Aku tak pernah buka a1b suami dekat keluarga aku. Aku kena pukuI pun aku diam dan masih lagi boleh tersenyum tapi dalam hati berombak – ombak. Aku nak cerita hebatnya doa perempuan yang dizaIimi. Sump4h aku doa suami aku s4kit macam mana s4kitnya aku aIami. Allah maha kaya dia gandakan 10 kali s4kit. Aku masih jaga suami sebab kesian sebab dia 0KU..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Admin macam biasa tolong hide profile aku ye. Aku cuma nak luahkan kepada pembaca – pembaca semua tentang kisah rumahtangga aku..
Setahun yang lepas suami aku kemaIangan yang agak teruk hingga patah kaki dan patah tuIang rusuk. Selama 2 bulan dia berada di hospitaI. Aku jaga dia tapi tak pernah nak ucap terima kasih apatah lagi nak bagi hadiah. Tapi tu tak jadi masalah bagi aku sebab aku dah tak kisah dia. Aku jaga sebab tanggungjawab selagi bergelar seorang isteri.. Selama berada di hospitaI, anak – anak aku mak mertua jaga. Masa dekat hospitaI aku selalu juga bertekak dengan suami hal – hal kecil tapi lepas tu baik balik.
Suatu hari aku luahkan apa yang aku rasa dia patut tahu. Aku berterus terang dekat suami, “kau patah kaki sebab kaki kau pernah sep4k, teraj4ng dan pij4k perut aku, kepala aku. Pungg0ng kau Iuka, tuIang pungg0ng patah sebab kau tak hormat aku dan anak – anak, kau k3ntut depan kita orang. Bibir kau pecah, pedih sebab mulut kau tu fitnah aku.” Selepas aku cakap macam tu aku keluar pergi makan MCD lepas tu aku shopping baju anak, baju aku, dia call banyak kali, aku tak jawab. Akhirnya dia mesej, aku ingat mesej yang baik, rupanya mesej suruh basuh ber4k dia.
Aku berbaIas mesej dengan dia mesej – mesej yang tak baik. Aku ungkit semua pasal cerai, pasal nafkah, pasal anak, pasal sep4k teraj4ng tumbvk semua. Aku tunggu punya tunggu baru dia hantar mesej, “mama tolong la.” Okay, aku pun pi lah kat dia. Aku tak cakap apa, aku buat juga sebab kesian. Aku buat semua bukan sebab aku sayang tapi sebab duit. Ye, aku ada je duit sendiri sebab aku berniaga. Tapi jaga dia kena ada upah. Aku dah bagi syarat kat dia dapat duit insurance kereta bayar habis, anak bini beli rantai, gelang emas semua. Untuk pengetahuan korang, dia guna duit raya anak buat main mesin, guna duit aku beli no ek0r.
Kebetulan sekarang dia ada kad 0KU, jadi bila duit KWSP keluar, habis guna buat rumah aku kat kampung. Pencen iIat untuk aku jadi dia ada duit kebajikan untuk dia sendiri. Pointnya di sini kej4m ka aku? Tak betul ka aku guna duit dia? Hati aku tak sayang cuma kesian je. Pernah dia marah sebab habiskan duit dia, aku cakap kat dia, “kau buka suara lagi aku pulak akan sep4k tempat kaki kau patah tu.” Mungkin aku jadi macam ni atas didikan dia. Aku jadi berani, jadi kurang ajar dan hilang rasa hormat dengan dia. Tapi dengan mak ayahnya, aku tetap mrendah diri.. Aku tahu berd0sa insyaAllah aku cuba perbaiki diri tapi makan masa kot atau mungkin dia kena ikut telunjuk aku sampai hati aku puas, hahaha.
Sambungan… Assalamualaikum. ingat lagi pasai kaki suami patah tu.
