Suami kurung anak dalam rumah sebab anak aku ada ADHD dan aut1sme

Aku ibu tunggal dan ada seorang anak ADHD dan aut1sme. Bila aku berkahwin baru, suami tak boleh terima anak aku. Kadang2 sedih tengok suami bawak anak2 sed4ra dia naik moto pusing2 tapi anak aku dia kurung dalam rumah. Kalau ada kenduri, dia larang aku bawak anak pergi takot memaIukan dan buat huru hara dekat tempat orang..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, Aku str3ss sangat. Aku sebelum ni janda anak satu dan dah nikah dengan seorang duda tak ade anak. Anak aku ni kategori ADHD, hyperaktif tahap gaban. Semua orang singkirkan anak aku, baik sekolah biasa atau pun berkawan.

Aku sedih dan aku tak tau nak luah pada siapa, bekas suami aku yang dulu tent3ra, dia tak pernah bagi nafkah pada anak yang aku jaga ni. Sekarang dia dah kahwin baru, ada anak 2 orang. Sekali pun tak tanya khabar, anak aku sekarang berumur 7 tahun.

Dekat sekolah anak aku pintar matem4tik n english tapi sebab dia hyperaktif, tak ada sorang cikgu pun sanggup nak ajar dia. Jadi aku tukarkan dia ke kelas pendidikan khas dan dia pemegang kad 0KU. Anak aku bukan setakat hyper aktif tapi ada sikit austime.

Jadi dia lain dari yang lain sikit dari segi tingkahlaku. Walaupun dari segi fizikal nampak segalanya okey. Memang dari luar tak ade orang tau anak aku 0KU. Kisah aku bermula selepas aku kahwin baru, suami aku jauh lagi muda dari aku.

Sekarang usia pkahwinan kami dah masuk 5 tahun. Suami aku ni tak boleh terima sikap anak aku, yang pelik dari orang lain. Dia memang bencikan anak aku, dia tak pernah berborak dengan anak aku, kalau ada yang keluar dari mulut dia cume marah – marah je kat anak aku.

Mana tak marah min anak aku memang berbeza dari orang lain macam aku kata la, tak ada orang boleh tahan. Anak aku tak boleh duduk diam, dia merayau je satu rumah. Bila suruh duduk, sekejap je kemudian dia bangun balik.

Kadang – kadang aku sedih tengok suami aku bawak anak – anak sed4ra dia naik motor pusing – pusing tapi anak aku dia kurung dalam rumah. Kalau ade kenduri, dia Iarang aku bawak anak aku pergi takot memaIukan dan buat huru hara dekat tempat orang.

Aku tak kisah kalau aku tak pergi tapi aku tak sanggup nak tinggalkan anak aku sebab semata – mata nak pergi makan. Dulu aku kerja masa jadi ibu tunggal, tapi lepas aku kawin suami aku tak bagi aku kerja. Tapi anak aku nak masuk sekolah, nak beli baju ke, kasut ke, duit sekolah hari – hari, aku segan, aku minta tolong dengan kawan – kawan.

Kadang – kadang aku jual harta apa yang aku ade untuk beli kelengkapan sekolah anak. Suami aku tak akan benarkan duit dia salur kat anak aku, alasan dia bapak anak aku tu masih hidup (bekas suami) Tapi dia tak faham ke orang tu tak nak bagi nafkah kat anak aku, aku sedih tapi aku tahan.

Aku nak kerja dia tak bagi tapi dia tak pernah tanya sekali pun macam mana aku dapat sekolahkan anak aku. Entah la dia buat – buat tak tau ke apa.. Aku dulu dari sekolah ade kenal dengan abang angkat aku ni dia selalu tolong aku dan family aku dari aku sekolah sampai aku nikah yang dulu dan terakhir abang angkat aku ni selalu topupkn kredit untuk aku tanpa harap baIasan apa – apa.

Dia dah bernikah, kami pun tak pernah mesej atau apa – apa, cuma memang setiap bulan aku nampak kredit ada. Kalau ada dia bagi duit belanja sikit dia akan mesej bagitahu duit ada masuk sikit buat belanja. Aku banyak terhutang budi.

Suami aku dapat tau dan dia har4mkan aku terima apa – apa. Aku tau aku berd0sa tapi aku tetap terima bantuan dari abang angkat aku atas alasan, aku ni tak berduit, mana aku nak cekau untuk sara anak aku? Suami baru aku ni baik layan aku, dia sayangkan aku betul – betul.

Dia tetap bersama aku walaupun aku dah tak boleh mengandung lagi bagi anak dekat dia. Aku ada masalah peranakan tapi macam aku kata dia bermasalah dengan anak aku je.. Dia sangat berkira kalau aku buat milo untuk anak aku sebab dia yang beli.

Sedih, aku buat air milo dekat laki aku, anak aku nampak dia nak jugak. Tapi laki aku marah, aku jadi serba salah sangat. Aku tau suami tu lebih besar darjat tapi aku ni ada anak 7 tahun, bukannya dah besar. Siapa lagi nak sayang anak aku selain aku, semua orang dah buang anak aku termasuk bapak kandung.

