Suami sukarela jaga anak-anak aku, tak sangka hasilnya anak aku berumur 13 tahun mengandung

Berpinar mata, hampir nak pitam bila doktor cakap anak aku yang baru umur 13 tahun mengandung! Apa dah jadi? Siapa punya kerja? Aku bawa anak buat laporan polis baru anak mengaku siapa yang buat. Tak sangka dalangnya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku kenalkan diri sebagai Puan Maizon. Mungkin agak sukar bagi orang lain yang ada pengalaman macam aku untuk luahkan atau berkongsi cerita. Tapi aku tak boleh menipu diri sendiri, sebab yang jadi m4ngsa anak perempuan aku.

Sebenarnya memang sukar aku terima kenyataan ini, tetapi benda dah terjadi aku tak boleh biarkan ia berterusan, sebab si m4ngsa di bawah umur. Sebagai ibu siapa tah sedih? Sedih, memang sedih. Siapa tak sayang suami, semua wanita yang bergelar isteri memang sayang suami.

Tambahan pulak suami aku ni, Aidil, memang baik orangnya, dia banyak mengambil berat hal keluarga, banyak bantu kerja aku baik di rumah atau ketika berniaga. Dia ringan tuIang! Tetapi siapa sangka dalam baik itu dia ambil kesempatan atas kepercayaan aku padanya untuk puaskan nafsu rakusnya.

Kerana itu aku nasihatkan ibu tunggal janganlah biarkan anak perempuan anda rapat dengan ayah tiri atau teman lelaki anda. Bah4ya! Kalau dah rapat dengan anak kita banyak berlaku buruk daripada baiknya. Sebenarnya Aidil, suami kedua aku.

Dulu aku ibu tunggal, aku bercerai dengan suami pertama kerana tak tahan dengan per4ngai panas barannya. Pantang silap aku kena m4ki dan dipukuI. Dia mahu aku ikut kehendaknya 100 peratus, tak boleh bantah.

Membantah bermakna aku isteri engkar dan perlu diajar. Itu katanya mengikut Islam. Peliknya bab isteri engkar dia nak ikut Islam, tetapi bab bagi makan minum anak bini dia buat tak tahu. Dah bertahun – tahun kahwin tapi masih menumpang belas ikhsan keluarga.

Hinggakan adik beradiknya lari pindah dari rumah emak mereka kerana tak tahan per4ngai bekas suami aku, sudahlah tak mahu bantu emak, sebaliknya harapkan emak dan adik beradiknya tanggung anak bininya. Entah mana punya law dia pakai pun aku tak tahu.

Lama kelamaan aku buat keputvsan tinggalkan suami setelah dia tinggalkan aku tanpa berita bersama 2 orang anak dan dia biarkan aku menumpang di rumah emaknya. Kerana tak tahan aku tuntut cerai setelah berbulan dia tak pulang rumah.

Malah emaknya juga nasihatkan aku carilah jalan hidup sendiri kerana sedih dengan per4ngai anaknya tak bertanggungjawab. Aku ambil keputvsan tinggalkan suami bukan kerana menderh4ka, tetapi kerana tidak dapat nafkah zahir batin selama lebih 6 bulan.

Dan aku dapat tahu dia telah pun berkahwin lain. Kawan nasihatkan aku tuntut suami di mahkamah sebab kahwin tanpa izin. Sebenarnya daripada aku buang masa, tenaga dan wang ringgit nak saman suami kahwin lain, lebih baik aku cari kerja bagi makan anak – anak.

Masalahnya nak cari kat mana. Dia hilang entah ke mana, Kalau emak dan adik beradiknya tak tahu, apatah lagi aku. Dua tahun lamanya masalah cerai tak selesai, tetapi akhirnya aku diceraikan juga. Ketika mula – mula ditinggalkan aku tak ada duit langsung, jadi aku terp4ksa tinggalkan anak – anak pada kakak sementara aku cari kerja.

