Terkena jangkitan STD sbb suami sampai kena operate. Tak sampai seminggu dia suruh ‘layan’ nafsu binatang dia

Dalam tempoh masa dari saya mengandung, melahirkan, bekerja shift tak menentu, menjadi seorang isteri dan ibu, saya juga perlu menghabiskan pengajian ijazah. Ketika itulah suami kahwin lain dengan seorang model s3ksi.. Nafsu tinggi tapi diri sendiri perut boroi, kulit kering, takde muscle 6 packs, kepala botak.

#Foto sekadar hiasan. 7 tahun bersuamikan lelaki narsiistik membuatkan aku hilang diri aku dan hampir kehilangan nyawa. Akhirnya aku buat keputusan untuk hentikan perjuaangan ini. Cinta memang menuntut peng0rbanan dan perjuaangan.

Tapi kalau hanya satu pihak yang berjuaang, tiada guna. Elok lah lepaskan genggaman, leraikan ik4tan dan cari kebahagiaan masing – masing. Hai, saya Mira ingin kongsikan perjalanan hidup bersuamikan lelaki narsiistik.

Cerita ini saya kongsikan untuk membuka mata masyarakat tentang Narsiistik Personality Dis0rder (NPD). Perkenalan selama 6 bulan telah membawa saya ke alam perkahwinan yang penuh dengan ujian mentaI dan fizikaI.

Biasalah semasa berkenalan dan bercinta semuanya indah dan dipenuhi dengan love b0mbing. Semuanya manis. Si NPD akan memasak ‘topeng’ dengan menutup personaliti kita untuk dapat kepercayaan kita. Setelah berkahwin, belang mula keluar.

Si suami NPD ni mula berkasar, mula menengking, marah – marah, mula berani naik tangan dan mend3ra. Ada satu hari kami berg4duh mulut. Ketika itu saya di bilik air dan dia di ruang tamu. Kemudian dia meng4muk memecahkan pintu bilik air lalu ambil benda t4jam.

Kami bergelut. Suami hampir menced3rakan muka dan cucuk leher saya. Pada saat itu saya mengucapkan syahadah, saya tenung mata dia sedalamnya dan hanya mampu berserah pada Allah swt. Pada saat itu berlaku satu turning point. Saya jadi bingung.

Suami seolah – olah bertukar watak atau mungkin bertukar roh. Sangat lain karakternya. Dia menyalahkan saya. Katanya saya Iawan cakap dia. Saya tinggi suara. Lalu dia jadi marah. Takpelah mungkin saya yang salah.

Suami seorang yang rajin berusaha untuk menaikkan ekonomi keluarga. Di awal perkahwinan memang susah kerana kos sara hidup yang tinggi di KL. Kami buat keputusan untuk tinggal di rumah sewa walaupun rumah keluarganya ada bilik kosong tapi saya tak mahu tinggal di sana.

Biarlah susah senang kami hadap sendiri. Lebih privacy. 6 bulan kemudian saya disahkan hamil. Saya mengalami alahan yang agak teruk. Saya tak boleh bau masak, bau daging mentah dan bau najiis kucing. Suami ada memelihara seekor kucing di rumah sewa kami.

Tapi dia hanya tahu bela dan bagi makan. Saya lah yang selalunya membersihkan najiis kucing. Kami sewa rumah flat sebesar rumah burung. Jika najiis kucing tak dibersihkan setiap hari, memang rumah akan berbau busuk.

Ketika hamil saya memang langsung tak boleh tahan dengan bau najiis kucing apatah lagi membersihkannya. Ditambah dengan mual dan munt4h – munt4h, memang must4hil untuk saya melakukan kerja – kerja rumah.

Saya meminta suami membersihkan najiis kucing peliharaannya. Sekali dua kali dia ok je. Selepas tu mulalah marah – marah katanya dia penat balik kerja nak rehat tapi kena kemas rumah pulak. Saya juga wanita bekerjaya.

Saya juga penat menempuh traffic jamm setiap hari. Walaupun alahan, saya tetap memasak sambil tutup hidung. Cuma najiis kucing tu je saya minta bantuan suami tolong bersihkan. Ketika kandungan berusia 2 bulan, kami bertengkar.

