Tiba2 kak ipar ada depan pintu, suruh jaga anak dia 3 orang. Hantar dgn tak mandi, tak makan. Habis makanan anak aku

Hari nak kena pergi checkup mengandung, mula la nak pinjam kereta nak pi sana sini. Bila aku kata ada checkup, disuruhnya tunda dulu ke esok. Kadang – kadang takda call, takda wasap dulu tiba – tiba ada depan pintu rumah dah, merayu – rayu kata hal penting, padahal nak pergi makan dan shopping mall…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, minta tolong hide profile aku ya. Terima kasih. Salam warga FB, aku nak luah berkenaan kak ipar aku. Aku dikurniakan suami dan ibu mertua yang baik, alhamdulillah tapi diduga pula dengan per4ngai ipar.

Aku berkahwin dah hampir 2 tahun dan dikurniakan seorang anak berusia 11 bulan. Rumah family aku dan suami dekat saja sebab kami asal dari daerah yang sama. Kami pjj tapi aku menyewa berdekatan rumah mak mertua.

Suami akan balik pada hujung minggu untuk jenguk aku dan maknya. Adik beradik suami agak ramai tapi yang tinggal berdekatan mertua hanya seorang (kak ipar). Kak ipar dah kahwin dan ada 3 orang anak. Maaf intro agak panjang.

Aku rasa rimas dengan kak ipar aku ni kerana dia suka menyusahkan aku. Masalah paling besar ialah kereta. Kereta ni suami beli sebelum kahwin dan suami tinggalkan kat aku untuk mudahkan aku pergi mana – mana. Kak ipar suka pinjam kadang – kadang sampai berhari – hari tak pulangkan.

Untuk makluman dia ada sebuah motosikal jenis skuter dan kereta (manual). Alasan tak nak pakai kereta tu sebab dia tak reti bawa manual. Aku kena banyak kali dah, dulu masa pregnant, hari nak kena pi checkup mula la nak pinjam kereta nak pi sana sini.

Bila aku kata ada checkup, disuruhnya tunda dulu ke esok. Kadang – kadang takda call, takda wasap dulu tiba – tiba ada depan pintu rumah dah, nak pinjam kereta. Yang ni paling geram. Kalau tak bagi merayu – rayu kata hal penting padahal nak pergi makan atau ke shopping mall ja.

Bila nak pinjam kereta sanggup mai rumah aku pukuI 7 pagi, 10 malam, bila aku call nak guna kereta waktu sekian – sekian, dihantarnya kereta dekat waktu maghrib. Nak pergi mana la waktu maghrib dengan anak baby ni.

Ada 1 hari tu aku kena buat BSP di KK, dia nak pinjam kereta pergi kenduri kawan dekat daerah lain. Dia suruh aku minta tolong abah aku untuk hantarkan. Aku punya str3ss, aku drive berhenti tepi jalan dan nangis. Aku bukanlah kedekut sangat, aku memang selalu akan pinjamkan cuma dia tu macam takda common sense.

Dia buat macam dia pulak pemilik kereta tu, kena ikut masa dia. Dahla minyak tak pernah isi, lepas pinjam sampah bersepah dalam kereta, dengan anaknya makan tumpah. Pasal kereta ni memang banyak lagi tapi aku cerita sikit dulu.

Kedua, ipar aku jenis suka minta tolong sekecil – kecil benda. Contoh, call 2 – 3 petang suruh belikan tepung la kicap la sebab habis. Alasan dia anak dia ramai, susah nak angkut. Habis tu aku dengan anak baby tak boleh jalan lagi ni?

Kadang – kadang call suruh ambik dia dan anak – anak dan hantar ke rumah mak mertua atau ke mana – mana saja. Aku dibuat macam grab driver, bila – bila dia nak pakai just call. Kadang – kadang dah kata baby tengah tidur, tak boleh jemput, disuruhnya gerak anak aku tu.

Untuk pengetahuan korang, suami dia ada ya bukan ibu tunggal tapi sejenis tak nak menyusahkan laki sendiri tapi menyusahkan orang lain takpa. Dulu, ya aku tak meIawan sebab konon – konon nak jaga hubungan baik dengan ipar, nak ambil hati konon. Akhirnya aku yang burn out.

Lepas tu, kak ipar suka tinggalkan anak – anak dia kat rumah aku mentang – mentang aku suri rumah. Anak umur 3, 4 tahun, yang sulung darjah 1. Sebelum ni dia bagi mak mertua yang mengasuh tapi mak baru join kelas mengaji waktu pagi, jadi takda siapa nak jagakan.

Aku memang taknak jaga anak – anak dia tu, anak – anak nya dahla tak dengar cakap aku. Aku ni takdala k3jam, kalau diorang ada aku masak ekstra tapi anak – anaknya ni jenis kuat makan. Dah bagi makan nasi pun sejam lepas tu buka peti ais, kabinet dapur sampai 20 kali sebab nak jajan. Geram aku.

Biskut, nestum baby pun minta, kalau tak bagi nanti tantrum padahal bukan mak diorang pun. Kadang – kadang mai tinggal anak, tak mandi, tak makan lagi. PukuI 7 pagi tiba – tiba dah ketuk pintu, call takda wasap takda, takkan aku nak halau pulak.

