Emak cuba pertahankan Edah tapi ayah tuduh Edah cari jantan malam2. Ketika itu abang yang bantu carikan tempat berteduh. Abang beria carikan calon untuk Edah kahwin dan abang juga yang jadi wali masa nikah. Sehinggalah suami terlepas cakap tentang rancangan abang..
#Foto sekadar hiasan. Kisah ini berkenaan rakan baik saya yang saya namakan sebagai Edah. Kira – kira tiga atau empat tahun lalu saya jumpa Edah di sebuah pasar raya. Kebetulan suami bawa kami anak beranak bercuti di Pantai Timur, kami tinggal di sebuah homestay untuk tiga hari.
Kalau duduk homestay tentulah urusan makan minum tugas saya. Nak jimatkan belanja kerana anak – anak sedang membesar tak terdayalah kami kalau makan empat hari sekali di kedai sahaja. Jadi saya kenalah masak. Paling tidak sarapan pagi dan minum petang.
Edah saya temui di sebuah gerai menjual makanan berdepan pasar raya itu. Mulanya memang saya tak kenal. Maklum dulu kita masih remaja, tudung entah ke mana. Tapi Edah pandang saya dan tersenyum pada saya dulu.
Senyumannya tetap sama, kami berpeIukan, maklumlah dekat 20 tahun tak jumpa. Dulu kami janji kita sama – sama ambil STPM kemudian masuk U. Setuju sangat, Edah memang pandai. Tak ada masalah nak masuk U. Tetapi ketika daftar belajar tingkatan 6, saya seorang.
Edah entah ke mana. Zaman itu bukan ada telefon bimbit. Saya tercari – cari Edah. Puas mencari hinggalah terjumpa adik Edah kebetulan kawan baik kepada adik kawan saya. Katanya Edah dah lari. Apa hal? Sedangkan kami sudah berjanji nak masuk U bersama.
Kami sudah berjanji untuk ambil STPM dan kemudian ke universiti bersama – sama, tapi sewaktu pendaftaran ke tingkatan enam, Edah tidak kelihatan. Di mana Edah? Ketiadaan Edah melemahkan semangat saya belajar.
Setahun kemudian saya berhenti, kebetulan dapat tawaran kerja. Di situlah tamatnya cita – cita dua sahabat baik nak masuk U. Masa berlalu terlalu pantas, saya berkahwin dan dapat tiga orang anak, sekarang mereka sudah besar.
Dalam pertemuan itu kami sama – sama menangis. Saya ajak Edah datang ke tempat saya menginap. Tapi dia lebih suka bercerita di gerainya bila dia habis berniaga petang nanti. Katanya dia berniaga sarapan dan makan tengah hari sahaja.
Tak sampai malam, tidak ada siapa nak bantu. Dia ada empat orang anak, tapi kini dia jadi ibu tinggal sejak lima tahun lalu, ditinggalkan suami tanpa cerai, hilang entah ke mana. Kata Edah, dia tak teringin cari suami apa lagi nak buat tuntutan cerai di mahkamah.
Buang masa je turun naik mahkamah, siapa nak bagi anak – anaknya makan dan belanja sekolah. Dia pun tak suka kalau suaminya balik. Bukan bawa faedah, malah menghabiskan duit dia berniaga, sebab suaminya malas bekerja dan sentiasa minta duit nak jumpa kawan.
Punca dia tinggalkan Edah selepas berg4duh sebab Edah tak mahu bagi duit. Itu cerita kehidupan Edah yang amat menyayat hati saya. Sungguh tak sangka, budak pandai belajar yang menjadi kebanggaan ramai guru, tetapi berakhir dengan berniaga tepi jalan nak cari makan.
Kalau cikgu jumpa mesti terk3jut tak sangka. Saya beritahu Edah, saya pun tak masuk U sebab Edah tak ada. Edah terus menangis. Akhirnya Edah buka rahsia, bukan dia tak mahu belajar, tapi hidupnya h4ncur bila abangnya sendiri telah mer4gut kehormatan.
Terk3jut beruk saya. Katanya, semuanya berlaku tanpa dia sedar. Abangnya meletakkan pil dalam minumannya. Bukan sekali, entah berapa kali. Semua berlaku tanpa dia sedar. Kita orang susah, bila abang bagi minuman berjenama sedap dan mahal tentu kita minum.
