. Assalamua’laikum. – Farzana
Komen Warganet :
Indra Putra : Betul. Berdasarkan kisah di circle saya, kalau ada orang buat renovation ke apa di rumah kita, tolong jangan guna pinggan mangkuk kita, kalau nak belanja makan ke apa, terutama kalau rumah kita ada anak atau adik perempuan semua. Sebab kes yang jadi tu, dikenakan ilmu hitam. Better professional jer. Tetapkan waktu kerja dan makan minum, biar bos mereka yang uruskan.
Miza Mohd : Part paling penting. Jangan la berani – berani bagi lelaki mai masuk. Rumah kita. Takut benda tak diingini berlaku. Pesan kat mak h4ng untuk keselematan. Lagipun tak berbaloi burukkn dan aibkan diri sebab lelaki camtu.
Kamariah Ahmad Al-aydrous : Acik sokong 100% tindakan anak tu jangan bagi muka orang luar ape lagi laki – laki, kalau dia buat hal kita juga yang menyesal, sesal kemudian tak guna nasihat kan emak tu elok – elok.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.