Impian suami nak kahwin empat. Baru sebulan dia kahwin baru, saya kena jangkitan HPV. Tak sangka layanan suami berubah

Saya seorang pengamal perubatan, bekerja hospitaI yang perlu oncall sehingga lebih 30 jam. Itulah kerjaya saya sejak sebelum kahwin. Sebelum berpoIigami, suami sudi jaga anak bila saya bekerja. Selepas poIigami, suami sudah tidak mengasuh anak sampai saya perlu bawa anak ikut bermalam di tempat kerja

#Foto sekadar hiasan. Demi memelihara dan mengutamakan kesihatan diri saya untuk jangka waktu panjang, saya dengan ini memohon untuk mengundur diri dari pernikahan ini. Penceraian ini difailkan atas faktor kesihatan.

Saya disahkan mengalami depr3ssion kerana telah melalui d0mestic vi0Ience. Saya tr4uma akibat keced3raan dan Iebam di seluruh tubuh badan. Saya dimasukkan ke hospitaI kerana mengalami simptom body sh0cked. Saya telah dipantau oleh pakar perubatan dari unit d0mestic vi0Ience sepanjang berada di hospitaI.

Selepas sebulan suami berpoIigami, saya telah disahkan menghidap jangkitan peny4kit keIamin Human PapiII0ma Virus peringkat awal. Saya telah menjalani berbagai – bagai prosedur perubatan yang sangat meny4kitkan sehingga saya tr4uma.

Demi mengesahkan jangkitan tersebut, saya perlu menjalani beberapa kali colp0scopy dan bi0psy di mana sampel tissue daging telah ditebuk dan diambil di dalam serviks saya secara hidup – hidup tanpa bius. Semua prosedur ini saya jalani sendirian tanpa ditemani siapa – siapa.

Selepas selesai prosedur yang meny4kitkan, hanya berbekalkan ubat tahan s4kit, saya memandu kereta sendiri untuk pulang ke rumah dan ambil anak dari tadika. Suami langsung tidak peduli. Barangkali sedang sibuk m4buk dengan cinta baru.

Saya perlu menjalani pembedahan selepas laporan perubatan mengesahkan pre-c4ncer di mana peny4kit kelamin tersebut telah mula memakan sel serviks saya. Pembedahan cervicaI c4uterization adalah perlu untuk membvnvh virus – virus HPV dan sel – sel yang telah dijangkiti sebelum ia bertukar menjadi k4nser serviks peringkat yang lebih serius.

Doktor mengesahkan saya mengalami rapid progress of pre-c4ncer development kerana dalam masa yang sama saya mengalami tekanan perasaan akan konflik rumahtangga saya. Depr3ssion akan membuatkan immunity system tubuh lemah.

Ini akan memudahkan tubuh diser4ng peny4kit. Tubuh yang lemah sukar untuk meIawan jangkitan kuman dan virus. Semasa pembedahan saya mengalami pend4rahan. Saya ditahan di wad untuk pemantauan. Suami tidak menjaga sepanjang saya bermalam di wad.

Saya bersendirian ketika saya sedarkan diri. Selang beberapa jam kemudian, saya mengalami munt4h – munt4h berterusan selama hampir 6 jam kerana saya rupanya allergic dengan ubat bius. Selepas pembedahan, saya mengalami pend4rahan selama sebulan kerana tidak cukup rehat.

Saya menguruskan rumah dan anak, saya memandu kereta menghantar anak pergi dan balik sekolah dalam keadaan saya cuti s4kit selepas surgeri sehingga terjadinya punca baru pend4rahan akibat urat d4rah pecah. Bimbang dengan keadaan saya yang baru sebulan lepas surgery serviks dan masih mengalami pend4rahan.

Ditambah pula dengan kesan pend3raan, maka saya diberikan cuti s4kit selama 14 hari untuk sembuh sebelum dibenarkan kembali bekerja. Saya telah dirujuk ke pakar kaunseling dan psych0logy demi merawat depr3ssion.

Saya perlu kekal tenang dan tidak duduk dalam tekanan supaya tubuh saya kuat untuk meIawan peny4kit HPV ini. Ini sangat penting supaya di masa akan datang virus HPV ini tidak kembali aktif dan menyer4ng tubuh saya.

Setiap 6 bulan, saya wajib hadir berjumpa pakar O&G untuk sesi konsultasi dan melakukan ujian saringan bagi memastikan penyembuhan total. Dengan segala yang telah berlaku, Saya telah tawar hati. Tiada apa – apa rasa.

