Suami pen4gih siap mengedar, dia halau aku keluar tanpa anak2. Tiba2 polis call suami kena tangkap atas akta 39b ADB

Pertengkaran kami sem4kin teruk bila suami bawa berbata – bata benda tu dalam kereta semasa kami anak beranak keluar. Akhirnya aku dihalau keluar daripada rumah tanpa anak – anak tidak dibenarkan berjumpa anak – anak setahun..

#Foto sekadar hiasan. Aku adalah seorang wanita yang berkahwin dengan kawan baik sendiri. Kami bestfriend dalam 10 tahun sebelum dia melamar aku. Orang kata, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik sebab mesti ada salah satu yang akan jatuh cinta dengan each other kan? Yeah, betul lah ayat ni.

Pengajaran besar buat aku.. Pada awalnya aku bukan berkahwin atas dasar cinta. Masa dia melamar, aku memang sangat berat hati nak terima. Tapi lama – kelamaan disebabkan ibu dan bapa aku suka, aku mula berfikir mungkin ini lah jodoh yang ditetapkan untuk aku.

Solat istikharah dah buat, muka bff pun tak nampak, kemudian aku tawakal je lah dan bernikah. Perkahwinan kami masuk beberapa bulan aku disahkan hamil. Rasa bersyukur tak terhingga Allah berikan ”kebahagiaan” yang berbeza iaitu peluang untuk menjadi seorang ibu.

Aku mula terbuka pintu hati dan perlahan – lahan menyayangi dia. Nak kata in love tu tak adalah tapi perasaan sayang mulai bertambah apabila kami pergi check up baby bersama, tak sabar menanti kelahiran zuriat. Masa berlalu dengan cepat disebabkan kami sama – sama bekerja, pergi ke pejabat, pulang dan kebiasaannya aku akan buat kerja rumah dan berehat.

Waktu bekerja dia kadang – kadang tak tentu, kena stayback sampai tengah malam. Kerja rumah biasanya memang aku akan buat, dah jadi kebiasaan dia balik akan terus berehat sebab penat. Kerja aku di pejabat juga agak banyak memandangkan aku berjawatan tinggi tapi aku tak pernah mengeluh tentang kerja dan kerja rumah.

Waktu pregnant pun aku buat semua. Dia mulai berubah apabila tertekan dengan kerja – kerja pejabat. Bila balik tengah malam, dia akan hisap barang terlarang sampai pagi. Kadang – kadang dia akan bertanya kalau dia boleh pergi lepak dengan kawan – kawan dan layan benda tu.

Dia terlalu ket4gih. Ini ke lelaki yang aku kenali sebelum ini? Suatu sisi yang aku tak pernah tahu.. Aku tahu dahulu orangnya soft spoken, selalu senyum dan tak pernah marah. Aku tertekan, benci dan tak tahan dengan tabiat dia. Selama ni dia berpura – pura je ke?

M4kin lama, dia m4kin menunjukkan per4ngai dia yang sebenar. Side yang kawan – kawan atau family dia sendiri tak nampak. Per4ngai panas baran, kuat memerli, suka guna kuasa vet0, buruk sangka. Per4ngai dia berterusan hingga lah anak kami yang kedua.

Sampai tahap, aku minta dia lepaskan aku dengan baik tapi kata dia, dia tak akan pernah lepaskan aku. ”In your dreams!” katanya. Memang hari – hari aku makan hati, menangis. Aku m4kin meluat dengan tabiat hisap benda h4ram tu. Setiap hari nak hisap. Busuk!

Sampai aku maklumkan pada keluarga dia sebab dia pernah kena tangkap memiliki 2 kilo g4nja. Astagfirullahalazim. Tak pernah ke dia terfikirkan keselamatan aku dan anak – anak. Kami jadi berg4duh disebabkan ini, hampir setiap hari berg4duh.

Sampai dia tengking aku dan seluruh block rumah kami dengar. Aku masih minta dia lepaskan aku, memang dah tak nak lagi dengan dia. Macam – macam dia reverse psych0 aku balik. Katanya terlalu cinta dengan aku, jadi dia tak akan lepaskan.

