Setiap hari aku cari kesilapan dan keburukan isteri. Aku jaja keburukannya kepada adik beradik aku dengan harapan aku mendapat sokongan mereka untuk kahwin dengan Ema. Sepanjang 4 tahun, dia masih tak izinkan aku kahwin kecuali bercerai. Sehinggalah anak sulung call, m4kin membuak benci aku dekat isteri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Cukuplah aku kenalkan diri sebagai Omar. Aku sedar apa yang aku bentangkan minggu ini mungkin tidak menarik minat kaum lelaki membacanya. Tetapi kepada kaum wanita yang baca dan bisikkan pengalaman aku ini kepada suami anda supaya mereka insaf dan boleh menjadi iktibar.
Benar cerita ini dah lama, tetapi peristiwa itu terus terpahat di kepala aku. Walaupun cerita lama, tetapi ia tetap berulang dalam masyarakat kita. aku harap cerita aku ini menjadi pengajaran supata tidak berulang lagi. Aku insaf, d0sa yang aku lakukan amat besar.
Dan sukar aku melupakannya, tambah – tambah apabila aku melihat anak – anak memandang aku, aku tetap anggap mereka marahkan aku kerana akulah, emak mereka meninggaI dunia dalam keadaan yang tersiksa jiwa dan raga.
Izinkan aku bercerita dari awal, aku merupakan kakitangan kerajaan, tetapi aku mengaku tak pandai menguruskan diri, tak pandai gosok pakaian, memasak apatah lagi berkemas rumah. Kerana kelemahan inilah aku berhasrat mencari isteri yag tidak bekerja, supaya dia boleh jadi surirumah sepenuh masa.
Sebab aku tak mahu fikirkan masalah anak, masak dan lain – lain. Dah jodoh agaknya aku terjumpa seorang gadis kerani kilang, Suria namanya dalam perkenalan singkat aku berjaya pujuk dia berhenti kerja dan aku hendak melamar dia. Dia setuju.
Diawal perkahwinan hidup kami cukup bahagia macam pasangan baru yang lain, susah senang Suria sanggup bersama aku sehingga kami dikurniakan 2 orang anak. Suria tidak pernah merungut jika aku beri dia wang belanja makan minum ada kalanya tak cukup.
Tapi dia pandai berjimat cermat, setiap ringgit yang aku beri sama ada banyak atau sedikit dia kata cukup dan berterima kasih kepada aku. Kalau dulu semasa Suria berkerja, dia mampu beli kosmetik dan pakaian serba baru setiap bulan, tetapi setelah berkahwin dia tak kisah jika pakaiannya hanya berganti setahun sekali atau menggunakan bedak sejuk Siam.
Namun dia tetap ayu dan sangat menjaga penampilannya sama seperti wanita berkerja. Setelah anak sulung aku berusia 8 tahun, aku diuji dengan kehadiran wanita baru dalam hidup aku. Ema nama gadis ini. Kami bertemu ketika aku menghadiri kursus di luar kota.
Entah macam mana, tangan aku gatal, aku cuba telefon Ema. Tak sangka ada sambutan. Mulanya saja suka – suka, nak acah – acah, akhirnya hubungan kami jadi amat kerap. Lama kelamaan hubungan kami lahirlah bibit – bibit cinta.
Sudah pasti akhirnya aku kecundang dengan pujuk rayu Ema, kelembutan bahasanya. Sejak itu aku mula pandai menipu isteri, setiap kali balik kerja lewat aku kata ada meeting, kadang – kadang tipu ada urusan luar daerah.
Dah pandai jugak balik setelah embun jantan menitik. Bila Suria tanya, tak pasal pasal aku jadi baran. Suara aku pun mula meninggi, konon kalau tunjuk garang, lain kali isteri tak berani tanya lagi. Memang benar, kalau dah buat d0sa bila orang asyik bertanya telinga dan hati cepat terasa panas. Hangin satu badan!
