Saya terlalu sayangkan suami sampai kalau dia pegang anak pun saya menangis, takut suami sayangkan anak dan lupakan saya

Saya tak tahu macam mana tahap sayang dan obsesnya saya pada suami. Dia merupakan suami yang sangat baik. Setiap kali gaji dia akan bagi slip gaji dan kesemua duit pada saya. Dia seorang arkitek, walaupun sibuk sikit pun saya tak rasa diabaikan. Tapi masalahnya saya jadi terIampau 0bses tak boleh berenggang walaupun dia nak pergi kerja!

#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum. Admin mohon hide profile ye. Saya hendak cerita tentang kebaikan suami dan kegiIaan saya. Saya sekarang tengah berfikir untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari ps1chiatr1st.

Sebab saya rasa saya memang sudah giIa. Macam ini. Suami saya sangat baik. Dia seorang arkitek. Kerja dari pagi hingga ke malam. Tapi saya memang tidak pernah terabai. Alhamdulillah. Bila gaji, dia akan bagi slip gaji pada saya dan dia transfer semua gaji pada saya.

Sebab dia kata dia tidak pandai nak manage kewangan. Dah bertahun – tahun saya uruskan gaji dia. Saya akan buat pelanlah. Untuk mertua, makan, beli barang, duit internet, sewa, bil api air, servis kereta dan sebagainya. Dan nafkah untuk suami juga.

Kena ingat nafkah lelaki nombor satu ialah diri sendiri. Suami saya kadang dompet k0yak, kasut kerja k0yak rabak, dia diamkan saja. Sekarang ini memang saya check barang – barang dia setiap bulan. Solat dia memang jaga. Memang jadi imam kepada saya.

Mengaji memang tidak tinggal. Solat sunat pun jaga. Hubungan dengan orang tua dia sangat baik dan rapat. Dia layan ibu dia macam permaisuri tapi layanan kepada saya memang tidak pernah kurang pun. Hebat ibu bapa suami saya didik suami saya.

Suami saya sayangkan haiwan. Pergi ke mana – mana memang bawa makanan kucing dan anjing. Dia sentiasa jaga hubungan dengan orang. Masa kami kahwin dulu, terlalu ramai kawan dia datang. Diorang cakap dia baik.

Mesti kena datang. Dia akan tolong kawan – kawan kalau mampu. Dia sanggup tengah – tengah malam tolong motor kawan r0sak sedangkan jarak ke tempat kawan hampir dua jam. Kalau kawan hendak pinjam duit dia akan bincang dengan saya dulu.

Kalau saya tidak sihat memang dia akan ambil cuti, bawa saya ke doktor dan jaga saya. Dia sangat rapat dengan emak saya. Malah emak saya selalu cakap, kalau ada apa – apa berlaku dengan perkahwinan ini, mesti saya yang salah.

Bila saya tengok suami, saya selalu fikir. Dia akan masuk syurga. Allah saja yang tahu baiknya dia. Tidak tahu apa kebaikan saya sehingga dapat lelaki sebaik ini. Masalahnya sekarang disebabkan suami yang terlalu baik, saya jadi macam giIa.

Saya jadi terlalu 0bses. Saya tidak boleh berenggang langsung. Dia pergi kerja pun saya menangis. Saya serabut . Betul – betul serabut. Sebab kesian dia banyak kali ambil cuti sebab saya tidak benarkan dia pergi kerja.

Saya takut, apa – apa jadi pada dia. Macam mana dengan saya. Macam mana nak jumpa orang sebaik dia. Saya takut admin apa apa berlaku pada suami masa dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Tolonglah. Saya rasa saya patut jumpa ps1chiatr1st. Apa pendapat semua? Terima kasih

Sambungan.. Salam admin. Saya hendak cerita tentang tahap kegiIaan saya. Tolong hide akaun saya admin. Saya kahwin sudah lama. Tapi selama ini saya yang tidak mahu anak. Sebab saya takut nanti suami sayangkan anak dan lupakan saya.

