Aku dah la penat dengan alahan mengandung, anak murid darjah satu bising masa aku mengajar. Ada yang tak hafal apa yang aku pesan. Memang laju je tangan aku naik, setiap kali lepas kelas aku akan panggil semula ‘m4ngsa’ aku. Tak sangka lepas bersalin, anak aku jadi macam ni..
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang guru. Mengajar murid tahun 1. Dah 3 tahun berturut – turut jadi guru kelas tahun 1. Jadi korang semua boleh bayang tak bila mengajar murid tahun 1 ni. Macam – macam kerenah. Tahun lepas aku mengandung anak sulung.
Morning s1ckness tak kira masa. Siang, malam, tengah malam, tengah hari, petang dan pagi merupakan saat yang paling aku takut sebab bila – bila masa sahaja aku akan munt4h. Minum air masak pun munt4h. Jadi, bila mengandung ni em0si pun agak lari pada landasannya.
Ada kalanya hilang kesabaran aku bila murid buat hal dalam kelas. Tangan aku laju je mencubit, men4mpar lengan dan ramas – ramas perut murid bila hilang kesabaran. Kadang – kadang suara aku dari tingkat 4 akan kedengaran sehingga tingkat bawah bila menjerit.
Puncanya bila murid tak buat kerja rumah, tak bawa buku, bersembang masa aku mengajar dan tak hafal apa yang aku pesan. Bila dikenang balik, teruknya em0si aku masa mengandung. Ditambah pula dengan PJJ dan berjauhan dengan suami.
Makanan pun hanya boleh makan bubur kosong dan air buah sahaja. Makanan lain aku akan munt4h kembali. Bila dikenang alahan mengandung ni, rasa dah taubat nak mengandung. Korang cuba bayangkan, aku pernah munt4h semasa bawa kereta.
Peritnya tekak menahan bau kereta dan perasan. Jadi, disebabkan aku penat melayan alahan, aku tak dapat kawal emo0si amarah apabila mengajar. Tidur malam tak cukup, bangun pagi terbau jiran sebeIah goreng nasi, aku munt4h.
Jadi, aku ke sekolah dengan penat. Aku mudah melenting dan cepat naik tangan kepada murid – murid. Bila teringat perbuatan aku tu, aku rasa malu, menyesal, sedih sebab buat kat anak murid macam tu. Mujur tak ada kesan keced3raan, Iebam dan aduan dari ibu bapa.
Cuma, aku dapat rasakan bahawa aku dah terima pembaIasan atas apa yang aku buat pada anak murid. Anak aku sekarang nak masuk 8 bulan. Fasa ni dia dah mula kenal mamanya. Lambat angkat sedikit, anak aku akan menjerit dengan nyaringnya dan menangis seolah – olah kena pukuI.
Aku rasanya anak aku ni mew4risi sikap aku yang menjerit semasa memarahi anak murid aku dulu. Masa menyusu, tangan anak aku tak akan duduk diam. Dia akan cubit leher, lengan, kawasan perut dan muka aku.
Cubitannya sangat halus dan s4kit. Aku merasakan anak aku mew4risi sikap aku yang mencubit anak murid dulu. Maybe dalam perut lagi dia dah belajar untuk mencubit dan menjerit dengan nyaring. Aku merasakan ini pembaIasan yang aku terima atas perbuatan yang pernah aku buat dulu.
Dari hari ke hari, aku lihat sikap anak aku ini sebijik semasa aku sedang mengandungkan dia tahun lepas. Jadi, nasihat aku kepada semua bakal ibu yang mengandung. Cuba kawal em0si dan perbuatan anda semua.
Kemungkinan anak akan mew4risi sikap kita nanti. Emmmmm, by the way.. aku still lagi PJJ dengan suami. Permohonan aku nak pindah balik kampung gagal. Tapi, aku tak kecewa sangat sebab aku merasakan hidup PJJ lagi best dari hidup berdekatan. Bagi aku laaaaa. Hehehehehe..
Walaupun agak kelam kabut menguruskan anak, aku rasa sangat happy dan lebih tenang. Orang cakap anak seorang boleh la cakap macam tu, cuba anak dua orang. Aku tak kisah la seorang ke dua orang. Yang pasti sekarang aku rasa ada hikmah kenapa Allah tak beri aku duduk sekali lagi dengan suami.
