Umur 19 tahun terlalu awal aku jadi mak, aku tak reti nak jaga. Tak ada sikit pun naluri ibu. Anak aku sem4kin besar dan berdikari, bila aku balik rumah, dia dah siap masak untuk aku, rumah dah kemas. Sehinggalah aku dapat tawaran ke luar negara, aku nekad bagi anak dekat keluarga angkat.
#Foto sekadar hiasan. Sepanjang aku hidup ni, ada satu hal yang paling aku menyesal. Tinggalkan anak aku dekat Malaysia selama 5 tahun sebab nak kejar impian aku dekat luar negara. Aku hidup dan membesar berdua dengan mak aku.
Umur aku waktu tu 19 tahun. Aku kenal seorang akak ni, kami berdua agak rapat. Nama akak ni Alya. Alya ni sepatutnya kahwin sebelumnya, tapi lelaki tersebut lari dan hilang. Alya ni pula mengandung dah masuk 3 bulan.
Jadi selama mengandung ni. Aku temankan dan tenangkan Alya aku takut dia gugurkan kandungan tu. Akhirnya, Alya pun melahirkan anak lelaki, comel sihat dan gebu. Alya selamat anak pun selamat. Sampai lah hari ke dua melahirkan.
Alya ditakdirkan meninggaI dunia. Aku memang agak terk3jut. Aku umur baru 19 tahun. Jadi aku agak keliru dan sedih nak buat apa. Aku pun balik dan ceritakan dekat mak aku. Aku dengan Mak selesaikan urusan Alya.
Selepas seminggu fikir, kami berdua setuju nak ambil dan Jaga anak Alya. Mak cakap dia rindu nak dengar suara budak kecik dekat rumah. Anak lelaki tersebut aku namakan Muhammad Afi, dan sijil kelahiran dia dekat ruangan nama mak aku tuliskan nama aku.
Selepas 2 tahun, mak di takdirkan jatuh s4kit dan meninggaI dunia. Tinggallah aku hidup berdua dengan anak kecil aku yang masih kecil. Selepas mak meninggaI aku sebenarnya macam dah menyerah kalah nak jaga Afi, aku rasakan diri aku tak cukup matang dan tak cukup tabah nak besarkan anak.
Tapi arw4h mak selalu pesan. Susah macam mana sekalipun nanti. Jangan tinggalkan Afi, dia tak keluarga lain selain aku. Aku pun tabah, dari hal kerja part time. Membawa kepada hal study aku dan juga fokus aku kepada anak.
Selain tu aku agak sibuk dengan kelas belajar bahasa asing. Bahasa mandarin, jepun,arab dan perancis. Setiap hari aku rasa hidup aku terlalu cepat. Aku tinggalkan Afi dekat rumah orang. Jadi aku sebenarnya tak perasan. Yang anak aku dah m4kin membesar.
Aku keluar sebelum subuh. Balik waktu maghrib. Ambil afi. Bila malam pukuI 9 biasanya aku dah tidur. Jadi komunikasi antara ibu dan anak aku rasa tak ada. Hal ni berpunca dari aku dan salah aku. Walaupun aku nak besarkan Afi.
Aku cuma rasakan Afi ni sebagai orang asing yang terp4ksa aku besarkan. Aku tak tahu apa masalah aku. Aku selalu fikir, Afi bukan d4rah daging aku. Jadi bukan anak aku. Padahal setiap hari Afi panggil aku Mama. Tapi aku cuma senyum.
Orang selalu kata pasal naluri keibuan. Tapi aku tak ada. Setiap hari aku tengok Afi dan besarkan dia sebab taknak rasa bersalah. Dari Afi tu 3 tahun masuk 5 tahun sampai lah 8 tahun. Aku masih tak ada sifat atau naluri ibu.