Tiada cemburu, sedih, gembira, marah, cinta, rindu. Tiada. Semua telah terhapus. Allah SWT telah mengangkat bebanan em0si dari saya. Saya memandang suami dengan pandangan kosong. Oleh yang demikian, saya memfailkan penceraian kerana tidak mahu terus – terusan membuat d0sa dengan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Saya mesti mengutamakan kebahagiaan diri saya sendiri. Saya perlu memelihara kesihatan tubuh badan, em0si dan akal fikiran saya. Saya perlu mengutamakan kesejahteraan dan ketenangan jiwa saya dan anak. Kami tidak mahu hidup di bawah bumbung rumah yang t0xic dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Saya jauhkan diri dan anak saya dari suami kerana kami telah letih dan tr4uma dengan segala bentuk pend3raan fizikaI, em0si, mentaI secara lisan. Saya tidak mahu anak duduk dalam persekitaran yang t0xic. Perkahwinan ini sangat t0xic, tiada mawaddah dan keberkatan. Tiada dah kebahagiaan rumahku syurgaku.

Saya hantar anak saya ke kampung supaya anak saya menerima asuhan yang terbaik dan jauh dari rumahtangga t0xic. Saya tidak mahu anak tr4uma menyaksikan perg4duhan kami. Saya seorang pengamal perubatan, bekerja hospital yang perlu oncall sehingga lebih 30 jam. Itulah kerjaya saya sejak sebelum berkahwin.

Di kampung, ibu dan ayah saya memberikan penjagaan rapi dan kelengkapan yang sangat selesa kepada anak tersebut. Sempurna segala kelengkapan diri, persekolahan dan kelas mengaji al-Quran. Suami memang berkemampuan dari segi duit.

Tapi duit sahaja tak cukup dalam menjaga anak dan isteri yang diamanahkan oleh Allah SWT. Sedangkan, bapanya sendiri tidak solat dan tidak pernah sekali pun mengajar anak solat. Tidak pernah ambil tahu perihal sekolah anak, tidak pernah melibatkan diri dengan kerja sekolah anak.

Bapanya sendiri tidak pernah buka al-Quran apatah lagi mengajarkan ayat – ayat suci al-Quran kepada anak. Semua saya lakukan sendiri. Sebelum berpoIigami, suami sudi mengasuh anak ketika saya bekerja. Selepas poIigami, suami sudah tidak mengasuh anak sehingga saya perlu bawa anak ikut saya bermalam di tempat kerja.

Kini anak saya telah bersekolah di darjah 1 dan terik4t dengan jadual persekolahan. Oleh yang demikian, adalah must4hil untuk anak saya ikut bermalam di tempat kerja. Segala usaha menyelamatkan rumahtangga yang hampir r0boh ini telah saya lakukan dengan bantuan peguam syariah saya.

Usaha perdamaian juga telah dilakukan. Namun, saya tidak mampu menipu hati saya. Dengan menyingkirkan punca yang membuat saya tertekan. Saya lebih tenang hidup sendiri. Saya tidak mampu meneruskan semua ini.

Oleh yang demikian saya mohon undur diri dari rumahtangga ini. Isteri kedua sangat menyokong poIigami. Dengan pengunduran saya, sudah pasti tiada lagi masalah selepas ini untuk mendapat kebenaran bernikah lagi. Suami akan lebih bahagia kerana cita – citanya untuk berbini 4 akan menjadi kenyataan. – Mira (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Hazwani : Tolonglah sape – sape yang ada anak – anak perempuan, ajarkan tentang hak tubuh badan. Do not let their husband do anything they like. Tubuh kita, hak kita. Maksud hak bukannya milik kita, tapi hak adalah tanggungjawab.

Menjaga tubuh badan adalah tanggungjawab kita. Ikut arahan suami membuta tuIi, digertak dengan derh4ka dan ner4ka. Sudah – sudah lah ikut ajaran agama yang salah. Jangan lah jadi b0doh. Suami pun tak suka dip4ksa.

Sama je kita isteri. Tak ada siapa yg suka dip4ksa, dikasari. Sorry to say. Mengarut lah wajib ikut apa suami nak tak kira masa dan keadaan. Mana ihsan suami ye? Dah tau isteri s4kit, penat, lagi nak p4ksa nak. GiIa ke? Islam begini k3jam ke?

Back to story, puan cukup bijak untuk menilai, cuma perIukan sikit kekuatan. He doesn’t deserve u at all. Penat – penat mak ayah besarkan u, didik u, bagi pendidikan dunia akhir4t. Janganlah zaIimi diri sendiri. Buatlah keputusan yang terbaik.

Tyha Tyha : Moga puan terus kuat.. Allah sayang puan. Dan puan telah buat keputvsan terbaik untuk diri puan. Moga jalan – jalan kebahagiaan dan tenang terbuka luas terbentang buat puan dengan izin Allah. Puan kuat, puan tahu apa yang puan mahu. Moga Allah permudahkan segala urusan insan – insan terani4ya macam puan.. amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.