Suami dtg merayu, minta peluang kedua. Aku hanya mampu bangun, Iudah tepat dekat muka dia

Aku ingat lagi tarikh yang tak kan aku lupakan sampai bila – bila. Kawan kerja aku call bagitahu nampak suami dan anak aku masuk dalam rumah kami tapi perempuan lain. Mesra, berpegangan tangan. Dia kata macam kenal perempuan tu tapi dia tak berani nak cakap. Badan aku auto menggigil, Siapa perempuan tu?

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan hi kepada semua pembaca. Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Bila diingatkan balik hati ini tersangat sangatlah s4kit. S4kit yang tiada ubatnya melainkan memohon doa dari-Nya agar aku cekal dan redha menghadapi ujianNya.

Walaupun begitu aku dah cukup kuat dan bersedia untuk sekadar meluahkan di sini supaya mungkin boleh korang jadikan ini sebagai pengajaran dari pengalaman hidup aku. Harap semua berlapang d4da membaca coretan hidup aku.

Aku tidak pandai bercerita dan berharap sangat yang korang semua boleh terima dan faham apa yang aku cuba sampaikan. Semua nama dalam ini adalah bukan nama sebenar ya. Kenalkan aku Rose, sudah berkahwin dan seorang wanita bekerjaya yang berasal dari Seremban dan bekerja di Kuala Lumpur.

Cerita yang bakal aku ceritakan ini adalah mengenai adik perempuan aku yang bernama Lily, baru je habis belajar. Aku juga punya seorang abang dan seorang kakak dan seorang lagi adik lelaki. Ada sebab kenapa aku perlu kenalkan semua adik beradik aku, sebab ada sangkut paut dan memudahkan korang memahami jalan cerita aku.

Fahad adik bongsu aku menetap bersama kedua orang tua aku di Seremban. Fadli (abang) dan Iris (kakak) pun bekerja dan menetap di Kuala Lumpur cuma kakak aku ni setiap minggu memang akan balik Seremban untuk jumpa ibu dan ayah.

Kami adik beradik memang antara adik beradik yang terpaling susah orang nak tengok kami berg4duh hatta bermasam muka sekalipun. Kalau balik kampung waktu hari raya kami tidak kekok bermanja, bergurau mesra dengan adik beradik yang lain.

Tetapi hubungan akrab kami sesama adik beradik itu tidak dapat bertahan lama dan tidak mungkin akan kembali seperti dulu lagi. Aku kenalkan juga Arif atau lebih dikenali sebagai bekas suami yang telah aku kenal sejak zaman aku belajar lagi dan hasil dari perkahwinan kami lahirlah seorang putera comel.

Anak yang bijak yang sedari kecil lagi telah dipertontonkan dengan segala adegan yang tidak patut kanak – kanak sekecil itu menyaksikannya. Maafkan ibumu ini ya anakku. Kepercayaan ibu terhadap adik kandung sendiri sama sekali h4ncur apatah lagi untuk ibu percaya kepada orang luar.

Kita akan hidup bahagia berdua bersama sama tanpa kehadiran orang lain ya anakku. Itu apa yang aku janjikan kepada putera kesayangan aku. Aku begitu menyayanginya melebihi diri aku sendiri.

FEBRUARI, 2018. Di hari Sabtu yang mana pada ketika itu orang tua aku menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka di Seremban, kami sekeluarga dan juga saud4ra mara yang lain masing – masing datang untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kedua ibu bapaku.

Sedang sibuk aku berbual dengan Iris dan sepupu kami yang lain, Arif datang kepada aku sambil menunjukkan bajunya yang kotor terkena kuah kacang diikuti Lily dari belakang sambil mulutnya tidak berhenti memohon maaf kerana katanya tidak sengaja mengotorkan baju Arif.

Arif hanya tertawa kecil dan mengatakan tidak apa benda kecil je tetapi tidak bagi Lily yang berasa serba salah atas kecuaiannya. Aku bawa Arif masuk ke dalam untuk menggantikan baju baru untuknya. Aku panggil Fahad masuk sekali untuk meminjamkan Arif sehelai baju sebab awalnya kami tidak bercadang tidur di situ, jadi sehelai pakaian pun langsung kami tidak bawa.