Perkenalan dengan Ema telah dicemari dengan perkara – perkara mungkar. Akhirnya perbuatan aku yang keji aku terb0ngkar jua, dapat dihidu oleh isteri dan anak – anak. Satu hari kerana marah aku beritahu Suria aku akan berkahwin dengan Ema.
Tapi Suria tidak mahu bermadu. Dia merayu aku sambil meminta penjelasan dia apa yang kurang pada dirinya? Apa kesalahannya? Dia mengaku jika benar, dan akan berubah demi aku. Suria kata dia tidak pernah minta hidup mewah dan tidak pernah meminta barang barang mewah daripada aku.
Tetapi aku tak peduli kerana Ema telah meyakinkan aku bahawa dia mahu berkahwin dengan aku bukan kerana ringgit aku, kerana dia sendiri pun berkerja. Aku akui Suria memang isteri sempurna dan baik, sebelum aku berkahwin dengannya, dia tidak pernah keluar dengan mana – mana lelaki.
Aku adalah cinta pertamanya kerana dia dikawal rapi oleh keluarganya. Tetapi Ema yang aku cintakan ini telah puas bertukar cinta dengan ramai lelaki. Entah apa yang aku lihat keistimewaannya aku pun tak tahu. Mungkin dia bijak berselindung di sebalik kelembutannya.
Mungkin kerana Ema sering meluahkan rasa kecewa dan d3ritanya kerana dikecewakan oleh lelaki lain membuatkan aku benar – benar simpati dan kasihan untuk mengahwininya. Episod kebencian aku terhadap Suria mula mengh4ntui rumahtangga aku.
Setiap hari aku cari kesilapan dan keburukan Suria. Aku sengaja cari kesalahannya Suria. Aku jaja keburukannya kepada adik beradik aku dengan harapan aku mendapat sokongan mereka untuk berkahwin dengan Ema.
Kebencian aku kepada Suria menjadi – jadi, kalau dulu aku tak pandai memukuI, sekarang aku sudah pandai tempeIeng dan sep4k ter4jang Suria. Akibatnya setip hari Suria berendam air mata. Apa aku peduli! Ketika itu aku menjadi marah kerana dia tak mahu aku kahwin dengan Ema, dia tetap tanya apa kesalahannya?
Bukan dia salah? Tapi aku memang nak kahwin lagi. Mengapa dia begitu b0doh? Aku lebih agresif terhadap Suria apabila ugvt cerai aku dia tidak dipedulikan. Suria seolah – olah tidak takut dengan ugvtan cerai aku, sebaliknya dia telah bersedia untuk men3mpuh penceraian itu.
Ketika itu aku rasa aku seorang suami dan ayah yang k3jam. Kerana Ema aku sanggup sep4k ter4jang Suria. Sedihnya kerana anak – anak juga turut jadi m4ngsa. Makan minum mereka aku mula buat sambil lewa, aku cuba jimatkan duit untuk kahwin dengan Ema.
Ketika itu tidak ada lagi keharmonian, kebahagiaan dan rasa kasih sayang anara kami sekeluarga, sebaliknya aku malas hendak balik ke rumah. Rumah sudah panas dalam hidup aku, m4kin aku lihat muka Suria sem4kin benci aku menjadi jadi.
Bukan dia saja, dengan anak – anak pun aku jadi marah tak memasal. Ada saja yang tak kena pada penglihatan aku. Empat tahun lamanya rumahatangga kami kucar kacir. Sem4kin hari sem4kin benci aku pada Suria menjadi – jadi.
Tetapi dia tetap sabar. Masalahnya Ema dan Suria memang tak mahu bermadu, jadi di sini letaknya masalah aku. Aku nak ceraikan Suria, dia pun tak mau, tetapi akhirnya dia bersedia bercerai jika itu pilihan aku terakhir.
Dipendekkan cerita, setahun kemudian Suria jatuh pengsan, ketika itu aku di pejabat. Mujur anak sulung aku ada di rumah dia telefon beritahu Suria pengsan. Tapi aku tak pedulikan. aku anggap itu semua t4ktik Suria berlakon, pandai konon nak menipu aku untuk menarik perhatian aku terhadapnya.