Dengan pelajaran tak sampai ke mana, kerja yang sesuai hanyalah jadi tukang cuci di sebuah komplek beli beIah. Aku tak kisah, asalkan ada kerja dan boleh tanggung makan minum 2 orang anak. Aku juga bersyukur kakak mahu bantu tanpa mengira wang.

Lepas setahun tinggal dengan kakak, anak – anak aku ambil untuk duduk dengan aku, ketika itu aku menyewa sebuah bilik yang dekat dengan sekolah, jadi anak aku yang sulung tak ada masalah pergi ke sekolah sendiri berjalan kaki, walaupun ketika itu dia baru darjah satu

Kerana tak ada duit untuk hantar anak kepada pengasuh, anak kedua aku bawa ke tempat kerja. Aku bersyukur mereka pandai bawa diri, agaknya mereka faham masalah dan kesusahan aku mencari duit untuk beri mareka makan dan pakaian.

Habis kerja waktu petangnya aku balik ke rumah sekejap untuk beri anak – anak makan. Dan aku harapkan anak sulung bantu jaga adiknya sementara aku keluar ambil upah cucuk sate. Kadang kala aku bantu orang cuci pinggan di gerai.

Begitulah kerja dan kehidupan aku selama 4 tahun. Setelah 5 tahun menjanda aku kenal seorang lelaki yang sungguh baik hati, dialah Aidil. Dia banyak bantu aku, terutama ketika aku ingin dapatkan bantuan Jabatan Kebajikan.

Dialah bawa aku turun naik pejabat hantar borang itu ini. MaIangnya bantuan tak dapat juga. Aku tak faham kategori apa yang Jabatan Kebajikan kira hinggakan aku tak dapat bantuan. Ketika anak kedua dalam darjah satu, kami berkahwin.

Mulanya memang emak tak setuju, katanya besarkan anak dulu baru fikir pasal kahwin. Tetapi aku memikirkan Aidil amat baik dengan anak – anak aku, rasanya dia memang sesuai jadi ayah tiri anak – anak aku. Lagi pun dia belum berkahwin, tak ada tanggungjawab.

Selepas kahwin kami pindah menyewa rumah bukan bilik. Walaupun ada satu bilik, tetapi luas, selesa untuk anak – anak bergerak dan belajar. Kerana gaji Aidil kecil, maka aku terus bekerja. Kali ini sebeIah malam aku tidak lagi membantu di gerai, sebaliknya aku buat nasi lemak dan sedikit kuih untuk hantar ke gerai.

Walaupun hasil tak lumayan, tetapi duit sentiasa ada dalam tangan bolehlah aku berbelanja lebih untuk anak – anak. Sepanjang masa anak – anak bersekolah dan kami suami isteri bekerja, Aidil banyak membantu menguruskan rumah dan anak – anak.

Dialah ambil budak – budak balik dan hantar ke sekolah dengan motor. Kata Aidil jika dia ambil anak – anak bolehlah aku jimat belanja sikit sebab tak perlu naik bas sekolah atau bas biasa. Memang aku terasa banyak senangnya setelah berkahwin, paling penting aku tak kena m4ki hamun dan dipukuI seperti bekas suami pertama dulu.

Malah Aidil membantu hantar jualan ke gerai. Bila simpanan bertambah Aidil cadangkan aku berniaga jual nasi, katanya kawannya ada gerai jual air dan sedang cari orang menjual nasi. Kesempatan itu aku ambil. Memang aku sibuk berniaga, dan dalam diam tak diam aku sempat lahirkan 2 orang anak dengan Aidil.

Kerana itu aku perlu berniaga sebab bilangan keluarga bertambah. Anak – anak aku walaupun berusia 10 dan 13 tahun mereka boleh diharap, merekalah uruskan adik – adik sepeninggalan aku berniaga. Senangnya aku masak semua makanan di rumah, setelah siap barulah aku bawa ke gerai untuk jualan.

Biasanya petang aku dah balik bila jualan habis. Demikianlah kehidupan aku anak beranak tahun berganti tahun. Terasa memang aman bahagia walaupun hidup tidak sesenang orang lain. Tapi kami cukup makan pakai.