Aku menyuruh Arif menunggu aku di dapur sementara aku dan Fahad memilih pakaian yang sesuai untuk Arif. Tak lama dalam beberapa minit kemudian aku pun terus melangkah kaki ke dapur dan aku nampak Lily sedang membersihkan kotoran di baju Arif sambil dia berterusan meminta maaf dari Arif.

“Maafkan I ye Arif. I betul betul tak sengaja.” Apa yang aku rasa ketika itu? Jujurnya aku tidak rasa apa apa yang pelik apatah lagi fikir yang bukan – bukan. Pada aku ketika itu Lily cuma berasa bersalah yang teramat dan tiba tiba Iris menjerit pada Lily.

“Eh Lily kau dah kenapa?” Lily terk3jut bila kena sergah dengan Iris dengan aku aku sekali terk3jut dengan kehadiran Iris dan bila aku maju selangkah ke hadapan Lily cepat – cepat menjauhkan diri dari Arif. Kata Lily dia memang tidak sengaja berbuat begitu dan rasa telah buat Arif malu di khalayak ramai.

Iris mencelah seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Lily. Kata Iris semua orang pun tahu yang dia rasa bersalah buat baju Arif kotor tapi perlu ke sampai ikut Arif masuk ke dalam dan bersihkan baju Arif? Isteri dia ada jadi dia tak perlu susah payah nak bersihkan baju dia.

Tak pernah selama ini aku nampak Iris tinggi suara pada adik beradik kami yang lain. Lily tidak berkata apa – apa dan hanya memandang sayu pada aku. Setelah itu Arif cuba menenangkan Lily dan Iris dah mengatakan tiada apa untuk dirisaukan.

Lily mengangguk faham dan meminta maaf sekali lagi sebelum beredar pergi meninggaIkan kami bertiga. Selesai je aku membantu Arif menggantikan pakaian, Iris datang rapat dan cuba buka topik akan hal tadi. Katanya dia tak suka Lily terlalu rapat dengan Arif dan minta Arif jangan terIampau peramah dengan Lily.

Aku hanya beranggapan tiada apa sangatlah biasalah dia rasa bersalah sebab tidak sengaja kotorkan baju Arif. Lagipun dia adik kandung aku dan aku tiada sampai terfikir akan perkara negatif yang bakal terjadi nanti. Begitu husnuzon ya aku ketika itu.

Permulaan kepada semua yang terjadi ini aku dapat hidu pada tahun 2019 yang mana pada ketika itu kami sekeluarga termasuk keluarga aku dan keluarga suami bercuti di Langkawi. Pun aku masih dapat menenangkan diri yang mana tidak mungkin lah pada fikiran aku mereka berdua sanggup mengkhi4nati aku.

Suami dan adik kandung aku sendiri. Apalah sanggup mereka berbuat begitu di belakang aku, fikir aku begitu. Ternyata perasaan yang aku cuba sembunyikan walhal hati ini tahu ada yang tidak kena antara mereka berdua pun aku masih bersangka baik.

Ketika itu jam 12 malam sudah terlalu lewat untuk aku tidur. Arif katanya mahu meluangkan masa di bawah sebentar. Aku biarkan sahaja tanpa fikir yang bukan bukan ketika itu. Kepenatan menguruskan segalanya membuatkan aku tertidur dan membiarkan sahaja Arif keluar pagi itu.

Dalam pukuI 2:45 pagi anak aku terjaga dan meragam teruk pagi itu. Aku cari kelibat Arif di dalam bilik tetapi dia tiada. Keluar tepat pada pukuI 12 malam dan sehingga 2:45 pagi pun dia masih tidak balik ke bilik lagi. Aku dah mula rasa yang bukan – bukan.

Naluri seorang isteri macam mana kita nak bersangka baik sekali pun tetap perasaan yang bukan – bukan itu membuak – buak mengatakan sesuatu yang tak best tengah berlaku. Anak aku yang meragam auto celik mata pagi tu.