Edah tidak menyangka abang sendiri tergamak mer0sakkan kehormatannya. Kata Edah, bila tersedar dirinya tidur, dia merasakan tubuh badan dan bahagian suIitnya amat s4kit. Dan tiga bulan kemudian dia hamiI. Edah beritahu emak, ayah terdengar, Edah dituduh keluar malam cari jantan.
Emak cuba membeIa tapi gagal. Kerana malu, ayah haIau Edah keluar rumah. Edah nak tumpang rumah saud4ra mara malu. Akhirnya tumpang rumah kawan abangnya. Edah masih tak tahu macam mana dia boleh hamiI dan perancangan abangnya.
Selepas melahirkan, Edah kahwin dengan pemandu lori ketika dia bekerja di gerai makan, dan anakya diberikan kepada orang yang mahu jadikan anak angkat. Abang jadi wali, mereka nikah di pejabat kadi. Waktu itu semua senang, ada wali semua jadi.
Hidup Edah memang susah sebab itu berniaga cari duit sendiri. Tetapi bila dapat duit, suami pulak kutip buat berjvdi. MaIangnya nasib. Bila berg4duh pasal duit, suaminya selalu tuduh dia buat jahat sampai keluar anak h4ram. S4kitnya hati, malunya tak boleh nak cerita.
Sedih bila kita dih1na tak kira depan anak apa lagi depan jiran. Dulu kerana malulah Edah tutup mulutnya dengan bagi duit. Tetapi sampai bila dia nak h4mbakan diri macam ini. Entah macam mana, satu hari Edah tak ada duit, berniaga bukan selalu untung, ada ketikanya rugi.
Bila tak ada duit, dia meng4muk lagi. Edah kata tak ada duit, dia tak percaya. Kerana terlalu marah, mungkin kalah jvdi agaknya, dia terus meng4muk dan mengh1na Edah. Macam biasa, perkataan anak h4ram jadi kata kuncinya.
Akhirnya terhambur keluar daripada mulutnya, Edah dituduh buat anak h4ram dengan abang sendiri. Pecah rahsia. Kerana terlalu marah dan malu, kata Edah, dia bersemuka dengan abangnya. Mereka berg4duh besar. Sejak itu Edah tak pernah jumpa abangnya lagi.
Patutlah abangnya bersusah payah mencarikan j0doh untuknya, mencarikan tempat untuk dia menumpang bila ayah halau dia keluar rumah. Tapi Edah tak sangka abangnya sanggup mengh4ncurkan hidupnya. Kata Edah, dirinya benar – benar terbuang, bukan sahaja ayah halau dia, sekarang suami pulak tinggalkan dia.
Tetapi itu semua tidak merunsingkan fikirannya, azam Edah dia akan terus berniaga demi masa depan anak – anak. Cukuplah dirinya seorang sahaja jadi m4ngsa dan dia tak mahu nasib anak – anaknya terc4mpak di dunia yang penuh cab4ran ini.
Sudahlah masa depan Edah dimusn4hkan oleh keluarga sendiri, tragedi itu digunakan pula oleh suami untuk memeras wangnya. Edah berhasrat mencari anak yang diberikan kepada orang itu, tetapi keluarga itu telah berpindah.
Edah sedih kerana masa depannya h4ncur akibat perbuatan abang sendiri. Kami sama – sama menangis. Saya berjanji akan menolong Edah demi masa depan anak – anaknya, setakat yang saya mampu. Sebenarnya ketika mendengar cerita Edah, jauh di suduh hati, saya insaf beginilah nasib saya jika saya tak jaga diri dulu.
Bahawasanya dulu saya juga pernah cuba dig0da oleh bapa saud4ra saya sendiri. Kebetulan saya balik kampung sendirian sebab jarak rumah saya dengan kampung tak jauh, kalau naik bas tambang cuma 15 sen sahaja.
Jadi sebulan sekali atau dua bulan sekali emak suruh saya balik kampung hantar barang – barang makanan untuk nenek. Emak boleh suruh abang, tetapi pemalas, dia lebih sayang padang bola daripada dengar cakap emak.
Nak jadikan cerita, malam tu nenek tak bagi saya balik, sebab hujan lebat sejak petang. Nenek kata balik esok. Malam itu saya tidur di bilik mak su sebab sejak mak su kahwin dan pindah ke bandar, bilik itu tinggal kosong.
Bukan saya seorang pernah tidur di situ, ramai sepupu lain pernah tidur sama, tapi malam tu saya sendirian. Hujan memang lebat. Tengah malam tak sedar jam berapa, saya berasa tubuh saya ditindih, mulut ditutup, saya mer0nta sekuat hati cuba melepaskan diri.