Cukup 5 hari berturut dia buat macam tu, hari seterusnya terus aku tak buka pintu dah. Lepas tu dia dah tak hantar. Aku kadang – kadang str3ss memang aku terlepas marah kat suami padahal bukan salah dia. Aku dah banyak kali bagitau kat suami tapi dia asyik suruh aku sabar dulu sementara dia cari rumah sewa area tempat kerja dia.

Macam mana ya aku nak handle kak ipar aku ni? Aku str3ss tapi tak nak sampai g4duh – g4duh sebab aku nak hidup lama lagi dengan diorang. Aku mohon warga FB doakan aku dan suami cepat – cepat dapat rumah sewa baru. Aku dah takda hati nak tinggal kat rumah sekarang.

Komen Warganet :

Hadhinah Limon : Sis. Rumah parents ada kan? Balik la rumah parents. Stop sewa rumah dekat – dekat mertua dan kakak ipar b0doh tu. Duit yang buat bayar rumah sewa tiap bulan tu boleh simpan untuk duit muka rumah sewa baru nanti.

Suami sis pun jarang balik kan. So takde masalah pun kalau sis stay dengan keluarga sis sendiri. Selagi sis duduk rumah tu, selagi tu la kakak ipar sis akan ganggu hidup sis. Lagi 1.. Suami sis tu patutnya sound kakak dia tau.

Bukan suruh sis sabar je. Aku masa baru kahwin, suami aku ada belikan aku oven besar untuk aku mula berniaga kat tempat suami ni. Oven baru belum buka plastik lagi. Masa kenduri belah suami aku, ada cousin dorang yang nak buat cheesetart banyak.

Adik ipar aku pandai – pandai offer guna oven besar aku tu padahal aku pun belum guna lagi oven tu. Suami aku dapat tau je dia terus sound adik dia “ko kenapa pandai – pandai nak bagi orang guna oven bini aku? Ko tau tak aku belikan dia oven tu as hadiah kahwin kami? Suka hati ko je offer orang guna.. lain kali tanya bini aku dulu sebelum pandai – pandai buat keputvsan”. Suami ko kena bercakap, bersuara macam ni sis. Kalau suami ko pun diam je, sampai bila – bila la kakak ipar ko tu takde common sense.

Syafawani : Sis, belajar la membantah, meIawan sama. Kalau benda tu mendatangkan kebaikan untuk diri sis, better sis sendiri yang buat keputvsan. Bukan orang lain yang buat keputvsan atas diri sis. Tak rugi pun sis kalau bersuara demi kebaikan diri.

Bagitau terus terang pada suami yang awak tak selesa. Awak dah tak nak jaga anak – anak kakak dia. Bagitau straight. Jangan beri hint – hint. Lagi satu, awak cuba busykan diri awak, contohnya awak cakap je kata awak nak balik kampung awak.

Bawak je kereta awak tu sendiri. Dia nak pinjam cakap je kata awak nak guna, berkeras sikit. Lagi satu, dia mintak tolong belikan apa – apa. Awak cakap je tak boleh. Awak bagi la alasan apa pun, kalau dia mem4ksa awak, awak bluetick ja, jangan di layan.

Dia ada suamikan, suruh suami dia uruskan. Awak nak keluar pergi mana – mana tapi rasa terg4ntung sebab kena jaga anak kakak ipar awak tu. Masa awak keluar tu awak singgah la hantar budak – budak tu dekat rumah mak mertua awak atau rumah kakak ipar awak.

Kalau awak rasa cara awak tu k3jam, no. u deserve it. Awak buat ja sampai satu tahap kakak ipar awak akan sedar yang dia tak boleh nak ambil kesempatan atas awak. Anak dia, dia kena pandai – pandai urus sendiri. Sekali sekala kita boleh la layankan lama – lama kerap – kerap, tu dah macam ambil kesempatan.

Tapi kalau diungkitnya cakap, “alah anak menakan sendiri je pun takkan nak berkira.” Ini bukan soal berkira, soalnya kak ipar awak tu kena hormat privacy orang. Jangan sesuka hati je buat keputvsan atas awak. Bab kereta tu , nak bagi pinjamkan boleh.

Tapi awak kena tegas. Time awak nak pakai kereta awak gi je amik terus. Jangan biarkan kereta sampai berhari – hari. Kalau dah rasa susah sangat nak bagi pinjam, cakap je kunci hilang (nampak macam alasan ni tak boleh pakai kan tapi time terdesak guna ja alasan ni).

Awak lepaskan je awak nak cakap apa pasal minyak keta tak isi ke, makan tumpah ke. Awak pesan la. Kalau kakak ipar awak rasa awak ni high demand sangat, lantak ler ke dia. Dia yang nak pinjam keta, dia kena ikut la rule kita. Kesimpulannya, kena bertegas dan jangan turut sangat. Itu saja. Lagipun dia ada suami kan, dia kena pandai – pandailah uruskan hal rumah tangga dia dan anak – anak dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.