Suami pernah Ianggar lari saya di hadapan rumah sehingga masuk lCU

Suami saya sangat baik dengan semua orang kecuali saya. Depan keluarga saya dia baik sangat tapi dalam baik tu, sebenarnya dia cuba nak mengorat kakak saya. Dia pernah luahkan perasaan dekat kakak saya, dalam hp dia banyak gambar kakak saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum saya tak tahu nak bercerita dan nak luahkan dekat siapa. Saya dah dua tahun lebih bernikah dan alhamdulillah tahun lepas saya hamil, sekarang usia kandungan nak masuk 8 bulan. Sepanjang saya hamil suami tak pernah kisah, suami selalu sangat buat saya rasa sedih. Saya tak tahu kurang di mana saya ni, tapi alhamdulillah sepanjang saya hamil banyak hal saya belajar. Saya bukan la orang yang senang seperti yang orang luar nampak. Saya risau sangat nak beranak pun tak ada duit, dah pelbagai usaha cuba cari kerja ke sana sini tapi masih tiada rezeki lagi. Setiap hari saya menangis sebab dah tak tertahan str3ss.

Saya sedih sangat dengan diri saya kenapa suami begitu kej4m dengan saya. Suami pernah Ianggar lari saya di hadapan rumah  sampai terseret habis perut dan kaki, hingga masuk lCU. Saya yang uruskan diri sendiri dekat dua bulan saya terbaring di katil. Keluarga memang tak bagi saya balik rumah takut suami pukuI lagi. Tapi saya degil tetap balik rumah sendiri dan pilih untuk tinggal sepajang tempoh untuk sembuh. Kemudian suami muncul dan kebiasaan minta maaf saya tarik report polis sebab fikir kalau suami ke dalam kesian.

Malam tahun baru kami berg4duh sebab parking, tapi nasib saya baik ada yang tolong sampai call bomba untuk selamatkan saya di dalam kereta. Bulan lepas usia kandungan 7 bulan, suami str3ss sebab jalan jem dan car park card expired dia bawa saya ke office car park konon nak renew sebelum itu suami Iempang kuat sangat 4x dan pukuI saya. Saya tak meIawan sebab risau baby dalam perut.. Suami turun kereta cakap dekat saya tunggu kejap nak renew card belum sempat saya nak buka pintu lari keluar suami lock pintu dekat 2 jam saya dalam kereta berusaha nak keluar. Macam – macam button tekan tak terbuka saya bunyi kan hon sampai orang officer car parking tu datang tolong Dan m4kin ramai datang membantu tetapi tak berjaya terp4ksa call bomba.

Alhamdulillah dapat buka saya tinggalkan kereta di situ dan pergi ke balai polis untuk buat laporan. Tetapi tiada sebarang tindakkan. Saya kecewa. Suami saya selalu sangat tipu dan dia sangat baik dengan semua orang kecuali saya. Begitu teruk layanan dia pada saya sedangkan saya isterinya dan sedang mengandung zuriat untuk dia. Suami sering cakap, “eee .. tak cantik tak nak dah,” sedangkan orang lain cakap saya biasa saja tak gemok pun. Suami sangat berkira bab duit. Nafkah tak pernah diberi. Saya menikah Dengan suami, mas kawen dan hantaran hanya Rm1k tetapi tak dibayar sehingga hari ini. Saya banyak maafkan perbuatan suami. Banyak bagi peluang. Saya tak pernah baIas dan tak ada niat nak buat apa yang suami buat dekat saya.

Suami saya curang bukan lima kali lebih berpuluh kali saya masih sabar. Suami kanti di kelab malam saya masih boleh senyum dan reIax. Tidur dengan perempuan jangan cakap la, sini sana perempuan lain, WhatsApp gambar mereka. Dah dua kali saya ambil suami di rumah perempuan siap tolong suami angkat baju barang dia lagi. Saya mengandung ni suami tak balik rumah kerap sangat. Balik pun busuk m4buk bau rok0k saya yang tolong suami bersihkan. Balik rumah pun dah subuh, hanya saya dan suami je tahu hal ini .

Depan keluarga saya dia baik sangat tapi dalam baik dia, sebenarnya dia cuba nak meng0rat kakak saya. Dia pernah luahkan perasaan dekat kakak saya, dalam hp dia banyak gambar kakak saya, bff, dan perempuan lain. Dia burukkan saya dekat kawan – kawan sampai la kawan saya nasihatkan supaya hati – hati dengan laki kau sebab dia try aku. Saya tak faham kenapa dia pilih untuk menikah dengan saya sedangkan dia tak berubah dan hati dia banyak wanita lain. Hari ni ada perempuan DM di Instagram cakap yang saya ni ex gf je kenapa nak post gambar. Kecewa sungguh saya. Saya dah tak kuat nak hadapi masalah ni. Tolong la saya.