Kawan – kawan aku ada juga yang cadangkan aku untuk berkahwin. Tapi aku memang tolak idea untuk kahwin. Aku ada impian aku. Dan impian aku ni yang buatkan aku untuk terus bertahan. Aku pun tak sedar, tiba – tiba Afi dah masuk 13 tahun.
Sebenarnya aku bangga juga. Tengok anak aku membesar. Dan anak aku tersangatlah patuh. Aku boleh kira pakai jari berapa kali je aku marah. Umur dia 12 tahun dah pandai urus diri, sekolah dan rumah. Selalu aku balik dekat rumah dia dah masak makanan simple tapi sedap.
Rumah pun setiap kali aku balik kemas dan lawa. Jadi walaupun aku penat, bila balik tengok rumah kemas aku jadi selesa dan tenang. Sampailah aku dapat surat. Surat yang aku nanti – nantikan selama berbelas tahun.
Akhirnya aku berjaya dapat “next step” dan m4kin dekat dengan impian aku. Aku punya lah teruja dan terIampau gembira dan terus terima serta merta. Tapi aku lupa, aku ada anak. Bila aku dah uruskan hal dokumen dan surat menyurat.
Akhirnya aku dipanggil terus ke destinasi tersebut dan menetap di Luar Negara selama 5 tahun. Baru aku sedar pasal Afi. Keputvsan yang aku bakal buat ni. Keputvsan yang aku rasa sangat b0doh. Aku serahkan Afi dekat satu keluarga ni.
Afi memang rapat dengan keluarga tersebut. Aku pun ceritakan situasi aku. Dan pasangan tersebut pun setuju. Tapi aku tak bincang langsung dengan anak aku. Selama ni aku fikir, anak aku ni dia dengar cakap dan patuh arahan aku. Jadi dia memang akan terima.
Aku pun cakap dengan Afi, tinggal rumah aunty. Sebab aku ada hal kerja. Afi pun tanya berapa lama, dan balik bila. Aku dengan selamba jawab tak lama dan kalau cuti aku balik lawat dia. Satu penipuan besar. Aku hantar Afi rumah keluarga baru dia.
Aku tinggalkan Malaysia. Setiap hari aku lupa anak aku dan akhirnya aku stop berhubung dengan Afi. Cukup 5 tahun aku pun balik Malaysia, teruskan kehidupan macam biasa dan sambung kerjaya aku. Jadi balik Malaysia ni aku selalu s4kit, terutama bahagian perut.
Biasa aku cuma anggap gastrik dan aku ambil ubat gastrik. Sampai lah aku buat pemeriksaan, dan aku ada masalah dalaman. Bahagian wanita, dan aku terp4ksa lakukan pembedahan. Doktor pula kasitahu, risik0 operation ni aku takkan dapat melahirkan zuriat.
Awalnya, reaksi aku biasa sahaja dan aku terima serta merta. Tapi bila dah lakukan pembedahan. Aku terus rasa sunyi dan rindu. Jadi aku pun punggah barang lama. Jadi aku jumpa banyak gambar aku masa kecik dengan mak.
Gambar Afi pun banyak. Lepas balik Malaysia aku memang ada teringat Afi. Tapi aku anggap dia dah ada keluarga baru jadi aku malas nak ganggu harmoni keluarga baru dia. Tapi aku upah orang cuba cari contact Afi dan keluarga baru dia. Akhirnya aku jumpa.
Lepas fikir panjang. Aku pun telefon, suara mak baru Afi agak terk3jut bila dia tahu yang telefon tu aku. Jadi kami pun jumpa, aku tanya dia Afi macam mana. Umur dia dah 20 tahun. Sekarang ni tengah sambung belajar.
Yang paling aku terk3jut rupanya dia belajar dekat universiti yang dekat betul dengan kawasan rumah aku. Dalam hati aku, nak menangis dan ketawa. Anak aku duduk dekat dengan aku. Tapi aku tak ambik tahu langsung.