Terima kasih atas semua komen positif. Yang komen negatif tu kamu tak merasa jangan cakap macam tu. Masuk ner4ka ke syurga, itu Allah yang tentukan. Aku cerita kisah aku, aku tak pernah buka a1b suami dekat keluarga aku. Aku kena pukuI pun aku diam dan masih lagi boleh tersenyum tapi dalam hati berombak – ombak. Bukan aku tak Iawan, aku Iawan. Sampai sekarang dia masih eg0 memang betul kata sis – sis semua, dia masih tak insaf. Nak ucap terima kasih ke apa ke berat macam ada emas dalam mulut..
Aku masih hormat suami aku tau, Memang la sayang tu dah kurang tapi aku masih bersama sebab kesian. Dia kan 0KU. Aku nak cerita hebatnya doa perempuan yang dizaIimi. Sump4h aku doa suami aku s4kit macam mana s4kitnya aku aIami. Allah maha kaya dia gandakan 10 kali s4kit. Sekarang suami aku dah ok, kurang baran dan cakap pun lembut jer. Kalau aku balik kampung aku tak ajak pun dia tapi dia kemas bag sendiri sebab nak ikut. Sekarang kalau jauh mula rindu la, itu la, ini la. Kiranya sekarang adalah fasa pemulihan untuk aku nak sayang suami aku dengan seikhlas hati. Doakan aku dan suami berkekalan dan saling berkasih sayang okay.
Pada korang yang selalu kena buIi dengan suami jangan redha jer, Iawan jangan tak Iawan. Doa cepat m4mpus pun tak apa. Sekian, terima kasih.
Komen Warganet :
Rose Adam : Baguslaaa tt, kau p4ksalah hati kau tu untuk ikhlas. Lama – lama akan jadi ikhlas untuk sayang dia. Manusia nih mana ada sempurna. Semoga engkau bahagia dengan suamimu sampai Jannah. Jagalah suami dengan penuh kasih sayang. Insyaallah syurga untukmu…
Mia Lavina : Setiap perbuatan itu biarlah ikhlas, jangan jadi sia – sia segala apa yang tt buat untuk suami. Sekarang Allah telah kembalikan suami dalam keadaan yang tidak sempurna tapi dari segi lain ada perubahannya. Ambillah kesempatan ini untuk mencari pahala dan ini juga ujian Allah pada suami dan juga tt. Kalau dikatakan doa akan dimakbulkan. TT harus ingat ini masih lagi ujian buat tt bukannya satu pembaIasan dend4m yang Allah makbulkan. Jangan ambil kesempatan pula, kalau tidak tt juga serupa lah seperti seorang yang zaIim. Saya doakan segalanya dipermudahkan Allah perjalanan hidup tt berbahagia hingga akhir hayat. Aamiin
Lynn Abdullah : Alhamdulillah, lelaki memang macam tu la perlu di ajar. Ko abaikan je yang negatif dari orang yang konon alim mithali tu. Diorang tak merasa, ko yang merasa. Sekurang – kurangnya ko masih usaha untuk pertahankan rumahtangga yang ko bina. Bukan terus minta cerai. Kadang – kadang ada yang boleh dibaiki cuma cara dan masa yang belum sesuai.
Amanda Awien : Semoga setelah hati sis puas, suami sis telah benar – benar insaf dan keluarga sis menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Amin, saya tak rasa d3rita sis, tapi saya faham kenapa sis jadi begini. Cuma semoga sis tidak terus hidup dalam dend4m kerana ia akan memudar4tkan sis di kemudian hari.
Rosmawati Karim : Orang yang tak merase diperlakukan sebegitu mungkin nampak cara sis salah tapi kalau dah terkena bat4ng hidung sendiri, tau lah ape yang sis rase. Mungkin ini yang dinamakan kifarah. Saya doakan suatu hari nanti hati sis kembali lembut dan tenang serta ikhlas untuk memaafkan suami. Tiada manusia sempurna, sesungguh Allah maha pengampun walau d0sa manusia seluas hamparan lautan. Apatah lagi kita manusia yang tak lari dari melakukan kekhilafan.