Komen Warganet :

Aisyah Nur Humairah : Assalamualaikum, saya nak pesan dan nasihat, awak boleh minta fasakh. Mas kahwin RM1k pun dia tak bagi, apatah lagi nafkah awak sebagai isterinya. kenapa nak terus terusan sokong dia dalam kemaksi4tan? Tak perlu minta cerai, tetapi minta fasakh di mahkamah, dan tunjuk bukti kepada mahkamah. Saya memang tak galakkan kalian bercerai. Tetapi, sebaik baiknya fikirkan anak dalam kandungan awak tu. Lagi parah bila suami awak tu berz1na dengan perempuan lain, awak pula boleh biarkan dan sabar. Sejujurnya, awak bukan isteri yang layak dan baik untuk dia. Nauzubillahiminzalik, sebaiknya awak tahajjud, taubat dan istikharah serta istisyarah sekali untuk keputvsan fasakh.

Minta maaf jika rasa tersinggung, tetapi ini terbaik dan jalan paling baik buat awak dan bakal anak awak lahirkan. Usia pernikahan awak dengan saya sama, saya nak masuk anak kedua, awak anak pertama. Awak perlu fikirkan sebaiknya. Suami macam ni sepatutnya dia dengan dunia dia, kalau awak tegur pun tak jalan. Dengan kaki m4buk, masuk kelab, berz1na, awak tak takut HlV? AlDS? sifiIis? Ya Allah,  mohon berikan petunjuk dan kekuatan dengan perempuan ni. Fasakh adalah jalan terakhir untuk awak.

Siti Nurlaela : Lelaki kat dunia ni bukan sorang. Ko biarkan badanmu dizaIimi oleh suami, maknanya ko sendiri telah zaIim pada diri sendiri. Berd0sa taw. Tubuhmu itu titipan Illahi wajib dijaga. Jangan biar dis4kiti. Move on la. Banyak lagi lelaki baik kat luar sana. Jangan jadi lembik sangat dan jangan jadi bod0h. Jangankan anak 1, anak 5 pun boleh cari pengganti. Hati kena kental.

Cahaya Hayati Zainol : Kesian dekat ko ye, tak mampu nak pertahan diri. Macam mana ye nasib anak ko nanti, aku tak dapat bayangkan laki ko ni mental. Orang mentaI ni bukan giIa tapi ada keceIaruan. Jadi memang depan orang dia pandai berlakon, tapi belakang orang dia beIasah kaw – kaw. Ko kata pernah buat report tapi polis tak ambil tindakan, rasanya bukan polis tak nak ambil tindakan tapi mungkin dah tau kot ko akan tarik report balik.

Entah la tapi terus terang aku kesian dekat ko. Kau keluar la dari hidup dia, tak tahu macam mana cara nak keluar? Ko balik je rumah keluarga ko sementara ni. Ko ada surat reportkan, ko bawa surat report kemudian pergi mintak fasakh. Kalau ko tak taw jugak macam mana, ko boleh pergi pejabat agama dulu. Masalah sekarang ni ko buang sifat lemah tu dulu dan kuat sikit. Setakat sayang suami tu, ketepikanlah… Sebab nyawa ko tu boleh meIayang bila – bila masa je.

Firdaus Johari : Haisshh.. jangan lembut sangat hati dengan orang macam ni, buat report polis, pergi hospitaI ambil medical report. Sampai macam tu sekali, lagi nak hadap ke? Saya yang lelaki ni pun rasa meluat jenis lelaki macam tu, yang ni betul – betul naik lemak. Bayangkan nanti baby dah lahir, dia d3ra plak anak dia sendiri. Memang jenis tak bertanggungjawab tu. Mas kahwin dan nafkah yang wajib pun tak boleh nak bagi. Ni jenis hidup bertuhankan nafsu je. Moga dikurniakan hidayah buat sang suami durj4na tu.

Suraya Sue : Dah diri sendiri yang sanggup nak hadapi, buat apa nak mengadu bagai. Tunggu je lah dan tahan je lah badan tu biar dipukuI atau muka tu diIempang. Tak lama lagi biar anak pulak diIambung – Iambung, Silap – silap m4ti kena d3ra, tapi tak apa, awak boleh sabar lagi.. Orang macam ni tak payah nak dinasihat ada akal fikiran letak dekat lutut. Sayang tak bertempat, macamlah laki awak tu lelaki melayu terakhir yang ada dalam dunia ini. Lu fikirlah serdiri. Apa patut di buat. Jangan jadi lembu dicucuv hidung..

Aminah Ibrahim : Pernah baca kisah perempuan macam ni sanggup jadi h4mba laki tak guna. Kalau kau sendiri tak nak ubah nasib kau tak ada siapa pun boleh tolong kau. Kau mengadu kat sini pun tak guna kalau kau sendiri tak bertindak untuk lepaskan diri dari jantan siaIl tu. Ingatlah, kita kahwin untuk bahagia bukan untuk d3rita.