Suami saya ‘pembuIi jalanan’. Setiap kali suami bawa kereta saya akan mengucap siap-siap

Bila ada kereta yang tak nak mengalah dengan dia, suami akan kejar kereta tersebut sampai ke lubang cacing. Ke kiri kanan macam bawak motor, selit sana sini padahal bawa kereta besar. Biasanya saya mengucap siap – siap sebab takut tiba – tiba nyawa ditarik dalam kereta…

#Foto sekadar hiasan. Hai semua, sebagai perkenalan boleh panggil saya Anis (bukan nama sebenar). Luahan saya hari ini berkenaan dengan sikap suami di atas jalan raya yang saya rasa keterlaluan dan boleh membah4yakan nyawa kami sekeluarga.

Pertama sekali suami saya seorang yang agak pemarah dan mulutnya memang saya boleh katakan seperti mulut perempuan. Bila dia marah, dia akan membebel yang berpanjangan dan biasanya saya diamkan sahaja sebab bila saya menjawab A, dia pusing balik B. Saya jawab C dia pusing sampai Z.

Kadang – kadang rimas juga dan rasa nak t4mpar je mulut suami biar dia diam. Dia juga mudah marah bila sesuatu benda yang dia arahkan atau maklumkan pada seseorang, dan seseorang tu lambat faham atau kita boleh panggil lambat pickup.

Biasanya adik – adik dia yang menjadi m4ngsa kerana mereka memang sukar memahami sesuatu arahan dengan mudah. Mereka tidak boleh diberi ayat simple, kena beritahu sebiji – sebiji baru mereka faham. Kadang – kadang saya pun rasa nak naik angin, tapi saya tahan.

Bila dengan suami, habis semua dia hamburkan seperti lembap, b***h dan sebagainya. Kadang – kadang saya geram juga bila suami marah – marah sebab saya rasa tak patut lebih – lebih lagi bila nak minta tolong mereka dengan sesuatu perkara.

Kalau saya jadi adik dia, jangan harap saya nak tolong. Berbalik pada sikap suami di atas jalan raya, suami ada tabiat suka brek meng3jut. Kalau tekan brek tu memang takde sikit – sikit padahal kalau dah nampak depan tu kereta berhenti boleh je tekan sikit – sikit dan perlahankan kend3raan dari awal.

Dia terus tekan macam tak ada hari esok dan akibatnya habis semua barang – barang dalam kereta tercampak sana sini dan biasanya bekal makanan. Kita dah susun elok – elok, bila bukak rasa h4ncur betul hati. Tengok video tiktok umar cucun cucun tu rasa nak ikut, tapi lupakan jelah.

Entah terabur ke mana makanan tu nanti. Nasib baik anak – anak memang duduk dalam carseat, kalau tak dah tercampak ke depan. Pernah je saya pegang anak sebab nak pergi kedai dekat – dekat rumah, sekali suami brek terhantuk kepala anak dekat seat depan.

Nasib baik duduk belakang masa tu, kalau duduk depan mesti dah terhantuk dekat dashboard. Tu kali terakhir saya pegang anak, selepas dari kejadian tu dekat macam mana pun saya letak dalam carseat. Bila saya bising, alasan dia dah kereta depan brek, tak kan saya nak biar je.

Entah lah ya, tak tau lah akal dia dekat mana sebenarnya bila bawa kereta. Saya bukan buta, saya nampak dari awal kereta depan memang dah berhenti. Dah dekat baru dia brek, mana tak meng3jut. Ibu mertua dan ibu saya sendiri tak suka bila suami bawa kereta, rasa tersengguk – sengguk.

Mereka lagi selesa bila saya yang bawa. Tapi suami kata dia tak konfiden saya bawa sebab kereta kami besar kecuali bila terdesak. Suami juga amat marah bila dia dah signal nak masuk ke lorong tertentu dan kereta di belakang tak nak mengalah.