Kalau nak diceritakan kenapa best hidup PJJ, terlalu banyak. Ada ke yang macam aku? Okeh, tu je la nak luahkan. Ibu mengandung jaga em0si ye. Jaga tangan jaga mulut, jangan nak cepat melatah. Nanti anak buat benda yang sama.
Sambungan.. Assalamualaikum. Saya Cikgu Aina. Pernah post pasal cubit anak murid tu. Saya dah baca komen – komen kat post tu. Apa – apa pun, saya minta maaf sebab tak dapat kawal em0si sampai cubit anak murid. Saya dah bertaubat.
Dan kepada mak cik yang suruh saya letak jawatan sebagai guru, saya tak dapat tunaikan permintaan mak cik sebab saya masih dalam kontrak. Kalau letak jawatan, kena bayar p4mpasan hampir berpuluh – puluh ribu. Maaf ye.
Dan bekerja sebagai guru ni merupakan salah satu impian saya dan arw4h ayah saya. Bab cubit, t4mpar dan ramas tu, percayalah bahawa saya buat semua tu dalam skala yang ringan. Kalau cubit tu seakan cubit garam, kalau t4mpar tangan murid tu, setakat t4mpar dengan gaya mak cik bawang sedang membawang.
Boleh bayang tak kalau mak cik bawang sebut sambil tangan t4mpar / tepuk tangan mak cik halia? ‘alaaaaaa kau ni, macam tak tahu dengan per4ngai si santan tu’. Yang saya ramas perut murid tu, sekadar ramas sambil urut.
Cuba mak cik try sendiri. Tak sakit pun. Syok ada laaaaaa. Macam mana saya tahu tak s4kit? Saya tahu sebab saya akan tanya anak murid yang kena denda tu. Di akhir pembelajaran sebelum saya keluar, saya akan panggil murid tu.
Saya tengok kembali tempat kena tu sama ada tinggal kesan ke tak. Then, saya akan tanya s4kit ke tak. Memang tak s4kit sebab saya buat slow je, sekadar melepaskan rasa kecewa sebab murid menunjukkan sikap yang negatif.
Saya tak mahu mereka ulang kesalahan yang sama. Nanti akan ada suara yang cakap, cikgu tahun 1 ni tak ajar ke murid – murid bab adab ni. Langkah terakhir, saya rasionalkan murid tu kembali. Antara soalan yang saya tanya
1. Awak tahu tak kenapa cikgu denda awak? Patut tak cikgu denda awak?
2. Siapa yang salah? Cikgu ke awak yang salah?
3. Nak jadi pandai ke tak?
4. Nak buat lagi ke tak? – yang ni diorang janji tak nak buat dah, tapi buat lagi. Pening saya tau nak membentuk anak murid supaya tak ulang benda yang sama. Marah tanda sayang tau mak cik.
Akhir sekali saya minta maaf kepada murid tu. Saya cakapkan cikgu marah denda sebab sayang. Nak awak jadi murid yang baik dan mendengar kata. Cikgu sayang awak semua. Ini ayat yang selalu saya cakap lepas denda mereka.
Dan satu FAKTA yang mak cik kena tahu. Di saat seorang guru yang tidak menghiraukan seorang murid, percayalah di saat itu hati cikgu itu sudah m4ti, penat dan kecewa dengan sikap murid itu. Tapi, tak ada cikgu yang nak tengok murid dia gagal.
Apatah lagi murid tu tahun 1. Diorang masih ada 11 tahun untuk belajar di sekolah. Kalau seusia ni pun tak boleh dibentuk, macam mana bila dah dewasa. Mak cik, sikap saya yang mudah melenting bukan sikap saya yang sebenar.
Tahun pertama saya mengajar , saya belum mengandung. Juga mengajar tahun satu. Saya langsung tak marah murid. Malah, saya jadi kesayangan murid. Murid yang saya tak ajar pun mesra dengan saya. Siap panggil suruh saya mengajar kelas diorang.
Bukan nak angkat bakul, tapi itulah realitinya. Tapi, disebabkan pembawakan budak semasa hamil, memang saya tak dapat kawal em0si tu. Saya mengandung semasa tahun ke dua dipostingkan. Tahun ni tahun ketiga saya mengajar.
