Masa kat Mekah mak aku pernah doa. Kalau bapak aku tak jujur dalam rumahtangga mak aku mintak diberikan kesusahan pada dia

Kami sekeluarga hidup senang, bapak aku dapat pr0jek juta – juta. Tapi macam mana tiba – tiba bisnes bapak jatuh dan dia hilang selama 6 bulan. Lepas 3 bulan hilang baru kami buat report polis. Tapi rupa – rupanya kami terk3jut tengok bapak, dia pulak buat muka macam langsung tak ada apa – apa..

#Foto sekadar hiasan Assalamualaikum semua. Kisah ni aku nak share pasal family aku. Bukan nak bukak a1b siapa – siapa. Tapi untuk saling mengingati. Kisah ni lebih tentang kehidupan family aku especiaIIy bapak aku.

Ok family aku ni dulu pernah susah. Pernah senang dan kembali susah dalam tempoh boleh dik4takan singkat jugak. Kehidupan susah yang aku ingat mula pada tahun 1994 – 2001. Masa tu umur aku dalam 7 sampai 13 tahun.

Susah dia yang aku perasan sampai bapak aku otw nak hantar aku ke sekolah, kereta dia kena tarik. Depan mata aku. Kereta wira color coklat. Bapak aku kena tipu dengan kawan dia dalam berniaga. Dengar – dengar dari mak aku dalam puluh ribu ke ratus ribu jugak.

Tapi masa tu bapak aku jaga mak aku baik. Cantik je. Flow rezeki still ada. Oh ye mak aku kerja kerajaan. Bapak aku business sendiri. Pada tahun 2002 – 2007. Masa ni memang rasa kesenangan. Apa yang aku dengan abang aku mintak mesti dapat. Aku dua beradik je. Beza aku dengan abang aku setahun.

Masa tu abang aku nak computer terus dapat. Aku cakap minggu depan aku ada c0mpetition bola. Hari sabtu terus bangun tidur ada boot bola depan mata. Baju raya tempah saja. Tak beli siap. Langsir tempah. Dan sampai satu masa bapak aku dapat pr0jek juta – juta.

Masa tu tahun 2005 aku form 5. Bagi aku hp nokia daun. Masa tu top giIa nokia daun. Bapak aku beli kereta mercedes. Beli rumah semi d 300k. Belikan mak aku honda city. Hantar abang dengan mak aku pi umrah. Tahun 2006 mak bapak aku pi haji.

Abang aku masuk uni swasta. Aku pun uni swasta. Zaman college bapak aku belikan aku kereta. Macam – macam lagi la. Tapi rupanya semua tu wayang untuk kaburkan mata kitorang je. Tahun 2004 atau 2005 bapak aku kahwin lain dengan business partner dia. Kitorang taktau langsung.

Semua yang dia bagi kat family just untuk kaburkan mata kitorang je. Dia kahwin senyap – senyap. Yang aku ingat tahun 2002 atau 2003 kitorang ada buat open house. Bapak aku bawak perempuan tu datang. Perempuan tu siap bawak mak dia lagi.

Kitorang pelik tapi biarkan je. Business partner kan. Masa tu diorang tak kahwin lagi. And pada 2006 masa parents aku nak pi haji. Malam tengah packing barang tiba – tiba mak aku dapat text dari business partner bapak aku.

Dia mintak maaf dan mintak doakan dia masa kat Mekah nanti. Mak aku pelik. No hp dia sama dengan no ho bapak aku. Beza pangkaI no je. Bapak aku 012 dia 017. No belakang semua sama. Masa tu mak aku dah tak sedap hati.

Tapi dia taknak fikir bukan – bukan sebab dah nak buat ibadahkan. Masa bapak aku pergi haji aku ada buat t4hi sikit la. Memang salah aku. Kereta yang bapak aku bagi masa tu, perodua kenari boleh b4ntai accid3nt. Masa tu sehari sebelum raya haji.

Bapak aku ni banyak penjiIat dia a.k.a orang dipercayai la. Diorang la settlekan kes aku masa bapak aku buat haji tu, termasuk la si business partner bapak aku ni. Bini kedua bapak aku a.k.a. Perempuan durj4na. Nak dijadikan cerita. 2005 sampai 2007 tahun kemewahan kitorang.

