2 tahun kami hidup susah senang bersama, tapi tiba – tiba suami dapat banyak duit. Sehinggalah saya tergerak untuk siasat. Bila saya cek handphone suami, dia meng4muk. Dia kata orang lelaki pant4ng bila handphone kena cek. Rupa – rupanya dia sekarang sedang hanyut dengan wanita kaya boleh naik kereta mewah ke sana – ke sini.
#Foto sekadar hiasain.
Suami : Sayang, raya nak dekat. Abang tak cukup duit nak belikan baju raya untuk sayang dan anak-anak. Boleh tak kalau kita pakai baju yang ada?
Isteri : Allah, boleh abang. Kami dah cukup bahagia bila ada abang disebelah kami… bukannya kemewahan..
Ini kejadian 5 tahun lepas ketika saya dan suami melalui kepayahan hidup. Saya sangat bersyukur walau siapa dan apa pun suami saya, dengan keadaan hidup yang serba sederhana.
Masa tu tengah mengandung, bila mengidam pun saya diam – diam sebab sayangkan suami. Saya tak nak dia susah.
Masa susah – susah dalam 2 tahun tu, tiba – tiba suami saya ada banyak duit. Bila saya tanya mana dapat di mana dia cakap 0vertime. Sedangkan suami saya kerja hotel sebagai receptionist saja dengan gaji tak sampai RM 2000 sebulan.
Ada sehari tu, masa basuh baju suami, saya nampak kesan lipstik dan bau wangi perempuan. Saya diamkan je sebab tak nak syak dan saya tahu suami saya baik, Saya sangat percaya pada suami.
Lepas seminggu, saya perasan suami saya senyum – senyum cakap HP, dia tak layan saya sangat. Mungkin Allah kesiankan saya, tergerak hati saya untuk check HP suami saya. Allah, luluh hati saya bila nampak gambar suami peIuk dan mesra dengan seorang perempuan dalam kereta mewah.
Allah Allah Allah… saya tertanya siapa ni?
Saya k3jut suami saya, saya terus tanya siapa tapi suami marah saya balik. Dia cakap kenapa sentuh phone dia sebab dia cakap orang lelaki pant4ng orang korek – korek phone. Saya tanya lagi siapa, kali ni dia bangun dan marah saya. Dia cakap,
“Selagi aku hidup dengan kau aku tak akan dapat hidup mewah macam ni. Aku dapat semua dengan Tia. Kau dapat bagi apa yang dia bagi? tak kan… ! so diam saja!”
Menangis saya masa tu. Apa d0sa saya, saya setia dan sayangkan suami saya. Saya cuba kuat lagi untuk tanya suami.. masa tu dalam pant4ng. Saya tanya apa yang buat sayang buat macam ni?
“Dia bagi aku kemewahan, kau? Dia bagi aku merasa pakai kereta mewah, kau? Setakat setia dan layan nafsu aku saja tak cukup. ”
Tersentak saya, saya diam. Saya ambil beg dan saya keluar dari rumah bawa anak – anak sambil menangis. Dalam keadaan s4kit berpant4ng berstokin dan berbaju sejuk. Saya call kawan saya, diorang datang jemput dan hantar balik rumah mak saya di Seremban. Berbulan saya sedih melayan perasaan, saya nangis tak berhenti, saya rindu pada suami saya.
Tapi dalam masa sama saya dapat tahu suami saya hanyut. Dia ke mana saja dengan Tia, Dia tak tinggal di rumah kami. makan pakai dan hidupnya macam orang kaya. Saya dapatkan nasihat dan akhirnya minta cerai pada suami.
“Kau tak payah minta cerai, aku sendiri ceraikan kau. Kau tak layak untuk aku”
Saya kuat dan cuba kuat. Dalam 2 tahun ni, saya kerja di stesen tv. Anak yang kecil pun dah nak masuk 2 tahun. Saya dah ada gaji sendiri tiap minggu saya pergi rumah anak – anak yatim untuk tenangkan hati saya dengan bersedekah. Ada beberapa kali bekas suami saya datang rumah mak cari saya.
Kalau dulu mungkin saya boleh terima. tapi saya rasa saya dah terlalu kuat sekarang. Saya mula percaya dengan hikmah yang Allah temukan orang – orang sebegini untuk bagi yang terbaik untuk kita. Ramai kawan saya betul – betul membantu saya untuk pulihkan em0si.
Nasihat saya untuk para suami di luar sana, berd0sa bila menduakan isteri yang setia dan bertambah rugi hidup anda bila kehilangan isteri yang sanggup susah senang dengan cari org lain. Bayangkan kalau isteri anda pun buat apa yang anda buat s4kit kan?
Doakan saya ye kawan – kawan..
Komen Warganet :
Rodiah Che Daud : Setia itu paling berharga, sekali kena sampai bila – bila ingat walaupun makan tahun. Yang terjadi pasti ada hikmahnya. Dia nak kita perempuan jadi kuat dan bersemangat untuk jadi lebih baik.
Norizan Mohd Saad : Betul tu, ada hikmah Tuhan temukan orang begini dalam hidup kita. Sebab ada sesuatu yang lebih baik Allah nak bagi sebenarnya. Lelaki mudah lupa peng0rbanan seorang isteri. Dulu suami susah isteri sanggup berk0rban apa saja, tapi bila sang suami dah lupa apa isteri buat. Ingat Allah maha adil, kifarah pasti datang pada sang suami yang lupa pada isteri.
Mietzy Lim : Sedih baca kisah puan, kesetiaan dalam hubungan macam tiada nilai bagi lelaki yang tiada iman di dad4nya. Pernah dengar kisah kawan yang diperlakukan suami dia macam tu saat isterinya sedang sarat mengandung anak pertama.
Kesetiaan isteri dibaIas dengan kecurangan tapi aku cakap la, rugi la lelaki yang tak dapat nak hargai isteri yang setia, sabar layan karenah laki dia. Sebab ramai lagi lelaki di luar sana yang tercari – cari perempuan yang setia dan berjiwa kentaI macam puan ini. Apapun, moga Tuhan sentiasa memberkati hidup puan dan anak – anak.
Wulan Merindu : Cerai aja, buat apa simpan suami curang. Jangan jadi bod0h, nanti dia akan curang lagi, curang dan akan curang lagi, sanggup? Silakan, kalau sanggup satu masa kebod0han itu jangan sampai anak cucu tahu ya.
Sultan Firdaus Othman : Walaupun saya masih bujang.. tapi apa yang saya nak cakap, laki tu bod0h. InshaAllah boleh jadi pengajaran buat saya. Banyak kekuatan yang saya dapat di sini.. Terima kasih