Aku angkut anak aku sekali pergi ke bawah mencari Arif. Aku tak cuba call Arif pun aku terus je pergi cari dia kat bawah. Cari punya cari aku nampak Arif tengah relax duduk dekat satu kawasan berhadapan dengan pantai berborak dengan Lily.

Aku fikir apa tau masa ni, mungkin dorang berdua tak boleh tidur dan bertembung satu sama lain dekat sini. Aku hanya fikir ala mereka berdua borak – borak biasa je tu. Aku tak panggil Arif pun aku terus je pergi dekat dorang berdua.

Dari jauh aku pasang telinga dengar dorang berdua bergelak sakan. Lagi aku bertambah terk3jut dengan cara pemakaian Lily yang tak cukup kain dan cuba merapatkan dirinya dengan Arif. Lily terk3jut ya bila nampak aku muncul pagi tu.

Terus dia menjauhkan diri dari Arif. Masing – masing seakan kalut dengan kehadiran aku tapi aku masih bersangka baik lagi masa ni. Yelah adik kandung sendiri kot. Takkanlah dia sampai hati nak ani4ya kakak dia sendiri.

Terus Arif bangun dan mengajak aku balik ke bilik. Katanya kenapa sampai k3jutkan anak kami semata – mata nak mencari dia. Dia dukung anak aku dan berlalu pergi ke atas meninggaIkan aku. Aku jadi b3ngang kejap dengan cara dia melepaskan kemarahan macam tu dekat aku.

Menuduh aku tergamak meng3jutkan anak aku semata – mata nak cari dia. Bukannya dia tak tahu anak dia sendiri dah biasa meragam waktu sebegini dan memang payah nak tidurkan balik. Kemuncak segalanya bila aku membiarkan sahaja ke mana Arif pergi dengan membawa anak kami bersama tanpa aku.

Sebab tu aku tak syak yang dia akan buat benda yang bukan – bukan kalau ada anak aku sekali bersama dengan dia. Aku fikir dia hanya membawa anak aku berjalan bersama dia sahaja. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali ya.

Ada satu hari tu sampai pukuI 10 malam dari 5 petang dia keluar bawa anak aku pergi berjalan katanya. Minta aku berehat dekat rumah dan jangan risau akan anak kami. Katanya dia nak aku berehat dengan tenang dan tak nak aku bertambah penat balik dari kerja.

Sebab tu la dia volunteer nak jaga anak aku bawa keluar dari petang sampai ke malam. Tak ke pelik dekat situ kan? Macam dia tak boleh ke jaga anak dekat rumah, kenapa sampai perlu bawa anak pergi keluar kalau betul dia nak tolong aku kan?

Bila aku tanya pergi mana je bawa anak kami, dia jawab bawa pergi makanlah pergi mana lagi. Dia boleh jawab macam tu je. Memang tak masuk akal la cerita dia. Aku perli lagi takkanlah dari petang sampai ke malam you bawa dia pergi makan je.

Dia boleh gelak ya tanpa memberi aku jawapan yang sewajarnya. Aku ingat lagi tarikh yang tak akan aku lupakan sampai bila – bila. Tarikh yang mengingatkan dan membuatkan aku tr4uma sehingga sekarang. Aku dapat panggiIan dari officemate aku yang mengatakan dia ternampak Arif dengan seorang perempuan muda masuk ke rumah.

Kebetulan dia duduk dekat taman yang sama. Katanya anak aku ada bersama dengan Arif dan perempuan tersebut sambil berpegangan tangan. Perempuan tu macam dia kenal tapi dia nak aku sendiri yang pastikan betul – betul.

Dia tak nak cakap lebih – lebih. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Apa yang dia buat belakang aku bersama perempuan lain dengan bawa anak aku sekali? Berpegangan tangan pula tu? Hahaha memang aku auto jadi tak keruan ya petang tu.

Kerja aku jadi tunggang langgang petang tu. Aku tak fikir lama aku terus jumpa big boss dan bagi alasan ada perkara urgent yang aku perlu selesaikan hari tu juga. Dapat je persetujuan aku terus gerak pergi balik ke rumah.