Mulanya saya fikir ketindihan (ditindih h4ntu) tapi mengapa mulut saya ditutup. Saya berh3mpas pulas cuba menjerit, tetapi mulut ditutup, sementara tangan kanan saya ditekan kuat. Tetapi dengan tangan kiri saya berjaya menc4kar muka orang itu.
Kena matanya, dan saya terlepas. Saya terus meluru ke pintu, tetapi pintu ditutup. Saya diterk4m, kami bergumpaI. Sah, ini bukan h4ntu dan saya direbahkan sekali lagi ke katil. Dengan kekuatan yang ada, saya menjerit, tetapi hujan lebat membenam jeritan saya.
Saya tak mengaku kalah, terus berju4ng, akhirnya saya berjaya menolaknya ke dinding dan dia jatuh. Sepantas kilat saya memetik suis lampu. Pak cik tersandar malu dan mengaku kalah. Dia bingkas bangun beredar keluar.
Saya kunci pintu bilik, dan itulah yang saya buat semasa masuk tidur, tapi macam mana pintu bilik ini boleh terbuka. Sampai pagi saya tak tidur, termenung dan ketakutan. Nenek bangun solat Subuh. Saya ingin mengadu tapi ketakutan masih ada dalam diri hinggalah selepas minum kopi pagi dan pak cik keluar rumah, baru saya berani bercerita pada nenek.
Tetapi alangkah kecewanya bila nenek dengar cerita saya macam endah tak endah. Akhirnya nenek kata, mungkin pak cik nak gurau – gurau saja dengan saya. Terk3jut saya. Nak gurau – gurau? Nenek tak percaya. Kerana terlalu marah, ketika itu juga saya capai beg duit terus balik rumah.
Saya cukup marah kerana nenek tak percayakan saya. Saya jadi lebih terk3jut bila cerita yang sama saya beritahu emak, emak juga mempunyai sikap yang sama. Emak macam tak percaya, sebaliknya mendakwa pak cik memang sayangkan budak – budak.
Hah! Sayang bebudak? Umur saya ketika itu sudah 16 tahun. Saya tak nafikan jika saya tak meIawan pak cik malam itu, mungkin nasib saya juga jadi macam Edah. Sejak peristiwa itu saya tak pernah menjejakkan kaki ke rumah nenek kalau emak tak ikut sama.
Saya s4kit hati pada nenek dan emak kerana tak percaya pengakuan saya. Ini membuat rasa benci saya kepada mereka berdua sentiasa tersemat di d4da. Sejak itu saya jadi pendiam dan tak suka berbual dengan emak seperti dulu.
Saya lebih suka bersendirian, cuma menjawab kalau emak bertanya, dah tak ada mood nak berbual mesra macam dulu. Saya rasa s4kit hati. “Bersandarkan kepada pengalaman pahit saya dan kesengs4raan yang dilalui oleh Edah, melalui ruangan ini saya mengharap dan merayu para ibu dengar apa juga cerita anak – anak anda, tapis betul – betul, jangan keluar perkataan tak percaya dari mulut anda.
Dan kalau kita lihat perubahan diri anak kita suka mendiamkan diri, tanya baik – baik, mungkin ada yang mereka hendak ceritakan, tetapi tak ada keberanian. Ini peranan ibu mendekati anak – anak, terutama zaman sekarang yang lebih menc4bar.
Zaman sekarang bukan semua per0goI ada di luar rumah, sebaliknya ada dalam rumah sendiri. Kalau tidak bapa saud4ra, mungkin abang, mungkin juga ayah sendiri. Sebab itu ibu – ibu bukan sahaja membimbing anak – anak, tetapi berhubung rapat dengan mereka supaya mereka tidak takut menceritakan sesuatu yang buruk telah berlaku ke atas mereka, seperti yang terjadi pada Edah.
Sementara ibu – ibu jangan cuba menyorokkan perbuatan buruk dalam keluarga semata – mata kerana malu, menjaga nama baik keluarga, ataupun takut dengan amaran suami yang mengugvt hendak menceraikan jika tembeIangnya pecah.
Jangan takut, jangan gadaikan nasib anak kita semata – mata kerana suami yang bersifat binatang. Macam kes Edah, emaknya terlalu takutkan suami, tak berani bersuara, hingga dia sanggup biarkan anak gadisnya dihaIau keluar rumah. Sungguh k3jam.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.