Suami naik tangan pada badan saya, perut saya turut jadi m4ngsa. Dia kata dia taknak anak dalam kandungan ni. Disebabkan anak ni saya berubah. Saya dik4takan tak hormat suami. Saya dik4takan tak memahami dia balik kerja penat lepas tu kena kemas najiis kucing pulak.

Allah swt selamatkan saya dan anak dalam kandungan. Nasib baik tak gugur. Saya buat report polis atas dakwaan keg4nasan rumahtangga. Tapi masa ni saya tak ambil tindakan ke atasnya kerana tak sampai hati. Entah kenapa saya sangat b0doh masa ni padahal orang nak bvnvh saya dan anak dalam kandungan.

Hari demi hari suami berjanji untuk berubah dan dia berubah. Dari pangkat manager dia dinaikkan pangkat menjadi area manager. Suami kata ini rezeki baby. Saya mengandung je banyak rezeki datang. Ekonomi sem4kin baik.

Dia minta maaf dan menyesal kerana cuba buang baby ni. Dia janji untuk jadi suami dan ayah yang baik. 2 tahun berlalu, anak ini selamat dilahirkan ke dunia membawa rezeki besar. Kami membeli rumah teres satu tingkat.

Kejiranan juga baik tak seperti rumah sewa sebelum ini yang ramai pendatang asing. Loan rumah ini nama saya menggunakan loan lppsa. Cuma satu masalah bila berpindah ke rumah baru, Saya juga berpindah tempat kerja.

Jika sebelum ni saya kerja normal ofis hour. Di tempat baru saya perlu bekerja shift malam dan kerja lebih masa di hari minggu. Sebelum membeli rumah saya sudah menerangkan kepada suami yang jika kami pindah ke sini saya memang akan kurang masa berkualiti dengan dia.

Dia perlu jaga anak ketika Saya kerja malam. Tapi suami tak kesah katanya asalkan dapat beli rumah sendiri. Dalam tempoh masa dari saya mengandung, melahirkan, bekerja shift yang tak menentu, menjadi seorang isteri dan ibu saya juga perlu menghabiskan pengajian ijazah saya.

Ketika saya di tahun akhir, suami buat hal. Dia berkahwin dengan seorang model s3ksi. Mereka bernikah di Thailand. Alasan diberi saya selalu sibuk dan takda masa untuk dia. Saya kurang itu dan ini. Padahal saya sudah cuba sedaya upaya membahagikan masa menjaga baby, memasak, mengurus rumah, mengurus suami, bekerja shift dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan thesis. Boleh bayangkan tak kepenatan saya?

Saya tidur sehari 4 jam sahaja. Ada kala tidur dalam keadaan duduk sambil meriba anak menyusu. Anak saya menyusu badan selama 2 tahun. Saya pam susu di tempat kerja dan juga di dalam kelas semasa lecturer mengajar.

Saya sangat bersyukur di kelilingi kawan – kawan yang sangat supportive di saat suami curang dan hanya tahu mementingkan nafsu dia semata – mata. Saya berjaya menamatkan pengajian dan mendapatkan anugerah dekan di setiap semester.

Suami kata dia mungkin tak dapat hadir majlis konvokesyen saya. Takpe saya tak kesah pun dan tak berharap apa dari dia. Kadang – kadang saya rasa suami Joy KiIler. Dia cemburu dengan kejayaan saya. Tapi di depan orang dia menampakkan dia seorang yang menyokong kerjaya isteri. Tapi hakik4tnya tidak.

Diam – diam dan halus permainan dia merosakkan mentaI saya. Dia nak menampakkan saya looser Kalau saya gagal. Dia suka orang nampak dia hebat. Perkahwinan baru suami hanya bertahan sebulan. Siapa je yang tahan bersuamikan panas baran, selalu naik tangan, mengungkit, selalu merasa dia yang paling hebat, suka merendahkan orang lain, mengutuk dan mem4ki keluarga kita setiap kali berg4duh kan?

Suami balik kepada saya seolah takda apa yang berlaku. Kalau diingat balik masa dia mabuk angau dengan model tu dia buat macam – macam dekat saya, ugvt cerai dan sebagainya. Suami ada habit yang pelik iaitu setiap kali g4duh mesti ugvt nak ceraikan saya.

