Terlebih manjakan adik, tak sangka dah besar dia biadap dgn aku. Aku histeria, sempat tarik rambut dia

Malam tu lepas makan, aku dah habis cuci  pinggan mangkuk, bila pusing belakang, tengok ada seketul pinggan dan cawan si bongsu. Dia terus main HP. Aku cakap elok – elok, dia menjawab sambil tinggi suara. Dia nampak mata aku dah berair lagi rancak dia perli. Aku terus menyetan, menjerit sempat tarik rambut dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Harap sangat admin approve kisah ni sebab aku ada terbaca kisah seorang kakak (kak ngah) yang ‘terp4ksa’ jadi h4mba untuk adik beradik lelaki dalam rumah. Aku nak tolong kakak tu, mana tahu mungkin dia boleh cuba cara aku.

Sebagai pendahuluan, aku merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik, 4 laki – laki, 3 perempuan. Kak Ngah jugee tapi adik – adik panggil kakak. Ibu ayah aku merupakan guru dan mereka memang sentiasa sibuk.

Seingat aku, masa aku berumur 5 tahun, abang 8 tahun, abang aku dah pandai buat nasi goreng letak garam dgn telur je untuk adik – adik. Seperti kak ngah, ibu aku juga bertungkus lumus bagi memastikan keperluan pembelajaran dan sewaktunya bagi kami adik beradik sentiasa cukup.

Namun, pada awal tahun lepas, ibu aku dikejarkan ke hospitaI dan disahkan menghidap s4kit jantung. Pengsan sebab terlalu penat bekerja. Tahu – tahu lah kan, guru zaman sekarang, macam – macam kerja kena buat, yang tua macam ibu aku mana nak bertahan.

Abah pun sama, selalu ulang alik ke hospitaI sejak 2 – 3 tahun lalu. Dari kecil, seingat aku, adik beradik aku yang lelaki memang tak pernah disuruh untuk buat apa – apa. Sebab abah suka memasak, dorang mungkin ikut abah.

Lapar je masuk dapur, lapar je masuk dapur. Abang dengan yang no 3 tu memang suka memasak tapi lepas masak, memang hampeh. Ditinggalkannya dapur berselerak macam tu saja. Aku dengan adik – adik perempuan tahankan saja, kami bahagi – bahagikan tugas antara kami bertiga.

Sebab aku suka air, jadi ambil tugas yang melibatkan air. Basuh pinggan, masak, sental tandas, mop lantai, basuh baju, basuh kereta pun sanggup. Yang lain, hah koranglah buat. Tapi bila aku mula disibukkan dengan kelas tambahan semasa tingkatan 5, aku mula merungut dan meminta untuk adik – adik lelaki aku (no 3 dan 6, bongsu kecik lagi jadi aku biarkan saja) untuk turut sama membantu.

Masa tu, abang dekat asrama, jadi per4ngai dia memang dah tak boleh nak baiki dah, nasib baiklah dia pandai basuh pinggan sendiri je, lepas masak pun dah reti berkemas. No 3 dan yang no 6 ni, masa ni pandai masak tapi tak reti kemas.

Pinggan main tinggal je dalam sinki, cawan tu dia bawa depan tv, dia tinggal lepas tu kalau dahaga, dorang ambil cawan lain, bawa pi depan tv, lepas tu tinggal lagi. Pening kepala aih. Berleter juga tapi pelan – pelan. Aku cakap ‘MINTA TOLONG.’

Mula – mula, “Tolong la, dah besar panjang, basuh la pinggan yang haang pakai tu.” Kena selalu cakap, tapi jangan selalu sangat, tolong tu kena ada. Raja betul dorang ni kan. Bila dah lekat basuh pinggan, minta tolong yang lain pula.

Pernah aku bincang dengan mak, berpakat dengan mak, siapa sentuh cawan mak siap la. Tak payah basuh cawan – cawan semua tu, biar reti la dorang ambil, nak guna basuh sendiri. Yela, sampai habis cawan dekat dapur tu dorang guna sebab tak reti basuh, pakai ambil je yang baru.

Lepas tu aku minta dorang untuk tolong belikan barang – barang, yang kena beli dekat kedai runcit tu. Takdelah kita yang nak kena handle semuakan. Boleh slowtalk insyaAllah. Masalah besar bagi aku, adik bongsu aku.

Menyesal betul aku biarkan saja dia tak buat apa – apa dulu. Lagi – lagi dia bongsu, kena bebel sikit, dia panggil ibu, ibu pun pertahankan la dia sebab ‘kecik’ lagi. Tak pernah kena jentik pun, padahal kita masa kecil dulu, apa je yang tak singgah dekat b0ntot dengan betis ni haa, dengan wayar getahnya, haangernya huih.

Benda ni berlaku 2 tahun lepas, masa tu adik bongsu aku ni tingkatan 3, aku berumur 24 tahun. Masa ni aku belajar lagi, memang tak selalu balik lah. Bayangkan, perasaan bila balik rumah, bertimbun segala mak nenek cawan depan tv. Pinggan dekat sinkinya.