Kalau cinta, tak kan, kita marah pasangan kita tanpa sebab. Kita akan dahuIukan kebahagiaan dan keselamatan mereka. Aku jadi lost, buntu. Jujur aku cakap, perasaan sayang aku mulai hilang dan lenyap. Memang lenyap terus. Apa yang tinggal hanyalah kesabaran.

Aku berhenti kerja di office supaya aku boleh berikan 100% tumpuan pada anak – anak. Pada masa yang sama, aku cuba work from home supaya dapat bantu pendapatan keluarga. Jadi anak – anak memang selama ni dengan aku dan tak pernah terpisah.

Selepas berjumpa dengan keluarga dahulu disebabkan tabiat g4nja dia, nampaknya seakan dah berkurang tapi aku dapat tau yang dia sebenarnya masih lagi ada hisap di luar. Balik kerja dalam pukuI 9 – 10 malam, terus sambung hisap r0kok dan tengok youtube sampai ke pagi di luar rumah. Kami memang tak bercakap langsung.

Aku kecewa, seperti pasangan suami isteri tapi tak ada bercakap atau communication. Kadang – kadang bila tengah malam aku dengar dia ada bercakap dengan perempuan lain di telefon. Sampai dia kata pada perempuan tersebut, buat – buat seperti bercakap dengan lelaki sebab tak nak aku tahu.

Aku rasa cukup lah dengan selama ini aku banyak hadap dengan panas baran dia, perli, desakan, reserve psych0, tak menghorm4ti aku sebagai isteri dan ibu yang bertungkus lumus menjaga anak – anak. Hati aku memang dah tawar.

Masih tak cukup ke aku melahirkan zuriat untuk dia, bert4rung nyawa berpantang sendirian. Minta dilepaskan tapi tak dapat. Daripada anak – anak lihat kami berg4duh bagi aku adalah lebih baik kami berpisah dan anak – anak dapat melihat sisi kami yang positive, bahagia dengan diri masing – masing.

Sehinggakan suatu hari, kakak aku meninggaI dunia. (Kakak aku ini pernah tinggal bersama kami jadi arw4h sangat memahami tekanan aku). Aku memang terasa kehilangan kakak aku, setiap hari aku rindukan arw4h. Setiap pelosok rumah aku dapat dengar, bau, terasa kehadiran arw4h.

Tetapi selepas dua minggu kehilangan arw4h, dalam keadaan aku murung, suami pulang ke rumah dan bertanya yang kawan dia nak ajak kami fours0me. Aku terus melenting, tak faham bagaimana seorang suami boleh bertanyakan benda itu sedangkan aku baru kehilangan kakak aku dan tergamak dia untuk berfikir demikian.

H4ncur hati aku seolah – olah telah kehilangan maru4h. Sedangkan selama aku berkahwin aku tak pernah keluar dengan kawan baik perempuan aku dan duduk di rumah sahaja. Inikan, ajak ‘bersama’ dengan kawan – kawan dia?

Aku masih lagi cuba bersabar sehinggakan setahun telah berlalu. Dalam kepada aku timbul pelbagai tanda tanya, mungkinkah kehidupan aku akan berbeza sekiranya aku bersama dengan suami aku? Mungkinkah kakak aku akan masih hidup lagi? Mungkin… mungkin.

Sehingga kini aku masih menunggu untuk dilepaskan. Lepaskan lah aku. aku terlalu tertekan dengan dia. Kini aku sudah dalam proses penceraian. Anak – anak aku telah dibawa lari. Aku minta dia lepaskan lah aku secara baik dan kita berbincang tentang hak penjagaan.

Aku terlalu rindukan anak – anak aku. Aku berjanji tidak akan sesekali menafikan hak dia sebagai seorang ayah, aku percaya yang semua boleh diselesaikan dengan baik. Jangan terlalu ikutkan eg0. Jangan difikirkan eg0. – Edel (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Dalam artikel tersebut aku ada menceritakan permasalahnya rumahtangga dan kebuntuan aku semasa anak – anak dibawa lari daripada aku. Dalam comments ramai yang bagi moral support dan tak kurang juga yang kecam aku mengatakan aku mereka – reka cerita.

