Pernah sekali mereka datang tumpang mandi sebab rumah mereka tak ada air. Menantu terk3jut tengok saya pakai gaun pendek. Saya tak suka baju kelawar sebab labuh, rimas. Bila anak menantu balik, menantu mesej saya kata dah tua tapi pakaian tak senonoh..
#Foto sekadar hiasan. Apa yang saya lahirkan di sini bukan nak menafikan cerita ibu mentua pilih kasih yang disiarkan di ruangan ini. Tetapi saya berpendapat bukan semua ibu mentua berper4ngai seperti yang digambarkan, sebaliknya ramai lagi ibu mentua yang dipinggirkan oleh menantu setelah mereka berkahwin dengan anak kita.
Apa yang ingin saya paparkan ini bukan nak mengumpat, tetapi menceritakan Iuka di hati seorang ibu apabila menantu anggap saya seperti orang luar dan menyusahkan hidup mereka. Memang sedih bila menantu tak sukakan kita, dan terus terang saya katakan dari tiga orang menantu saya, cuma seorang sahaja yang memahami perasaan saya dan anggap saya ini bukan sebagai mentua, sebaliknya sebagai kawan untuk berbual dan bertanya khabar.
Dengan menantu saya bernama Tine ini, saya boleh berbual, tertawa dan bercerita tanpa rasa kecil hati atau tersentuh dengan perkataan atau perbuatannya, apa lagi menyindir saya. Saya bercerita ini bukan bencikan menantu, tetapi kadang kala rasa sedih bila menantu menyindir seolah – olah kita ni orang ulu sangat dan mengharapkan duit ringgit mereka.
Sedangkan dulu saya pernah juga bekerja makan gaji, tetapi bila keadaan mem4ksa saya terp4ksa berhenti kerja, berk0rban demi menjaga dan membesarkan anak – anak. Saya tak kesal berhenti kerja kerana anak – anak, tetapi siapa sangka bila tak bekerja rupanya diri kita ni kurang berharga kepada suami.
Akhirnya dia bagi saya gelaran Ibu Tunggal. Itu pun saya tak kesal, pada saya itu semua takdir ketentuan Allah. Tetapi bila menantu tak sukakan kita, terasa sungguh diri ini dipinggirkan. Anak pertama saya Mac, kahwin dengan pilihan hatinya, tetapi per4ngai isterinya June membuat saya sering tersentap.
Banyak kali saya rasa kecil hati, tetapi saya tak cerita pada Mac sebab tak mahu mereka bertengk4r kerana saya. Mac sering ajak saya datang rumahnya, sebab kami tinggal satu taman. Mac selalu kata dia nak makan masakan saya.
Memang berat hati nak bawa makanan untuk Mac, sebab June tak suka. Dia tak akan makan apa yang saya bawa. Kalau boleh dia tak mahu bagi Mac makan, tapi dia tak cakap depan Mac. Namun perbuatannya buang semua lebihan makanan dalam tong sampah buat saya kecil hati.
Kalau tak mahu makan dan tak suka masakan saya, jangan buang bakinya, saya boleh bawa balik. Saya boleh makan. Sejak itu saya tak pernah bawa makanan untuk Mac lagi. Pada Mac saya kata kalau nak makan, datang rumah. Tetapi Mac jarang dapat datang rumah sebab June selalu sibuk.
Pernah sekali mereka datang nak tumpang mandi sebab paip air kawasan rumahnya pecah. June terk3jut tengok saya pakai house coat (gaun pendek). Apa salah pakai house coat, bukan saya dah tua sangat. Lagi pun bukan seluar pendek.
Dan saya tak keluar rumah, saya tinggal sendirian. Saya tak suka baju kelawar sebab labuh, rimas. Saya suka house coat sebab ringkas mudah bergerak. Rupanya house coat saya itu jadi isu besar. Bila balik June hantar wasap, katanya dah tua tapi pakaian tak sen0noh, terk3jut saya.
Tak sen0noh ke pakai house coat dalam rumah sendiri? Sebenarnya bukan sekali June hantar wasap pada saya mengutuk – ngutuk saya tapi saya tak kisah. Saya tak mengadu pada Mac sebab saya tak mahu kerana saya mereka berg4duh.
Baru – baru ini dia hantar wasap lagi kutuk saya. Katanya saya pengotor, tak tahu cuci panggan mangkuk, buat sepah rumah dia. Sebenarnya hari itu, Mac panggil saya, dia mengadu demam tak sedap badan. Dia suruh saya datang tolong buatkan bubur, sebab kata Mac dah dua hari dia tak lalu makan.