Tiba – tiba perasaa benci aku terhadapnya menjadi – jadi. Sepanjang krisis yang berlaku aku tidak pernah ambil tahu kesihatan Suria, dia s4kit ke, demam ke, Iuka ke sebab kena Iempang dan kena ter4jang. Aku buat tak kisah.
Ikut pandai kau lah nak hidup. Nak berubat pergi hospitaI sendiri. Tapi Suria tak pernah pergi dia tetap tunggu aku sebab takut kalau doktor tanya macam macam, apa dia nak jawab. Dan dia tak mahu perkerjaan aku terjejas kerana laporan doktor.
Entak kenapa tak terbuka hati aku untuk segera balik ke rumah untuk melihat keadaan Suria. Sejam kemudian anak aku telefon lagi memberitahu Suria ibu mereka telah meninggaI dunia. Aku terk3jut dan terpaku. Seluruh tubuh aku menggeletar bila mendengar berita itu.
Ketika melihat sekujur tubuh Suria diselimutkan dengan kain batik lepas dan diletakkan di ruang tamu, melihat dan mendengar jiran – jiran membaca yassin dan Quran, aku jadi terkedu. Aku rasa kaki tidak jejak ke tanah ketika berdiri, seperti di awangan.
Aku tak pernah percaya Suria s4kit, kini dia sudah tiada lagi. Setelah jen4zah disemadikan, buat pertama kali malam itu aku hidup tanpa Suria. Ketika itu rasa kekesalan datang bertubi – tubi. Anak – anak aku yang sulung sekolah menengah dan kecil sekolah rendah memandang aku.
Ketika itu rasa malu, daif, jahiI, menyesal dan hampa bertubi – tubi melantun ke muka aku. Sepanjang malam aku menangis. Menangis tanpa suara, puas aku cuba hentikan air mata ini tapi ia tetap mengalir sehinggalah berkumandang azan subuh.
Tanpa Suria hidup aku jauh berbeza. Segalanya tidak terurus, mujur anak – anak sudah besar. Suria pandai mengajar mereka urusan rumahtangga, mengurus diri sendiri. Aku mula merindui Suria, rindukan segala – gala kebaikan Suria kepada aku.
Masih dalam kesedihan Ema masuk jarum konon hendak beri aku semangat untuk hidup kepada lebih baik lagi. MaIangnya ketika itu aku mula berfikir kerana Ema aku kehilangan Suria. Masih terbayang di mata aku, betapa k3jamnya aku kepada isteri aku ini.
Dan aku tak sempat memohon ampun. Suria, isteri yang sempurna tetapi aku tidak menghargainya. Aku suami yang mementingkan hati dan perasaan sendiri tanpa pernah memikirkan hati dan em0si Suria. Malah aku lebih bersusah payah menjaga hati Ema daripada isteri sendiri.
Aku boleh mem4ki hamun, memukuI Suria semata – mata kerana aduan dan hasutan Ema yang bukan – bukan. Nak jadikan cerita sebeIah kaki aku kadang – kadang lemah tak terasa bila nak berdiri. Nak kata Str0ke bukan, berurut pun sudah, tetapi kadang kala kaki aku jadi lemah susah nak berdiri.
Ketika itu aku sedar inilah kesan dari perbuatan aku suka sep4k ter4jang Suria, seorag isteri yang baik. Kadang kala tangan aku juga terasa lemah, aku rasa inilah baIa yang aku terima. Kini banyak masa aku habiskan berubat, berurut sebab dokor tak dapat nak buktikan punca peny4kit aku ini.
Kini aku hidup dengan kesedihan dan penyesalan yang teramat sangat yang tak mungkin dapat dirungkaikan, selagi aku tidak mendapat keampunan dari arw4h. Betapa s4kitnya kehidupan ini tanpa mu sayang. Kini baru aku merasai benar – benar kehilanganmu sesuatu yang amat berharga. Ampunkan d0saku sayang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.