Masa tu yang no 5, 6, dan 7 ada kat rumah. Bila aku tanya, terbuktilah yang bongsu ni memang tak buat kerja langsung. Yang no 5 dan no 6 minta tolong pun dibuat dek je. Masa tu cool lagi, takpe, kita buat dulu. Malam tu lepas makan, elok je aku cuci pinggan mangkuk, bila pusing belakang, tengok ada seketul pinggan seketul cawan atas meja kerja si bongsu.

Lepas makan, terus naik masuk bilik main telefon. Aku cuba cakap elok – elok, minta dia basuh pinggan dan cawan yang dia pakai je. Tak jalan, siap dia meIawan. Aku cakap elok – elok, dia tinggikan suara pada aku, (ni dah 2, 3 kali jadi). Malam tu, ayat dia lebih kurang macam ni,

“Kenapa aku kena basuh? Tu kerja kau, perempuan kan?

“Abah tak basuh pinggan pun, kenapa aku kena basuh?

“Biarlah, aku taknak.”

Dia cakap sambil perli – perli, kurang ajarnya! Memang akan buat d4rah siapa pun mendidih. Masa tu, dah tak fikir pun pasal pinggan sebenarnya, lebih kepada perasan yang tersangat marah dan sedih bila adik yang kita manjakan biadap sampai macam tu sekali dengan kita.

Mata aku mula berair masa tu, lagi – lagi dia ada lagi keluarkan kata – kata ‘menganjing’, aku tergerak untuk t4mpar dia. Tapi maIang tak berbau, aku tak terfikir yang tubuh dia lagi besar dari aku, semestinya lagi kuat dari aku.

Aku angkat tangan je, dengan mudah dia tepis. Bila jadi macam tu, memang amarah lagi menyetan agaknya. Aku geram sangat, aku menjerit (yes i screamed like a crazy woman, filled with anger), mungkin dia terk3jut. Jadi aku dapat peluang tarik rambut dia, tarik giIa – giIa punya, sambil nangis – nangis, sambil bebel – bebel kesian ibu abah blablabla.

Ada la aku kena pukuI (s4kit oi), tapi aku sempat t4mpar sekali dua sambil cakap kau belajar dari mana kurang ajar macam ni. Dia pun redha je aku tarik rambut dia balik. Masa tu ibu ada, melurulah ibu ke bilik adik dengar aku menjerit macam tu.

Yang lain pun sama. Masa ibu sampai, aku dah berhenti tarik rambut dia, aku menangis je (menangis macam budak tak dapat coklat gamaknya) hahaha. Seumur hidup aku, aku rasa itu kali pertama aku menangis macam tu.

Lepas tu aku ikut ibu turun, aku terangkan apa yang jadi, lepas tu minta maaf dengan ibu sebab buat ibu terk3jut. Ibu gelak je, cakap aku ni macam budak. Ingat balik pun, aku gelak. Psik0 kan? Tapi apa yang aku dapat lepas tu adalah sangat berharga.

Dia dah mula basuh pinggan sendiri, cawan semua tu. Walaupun hanya untuk beberapa bulan je la. Tapi, walaupun dia mula buat per4ngai malas tu balik, kalau ada orang suruh, dia boleh buat dan dah tak menjawab dah. Dan yang penting, yang lain pun ikut sama ringankan tuIang tolong buat kerja rumah, alhamdulillah.

Sebenarnya tahun lepas aku ada lah buat drama air mata (yang mild punya), bebel – bebel ibu ayah dah tua, kena la tolong, kalau kat rumah banyakkan tanya ibu abah nak kita tolong apa – apa ke. Sebab abah tu tua dah, selalu s4kit – s4kit, tapi jenis yang tak boleh duduk diam.

Terlepas pandang sikit, tengok – tengok dah dekat luar, tebas rumput sorang – sorang. Alhandulillah la sekarang dah makan saman. Apa yang aku dapat dari drama psik0 tu, lelaki ni memang kita kena tunjuk dengan dia yang kita serius, tak main – main.

Dan lelaki, dia memang akan kalah dengan air mata perempuan. Mungkin kak ngah boleh buat drama sikit, panggil adik – adik buat mesyuarat. Jangan masukkan sekali ipar – ipar. Tapi kalau dah tahap kena drama psik0 macam aku tu, make sure bincang la dengan suami, biar dia ada dekat – dekat dengan kita, risau jugak jadi apa – apa tapi still jangan masukkan dalam mesyuarat adik beradik. Ini penting okay.

Maaf panjang, sebab macam kena cerita semua kalau nak bagi faham. Tak berniat nak dedahkan aib sekeluarga, moga yang lain boleh ambil iktibar. And boys, please! Seriously you need to help with the housechores. One can get depression from doing it all time. You dont have to do all, just one or two will help a lot, and we’ll be really grateful for that. Love from kakaks. – Kakak

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.