Selalunya dalam drama melayu pukuI 7 tu isteri yang g4duh minta cerai. Ini terbalik. Macam hobi pulak main ugvt – ugvt. Bila dan selalu macam tu, saya dah tak hairan dan saya buat tak tahu je. Kalau dia kemas kain baju acah – acah nak keluar rumah pun saya buat tak tahu je.

Saya tengok tv dengan anak di ruang tamu sambil dia mundar – mandir kemas luggage. Akhirnya dia peIuk saya dia minta maaf. Setiap perg4duhan dan argument akan diakhiri dengan layanan batin dan dia minta saya layan dia. Begitu lah selalunya.

Tahun demi tahun berlalu, rumahtangga kami melalui banyak turun dan naik. Tapi saya langsung tak pernah cerita dan keluarga dan kawan akan hal rumahtangga saya dan pend3raan fizikaI dan mentaI yang saya alami. Suami akan mula naik tangan kalau tak dapat cukup layanan batin.

Suami jenis yang setiap hari mahu layanan batin. Kalau saya kerja shift malam memang dia akan double minta esoknya. Saya cuba memenuhi permintaanya walaupun saya penat dan burn-out. Tapi dia seolah tak pernah cukup dan selalu mengatakan yang saya tak cukup bagus. Padahal saya rasa saya dah buat yang terbaik.

Saya belajar macam – macam hal suami isteri untuk puaskan suami. Saya berdandan di rumah. Saya dandan rapi rambut saya, saya bermekap di rumah, saya memakai baju yang s3ksi di rumah dan baju tidur yang mengiurkan di waktu malam.

Tapi dia macam tu jugak dengan perut boroi, kulit kering, takde muscle 6 packs, kepala botak. Tak jugak dia upgrade diri walaupun berduit. Duit asyik habis modified kereta je. Dia pun takda lah hebat sangat. 1 round je mampu untuk setiap sesi.

Kepuasan saya langsung tak diambil kira. 7 tahun berlalu. Kami sebuah keluarga kecil yang bahagia. Orang nampak kami bahagia. Walaupun saya sedang menampal seribu duka. Saya sabar. Saya anggap ini semua ujian hidup.

Saya kuat demi anak sebenarnya. Rezeki sem4kin mencurah. Jika dulu bekerja dengan orang, kini suami membuka syarik4t sendiri. Saya bangga untuk dia. Saya setia di sisinya susah dan senang. Saat dia ditipu partner, ditipu funder, business run down sampai tak boleh bayar gaji pekerja.

Suami sampai tahap pinjam ah l0ng kerana pinjaman bank tak diluluskan. Saya tolong dia saya bayarkan gaji pekerja – pekerja yang jumlah ya berbelas ribu ringgit. Jika dulu berkereta tempatan kini memiliki kereta import dengan bantuan saya juga sebagai guarantor.

Suami walaupun kewangannya baik, dia ada satu tabiat suka melengahkan bayar loan. Sebab tu dia takde rekod yang cantik dengan bank dan apa – apa pinjaman susah nak lulus. Pinjaman Tekun dia pun saya yang tolong. Tapi saya okay je tak berkira pun. Sebab suami kan.

Duit bisnes tu nanti untung kami anak beranak juga. Saat bisnes sem4kin bagus, sekali lagi suami buat hal. Minta untuk bernikah satu lagi dengan staff dia sendiri. Kali ni dia mahu bernikah di Malaysia dan buat majlis yang proper.

Dia minta kerjasama saya jumpa hakim untuk urusan kebenaran mahkamah. Saya tak bagi kerjasama sebab hati saya sangat kecewa dikhi4nati dua kali. Mereka kant0i pergi bercuti bersama. Saya siasat emel, agoda di handphone, saya pasang gps tracker di kereta dan saya siasat juga kamera dashcam kereta dia.

Di tambah lagi ada beberapa orang yang pernah nampak mereka dating. Cakap dengan saya pergi meeting Tapi sebenarnya pergi dating. Saya jumpa k0ndom dalam beg dia. Padahal sepanjang perkahwinan kami tak pernah dia pakai k0ndom.