Sekarang saya sudah ada anak. Tapi saya tidak bagi suami pegang. Bila suami pegang saya akan menangis. Saya juga sudah beberapa kali siapkan surat resign suami. Saya minta suami duduk rumah saja. Kita bisnes dari rumah.

Saya tahu benda ini salah. Sebelum ini saya pernah jumpa ps1chiatr1st sebab 0bses terhadap adik sendiri. Saya ada seorang adik dan saya memang terlalu Iindungi adik saya. Lepas jumpa ps1chiatr1st saya sudah m4kin okay.

Bila malam saya tengok suami tengah nyenyak tidur saya terfikir untuk tik4m saja suami sebab saya tidak perlu fikir apa – apa jadi bila suami pergi kerja. Saya tahu saya memang perlu dapatkan khidmat ps1chiatr1st. Saya cuma tidak tahu macam mana hendak cakap pada suami.

Sebab itu saya minta pandangan. Kalau kalau ada petua atau ayat atau apa – apa lah untuk saya meIawan perasaan ini. Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata menganggap ini adalah salah satu masalah kesihatan yang harus diubati.

Semoga penulis dapat membaca komen dari pembaca dan menerima nasihat agar segera berjumpa dengan pakar sebelum ia menjadi lebih teruk. Tidak salah sayangkan suami sendiri namun bila jadi terIampau 0bses takut akan menyebabkan bah4ya pada diri sendiri mahupun insan yang tersayang.

Komen Warganet :

Adlin Hamdan : Jumpalah dengan doktor, terangkan masalah awak. Ada rawatan dan ubat. Hidup awak baik, kenapa mahu mend3rita? Takut hilang suami? Silap haribulan awak yang “hilangkan’ suami kalau tak boleh contr0l em0si.

Suzy Sukri : Mental ni, ada masalah s4kit jiwa. Baik cepat jumpa pakar s4kit jiwa sebelum meIarat. Lagi satu, puan kena luahkan dan ceritalah dekat suami tu. Cakap yang ada sesuatu yang tak kena dengan puan. Kata suami baik kan, mesti dia akan tolong  sedaya mungkin. Suami arkitek kauuu, syukur lah bukan suami pen4gih dad4h. Kalau tak, puan lagi mental. Banyakkan solat dan baca quran juga. All the best.

Nora Ibrahim : Tolong sibukkan diri dengan kerja – kerja yang boleh sis lupakan sekejap dari memikirkan tentang suami. Sis banyakkan berdoa. Selalu ingatkan pada diri dan berpesan pada hati, kita semua adalah milik Allah. Banyakkan baca yasin dan al quran. Seeloknya berbincang dengan suami minta dia tolong bawak jumpa pakar secepat mungkin.

Mawar Blue : Kenapa ada yang ketawa kan sis ni..?? Dia perlukan bantuan! Sis, kalau suami sis baik, saya percaya dia juga pendengar yang baik. Apa kata sis luahkan apa yg sis rasa pada suami. Cerita juga tentang 0bses sis pada adik dulu dan perkembangan lepas dapat rawatan.

Perkara ni kena luah kat suami dan cuba dapatkan rawatan. Bila jumpa ps1kiatri ajak suami masuk, biar doktor terangkan supaya suami faham tentang peny4kit sis. Semoga Allah permudahkan urusan puan sekeluarga ye.. amin.

Iymah Ibrahim : Apa saja dalam hidup ini amanah dan pinjaman. Sedangkan diri sendiri pon dipinjamkan untuk hidup dalam dunia. Kembalilah pada fitrah hidup kak. InsyaAllah, semua akan selamat dan puan akan tenang.

Ruby Elieson : Janganlah marah pada penulis. Dia luahkan sebab perlukan pertolongan. Makcik bawang pun baik – baikkan. Kepada tt, awak perlu jumpa doktor ye. Saya doakan semoga dipermudahkan. Saya faham perasaan awak.

Mana – mana perempuan yang ada suami yang baik, pasti takut kehilangan mereka. Doa banyak – banyak keluarga diIindungi Allah selalu tapi kena ingat semua dalam dunia ini adalah pinjaman termasuklah suami dan anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.