Dulu mentua cakap takkan masuk campur urusan rumahtangga anak – anak. Rupanya kena tipu hidup – hidup. Warna langsir dalam rumah pun mak dia yang tentukan ya, walhal langsir warna warni. Nak masak sendiri pun kena interview. Dengan per4ngai anak tiri, kurang ajar. Aku pergi rumah mertua bagitahu aku tak nak jaga anak anak tiri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak luahkan apa yang terjadi sepanjang perkahwinan aku sebelum ianya berakhir. Maaf kalau sedikit panjang, sekadar ingin meluah. Bekas mentua aku narc1ssist.
Kedua – duanya sekali. Aku dan suami, Farid tinggal di rumah berlainan tapi dalam jarak tak sampai 5 minit perjalanan. Aku tak ready nak nikah sebenarnya sebab aku hanya ada perasaan simpati, bukan sayang apatah lagi cinta.
Tetapi melihat kesungguhan bekas mentua dan bekas suami, aku rasa tak salah beri peluang (inilah kesilapan terbesar aku), walaupun selepas istikharah aku dah rasa tak sedap hati. Aku dimaklumkan mereka dah lost contact dengan bekas isteri suami, aku namakan Laila.
Aku kena tipu hidup – hidup rupanya. Sehari lepas nikah Laila datang untuk celebrate harijadi anak perempuan, hanya dia dan anak – anak dalam rumah Farid. Kami keluar. Aku pelik sebenarnya sebab Laila tinggal di kawasan berdekatan, boleh je bawa anak – anak keluar daripada datang rumah.
Boleh mengundang fitnah kot sebab Laila masa lepas cerai, angkut barang – barang dari rumah ke kereta dengan bantuan skandalnya. Awal – awal dulu mentua maklumkan tak akan masuk campur urusan rumahtangga anak – anak.
Lagi sekali aku kena tipu hidup – hidup. Warna langsir dalam rumah mak dia yang tentukan ya, walhal langsir warna warni. Nak masak sendiri pun kena interview, kenapa nak masak sendiri? Nak keluar rumah kena maklumkan dan minta izin mentua ya dan macam – macam lagi.
Lama – lama aku depr3ssed, anak – anak dia tak hormat aku, mentua mulut tajam. Farid dahuIukan nafkah mak ayah dia dari aku, beli beras untuk mak ayah dia tapi aku kena beli beras sendiri. Mula – mula anak tiri aku seorang tu duduk dengan kami.
Tapi sebab dia mengadu macam – macam, mentua tak bagi dah dia duduk dengan kami. Maaf cakapla, anak – anak tiri aku ni manja dan kuat mengadu. Ada sekali yang lelaki tu sepatutnya duduk asrama, masa hari daftar meriah kemain, atuk nenek beIah mentua, mak ayah Laila datang masa hari daftar.
Masa ni kali kedua aku terserempak Laila, dan aku betul – betul kecil hati. Ada seorang guru di sana tanya aku ni siapa, baik Farid dan mak ayah dia langsung tak perkenalkan aku pada sesiapa, terasing betul rasa. Tak sampai 24 jam, mak mentua dah bising – bising suruh ambik video anak lelaki Farid la hapela sebab dah rindu, ikutkan peraturan asrama tiada pelawat dibenarkan dalam tempoh masa tertentu, tau mak Farid jawap apa?
Aku ke kau yang besarkan budak ni? Wow, memang wow sangat jawapan. Mak Farid tak tahu Farid tak bagi aku nafkah untuk cukupkan keperluan anak dia kat asrama, beli macam – macam, ulang alik tengok tempat dan temuduga sebagainya.
Aku memang dah nekad tak nak ambik tahu pasal budak – budak ni dah lepas ni. Dua minggu lepas kejadian tu, aku dan Farid bersemuka dengan mak mentua. Aku minta maaf dan aku serahkan hal anak – anak tiri pada atuk nenek, Farid dan Laila. Aku cuma tolong – tolong je.
Mulut tajam mak mentua macam – macam kata dia lemparkan kat aku. Aku diam. Farid lagi diam membisu, langsung tak pert4hankan aku atau cuba buat sesuatu untuk redakan keadaan. Selepas istikharah dan beberapa kejadian yang berlaku.
Aku nekad berpisah. Laila dulu keluar dengan suami kawan baik dia, keluar dengan lelaki entah mana – mana, pergi bercuti dengan skandal dia tak pernah kena m4ki ya. Mak mentua cakap elok – elok dengan Laila. Farid pun tolong cover untuk Laila.
Insiden yang sangat – sangat meny4kitkan hati bila masa tu aku tak sihat, tengah tidur, Farid k3jut aku bagitahu mak ayah dia ada kat depan nak jumpa aku. Masa tu dah malam, jiran – jiran semua ada kat rumah. Aku keluar je dari bilik aku kena m4ki hamun macam – macam dengan mak ayah dia.
Suruh kemas kain baju. FARID? Diam membatu, masa tu aku hanya mampu berdoa supaya Allah jauhkan aku dari mereka jika keluarga tu bukan yang terbaik untuk akhir4t aku. 24 jam aku bagi masa untuk Farid pulihkan semula hubungan aku dengan orang tua dia.
