Saat azan maghrib berkumandang aku berp3rang dengan perasaan aku sendiri. Aku jadi hilang kawalan sehingga aku tolak dan bercakap kasar dengan dia. Hilang rasa hormat dan aku bertindak keluar pergi ke kedai belikan dia r0kok. Aku p4ksa dia hisap r0kok depan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Hafi, seorang isteri. Kini dah menghampiri 2 tahun alam perkahwinan bersama suami pilihan hati. Masih belum dikurniakan zuriat. Sekadar ingin meluahkan perasaan dan kekecewaan yang teramat sangat.
Aku seorang yang benci dengan per0kok walau aku sedar dalam ahli keluarga aku sendiri ada yang mer0kok. Jadi aku ambil pendekatan bila mereka – mereka ni mer0kok aku akan jauhkan diri. Kisah bermula dari fasa perkenalan.
Aku awal – awal dah beritahu pada suami syarat untuk pergi ke fasa seterusnya adalah suami perlu berhenti hisap r0kok. Aku tak nak pasangan aku hisap r0kok dan perlahan demi perlahan suami mula kurangkan menghisap r0kok sehingga la ke fasa pertunangan.
Dia berjanji dengan aku yang dia tak akan hisap r0kok dan vape lagi. Sepanjang kami keluar berjumpa untuk uruskan hal perkahwinan, dia memang tidak lagi hisap r0kok depan aku sehingga la suatu hari semasa dia video call aku, dia terkant0i dia tengah hisap r0kok.
Maka kami berg4duh besar hingga nak putvskan pertunangan. Allahuakhbar, dugaan tunang itu sangat la besar dan ianya betul – betul meny4kitkan. Dipendekkan cerita dia pujuk aku dan aku bagi dia peluang kedua. Kami teruskan pertunangan sehingga la ke alam perkahwinan.
Masuk alam perkahwinan setahun yang pertama, aku bagi sepenuh kepercayaan kepada dia. Aku cuba sedapkan hati untuk tak curiga dengan suami tetapi benda yang aku takutkan terjadi lagi. Masuk tahun kedua suami mula buat per4ngai semula bila mana kant0i dekat whatsapp dia mintak r0kok pada abang aku.
Dan lebih kurang sebulan yang lepas, lagi sekali kant0i depan mata aku sendiri dia hisap r0kok disaat kami hendak keluar. Masa tu perasaan aku hanya Allah yang tahu. Allahuakbar. Saat azan maghrib berkumandang aku berp3rang dengan perasaan aku sendiri.
Aku jadi hilang kawalan sehingga aku tolak dan bercakap kasar dengan dia. Hilang rasa hormat dan aku bertindak keluar pergi ke kedai belikan dia r0kok. Aku p4ksa dia hisap r0kok depan aku tapi dia menolak. Dia memberi alasan yang dia tak sengaja dan bersump4h yang dia memang dah tak hisap r0kok lagi walaupun masa tengah kerja.
Akibat dari itu, aku sikit demi sedikit jadi hilang kepercayaan pada suami aku sendiri. Perasaan curiga sentiasa ada dengan suami terutamanya bila setiap malam dia akan duduk di depan rumah sehingga lewat malam untuk bermain game bersama abang aku.
Aku jadi tertanya – tanya dia hisap r0kok ke tapi aku masih ambil pendekatan untuk berdiam diri. B0dohkan aku? Masih diam walau dalam hati hanya Allah yang tahu. Dan hari ini, dengan kuasa Allah, Dia nak tunjuk pada aku yang aku terjumpa 2 kotak r0kok bersama lighter di bawah seat kereta yang dia gunakan hari – hari untuk pergi kerja.
Sehari sebelum tu pagi aku nak keluar pergi kerja aku nampak hampir 10 puntung r0kok dekat lantai. Aku jadi tertanya – tanya kenapa banyak sangat sedangkan petang tu aku dah sapu bersih laman rumah. Takkan abang aku hisap r0kok macam tu banyak dalam tempoh dua tiga jam je.
Dan hari ni terjawab sudah pertanyaan dan rasa curiga aku itu rupanya petanda suami aku masih mer0kok di belakang aku. Allah Allah Allah. Untuk sekian kalinya aku di tipu lagi. Suami juga masih belum tahu yang sebenarnya aku dah tahu tentang penipuan dia kali ini.
Secara jujurnya aku sangat down dan buntu sekarang ni. Aku juga masih belum ada kekuatan untuk berdepan dengan suami. Aku takut aku hilang kawalan macam perg4duhan sebelum ini. Cukup banyak suami menipu aku.
B0doh ke aku sayangkan orang yang tak sayangkan dirinya sendiri? B0doh ke aku masih memberi peluang demi peluang hanya untuk menyelamatkan rumahtangga kami yang baru setahun jagung? Perlu ke aku melibatkan ahli keluarga aku yang lain dan keluarga suami atas apa yang suami dah lakukan?
Aku mohon pandangan dari kalian apa yang perlu aku lakukan sekarang untuk selesaikan masalah yang mungkin pada sesetengah orang hanya la masalah yang kecil saja. Tapi pada aku ianya cukup buat aku rasa kecewa dengan insan yang bergelar SUAMI. Hanya pada Allah tempat untuk mengadu dan berserah. Terima kasih.. – Hafi (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurul Shahira Nazri : Maaf cakap, saya pun tak suka per0kok. Tapi apa yang saya buat? Saya akan reject calon yang mer0kok, yang mengaku konon nak berhenti mer0kok pun saya reject. Vape? lagi la reject. Saya terus terang kata, saya mencari calon yang TIDAK PERNAH sentuh r0kok, atau SUDAH BERHENTI mer0kok sebelum kenal dengan saya sebab saya tahu apa yang saya nak.
Jadi, apa yang sis fikir dengan janji lelaki yang kata nak berhenti tapi kant0i 3-4 kali? DIA TAK AKAN BERHENTI. Tak guna kita merajuk berg4duh p4ksa untuk dia berhenti, melainkan dia sendiri yang mahu berhenti dengan rela hati.
Yang sis pilih dia untuk jadikan husband dah kenapa, sedangkan sis tahu dia mer0kok??? Well, sekarang dah kahwin dah pun. Sendiri pilih, kenalah belajar untuk redha. U already have choices sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Sekali dah pilih, 2 jalan je samada teruskan berdoa dan usaha support husband berhenti mer0kok sambil tahan s4kit hati, atau keluar dari perkahwinan tu. Seumur hidup tu terlalu lama, sis. cheers!
Khairul Anuar Pahruroje : Saya bekas per0kok dari umur saya 21 tahun sampailah ada anak 3 orang. Ketika itu umur saya 37 tahun, saya masih mer0kok. Isteri saya memang selalu beri nasihat. Masuk anak ke-4 ,saya janji dan bernazar akan berhenti mer0kok. Dengan kuasa Allah saya dapat anak ke-4, lelaki.
Jadi saya kena tunaikan nazar dan janji saya. Alhamdullillah sekarang dah 2 tahun lebih saya berhenti. Untuk para isteri, sentiasa beri sokongan dan galakan untuk berhenti. Salah satunya jalan melalui anak. Kekuatan suami biasanya pada anak. Mula – mula kahwin sayang suami 100% kat isteri. Bila dapat anak, sayang dekat isteri hanya tinggal 40% je lagi 60% lebih pada anak – anak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.