Tiap kali suami aku pergi memancing dia mesti off handphone. Aku memang dah syak yg bukan – bukan. Malah dia akan bawak balik ikan siakap setiap kali lepas memancing. Ada ke siakap dekat air tawar? Aku nekad intip dia dari jauh, 3 jam aku tengok dia memancing..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. aku nak mengadu sikit min. Suami aku kaki pancing. Setiap hari dik4takan memancing. Aku pon naik fed up la tengok diri dia yang asyik nak pergi memancing. Yang pelik nya dia kalau mancing, dia pergi sorang – sorang je.
Bila aku tanya nak mancing kat mana, dia cakap kat sungai belakang tempat dia kerja. Tapi setiap hari dia bawak balik ikan siakap min. Ikan siakap ade ke kat air tawar min? Itu yang aku hairan tu. aku tanya dia mana dapat ikan ni?
Takkan dapat ikan siakap je hari – hari. Dia cakap dia mancing la. Tapi aku perati je dulu per4ngai dia. Tiap kali dia mancing telefon dia akan off, tu yang aku syak yang dia bukan pergi mancing. Tapi pergi ke mana pon tak tahu. Aku sebagai isteri yang sayangkan suami, aku juga perlu selidik dengan lebih teliti akan tingkah laku suami aku.
Yela hidup m4ti dengan dia. Tido sama makan sama. Nak dijadikan cerita min, pagi tu aku nak buat operasi besar – besaran nak ikut, intip laki aku senyap – senyap betoi ke dia pergi mancing. Pagi – pagi aku dah rancang nak ikut dia dalam keadaan senyap – senyap di belakang dia.
Waktu dia nak pergi terus aku perhatikan dulu, dalam 100 meter aku pon start motor. Sanggup aku dalam keadaan hati yang bedebar – debar ikut laki aku redah hutan punya pasai. Sampai je kat sungai betollah min laki aku betul – betul pergi mancing.
Alhamdulillah aku rasa hati aku yang bedebar seakan – akan terasa senang. Aku ada pantau juga keadaan sekeliling, ye la takut ada perempuan tunggu ke apa ke. Alhamdulillah takdak. Aku ingat nak balik je tapi tiba – tiba tergerak hati min nak tungu situ sampai laki aku habis mancing.
Lama juga la tunggu dia dekat belakang pokok sawit, nak ngintai laki punya pasal.. Nyamuk – nyamuk jangan cakap la, habis satu badan digigit nyamuk kepala hitam, nak ngintai laki punya pasai. Kalau korang dok dalam situasi aku pun mesti korang akan rasa dan akan buat macam tu. Kan?
Tup – tup dalam 3 jam juga laki aku berdiri dan batang pancing dia pendekkan menandakan yang dia dah tak nak pancing. Aku pon senyap – senyap tengok dia pastu dia start moto aku pon ikut je ke mana dia pergi. Masa aku ekori dia tiba – tiba dia singgah dekat pasar aku terk3jot rupa – rupanya ikan yang aku makan hari – hari dia beli dekat pasar tani, bukan dari dia mancing.
Ya Allah luluh hati aku. Sanggup dia tipu aku yang siakap dia dapat tu bukannya dia mancing. Tapi dia beli sebenarnya. Terus aku beredar dari situ dengan perasaan kecewa min. Selama ni yang aku makan ikan siakap dia hari – hari rupenye dia beli min.
Apa perlu aku buat sekarang. PerIukah aku ambik batang mancing laki aku ketok kat kepala dia? Aku tengah buntu min. Tolong warga fb, harap coretan saya menjadi iktibar di mata kita semua.
Komen Warganet :
Syafiqah Shahari : Husband aku pun kaki pancing. Setiap kali nak mancing mesti dia akan ajak aku. Kalau dia tak ajak, aku yang offer diri nak ikut walhal aku sendiri tak reti mancing. Tunggu je sampai dia habis pancing. Mancing ni sebenarnya satu hobi.
Kalau kita yang isteri ni suka shopping atas sebab untuk release str3ss, macam tu jugak dengan suami kita. Bukan setakat hobi je, mancing dalam keadaan tenang pun boleh buat si pemancing jadi relax. Untuk TT, ikan siakap tu harganya mahal.
Bersyukur lah awak boleh makan siakap hari – hari sedangkan ada orang makan telur hari – hari. Fikir, dia mancing tak dapat ikan, tapi dia sanggup beli siakap hanya untuk awak. Mungkin dia tak nak awak fikir bukan — bukan.
Lagi satu, kalau rasa hati tak tenteram boleh join suami ikut mancing. Best sebenarnya tengok bila lama tunggu lepastu dapat ikan. Berbaloi walaupun tunggu lama
Miyu Ken’ichi : Next time suami pergi mancing. Kau pesan kat dia selain beli siakap tolong beli ikan senohong, gelama ikan duri. Bercakap b0hong lama – lama mencuri. Pastu kau bIah.. Kalau dia tanye.. kau cakap sedap ikan siakap tu bang.
Ada 3 rasa kat kedai tuttt.. pastu diam je.. tak payah bagitau apa – apa dah. Tak rugi pun dapat ikan siakap.. kalau muak kau jual je.. boleh dapat duit.
Ainol Mutmainnan Ain : Ehh. Jangan patahkan kak. Sebenarnye memancing ni lepaskan str3ss dia. Dia nak cite kat akak tu masalah tapi tak tau nak mule macam mane, Ikan tu dia beli sebab taknak dengar akak marah. Kalau akak nak tengok laki akak dok umah dan kurang memancing, akak try borak – borak dengan dia.
Bagi dia selesa nak luahkan apa – apa dengan akak. In sha allah kalau suami akak bercerita dengan akak in sha allah dia sendiri yabg g4ntung pancang. Tapi sesekali dia akan pergi mancing. Jangan kacau dan marah minat dia, sebab tu pelepas str3ss dia. Suami saya pun kaki mancing, selalu suh dia mancing, dia pun selesa nak cite bab – bab mancing, dapat tak dapat belakang cite.
Mira Hakim : Biar lah dia memancing. Mungkin dia beli ikan di pasar tak nak punca perg4duhan. Bila balik memancing mesti ada ikan ters4ngkut. Dia mancing ikan pun, bukan memancing perempuan. Kalau dia memancing perempuan tu lain cite. Saya ajar yang lain pula.. hahaha
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.