Tapi dia tak buat apa – apa. Pelan – pelan aku kemas barang – barang aku, Farid tak halang. Aku pulang kunci rumah pun dia diam membisu. Proses perceraian tak mudah, Farid dan keluarga m4ti – m4ti nak aku buat t3bus taIak.
Akhirnya masa sesi JKP, belang ayah Farid nampak dengan jelas. Aku dah maklumkan pada pegawai jabatan agama aku tr4uma nak berhadapan dengan orang yang m4ki hamun aku. Tapi kehadiran aku diwajibkan untuk rekod.
Dan masa hari kejadian, aku memang hilang sabar, benda aku tak buat pun dituduh aku buat, selama ni aku diam tak menjawab. Bukan aku tak tahu, Farid dan mak ayah dia mengata aku macam – macam kat sana sini. Ayah Farid siap kata aku perempuan tak guna dan doakan aku benda tak elok.
Pertama kalinya, aku bangun bersuara depan – depan muka dan nampak riak terk3jut dua beranak tu. Dasar narc1ssist tau nak menang je, dahla selalu berg4duh dengan jiran. Hak aku untuk nafkah dinafikan, walhal aku takde lelaki lain pun.
Mentang – mentang aku dah takde mak ayah, suka – suka nak m4ki hamun adik beradik aku sekali. Dengan mak Farid yang selalu ner4kakan aku, eh kalau aku masuk ner4ka anak dia kena sekali, 5 tanggungjawab suami tu Farid ada sempurnakan sepenuhnya ke?
Dahla rantai tangan pemberian masa nikah pun ambil balik. Untung Laila ada lelaki lain tak kena m4ki hamun, dapat nafkah iddah dan mut’ah. Tak sampai sebulan lepas lafaz cerai, Farid dah submit permohonan nikah baru dengan Bainun.
Bainun ni memang idaman mentua dan Farid, cantik, ada rumah besar dan kereta besar. Sijil cerai Farid pun aku yang kena bayar, tak faham kenapa pejabat agama tak buat asing – asing. Aku mintak Farid pulangkan barang – barang aku semasa dalam proses cerai tapi dia buat tak layan.
Aku mesej mak Farid dan dia reply dengan mengatakan dia tak kenal aku. Sebenarnya aku sangat lega bila dia nikah baru, waktu confession ni ditulis dia dah selamat bernikah dengan Bainun dan aku baru habis iddah.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Sekarang ni aku masih deal dengan tr4uma aku, sampai sekarang aku ada masalah tidur. Banyak sangat pengajaran aku dapat dari perceraian ni. Betapa cari yang sekufu itu penting, terutama dari segi agama.
Bila terjebak dengan narc1ssist, c0nman, penunggang agama sangat la susah nak keluar dan tr4uma. Aku dapat tawaran kerja tapi Farid tak bagi, sebab takut aku curang, mak ayah Farid ingat aku perabih duit anak dia walhal aku banyak spend duit aku sendiri.
Aku ni rebound relationship ke? Atau tempat lepas geram bagi kesalahan Laila? Mohon doakan aku sembuh, lupakan semua ni, dijauhkan dari semua yang tak elok untuk akhir4t aku dan dapat kerja yang halal. Sungguh aku tahu hanya Allah yang tahu kenapa aku diberi ujian begini, semoga suatu hari nanti aku mampu lupakan dan temui hikmah semua ini.
Betapa orang yang bersungguh pada awalnya belum tentu akan memperjuaangkan kita hingga akhirnya. Yang dia nampak kesalahan kita dan orang lain lebih sempurna. Syukur, aku bernikah dulu bukan sebab cinta kalau tak mungkin berganda s4kitnya. – Marjan (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zella Yusuf : Apa yang sis cerita ni memang betul – betul per4ngai narc1ssist. M4ki hamun memang makanan mereka. Macam tu laa mereka. Mereka akan cepat dapat pengganti sebab orang baru akan cepat terpedaya. Too good to be true pada awal – awal. Semoga sis sembuh dari tr4uma. Ada support group untuk m4ngsa narc1ssist. May Allah ease everything for you.
Shahirah Zulkefle : Sis, bukan nak menghasut, dah alang – alang sis diperlakukan macam tu, sis patut buat tuntutan segala tunggakan nafkah bekas suami. Tuntut balik segala benda yang sepatutnya jadi hak you, sis. Segala resit, bank withdraw tu jadikan sebagai bukti. Orang macam tu kena ajar baru dia tahu yang selama ni siapa yang tak berguna sebenarnya.
Arya Hana : Maaf lah ye, dah 2 – 3 confession baca hari ni semua start dengan perempuan yang kahwin sebab sekadar nak kahwin, lepas tu terciduk, terani4ya, digunakan etc. Ni lah natijah masyarakat suka sangat nak memb0dohkan perempuan as if berkahwin tu adalah segala – galanya sampai ada perempuan yang main tangkap muat je asalkan kahwin. Lupa kot pintu ke syurga tu bukan ada satu je, ada banyakkk pintu lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.