Jika dulu boleh tolong jaga anak semasa saya kerja malam. Kini saya terp4ksa bawa anak saya ikut pergi kerja malam. Kesian kat anak. Dia langsung tak fikir. Iyelah orang tengah mabuk bercinta dengan janda anak dua. Dia berkahwin jugak dengan perempuan tu di Thailand walaupun dapat bantahan hebat dari saya dan keluarga kedua – dua beIah pihak.

Saya menuntut fasakh tapi suami tak mahu melepaskan saya. Alasan dia mahu tambah 1 lagi masjid bukan mahu meruntuhkan masjid. Alaa solat pun tidak ada hati sembang bab masjid. Suami tak pernah mengajar dan membimbing anak isteri agama.

Tidak solat tidak mengaji Al-Quran di rumah. Solat Jumaat pun dia tak pergi. Sebab itu saya tuntut fasakh kerana dia tak boleh adil. Adil bukan setakat mampu bagi duit 10k sebulan, tapi adil dari banyak segi jugak. Hak isteri untuk mendapat rumahtangga yang bahagia, kebajikan, kesihatan mentaI dan fizikaI, ketenangan hati, jiwa dan di rumah.

D3ra fizikai boleh dilihat dengan mata kasar. Tapi pend3raan mentai setiap hati di gaslighting. Bila kita respons dia akan manipulate mengatakan kita tak boleh urus em0si. Dia cakap kat semua orang Kita ada anger issue. Tapi tanpa orang tahu kita did3ra em0si setiap hari.

Nekad untuk selamatkan diri saya dari terus ‘iemas’ bersama si suami NPD, saya mendapatkan Bantuan psik0logi untuk memulihkan mentai saya. Saya juga dapatkan khidmat guaman untuk selamatkan perkahwinan saya.

Saya buat perjanjian memorandum dengan suami jika dia tak mahu lepaskan saya, dia perlu setuju sign perjanjian ni. Dia setuju. Tak lama selepas itu, belang mula keluar sedikit demi sedikit. Suami tidak lagi perhatian sama saya dan anak.

Saya s4kit masuk wad dan surgery, suami tak jaga saya. Saya disahkan menghidap peny4kit keiamin. Padahal saya tak pernah buat hubungan s3ks dengan lelaki selain suami saya. Rekod perubatan saya sebelum ni juga semuanya normal sahaja. Boleh faham kan punca mana datang STD ni dari mana?

Sudah lah dia bagi kita str3Ss, depr3ss, dia khi4nat kita, dia bagi peny4kit keiamin lagi kat kita. Walaupun dah buat surgery untuk buang virus tu, DNA virus tu akan tetap ada dalam badan kita selama 5 tahun atau lebih berg4ntung pada tahap imun badan kita meIawannya.

Jika dulu dia s4kit operation saya jaga dia bagai menatang minyak yang penuh. Cuti tahunan saya habis kerana menjaga suami s4kit. Setiap hari saya mencuci Iuka operation dia, saya masak dan hidang makanan berkhasiat di katil.

Dia Tak perlu bangun pun untuk makan. Saya manjakan dia saya suapkan dia. Tapi bila saya s4kit, dia tinggalkan saya berseorangan di wad. Seminggu Saya cuti s4kit kerana surgery pun saya jugak yang urus anak. Saya makan pun order food panda.

Nasib baiklah bekerjaya, boleh main order – order. Cuba bayangkan kalau tak berduit, pergi lah masak apa yang ada di dapur tu dengan badan yang s4kit kerana surgery. Perkahwinan suami dengan pihak ketiga pun takdelah indah je. Berg4duh jugak. Kena pukuI kena beIasah jugak perempuan tu. Saya baca wassap mereka.

Saya dah pernah cakap yang dia akan menyesal kalau kahwin dengan suami saya ni. Tapi dia nak sondol jugak. Nasiblah lah tersondol kaki pukuI, panas baran dan narsiistik. Ringan sedikit beban kerja saya dan dibahagi dua.

Akhirnya saya buat keputusan untuk tidak lagi bertahan. Baru sahaja saya berfikir begitu, terus hajat saya ditunaikan. Suatu malam suami minta dilayan, tapi saya baru lepas surgery dan saya mengalami pend4rahan selama sebulan.