TerIanjur datang Mac suruh belikan panadol dan ubat batuk sebab panadolnya dah habis. Ada kerisauan di hati, maklum zaman Covid-19 sekarang. Saya tanya Mac dah jumpa doktor ke? Katanya sudah dan jangan bimbang dia negatif.
Tanpa berlengah saya beli sayuran, sedikit ayam, dan keperluan lain untuk buat bubur. Berselera sungguh dia makan sebab ada goreng telur, bawang goreng, telur asin, daun saderi dan bawang dan sedikit lobak asin pembuka selera. June kerja hari itu, anak dihantar ke rumah pengasuh.
Lebihan bubur saya biarkan dalam periuk bersama taburan telur dan sebagainya. Semua itu saya letak atas meja. Manalah tahu kalau Mac rasa lapar, dia boleh makan lagi. Sedihnya malam itu saya terima wasap June, katanya, jangan tunjuk pandai nak masak macam – macam. Dia boleh masak.
Dia tuduh saya buat kotor rumah dia. Terduduk saya sedih rasa hati. Menitik air mata saya tak sangka June tergamak tuduh saya macam – macam. Pada saya kalau suami kau demam, patutnya ambil cuti atau berterima kasih ada mentua tolong masakkan makan makanan untuk suami awak, ini boleh marahkan saya kerana bagi makan kat anak kita sendiri.
Kalau sudah dua hari Mac tak lalu makan, kenapa kau tak masakkan makanan dia? Hinggakan Mac kelaparan dan suruh saya masakkan bubur untuknya. Saya sedih sangat bila June hantar wasap kata saya jangan nak tunjuk pandai masak macam – macam, tapi kemudian menyepahkan rumah dia.
Dua hari saya termenung memikirkan apalah nasib dapat menantu macam June. Hinggakan saya terfikir nak tunjuk semua wasap yang June hantar pada saya pada Mac. Tapi bila fikir balik, tentu Mac hairan kenapa baru sekarang, kenapa tidak dari dulu? Jadi saya diam.
Bab kena tempelak pun ada beberapa kali bertepek – tepek jatuh ke muka saya. Ada satu hari Mac ajak saya ikut balik kampung sebab sepupu June kahwin, kebetulan kami senegeri. Kata Mac, saya boleh balik tengok nenek sekali.
Belum sempat saya kata ‘boleh’ June tempik dari dapur. Katanya kereta tak muat sebab ada banyak barang nak bawak balik. Terk3jut saya, bila dengar June bertempik. Sebenarnya mereka cuma ada seorang anak berusia tiga tahun.
Dengar jeritan June, Mac cuba bersuara, tapi saya terus p0tong. Saya bagi alasan pada Mac, saya tak dapat ikut sebab ada hal. Saya berbohong sebab nak jaga hati Mac. Peristiwa bulan puasa dua tahun lepas lagi teruk. Mac ajak saya balik kampung, tapi June bersuara keras, katanya kereta penuh.
Ada dua kotak besar pampers, ada kuih raya dan macam – macam lagi. Sekali lagi saya berbohong pada Mac, saya dah janji balik tumpang kereta kawan. Tapi tahun tu memang saya tak balik beraya sebab tiket bas dah habis. Apa yang saya tak tahan setiap kali peristiwa itu, dia akan hantar wasap pada saya.
Katanya lain kali jangan tumpang kereta dia, sebab saya hanya akan menyempitkan keretanya. Sebab itu walaupun mereka sudah empat tahun berkahwin, tetapi hubungan kami tak mesra. Kadangkala saya fikir June ada peny4kit sombong atau tak suka campur orang agaknya.
Sebab emak dia pun sama, menyombong tak suka tegur orang. Dan dia tak mesra jiran. Lagi satu per4ngainya suka membazir. Agaknya nak tunjuk banyak duit, kalau beli barang makanan yang mahal mesti serba dua. Contoh, minuman beli dua botol besar.
Bukan boleh habis, akhirnya sebotol lagi kena buang. Kalau beli telur mesti satu tray, sedangkan dia jarang masak. Suka makan luar. Akhirnya telur ke tong sampah. Begitu juga kalau beli roti. Beli yang besar. Makan tak sampai setengah bungkus, yang lain masuk tong.
Itu per4ngai June menantu pertama saya, menantu kedua pun sama. Semuanya bermula apabila Acik bawa Jee balik rumah perkenalkan pada saya. Saya fikir dah kenal tentulah dia balik, tetapi tidak. Tiga malam dia tidur di rumah saya.
Pada hal rumah emaknya bukan jauh. Per4ngainya yang tak senangkan hati saya, sepanjang tiga malam di rumah saya, dia langsung tak ke dapur. Ikut Acik, ke hulu ke hilir jumpa kawan – kawan Acik. Kalau Acik ke dapur bantu saya masak, dia berlengkar dalam bilik.