Dan tahun 2008 tiba lah saat paling susah dan g3tir dalam kehidupan kami sekeluarga. Business bapak aku drop. Hutang ah l0ng. Office bapak aku kena simbah cat. Rumah aku kena ser4ng. Tahu sapa hadap semua tu? Aku, abang aku dan mak aku yang hadap.

Bapak aku? Menikus sorokkan diri. Satu hari lepas aku jumpa ah l0ng – ah l0ng ni pi settlekan hutang. Aku settlekan hutang bapak aku dengan pinjam duit orang ye. Aku pi pinjam. Mak aku pun pi pinjam. Duit sed4ra mara dan kawan – kawan.

Masa otw balik rumah lepas settlekan hutang tu aku tengah drive. Sampai traffic light aku nampak bapak aku tengah text. Dan aku nampak perkataan ‘i love you’ , aku tau tu bukan untuk mak aku. Sebab bapak aku takkan text mak aku macam tu.

So aku decide lepas settle semua masalah ni aku nak soal bapak aku. Last – last dua tiga hari lepas tu mak aku nangis teresak – esak. Cakap bapak aku dah kahwin lain. Dia dapat tau dari kawan dia. Meng4muk la mak aku masa tu.

Aku dengan abang aku pun sama marah. Mak aku nak lari rumah. Nak angkut kitorang dua beradik keluar and mak aku nak cerai. Tapi mak aku ni bukan jenis ikut hati. Dia akan berfikir dan dia cekal. Dia kata kalau dia lari bapak aku mungkin akan s4kit atau buat apa – apa yang tak boleh diterima akal.

So kitorang decide kita stay dengan bapak sampai settle masalah ni. Baik tak mak aku? Dia wanita yang cekal dan tabah. Hutang semua mak aku yang tanggung. Bini no 2 dia? Tak tanggung satu apa pun. Lari balik kampung dia.

Dari 2008 sampai sekarang bapak aku merasa susah. Sebab apa? Sebab dia tak jujur. Dia selalu tipu mak aku. Rupanya masa kat Mekah mak aku pernah doa. Kalau bapak aku tak jujur dalam rumah tangga mak aku mintak diberikan kesusahan pada dia.

Allah maha kuasa doa mak aku makbul dalam dua tahun. Tahun 2015 bapak aku pernah hilang selama 6 bulan. Dari lepas raya dia kata dia ada kerja terus tak balik rumah. Call tak dapat apa semua. Aku dengan mak aku nekad lepas 3 bulan kita buat report polis.

Kenapa lepas 3 bulan? Sebab mak aku still yakin dia hidup lagi. Kitorang report polis. Polis ada follow up tapi lepas dua tiga hari takde dah. Aku masa tu dah semak kepala. Aku pi cari dia merata. PJ sampai ke port d1ckson. Last dia kata dia kerja kat port d1ckson.

So aku guna cable aku. Aku mintak kawan aku check kan ic perempuan durj4na tu. And dapat lah alamat dia kat kampung. Aku pun apa lagi pi geg4r dia kat kampung. Aku bawak mak aku. Kesian mak aku masa tu. Aku gerak pagi so dalam pukuI 9am aku sampai depan rumah perempuan durj4na tu.

Aku nampak bapak aku tengah riIek basuh kereta depan rumah. Berbulu aku. Aku terus keluar kereta panggil bapak aku keluar. Dia pun dengan gaya bersalah keluar rumah. Aku kecewa masa ni. Dia lari hilang 6 bulan. Sikit minta maaf pun tak ade.

Dan dia tak ade alasan pun kenapa dia hilang 6 bulan. Masa bincang kat luar rumah tu aku nampak la dua tiga orang duk intai dari dalam rumah perempuan tu. Ikutkan hati nak ku 4muk kan aje orang dalam rumah tu. tapi mak aku ni suruh aku berzikir dan sabar.

So dari tahun 2008 sampai sekarang bapak aku tengah susah. Sebab apa? Sebab dia masih lagi menipu mak aku. Dia kerja jauh dari kitorang. Balik rumah mak aku sebulan 2 – 3 kali je. Yang lain dia pi mana aku taktau.

