Saya dah lama tak nampak mak solat. Mak ayah tidur bilik asing. Malam-malam 2 – 3 pagi mak tak tidur asyik bertikt0k

Mak selalu tidur 2 – 3 pagi sebab leka tengok tikt0k. Kadang – kadang saya kena bangun awal esok tu, mak saya dengan pasang tikt0k kuat, lampu bilik buka, macam mana?? Esok pagi saya bangun mak saya sedap tidur lagi.

#Foto sekadar hiasan. Tolong guys, akak – akak dan abang – abang luar sana, tolong bagi pendapat dan solusi untuk saya. Saya tak tau nak luah kat siapa. Saya bagitau siap – siap apa yang saya nak luah akan membuka aib keluarga saya, jadi sebab tu saya memilih untuk bercerita di sini, di mana tiada yang mengenali kami.

Terima kasih kerana sudi siarkan artikel saya dan terima kasih sudi membaca artikel saya. Harap semua yang membaca boleh memberi idea dan nasihat untuk saya terus tempuh kehidupan ini.  Saya berusia 24 tahun, perempuan bujang, kerja part-time, lulusan degree.

Saya str3ss la. Kadang – kadang rasa nak jumpa ther4pist, tapi kawasan ni takde ther4pist swasta. Dan kalau dekat hospitaI kerajaan yang terdekat ni, tak sure ada ther4pist ke tak sebab saya duduk di pekan kecil. Ada sesiapa yang tahu caranya?

Tapi tulah, saya tinggal dengan keluarga buat masa sekarang, nak keluar rumah bagi kucing makan pun ditanya buat apa keluar tadi? Apalagi nak pergi jumpa ther4pist. Mesti nanti ditanya pergi mana? Beli apa? Mana barang?

Family saya ni segala benda ditanya. Kalau saya call orang pun akan ada pertanyaan, siape call? Nak apa? Sembang apa? Memang takde privacy. Kadang – kadang semua orang dah tidur, saya ingat takde sapa dah la, tapi mesti ada juga yang curi dengar. Nanti mesti ada yang tanya buat apa tadi?

Saya faham la mungkin keluarga saya ambil berat tapi agak la semua benda nak ditanya. Saya nak privacy juga. Whatsapp saya, kakak saya buka camtu je. SosiaI media lain pun sama. Sebab tu la saya buat keputvsan untuk single je sampai sekarang.

Tak rasa nak bercinta pun sebab nanti kena sorok – sorok archive chat, off noti lah. Leceh. Saya pula berkongsi bilik dengan mak saya, memang saya takde masa saya sendiri. Saya tidur dengan mak saya, ayah saya tidur sorang.

Mak saya pula selalu tidur 2 – 3 pagi sebab leka tengok tikt0k. Kadang – kadang saya kena bangun awal esok tu, mak saya dengan pasang tikt0k kuat, lampu bilik buka, macam mana?? Esok pagi saya bangun mak saya sedap tidur  lagi.

Dalam 10 pagi baru bangun, sama dengan kakak saya. Kadang – kadang saya bangun awal tu pagi tu saya nak buat hal saya la, ada la benda saya nak buat. Mohon kerja la, resume la, tak pun siap bahan untuk kerja part-time saya.

Tapi kalau diorang bangun 10 pagi tu tengok air tak masak, dapur tak lap, kain tak sidai, kucing tak makan, ditanya pula ke saya, bangun awal tadi buat apa? Sebab saya tak settlekan hal rumah. Padahal selalu memang 10 pagi baru mula settlekan rumah, tapi kalau saya dah bangun awal tapi tak buat bagi diorang macam rugi la.

Habis tu bila saya nak buat hal saya? Asyik nak utamakan hal orang je. Kalau waktu siang memang takde masa, saya kena jaga anak buah la, tolong masak la. Saya nak uruskan diri, mandi solat lagi. Penat tau. 24 jam sehari macam tak cukup, takde masa untuk sendiri.

Apa yang saya lagi penat sebenarnya bila mak saya tiap hari, tiap masa, mengadu pasal ayah ke saya. Mengadu tak puas hati. Marah – marah. Bangun tidur, cakap pasal ayah, sebelum tidur cakap pasal ayah, petang – petang tengah sembang pun cakap pasal ayah. Ada je yang tak puas hati.

Pasal duit la, kerja la, uruskan family la. Tapi ayah saya pun satu, memang culas bagi nafkah. Ayah saya sediakan makan minum, bil semua cukup Alhamdulillah. Cuma mak saya suri rumah, jadi memang mengharapkan nafkah dari ayah. Ayah hanya bagi RM200 – RM400 sebulan.

Dengan duit tu je la mak saya pakai untuk beli barang rumah, barang sendiri, sabun apa semua. Mak saya takde simpanan walaupun umur dah hampir 60 tahun. Apatah lagi nak ada duit untul buat Umrah atau Haji. Kesian juga.

Saya nak tolong pun, gaji saya kecil je. Nak kerja betul, dihalangnya. Buntu tau kadang – kadang fikir pasal hidup ni. Lagi satu saya penat dengan mak saya ni sebab mak saya tak nak solat. Mandi pun sehari sekali, kadang – kadang dua hari sekali.

Kadang – kadang saya cakap juga cuba solat mana tau boleh tenang. Sebab saya tak ingat tahun bila kali terakhir saya nampak mak saya solat. Dah bertahun tak nampak. Ayah saya ada juga solat. Kakak saya ada la juga saya nampak kadang – kadang.

Tapi mak saya.. lamaaaaa sangat tak nampak. Saya solat tepi mak saya pun, mak saya buat tak tahu je. Kadang – kadang saya terfikir macam mana cara nak lembutkan hati mak saya untuk kembali solat? Dulu waktu saya kecil ada juga kadang – kadang saya nampak, sekarang langsung takde.

Tapi tulah saya doa la macam mana pun, tunjuk contoh apa – apa pun hidayah tu milik Allah kan. Hurm. Sekian lah saya cerita. Ikutkan banyakkk lagi yang saya pendam. Tak tau nak luah kat sape. Sebab kalau cerita dekat kawan, buka aib family pula sebab diorang kenal family saya.

Kadang – kadang saya rasa saya nak ada satu stranger untuk tempat saya meluah. Terima kasih sudi baca sampai sini.. Minta doakan saya kuat dan dapat bagi perubahan yang baik dalam keluarga saya. – Lolipop (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mawar Putih : Kamu ada kemampuan dan pelajaran untuk naikkan taraf hidup. Dah dewasa buatlah keputvsan yang tepat dan bagus untuk masa depan. Jangan terbelenggu dengan bayangn nak perlindungn dari keluarga macam kecik – kecik dulu. Dah tak sesuai. Dah rasa tertekan. Boleh mula langkah pertama. Moga bahagia.

Maya Mohd : Saya pernah melaluinya, terp4ksa dahuIukan orang lain dari diri saya. Saya terlepas dari semua itu selepas berhijrah ke KL. So, the only way to get out from there is to get a job and get married. Good luck!

Siti Salwah : Kesiannya tt. Rumah bukan syurga untuk tt. Cari kerja jauh so ada alasan kukuh untuk pindah. Mak tt masih ada suami tapi kenapa tidur asing? Dan agak pelik untuk orang berumur masih tak mahu solat. Mudah – mudahan Allah buka hati mak tt kembali ke jalan Allah. Tapi tt memang kena pindah untuk selamatkan em0si sendiri. Usahakan bab tu dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?