Hinggakan makan minum dia, saya yang sediakan. Itu perkenalan pertama, kali kedua pun sama. Bila Acik pergi memancing dia ikut sama. Yang tak sedap bila Acik hendak ke majlis kahwin kawannya, Jee nak ikut juga. Kerana rumah kawannya jauh, Acik tidur hotel. Jee macam mana?
Berdetap hati saya. Itu bukan kali pertama, setiap kali Acik ada kerja out station, Jee akan ikut. Apa cerita ni? Saya tegur Acik tak elok bawa anak d4ra orang, sebab bertunang pun tidak. Kata Acik dia tak p4ksa Jee ikut, tetapi Jee sentiasa ikut dia.
Kalau tak benarkan, dia akan meng4muk, memaIukan dan mengganggu Acik sepanjang hari, hingga menyukarkan Acik bekerja. Semua teman Acik tahu per4ngai Jee. Kerana tak mahu benda buruk berlaku, akhirnya saya suruh Acik segera kahwin.
Saya pergi meminang dan buat kenduri sambut menantu, dengan harapan lepas kahwin nanti tentu per4ngai Jee akan berubah sebab dia rasa selamat setelah kahwin. Tetapi maIangnya tahap queen control Jee sem4kin menjadi – jadi.
Namun itu semua saya tak ambil kisah, itu urusan mereka suami isteri. Harapan saya tentu Acik boleh mengubah sedikit per4ngai Jee, tetapi maIangnya saya pulak menjadi kebencian Jee. Dia tak pernah mahu menegur saya, berselisih bahu pun dia buat buta perut.
Bukan itu saja, kalau saya tegur, dia tak jawab pun. Nak pandang saya pun dia tak mahu. Pernah sekali Acik pelawa saya makan angin ke Pulau Pinang. Saya fikirkan tentu Jee setuju. MaIangnya dalam kereta saya rasa macam duduk dalam oven.
Jee langsung tak tegur. Saya tanya pun dia tak jawab. Akhirnya cuma saya dengan Acik saja berbual. Kalau pun Jee bercakap, kerana marahkan anaknya dengan suara kasar seolah menyindir dan menengking saya. Sejak itu saya tak ikut Acik lagi, walau ke mana Acik pergi bercuti.
Jee tak pernah ajak saya makan di rumahnya, dan dia sendiri tak suka datang rumah saya. Selama empat tahun dia berkahwin dengan Acik, cuma sekali dia datang berhari raya ke rumah saya, tapi duduk tak sampai sejam sibuk nak balik, konon ada kawan datang rumah.
Pendek kata, kawan dia lebih penting daripada ibu mentuanya. Saya rasa semuanya berpunca daripada teguran saya meIarang Acik bawa Jee berjalan merata tempat dan ikut Acik bekerja out station sedangkan mereka belum berkahwin.
Salahkah saya tegur? Ini untuk kebaikannya. Dia perempuan, macam – macam boleh berlaku kalau terlalu rapat. MaIangnya dia berdend4m dengan saya sampai sekarang. Saya fikir dua orang menantu saya ini bencikan saya mungkin mereka fikir saya minta duit anak – anak saya setiap bulan.
Saya tak pernah minta, kalaupun anak – anak beri duit bukan setiap bulan, mereka beri bila ada duit lebih sahaja ataupun bila teringat. Saya pun tak pernah makan minum ke rumah mereka setiap bulan. Atau pun tidur seminggu dua di rumah mereka.
Tak pernah sekali. Saya faham bila kita tidak disukai. Lagi pun saya tak pernah minta duit mereka, saya ada pendapatan sendiri dari perniagaan jahitan saya, walaupun tak banyak. Sebab saya tak mahu terik4t untuk saya buat aktiviti kegemaran saya.
Saya pun ada kawan, dan sedikit simpanan, rasanya cukup untuk hari tua saya. Ada orang kata kalau tak anak perempuan, tak ada siapa nak jaga kita bila tua dan s4kit nanti. Memang ada kebenarannya sebab menantu perempuan tak suka kita duduk rumah mereka, sedangkan anak lelaki jarang bersuara mempert4hankan ibu sendiri.
Tak tahulah sama ada mereka tidak ada perasaan atau takutkan isteri. Tetapi peliknya Acik dan Mac sering merungut katanya saya lebih sayangkan adik bongsu mereka dan isterinya, Tine sahaja, sebab saya sering datang dan masak makan di rumah mereka.
Sedangkan saya tak pernah datang memasak ke rumah Acik dan Mac. Saya ingin bercerita pada mereka, tetapi buat sementara waktu lebih baik saya diamkan diri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.