Tapi apa yang aku perasan sekarang kalau dia takde duit yang tolong dia mak aku, abang aku, dan aku je. Orang beIah sana satu apa pun tak bagi kat dia. Aku rasa sekarang bapak aku banyak merempat kat tempat lain buat kerja.

Aku dah suruh bapak aku lepaskan orang sana. Dia diam je. Aku cakap lepaskan mak aku. Dia meng4muk tak nak. Tapi apa yang dia nak sebenarnya? Dia dah tak mampu sara dua perempuan. Dia akan jadi tak jujur. Tipu mak aku.

Dan dia akan kesempitan rezeki lagi. Dia pun dah tua. Orang sana sesah dia untuk travel sini sana untuk cari duit. BeIah sana dia ada dua anak. Lelaki perempuan. Mungkin 10 tahun dan 13 tahun. Aku tak amik port.

Kalau dia duduk dengan mak aku pun dia dah rilek. Makan pakai terjaga. Aku abang aku boleh tanggung. Tak banyak tapi boleh tampung. Tapi dia tak nak. Dari pengalaman hidup ni aku amik iktibar. Mak aku cakap. Hargai isteri. Layan isteri. Sayang isteri. Jangan khi4nat rumah tangga. Akan aku pegang benda ni sampai aku m4ti.

Alhamdulillah sekarang aku dah kahwin. And aku tak sampai hati nak buat isteri aku macam mana bapak aku buat kat mak aku. InsyaAllah akan aku jaga perkahwinan ni sampai hujung nyawa. So pada kawan – kawan jangan cuba – cuba khian4ti isteri dan rumah tangga. Besar akibat dia. – Arman (Bukan nama sebenar)

Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata bersimpati dan dalam masa yang sama menasihati penulis untuk membawa ibunya keluar dari perhubungan yang sangat bermasalah bersama dengan bapanya.

Komen Wargenat :

Haslina Omar : Kenapa ye lelaki dah tua suka cari peny4kit hidup macam ni. Anak – anak pun sebenarnye sedih jugak tengok ayah yang dah tua buat 2 3 keje demi nak sara keluarga ‘sana’. Anak – anak dah bantu pun, tapi sekejap je da terbeIenggu balik dengan hutang yang banyak semata – mata nak memenuhkan kehendak keluarga baru.

Sebenarnya sedih sangat tengok ayah yang dah uzur dan tua terp4ksa kerja macam – macam nak menyara keluarga baru. Sedangkan kalau tengok kawan – kawan seangkatan, semua dah berehat menikm4ti duit pencen, mengopi sambil kerap ke masjid.

Naa Hanafi : Ayah awak tak nak lepaskn mak awak sebab mak awak kerja gomen dan lembut hati. Tak boleh laki susah hulur duit. Lubuk emas tu, mana boleh lepas oii. Tapi hakik4t ayah awak sayang pucuk muda sana.

Tak apela yang muda tak tolong dia pun asal nafsu dia puas bini muda kan. Mesti lawa yela muda lagikan kalau nak bandingkan dengan yang tua. Suruh je mak awak failkan cerai sebab kalau mak awak meninggaI, wah enjoy sakan bapak awak, lubuk harta jatuh kat tangan bapak awak. Harta tak boleh bawak masuk kubvr, tapi nak jadi baik, nak berk0rban ke kena tengok spesis lelaki jugak.

Wan Saliina Wan Mamat : Jadikan kisah ayah awak yang dah berlaku di depan mata awak, maka jangan ikut jejak langkah ayah awak. Jagalah isteri awak baik-baik,  mak awak baik – baik dik. Bukan tak nak percaya tapi bila suami atau isteri jujur berpasangan insyaAllah keberkatan dalam rumahtangga memang ada. Percayalah Allah tidak akan mengubah nasib umatnya, kecuali umatnya sendiri yang mengubahnya.

Faezah Nadzri : Buat buruk baIasan nya buruk, kif4rah itu pasti. Pegang tu je, nak seronok apa la sangat kt pesona dunia ni. Nak menjawap semua nanti dekat akhir4t abadi sana. Kadang – kadang hidup tak berkat kena semak balik punca rezeki tu datang dari mana. Buat bisnes pr0jek besar – besar duit bocor mana – mana ke. Apa-apa pun semoga TT tak ikut per4ngai bapak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.