Ada seorang murid ni cakap, ‘saya suka la dengan cikgu sekarang. Dah tak garang macam tahun lepas’. Ya. Tahun lepas memang saya seorang yang garang. Mungkin mak cik tak pernah merasakan s4kitnya alahan. Mungkin la kann…
Saya alami alahan dari usia kandungan 6 minggu sehinggalah sehari sebelum bersalin. Nak bersalin pun still lagi munt4h. Tengok iklan KFC pun saya akan munt4h walhal tiada makanan dalam perut. Saya akan munt4h keluar lendir hijau bersama d4rah. Perit tekak tauuuu..
Akibat alahan jugalah, saya pernah admit sebanyak 5 kali. Kena masuk air pun berbotol – botol sampai berat turun hampir 10kg. Mak cik cuba bayangkan saya hadap semua ni seorang diri tanpa suami yang jauh. Tidur tak lena dengan kaki b3ngkak.
By the way, luahan saya pertama tu menfokuskan kepada ibu hamil supaya jaga em0si dan tingkah laku semasa mengandung. Tapi, saya usulkan post ke dua ni supaya mak cik dapat penjelasan macam mana situasi saya apabila murid kena denda.
Saya juga nampak perbezaan ibu em0si dan tak em0si. Kakak ipar saya suri rumah. Mungkin tak ada tekanan sangat dan anak yang dilahirkan tu cukup senang dijaga. Usia anak dia sebaya anak saya. Kalau menyusu senyap je.
Kalau letak kat bawah, senyap je. Tak menangis pun dan boleh main sendiri. Berbanding dengan anak saya. Langsung tak boleh letak bawah sebab dia akan menangis dan menjerit dengan bersungguh – sungguh. Maka, saya terp4ksa dukung dia sambil buat kerja.
Bukan mengeluh, tapi saya rasakan em0si semasa mengandung memberikan kesan kepada anak. Setiap hari saya berdoa agar anak saya menjadi anak yang solehah dan tidak terikut – ikut dengan sikap semasa saya mengandung tu.
By the way, ada yang minta saya ceritakan kenapa PJJ best. Nak menulis kat sini dah panjang, nanti next post saya cerita ya. Saya bukan nak PJJ selama – lamanya. Tapi disebabkan belum rezeki dapat balik kampung, saya kena sentiasa positifkan diri dan menikmati hidup PJJ dengan suka dan gembiranya. Setakat ni boleh saya katakan bahawa saya suka PJJ. Iyaaa, saya suka hidup PJJ. Majulah PJJ untuk EGtukar. Hehehehehe.
Komen Warganet :
Asyiqin Dolah : Saya suka cikgu aina sebab dia sedar dia buat silap dan mengambil ikhtibar. Dia share pengalaman dia supaya boleh dijadikan ikhtibar kepada semua. Dia seorang komited dalam tugas, cikgu yang baik ialah cikgu yang garang, kuat membebel.
Takkan lah cikgu nak beIasah pelajar kot. Saya ni muda lagi tau. Series sekarang ramai cikgu tak garang. Cikgu tak garang ni, kami tak takut. Kami tak buat kerja. Result exam teruk pun kami tak kisah. last, nak jadi manusia pun segan. Mak bapak pun kurang sayang anak yang tak berjaya ni.
Rafidah Zainun : Saya ajar f4 dan f5. Untuk kelas belakang.. memang cuba sebaik mungkin. Kita taknak pinggirkan pelajar lemah. Tapi bila biadap, tak peduli apa kita cakap, panggil kita b0doh b4ngang. Masa ni dah janji pada diri sendiri.. lantak ko la kat situ.
Kang kot di layan.. hati sem4kin s4kit. Jadi sem4kin marah. Pelajar sekarang ramai je curi – curi bawa hp ke sekolah. Takut nanti hilang sabar dan tak pasal – pasal kena rakam. Diri sendiri gak jadi m4ngsa. Nak tegur lebih – lebih kang parents melenting.
Ticer June Rus : Cer depa – depa duduk dlm kelas sehari je. Percayalah depa bukan cubit batia cubit garam tapi depa cubit bagai peIempang.. hahahaha.. Depa nak jaga anak 4 orang kat rumh dah macam tarzan. Dita didik anak orang 40 orang sekelas kalau 5 kelas.
Boleh bayangkan tak. Hanya guru yang faham guru. Hanya polis yang faham polis. Kita tau mengutuk kerja orang lain tapi jika kita berada di tempat mereka belum tentu kita berjaya menghadapinya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.