I’m not m4king up story, it’s just that my story is unbelievable because it doesn’t happen everyday and i choose to keep my silence. Aku nak ucapkan terima kasih pada comment moral support. Sebab anda aku berjaya lalui fasa penceraian dan dapatkan hak jagaan anak (interim hadhanah).

Ini adalah update confession aku dan beberapa soalan andai ada yang boleh beri input. Maaf p0tongan update aku sangat panjang. Mohon bagi yang berpengalaman boleh berikan pandangan yang arif. Aku dan suami berkahwin selama 8 tahun.

Suami aku berkerja di syarik4t berkanun dengan gaji yang selesa. Dalam tempoh perkahwinan, keperluan asas seperti rumah dan makan cukup, yang selebihnya aku tanggung sendiri. Kami dikurniakan 2 orang anak, sehingga anak ke-2 aku masih bekerja di syarik4t korporat dan berhenti selepas itu.

Aku menjaga anak – anak sendiri dan buat kerja jualan online di rumah. Suami akan ke pejabat pada waktu pagi dan selalunya pulang lewat atas alasan banyak pending work termasuklah semasa aku masih mengandung dulu.

Semua anak aku berpantang bersendirian sambil jaga mereka. (Aku tak ada duit dan support system keluarga). Sebelum berkahwin, suami adalah seorang pelajar cemerlang biasiswa penuh di luar negara. Disebabkan lama tinggal di luar negara, suami banyak terpengaruh dengan tabiat menghisap g4nja dan mengambil barang terlarang.

Jadi apabila pulang semula ke Malaysia, suami terikut – ikut dengan ideology legalisation g4nja. Aku cuma tau tabiat suami apabila sudah bernikah. Kadang – kadang suami akan beritahu dia nak lepak dengan kawan – kawan private party di suite hotel sambil ambik barang terlarang dan pulang pada pagi berikutnya.

Aku  amat tentang dan benci tabiat ambik d4dah suami. Jadi kami sangat kerap berg4duh sebab ini. Lama kelamaan, suami mula berjinak dengan penjualan d4dah walaupun sudah mmpunyai kerja yang tetap dan faedah syarik4t yang sangat lengkap.

Dapur rumah kami dijadikan tempat memasak / proses benda tu. Aku berang sangat sebab tak dapat nak masak dalam keadaan dapur banyak habuk g4nja. Terp4ksa la aku turun bungkus makanan dekat kedai mamak dengan bawa anak – anak setiap hari (aku takde kereta – suami tak izinkan beli).

Pertengk4ran kami jadi sem4kin teruk apabila suami bawa berbata – bata g4nja dalam kereta semasa kami anak beranak keluar. Aku risau kalau aku disabitkan bersubahat dan anak – anak dipisahkan daripada aku. Hari – hari aku minta dia lepaskan aku secara baik sebab aku dan anak – anak tak nak terlibat.

Aku banyak did3ra secara mentaI disebabkan sifat narciissist suami yang banyak merendah – rendahkan dan menggunakan ayat seperti aku ini “cuma seorang isteri” dan tak berhak bersuara. Sebelum berkahwin, sifat suami adalah seorang yang lembut dan pemalu.

Hidup aku memang di dalam rumah bersama anak – anak sahaja. Kalau keluar pun tak lebih 2 kali sebulan. Aku tak mempunyai kehidupan sosiaI apatah lagi kawan – kawan. Aku cuba bahagia kan diri dengan gelak tawa anak – anak.

Ada masanya aku terduduk dan murung kerana suami meniduri aku hampir setiap hari tanpa kerelaaan dan bila aku tidur kepenatan. Ada yang sehari lebih 2 kali. Akhirnya aku dihalau keluar daripada rumah tanpa anak – anak tidak dibenarkan berjumpa anak – anak selama setahun.