Saya tawarkan layanan cara lain Tapi suami tak setuju. Dia marah kerana saya reject permintaan dia. Saya kena bertubi – tubi di bahagian kepala. Memang tempat favorite dia di bahagian kepala kerana Iebam dan Iuka tak akan kelihatan.

Kalau nak tengok Iebam kena botakkan kepalalah. Tapi teknologi perubatan sekarang tak perlu botakkan kepala pun kalau kena di kepala. Tanpa belas kasihan, dia cuba mer0goI saya. Isteri yang baru lepas surgery ini dip4ksa layan dia? Nafsu binatang!

Dah lah dia tu pembawa STD, tak pakai k0ndom pulak tu. Nanti saya jugak yang s4kit, virus STD tu menjangkiti saya lagi, lepas tu nak surgery sekali lagi ke? BIeeding lagi? Ya Allah pend3raan level berapa Kau uji aku ni Ya Allah?

Bila suami tak berjaya dapatkan apa yang dia nak, dia akan t4ntrum dan meng4muk. Ibarat anak kecil umur 10 tahun terper4ngkap dalam tubuh badan orang dewasa. Begitulah setiap kali berg4duh. Dia t4ntrum. Tapi kali ni sangat dahsyat, dia cuba tamatkan riwayat saya.

Kami bergelut, dia tekup mulut dan hidung saya. Dipendekkan cerita, selepas perg4duhan, pergelutan akhirnya saya diceraikan dengan taIak 1. Betapa gembiranya saya terlepas dari ner4ka dunia. Saya sujud syukur dan mengucapkan terima kasih pada dia. Saya serahkan semua pada Allah swt. Jika tidak mendapat keadilan dan hak saya di dunia, mungkin ada di akhir4t menanti. – Mira (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Aurora Romeo : Men.. once a cheater forever will be a cheater tetapi lelaki yang naik tangan ni lagi teruk dari a cheater. Laki dia ni dua – dua dia sapu. Si TT pulak cerita pompang – pompang bekerjaya dan cerdik tapi rupanya b0doh.

7 tahun bertahan akhirnya bebas.. ehhhhh.. ehhhh.. ehh kau dah kenapa b0doh ke. Dari awal lagi ko cerita tu dah tau yang kau tu sebenarnya b0doh dan terlalu sayang kat laki ko. Ko cakap jelah macam tu kan senang. Kalau tak sayang dan b0doh takdelah bertahan sampai 7 tahun.

DipukuI.. dikhi4nati 2 kali.. pleaseee lahhh. Aku kesian sebenarnya dengan perempuan – perempuan macam ni. Banyak sebenarnya jadi kat malaysia ni. BANYAK.. kalau tak caya cer baca lah confession – confession sebelum ni. Kebanyakannya cerita 2×5 je. Actually 1 sebab je. Sebab masih sayang kat laki b0doh macam tu. Zaman now tak ramai lelaki yang berkualiti.. bertabahlah wahai kaumku.

Felis Catus : Akhirnya diri sendiri je boleh selamatkan diri sendiri. Walaupun ambil masa tapi tak sure mentaI sendiri masih intact ke tak dibuat hidup dengan suami giIa gitu. 7 tahun hmm. Banyak confession isteri – isteri yang mengadu macam – macam tapi still stay dengan suami.

Mereka lupa kalau diri sendiri tak bertindak tak kan jadi apa. Minta lah sejuta nasihat pun ia sia – sia. Pasangan tua bangka susah nak berubah melainkan hidayah tuhan sampai yang tak tau bila. Dengan pasangan yang giIa macamni, kena ikut giIa dia sekali aku rasa. Takde makna nak still jadi isteri kiriman syurga. Buat sampai dia tak tahan dan lafaz cerai terus. Dilayan lagi naik sheikh la si giIa tu.

Yahya Osman : Tak apa, sbb kepala puan dibuat dari keluli agaknya, sebab tu boleh bertahan kena beIasah oleh suami, apa pun tahniah diucapkan kerana sudah terlepas dari cengkaman ibIis bertopengkan manusia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.