Jadi aku pun akhirnya jumpa dan reunion dengan anak aku semula selepas 7 tahun. Aku terk3jut bila anak aku panggil “Mama” dan dia kenal aku. Sedangkan aku kena tengok gambar baru kenal. Sampai aku menangis dekat situ.
Nasib baiklah aku jumpa dia dekat kawasan private. Kalau tak habis kena rakam. Hampir satu hari tu aku minta maaf dan menangis depan anak aku. Aku yang mak lupa anak, anak pula ingat mak. Macam – macam kisah dan cerita kami kongsi.
Selama 13 tahun aku besarkan Afi aku tak pernah rasa naluri ibu tu. Tapi lepas jumpa balik. Aku baru dapat rasa ”ini rupanya rasa jadi seorang mak” sebelum jumpa tu. Macam – macam aku fikir dan banyak benda aku takut.
Paling aku takut kalau anak aku benci aku dan tak ingat aku. Waktu Arw4h kak Alya mengandung Afi. Dia pernah cakap nak besarkan anak dia jadi lelaki yang peramah, mesra dan pemaaf. Jadi bila Alya meninggaI. Aku namakan dia Muhammad Afi, yang bermaksud pemaaf.
Alhamdulilah anak aku membesar jadi manusia yang pemaaf. Dan dapat maafkan aku. Jadi kali ni, aku taknak buat kesilapan lagi. Aku nak tengok anak aku membesar dan berjaya. Walaupun hubungan kami baik. Tapi aku tetap menyesal.
Tinggal Afi, tak balik melawat dia dan pentingkan diri sendiri. Macam arw4h mak aku cakap, jangan tinggalkan Afi. Afi tak ada orang lain. Cuma ada aku. Sekarang ni, aku harap anak aku. Tak tinggalkan aku. Aku tak ada keluarga lain. Cuma ada anak aku sorang. Mungkin baIasan aku tak dengar cakap mak. – Julia (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurhayati Ibrahim : Sedihnya. Allahuakhbar. Allahuakhbar.. Saya selalu mimpi yang saya lahirkan anak, tapi saya tak sempat bahagikan kasih sayang pada anak yang yang baru lahir. Dalam mimpi saya menangis teresak sebab gagal bahagikan kasih sayang pada anak. Saya faham perasaan confessor. Satu penyiksaan yang sangat beban. Sedih saya dengar kisah awak. Sedih sangat. Untungnya arw4h kak alya, lahirkan anak yang sangat sempurna.
Aryue Abdul : Saya pernah ada pengalaman di tempat Afi sebelum ni. Mungkin tak nampak berd3ndam, tapi jauh di sudut hati tu dia mungkin sedih, kecewa dan kesal. Saya harap puan dapat jadikan penyesalan ni tonggak utama untuk pulangkan balik kasih sayang dan lunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang puan da abaikan selama ni pada dia.
Hida Ahmad : Kesian afi. Mungkin dia da redha jadi anak yatim. Macam dia hidup dengan orang yang jaga dia tu. Dijaga dengan baik ke tak. Afi budak yang baik. Anak yang baik. Semoga dia dapat bina sebuah keluarga yang bahagia nanti. Pasti dia sangat hargai.
Debunga Chenta : Ya Allah kesiannya Afi. Awk tau tak macam – macam dia buat kat awak supaya awak sayang dia, kemas rumah, masak simple, sebab tanak susahkan awak. Nak perhatian awak. Umur 12 tahunn kot. Lelaki plak tu.
Apa yang dia tau sangat. Biasa tau main jer. Sebab dia rasa, dia ada awak jer, mama dia atas dunia ni. Macam mana la perasaan dia bila awak tinggal dia macam tu jer. Dah la kurang perhatian, kasih sayang. Mesti dia rasa awak tak sayangkan dia tapi afi tu memang budak yang baik, budak kuat. Sebab tu dia maafkan awak. Nasib baik dapat family baik dan tak berkira jaga afi. Kalau dapat yang tak elok, apa la nasib afi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.