Salah ke aku sayang anak aku, suami aku kata aku lebihkan anak.. Ya Allah, mengalir air mata aku. Dia tak pernah sayangkn anak aku tapi kalau bab anak aku buat salah cepat je pukuI anak aku. Aku sebak kadang aku pertahankan anak, aku halang dia pukuI.

Dia terus tak bercakap dengan aku, kata aku isteri derh4ka. Kalau beli sarapan pagi, dia cuma belikan untuk aku.. dia kata aku je tanggungjawab dia, anak aku bukan tanggungjawab dia.. Ye, aku tau bukan tanggungjawab dia tapi aku seorang mak, aku jaga anak aku sendiri masa jadi ibu tunggal.

Aku tak boleh terime nampak anak aku kena pukuI teruk, memang bukan d3ra setiap hari tapi kalau anak aku buat salah kecik dia macam dapat peluang je cari nak pukuI alasan mengajar tapi aku nampak dia pukuI sebab benci bukan sebab mengajar.

Kadang – kadang dia kata nak haIau anak aku, kalau dia haIau anak aku, takkan aku nak tengok je? Atau aku patot keluar skali? Dia selalu kata, cepat besar aku nak ajak bertumbuk dengan kau. Anak saya hormat orang tua, tak perlu nak ajar anak saya biad4p meIawan dia.

Anak saya bila kene pukuI memang jerit kata s4kit !!! dia tenung keras tapi tak berani meIawan suami. Suami aku kata anak aku meIawan dan akan pukuI lagi teruk. Macam peristiwa malam tadi, kami bawak anak beli roti canai, anak aku macam mana ntah bole berlari kat tengah jalan hampir je nak kena Ianggar.

Aku dah marah dan pukuI supaya suami aku tak pukuI dah tapi suami aku tak puas hati bila balik dia pukuI lagi anak aku. Tak puas dengan pukuI dia tamp4r anak aku. Aku dah panas giIer aku capai cawan ada air, aku simbah kaki dia supaya dia stop pukuI anak aku.

Terus suami aku tamp4r aku kemudian dia berhenti. Dia tak pernah naik tangan dengan aku, mungkin dia terk3jut aku buat macam tu.. Aku tau aku derh4ka, aku bukan bini yang baik tapi aku rasa anak aku akan mend3rita kalau kami masih bersama.

Sebab sebelum aku kahwin walaupun aku kerja siang malam cari duit, hidup aku dan anak aku bahagia. Aku garang jugak tapi aku tau aku cuba yang terbaik untuk anak aku. Bila nak raya je, aku termenung pikir macam mana aku nak beli kan baju raya untuk anak aku. Allah. Dah 2 tahun aku tak belikan baju raya, aku beli thirt biase je min.

Bila raya saud4ra suami tak bagi pun duit raya dekat anak aku, memilih yang mana anak saud4ra betol dan tidak. Nak je aku bawak diri ni jauh – jauh dengan anak tapi aku sayangkan hubungan aku dengan suami. Aku dah kahwin kali kedua aku tak nak pernikahan aku gagal lagi.

Aku nikah dengan suami aku dasar cinta dia terima aku walaupun aku ada anak. Dah la aku m4kin tua umur 31 tahun. Kalau aku janda mana ada orang nak aku, tambah dengan ada anak austime lagi. Aku rasa besar dugaan aku. Patutlah Allah tak nak bagi aku anak dengan suami baru.

Masa aku taip ni aku sedih sangat. Anak aku baru je tidur lepas kena pukuI dengan suami aku. Aku tak tau apa dalam pikiran dia, kenapa dia bencikan sangat anak aku yang baru umur 7 tahun ni.. Bila anak aku nak manja – manja dengan aku, dia ajak aku masuk bilik dan kunci pintu padahal dalam bilik dia buat hal dia, main game je.

Aku nak hantar anak aku mengaji al quraan, dia kata anak aku tak guna gak, tak akan pandai, tak boleh duk diam gak, lagi buat str3ss ustaz nanti. Dia langsung tak bagi semangat, habis tu, takkan aku tak patot bagi pendidikan agama. Biarlah anak aku boleh kenal huruf jawi, kalau bod0h mana pun, macam aku kata, anak aku iq matem4tik dia geniuss.

7 tahun baru, jangan banding dengan kanak – kanak yang dah besar ya. Anak aku dah pandai baca suku kata walaupun tak boleh baca buku cerita lagi. Aku rase tak tau apa yang terbaik untuk aku, kalau bersama dengan suami, anak aku tak bahagia. Bila bersama kami akan bertekak pasal anak aku ni je.

Tak boleh ke aku pilih kedua – duanya, anak dan suami? Kenapa suami seperti macam nak aku buat keputvsan memilih, habis tu anak aku nak duk dengan sape? Bapak kandung dia pun tak pernah tanya khabar, sesen tak beri nafkah.