Alhamdulillah aku nekad, dengan penjualan online sikit – sikit yang aku dah kumpul selama 7 tahun aku lebih yakin untuk fail kan penceraian sendiri di mahkamah. aku dapatkan peguam dan melalui proses penceraian. Proses penceraian memang amat sukar bagi aku laluinya sendiri dalam keadaan kehilangan anak – anak yang tak pernah berpisah daripada aku.

Setelah lebih setahun, semua proses majlis sulh, kaunseling JAWI, hakam keluarga dan hakam mahkamah.. suami masih enggan melepaskan aku. Repot JAWI dan hakam memutuskn bahawa hubungan kami memang sudah tidak boleh dibaikpulih lagi.

Mahkamah akhirnya putuskan bahawa hakam boleh lafazkan taIak bagi pihak suami. Kes penceraian aku sudah selesai. Bagi hak jagaan anak (interim hadhanah) aku sudah selesai dan mahkamah memutuskn bahawa aku dapat hak jagaan sementara.

Alhamdulillah anak – anak dipulangkan kepada aku dan suami dapat hak bermalam. Aku amat bersyukur walaupun sumber pendapatan aku tak stabil kadang – kadang ada kadang – kadang tak. Kes hak jagaan penuh anak – anak aku masih berjalan.

Semasa persediaan kes hak jagaan penuh, aku dapat panggiIan daripada polis bahawa suami kena tangkap atas akta 39b ADB. Jadi untuk sampai ke perbicaraan akn ambik masa bertahun – tahun. Untuk kes tuntutan nafkah anak – anak, aku baru sahaja buka kes tanpa peguam.

Duit aku dah habis digunakan untuk kelangsungan hidup dan bayaran peguam untuk penceraian, interim hadhanah dan hadanah kekal (masih belum habis bayar).

Persoalan aku:

1. Bagaimanakah proses kes tuntutan hak jagaan kekal anak – anak aku? Adakah kes ni akan terg4ntung atau mahkamah boleh terus memutuskan perintah?

2. Tuntutan nafkah anak – anak aku, adakah mahkamah dapat keluarkan perintah atas nama suami?

3. Sekiranya atas nama suami, suami akan berada dalam penjara sekurang – kurangnya 10 tahun… mungkin seumur hidup.

Jadi dalam tempoh tu macam mana aku nak kuatkuasakan supaya ahli keluarga suami bayar tuntutan nafkah anak – anak? Sejujurnya aku tak mampu tanggung seorang diri.

Komen Warganet :

Noor Faridah Berahim Berahim : Tahniah puan, kuat dan berani untuk mempertahankan hak. Akta 39B , tak perlulah puan berharap nafkah daripada ex suami. Kemungkinan seumur hidup dia bakal dipenjarakan, insyaAllah kami doakan rezeki puan dan anak – anak akan melimpah ruah.

Kisah yang menjadi pengajaran kepada yang ada masalah yang sama, kalau pasangan terlibat dengan d4dah, kronik , berundurlah.. kesiankan diri sendiri dan anak – anak dulu.

Rainbow Sunshine : Saya rasa dua perkara sudah lega di sini. Bercerai dan tidak terik4t dengan suami. Suami ke dalam penjara jadi tak risau anak dijaga oleh suami kaki d4dah. Bab nafkah anak boleh bincang dengan keluarga ex jika mampu.

Jika tak jangan berharap sangat memang s4kit hati. Mohon sepenuh hati dengan Allah SWT dan cari bantuan dari badan yang sesuai. InshaAllah… Akan ada jalan keluar dari ujian ni dan sinar bahagia akan tiba.

RaRa Razzmann : Alhamdulillah. Tahniah puan berjaya keluar dari perkahwinan yang zaIim. Untuk step seterusnya tentang hak hadhanah dan nafkah, saya nasihatkan puan dapatkan peguam melalui BBG / Biro Bantuan Guaman.

Kalau tinggal di Selangor, khidmat BBG percuma ada disediakan untuk yang pendapatan under RM1500. Hubungi pejabat agama berdekatan. Stay strong puan. Your kids need you.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.