Suami saya lelaki yg paling baik tapi curang, bila saya tanya alasan dia. Saya rasa bersalah dan minta maaf

Saya merupakan pegawai tinggi kerajaan sedangkan suami hanya bawa grab. Walaupun gaji dan pangkat saya tinggi, suami rajin tolong saya dekat rumah sebab tu saya tak sangka dia curang. Saya bersemuka dengan suami dan janda tu. Barulah suami bagitahu alasan sebenar kenapa dia curang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca ruangan ini. Saya tertarik bila membaca luahan seorang isteri yang tak sangka suami yang dianggap paling baik tetapi curang dalam diam. Saya juga mengalami masalah lebih kurang sama iaitu suami baik yang curang.

Semoga Allah beri kekuatan untuk saya share pengalaman sebagai teladan buat semua pembaca. Nama saya Zara, (bukan nama sebenar), telah berkahwin selama 7 tahun dengan pilihan hati. Kami masih belum dikurniakan zuriat tetapi hidup dengan bahagia tanpa ada tekanan dari mana – mana pihak berkenaan soal zuriat.

Dari segi kerjaya pula saya merupakan pegawai tinggi kerajaan manakala suami pulak bekerja sebagai pemandu grab. Walaupun pangkat dan gaji saya jauh melebihi suami, tetapi suami lah orang yang mendorong dan sentiasa menyokong sehingga saya berada di kedudukan sekarang.

Suami juga seorang yang sangat ringan tuIang serta suka menolong kerja rumah. Bagi saya memang dialah lelaki terbaik, dan sangat bertuah seorang isteri dapat suami macam dia. Tetapi, maIangnya suatu hari ketika suami mandi saya terbaca pesanan whatsapp dari nombor yang tak disimpan dan tertera gambar seorang perempuan.

Luluh hati saya ketika terbaca mesej perempuan tersebut, kiranya bukan mesej biasa – biasa. Suami yang paling saya percaya dah yakin tidak akan khi4nati saya rupanya telah menduakan saya. Saya bercakap dengan perempuan tersebut dan minta penjelasan dari suami.

Rupanya sudah beberapa bulan mereka berhubungan dan sudah banyak kali berjumpa. H4ncur retak beribu hati saya bila mengetahui kebenaran. Saya sendiri tak sedar bila suami boleh curang sebab dia jalankan tanggungjawab dan sentiasa baik dengan saya bila di rumah.

Saya bersemuka dengan suami, alasan yang diberi dia hanya berkawan untuk mainkan perasaan perempuan tersebut. Perempuan tersebut juga agak berusia dan merupakan seorang janda anak dua. Untuk pengetahuan, suami saya merupakan lelaki yang sangat baik perilaku dan juga tidak bercakap kasar.

Ibarat kata jika terjadi apa – apa dalam perhubungan kami, semestinya orang akan menuduh saya adalah punca kerana saya seorang yang agak kasar (bukan jenis ayu) dan bukan lemah lembut seperti wanita di luar sana.

Selepas perbincangan hati ke hati, saya dapat simpulkan terdapat beberapa faktor suami memilih untuk curang :

1) Saya sebagai isteri ketika marah kadang – kadang akan menggunakan bahasa kasar ketika berg4duh. Untuk pengetahuan pembaca, kami sangat – sangat jarang berg4duh.

2) Saya kadang – kadang tanpa sedar selalu merendah – rendahkan suami. Contohnya apa bila suami memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat saya, saya akan mengeluarkan ayat sebegini, “Abang tak faham. Yelaa abang jelaa yang pandai. Abang, kita bukan tahu semua mende dalam dunia ni tahu tak!”

3) Memandangkan saya adalah penyumbang terbesar dalam ekonomi keluarga kami, suami sering kali merasa saya selalu mengungkit

Sedangkan sebenarnya tujuan saya untuk mengingatkan suami yang mana terkadang dia alpa akan peng0rbanan atau  sumbangan saya sepanjang perkahwinan kami. Jadi pesanan saya untuk suami dan isteri di luar sana, jika ada rasa tidak puas hati dengan pasangan, luahkan pada pasangan masing – masing untuk cari jalan penyelesaian.

Bukan kepada orang lain yang mana boleh membuka ruang kepada kecurangan, tambah lagi pada orang yang berlainan jantina. Tidak lupa jugak buat isteri di luar sana, settinggi mana pun pangkat atau pendapatan melebihi sang suami, tolong horm4ti suami yang mana ada eg0 tersendiri.

Akhir kata saya memilih untuk memaafkan suami dan menyelamatkan rumahtangga yang kami bina setelah sekian lama serta saya juga memohon maaf kepadanya kerana mungkin saya jugak menjadi punca dia berlaku curang.

Saya harap pembaca dapat mendoakan supaya saya kuat dan tabah untuk melalui hari mendatang. Memaafkan itu tidak mudah. Tetapi masih boleh memaafkan. Untuk melupakan itu teramat sukar buat saya. Ayat sama saya petik dari perkongsian Puan Lina *Setiap orang diuji dengan berlainan cara, penyelesaian juga mungkin akan berbeza.

Doakan hubungan saya dan suami terus berkekalan dan bahagia dari gangguan orang ketiga. – PUAN ZARA (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Curang Itu konotasi negatif. Sejak bila curang ni boleh digandingkan dengan sifat kebaikan?? Tolonglah para isteri di luar sana, j0doh ajaI m4ut semua tangan Allah. Nak panjang dan nak pendek juga dengan izin Allah tapi tak payah lah menjustifikasikan perbuatan khi4nat suami kalian kepada korang sebagai benda baik atas sebab dia layan korang dengan baik??

Apa – apa pun curang itu adalah pilihan, tak kira jantina, tak kira siapa pasangan mereka. Kalau TT nak maafkan terpulang tapi suami yang curang adalah sebab dia bukan lelaki yang baik, dia bukan lelaki yang soleh, bukan lelaki yang berilmu agama. Alasan dia nak menyundal sebab dia suami yang tidak baik, bukan salah kita para isteri!! fullstop!!

Radin Arishah : Tr1ggered betul baca confession macam ni. Mudah je alasan laki tu, konon tak serious tapi cuma nak mainkan perempuan tu. Alasan je tu dan tt pun percaya. Malah bini pulak salahkan diri sendiri. Suka jadi laki tu ye, dapat bini berduit, dapat perempuan simpanan dan dalam masa yang sama masih tetap suci di mata bini.

Tak tahu nak ketawa atau nak kesian ni. Suami yang curang lepas tu boleh pulak isteri yang rasa bersalah. Apa tujuan dia nak main – mainkan hati janda tu. Ingat janda tu tak ada perasaan ke?

Bakal Jenazah : Kenapalah isteri boleh salahkan diri sendiri atas kecurangan orang lain? Curang tu pilihan sis. Dia pilih untuk curang dengan sis. Sedarlah sis. Tak ada kene mengena sebab bini garang ke sebab bini punya gaji lagi banyak ke.

Dahlah bini banyak support hal kewangan rumahtangga, itupun masih tak sedar diri. Gaji kau tinggi tak berd0sa tapi buat maksi4t tu berd0sa. Mengarang alasan untuk lepaskan diri sendiri. Aku tak tau la baik ikut celah mana.

Kalau setakat buat kerja rumah tu perkara basic je sis. Kesian kau sis, senang diperb0dohkan oleh suami. Akan datang kalau dia nak curang, dia akan lebih berhat i- hati sebab kau dah pandai jejak tapi dalam masa yang sama dia akan reka seribu satu alasan yang baru.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.