Memang dia kejar kereta tersebut sampai ke lubang cacing. Bila dia kejar, faham – fahamlah cara pemanduan pun jadi sangat bah4ya. Ke kiri kanan macam bawak motor, selit sana sini padahal bawa kereta besar. Biasanya saya mengucap siap – siap sebab takut tiba – tiba nyawa ditarik dalam kereta.

Kalau kereta yang tak nak mengalah tu kereta lama, mula lah dia mencarut dan mengeluarkan perkataan yang kurang enak didengar biasanya kalau anak tak ada sekali. Kereta buruk semua dia sebut. Risau saya Allah tarik nikmat yang kami ada ni.

Kalau dekat bonggol pun sama, dia langgar je dan akibatnya kita yang duduk dalam kereta ni rasa nak terbang. Hari – hari lalu tempat yang sama, must4hil dia tak ingat. Sama juga bila membelok, seronok sungguh dia memandu kereta yang stabil sampai belok pun tak kisah orang belakang terhuyung – hayang macam apa.

Dalam kereta jangan mimpi lah nak makan ke minum, memang tercekik ya. Banyak kali saya dah nasihat, tetap tak berubah. Undang – undang lain dia boleh ikut, kalau tak jumpa parking dia tak akan sekali – kali double park atau parking dekat tempat yang tak sepatutnya.

Dia akan pusing sampai dapat. Sama dengan lampu merah dan sebagainya, dia tak pernah Ianggar. Signal memang sentiasa bagi tak pernah miss. Bila kend3raan lain minta laluan, dia mengalah. Cuma pada saya dia tak pernah kisah dengan kami yang tak selesa dengan cara pemanduan dia.

Bila saya memandu, dia kata saya bawa laju dan seram. Tapi pada saya dah keluarga lain selesa naik dengan saya, maksudnya cara pemanduan saya lagi berhemah lah kan? Minta cadangan dari semua pembaca apa yang patut saya lakukan untuk ubah tabiat suami saya? Terima kasih. – Anis (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norliza Ihwan : Cuba tt bawak keta lepas tu suruh husband duduk belakang. Nampak bonggol Ianggar je, nampak simpang selamba je drift lepas tu buat la brek – brek macam husband sis tu buat biar munt4h dia kat belakang tu. Haaaaa rasakannnn.

Alyna Adam : Pernah tau, ada road buIIy gi cucuk saya dan kejar saya. Finally saya menyelit untuk beratur kat traffic light untuk masuk simpang, dia tak sempat menyelit so dia go straight. Bila dia dah blah, baru saya menyelit keluar dari barisan dan go straight.

A few hundred meters later, nampak dia tersadai kat tepi jalan dengan muka serabut, dia baru lepas Ianggar kereta orang. Allah bayar cash wooo kat pakcik tu. Semoga laki tt dapat baIasan cash macam ni juga waktu tt dan anak – anak takde la dlm kereta.

Nurul Asyikin : Teringat anak saya Hawa Daleesa umur 2y6m. Baru – baru ni suami bawa kereta saya cik axia. Kami sekeluarga naik. Adalah kereta kat depan duk tersengguk – sengguk lembab, pastu cik Hawa terus cakap kat husband ‘hon hon babah’ sambil tangan nak capai hon babah dia.

Terkedu kami sebab kalau saya yang memandu memang begitulah cara saya. Geram lembab sangat memang saya hon, pengaruh kuat sungguh lahai. Saya bawa cik Hawa bersama setiap hari hantar ke babysittter dan saya memandu di George Town, Pulau Pinang. Tengah bandar yang jalannya tak pernah tak sesak. Hahaha. Adeh! Pengaruh buruk kepada anak. Sama lah macam husband puan, anak – anak tengok dan tiru tau.. huhuuu

Ainul Mardhiah Kalam : Nampak macam kelakar kisah awak ni tapi sangat scary untuk yang ada tr4uma macam saya. Kalau saya, cakap terus terang je dengan husband. Nak driving bah4ya, pastikan jangan libatkan nyawa saya atau orang lain. Biar sorang diri, kalau m4ti, takpa..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.