Tetapi satu hari aku perhatikan anak perempuan aku yang ketika itu baru berusia 13 tahun selalu demam dan munt4h – munt4h. Keadaannya sem4kin teruk membuat aku terp4ksa bawa dia ke kIinik untuk rawatan dan pemeriksaan.

Alangkah terk3jutnya bila doctor beritahu anak aku mengandung! Naik pitam aku, berpinar biji mata! Apa dah jadi? Siapa punya kerja? Balik ke rumah aku tanya dia berkali – kali, tapi dia mendiamkan diri tak mahu bercakap langsung.

Kerana panik aku minta tolong kakak yang tinggal jauh datang ke rumah untuk bertanya pada anak aku. Masih tak mengaku. Atas nasihat kakak aku buat aduan polis tujuan aku supaya anak aku ini boleh diambil oleh jabatan kebajikan.

Sebab dia masih budak. aku bimbangkan keselamatannya. Akhirnya benda ini jadi kes polis. Anak aku mengaku dia mengandung kerana perbuatan Aidil, ayah tirinya. Kaku aku tak terkata. Bila benda ini terbongkar dan jadi kes polis, pastilah rumahtangga aku yang aman bertukar macam diser4ng tsun4mi.

Suami bersump4h – sump4h tidak mengaku. Dipendekkan cerita selepas anak aku bersalin secara normal (dengan kuasa Allah) ujian DNA dijalankan ke atas bayi itu. Aidil di hadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukvman penjara dan sebat.

Anak tersebut diberikan kepada Jabatan Kebajikan untuk dibesarkan. Ketika itu barulah aku nampak dengan jelas belang Aidil, begitu juga keluarganya, mereka salahkan aku. Aduh! Salah aku ke terp4ksa tinggalkan rumah mencari rezeki?

Kalau Aidil boleh beri nafkah secukupnya aku pun tak mahu bersusah payah membanting tuIang bekerja dan berniaga. Aku pun teringin jadi macam suri rumahtangga lain duduk di rumah cuma uruskan makan minum keluarga.

Tetapi kalau aku tak keluar bekerja dan berniaga bolehkah Aidil tanggung kami? Pasti Aidil tak setuju kenapa dia mesti tanggung anak – anak tiri, mereka bukan anak – anaknya. Kenapa bapaknya tak bagi nafkah? Sebenarnya aku tak tahu dan tak sedar masa bila Aidil buat perkara terkutuk tu dekat anak aku yang masih mentah tu?

Sebab Aidil sering bersama aku? Dan aku rasa perbuatan itu bukan baru. Sebab anak aku takut bercerita pada aku, aku tak tahu mengapa tergamak Aidil mengani4ya anak aku yang katanya macam anaknya sendiri. Walaupun kejadian ini sudah beberapa tahun berlalu, tapi aku ambil kesempatan di sini untuk nasihati ibu – ibu tunggal yang masih muda.

Jika anda ada anak perempuan tolong jaga jangan beri dia bebas bergaul dan bermesra dengan ayah tirinya atau teman lelaki anda. Aku perhatikan zaman ini ramai ibu – ibu tunggal muda suka membiarkan anak perempuannya bebas dengan teman lelaki mereka atau dengan bapa tirinya.

Walaupun tujuannya untuk memesrakan hubungan sebelum mereka berkahwin, tetapi ingatlah ketika sy4itan menguasai diri, lelaki tak ingat d0sa lagi. Ketika itu seribu penyesalan tidak berguna lagi. Aku cakap dari pengalaman, sebenarnya aku tak galakkan Aidil dan anak aku terlalu rapat, tetapi lelaki pandai menggoda, menggula – gulakan kanak – kanak.

Dalam pada aku mengawal dan mengawasi mereka, sy4itan lebih pandai menguasai fikiran dan menggoda nafsu manusia. Akhirnya anak aku jadi m4ngsa. Semoga apa yang berlaku dapat jadi ikhtibar, doakan anak aku kuat sebab dia pun masih tr4uma dengan apa yan terjadi. Hidup dia dah musn4h dan aku dih4ntui rasa bersalah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.