Kebetulan officemate aku cuti lama minggu tu, aku fikir apa tau dah Allah nak tunjuk kan memang semuanya kebetulan sahaja. Sampai je aku depan pintu rumah, hati aku dah mula tak menentu. Perasaan ingin tahu membuat aku terus masuk ke dalam mencari kelibat mereka berdua.

Depan mata aku sendiri aku dipertontonkan dengan kemesraan hubungan seperti suami isteri di antara Arif dan juga Lily. Ya Arif dan Lily. Aku terduduk kaku. Fikiran aku dah melayang entah ke mana. Hati aku dah berkecai saat aku dipertontonkan dengan drama mesra mereka berdua.

D4da aku s4kit yang teramat. Teramat s4kit sekali. Dengan separuh tidak berbaju dorang berdua terk3jut tengok muka aku terpacak depan pintu. Kelam kabut bangun membetulkan pakaian masing – masing. Aku menggigil menahan kemarahan.

Apa d0sa aku sampai suami aku dan adik kandung sendiri sanggup buat aku macam ni? Aku jerit sekuat hati pada Arif bertanyakan mana anak aku. Aku dah jadi separuh giIa petang tu. Walaupun hati aku s4kit yang teramat petang tu aku fikir anak aku dulu.

Aku mencari anak aku di setiap bilik dan k3jut dia yang sedang tidur dekat bilik utama. Anak aku cakap dia lapar. Kalau dah sampai dia cakap dia lapar, memang dia betul – betul lapar sangat la tu. Seharian Lily dengan Arif bawak keluar budak ni memang dua ekor tu tak bagi makan langsung ke apa??

Aku cukup menyirap dah masa ni. Kesian betul anak aku dibuatnya. Dia boleh tanya ibu okay? Laju lah air mata aku gugur bila dengar anak yang baru 5 tahun seakan mengerti apa yang tengah terjadi pada ibunya. Aku berlari melangkah keluar dari rumah kami, Arif apa lagi dok terkejar aku macam drama tamil. Minta aku dengar segala penjelasan dia.

Kau nak jelaskan apa lagi? Kau patut cuba minta maaf dengan aku walaupun aku tak akan maafkan kau dengan adik aku. Bukan minta aku dengar segala penjelasan kau! Memang dasar lelaki tak guna! Masuk je dalam perut kereta aku meraung sepuas puasnya.

Aku abaikan Arif yang dok tahan kereta aku. Aku cuba nak Ianggar dia. Siapa suruh degil sangat? Tapi terlepas sebab dia pandai mengelak. Akhirnya dia mengalah. Sampai hati mereka berdua tik4m aku macam ni. Jantung aku luruh seluruh luruhnya.

Aku gagahkan diri drive balik Seremban malam tu jugak. Aku tak fikir panjang dah masa tu. Apa yang aku tahu aku nak balik Seremban sebelum aku berniat nak apa – apakan diri aku. Memang aku tak boleh terima apa yang dah berlaku.

Adik perempuan aku weh. Adik perempuan aku dengan suami aku sendiri!! Kau cakap kat aku perempuan mana je boleh terima? Kalau kawan kau sendiri yang ada hubungan  dengan suami kita pun kita tak boleh terima, apatah lagi dari d4rah daging aku sendiri!

Aku menggigil teruk. Mereka dah kant0i pun masih mahu aku dengar penjelasan b0doh mereka! Allah sayang aku. Alhamdullilah aku selamat sampai ke Seremban. Perjalanan yang memakan masa tak sampai dua jam ke Seremban aku lalui dengan tangisan yang buat mata aku sembab teruk.

Ibu dan ayah pasti akan terk3jut tengok aku balik tanpa maklumkan kepada mereka berdua. Lagi mereka akan bertambah terk3jut bila tengok aku yang dah macam orang tak betul. Keluar je dari kereta aku auto menangis kaw kaw terkenangkan balik Arif dan Lily.

Aku meraung – raung depan pintu sambil dok ketuk pintu rumah bagai nak rak. Adik aku Fahad buka pintu dan terk3jut tengok aku macam aku ni bukan kakak dia. Muka dia tahan sedih tak lama tu Iris datang dan terus menjerit bila nampak aku dalam keadaan yang menyedihkan.