Nama je anak tent3ra tapi anak aku pergi hospitaI kena bayar gak RM1, sebab alasan aku bukan bini askar lagi tapi kan anak aku anak askar? Memang tak boleh ke? Tak pe la abaikan. Aku nak kerja untuk anak tapi aku rasa suami memang saja nak susahkan aku pun ade.

Dia tak bagi aku kerja tapi anak aku kena tanggung sendiri. Aku nak jual tah1k gigi ke apa, tapi alhamdulilah aku ada kawan yang faham masalah aku. Aku tak pernah cerita masalah  kami laki bini tapi dia faham anak aku tak ade nafkah.

Aku terfikir, aku ni ibu apa ye? Tak layak ke aku jadi ibu kepada anak aku sebab tu ke Allah tak nak bagi aku anak lagi? Atau aku tak layak bahagia bila ada suami. Aku ni layak jadi janda je ke, puaskan hati semua orang? Biar suami aku kahwin orang lain dan ada anak dengan orang lain supaya dia faham macam mana kasih sayang aku pada anak aku?

Bila anak aku teringin nak minum air sirap yang suami tengah minum, dia tak bagi sebab jijik kalau anak aku minum. Akhirnya, aku kena buat satu cawan lain untuk anak aku. Ya Allah, panjangnya aku taip.

Komen Warganet :

Fazlinah Razali : MemukuI bukan terbaik nak kawal anak yang ada ADHD. Nanti dia bertambah degil atau berdend4m. Jalani terapi dan dapatkan nasihat daripada pakar ya puan, kasihan anak. Bukan itu caranya puan. Puan mesti kuat mentaI didik anak puan.

Saya tak berada di tempat puan tapi kalau saya fikir – fikir dan diberi pilihan, saya rela pilih anak saya daripada suami a.k.a bapa tiri yang tak nak terima kehadiran dar4h daging yang dikandung 9 bulan 9 hari. Entah – entah suatu masa nanti anak yang macam ni lah yang akan jaga kita semasa kita tua dan beIa kita apabila s4kit. Keep strong..

Haminur Syafarah Hairudin : H4ng sayang nak tinggalkan laki hang sebab dia baik dengan hang sorang jer. Laki boleh cari wehh.. Anak tak ada galang ganti.. Sekali Allah tarik anak hang. Tak ada lah zuriat untuk hang lagi. Jangan menyesal.

Untuk budak 0KU, aku rasa boleh pergi JKM kan untuk minta bantuan.. Pergi jumpa apa – apa badan berkanun atau swasta. Tanya orang – orang. Macam mana nak handIe anak istimewa ni dan dalam masa yang sama, ada handphone, Cubalah cari kerja buat dropship ke agent ker.

Yang tak perIukan modal, usaha jangan mlas.. Sekurang – kurangnya dapat duit sikit boleh lah.. Boleh buat belanja anak.. Hang tak kesah sebab laki hang boleh taja. Pasal mak – mak sed4ra dia nak bagi ke tak bagi duit raya tu. Lantaklah depa lah jangan dok fikir, bahagiakan anak hang sudah lah.

Rosmawati Omar : Ya kau memang tak layak jadi ibu yang baik jika kau masih bersama suami set4n tu. Dia nak kau tapi anak kau dia tak nak. Lepastu kau kata suami sayang dan baik ngan kau, apa benda lah kau ni?? Suami hati busuk macam tu pun kau kata baik. Tak berperikemanusiaan langsung.

Padahal dia tak ada anak, apalah salah bagi nafkah kat anak kau sikit. Jangan jadi bod0hlah, dah tahu kalau kau bersama suami anak jadi m4ngsa, jadi apa lagi angkat kaki lah. Pilihlah anak jangan jadi lembik sgt. Besarkan anak elok- e lok, adalah ganjaran kau dapat dari Allah swt, dari kau jadi isteri yang mer4na jiwa raga, sikit – sikit derh4ka.

Anne Angel : Alalalaa 31 takut janda dah tak ade orang nak? Engkau tak boleh hidup tanpa lelaki ke? Sanggup anak kena pukuI demi lelaki? Sanggup maruah kena pijak – pijak demi lelaki. Masa ko janda, ko senang berdua dengan anak. Ni dah berlaki ko nak bawa anak ko mend3rita.

Sakura C Tulip : Bekas suami tent3ra kan. Kenapa tidak berjumpa atasan dia mengadu perihal nafkah anak? Selepas tu pergi makamah tuntut nafkah untuk anak tu (tuntut sekali nafkah tertunggak), anak ada elaun 0KU, gunakan elaun tu untuk perbelanjaan persekolahan.

Join kelab aut1sme di fb.. Di situ banyak yang awak boleh belajar (saya pun join juga) dan yang paling saya tak faham kenapa awak masih mampu bertahan sedangkan anak awak di buIi. Bangunlah weiiiii, tiada siapa yang boleh tolong anak awak.. Selain awak!!!!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.