Dia tahu angkara Arif aku jadi macam ni. Aku tak cerita apa pun lagi dekat kakak aku tapi dia dah agak sebab apa aku jadi macam ni. Adik aku Fahad papah aku sambil sambil suami Iris dok call Arif tapi tak reti nak berangkat.

Ibu terduduk tengok aku jadi macam ni. Aku tak kuat tengok ibu jatuh terduduk bila tengok anak dia macam orang tak betul. Ayah menangis tengok anak dia jadi macam ni. Maafkan Rose ibu, ayah. Aku tak sanggup nak cerita pasal Arif dan Lily dekat mereka berdua.

Aku betul – betul risau masa ni. Kakak aku betul menyirap dah dia dengan Arif. Tapi kalau dia tahu pasal Arif dan Lily punca aku jadi macam ni, aku tak tahu apa kakak aku akan buat pada mereka berdua. Aku malas nak cerita yang selebihnya macam mana Iris tahu pasal Arif dan Lily tapi pagi tu masa Arif dan Lily balik ke sini, tak sempat Lily nak minta maaf, dia terima sedas peIempang m4ut dari Iris. Berjurai – jurai air mata dia.

Dia diam sambil pandang ibu dan ayah. Iris tak bagi Ibu dan ayah masuk campur. Mereka berdua dah tua dengan kesihatan ibu yang kadang kala tak menentu. Kali ni ibu dan ayah tak menyebeIahi Lily. Ayah cakap kau buatlah apa yang patut Iris. Ayah dah tak kuat.

Bimbang ayah yang pergi dulu nanti. Masa ni air mata aku dah start bergenang. Sump4h sedih sangat – sangat bila ayah cakap macam tu. Kakak aku pun aku tengok dia tahan dari mengalirkan air mata. Dia betul – betul meng4muk pagi tu.

Tak lama tu abang aku Fadli balik dengan kakak ipar. Habis je dia bersalaman dengan ibu dan ayah terus dia Iempang Arif tanpa banyak soal. Turun naik nafas dia masa ni. Takde siapa yang menghalang dari t4mpar mereka berdua.

Fadli p4ksa Arif bercerita dari mula sejauh mana mereka berhubungan dan sejak bila mereka buat kerja terkutuk tu. Katanya baru 6 bulan mereka rapat macam tu. Seboleh akal dia mengatakan tiada apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Tak semena mena kena lagi sedas peIempang dari Fadli. Meruap – ruap ya kepala otak aku dengar baru 6 bulan. Baru 6 bulan dia cakap hahahaha. 6 bulan tu jangka masa yang lama ya. Apa dia fikir 6 bulan tu baru 6 minit ke pada mereka?

6 bulan buat kerja macam tu belakang aku? Puih memang sump4h kelakar. Memang tak jadi pagi apa dah pagi tu. Fahad duduk tenangkan ibu dan ayah. Punyalah mereka berdua nak minta maaf dan cuba nak terangkan segalanya tak memasal kena peIempang lagi dari Fadli.

Aku masih tak boleh nak berhadapan dengan mereka berdua. Arif cuba datang dekat dengan aku merayu minta maaf dan minta aku bagi dia peluang kedua. Katanya dia menyesal dengan perbuatan terkutuk yang dia lakukan, dan dia tak mampu nak menduakan aku dengan sesiapa pun.

Dia nak aku seorang saja dalam hidup dia. Dia sayang aku lebih dari dia sayang diri dia sendiri. Aku salah dengar ke dia cakap macam tu? Aku hampir tergelak ya mendengarkan ayat yang keluar dari mulut dia. Apa yang dia katakan tu buat hati aku lagi bertambah perit.

Bukan lagi dapat menenangkan tapi lagi buat hati aku rasa perit seperitnya. Aku bangun dan terus Iudah tepat muka dia. Puas hati aku walaupun setakat Iudah yang dapat aku bagi dekat dia. Punyalah aku benci dengar kata – kata yang keluar dari mulut dia.

Baiklah. Sampai sini aku kongsikan mana yang patut aku ceritakan buat sekadar luahan dan minta kata kata semangat dari semua pembaca di sini. Sesungguhnya sehingga sekarang aku masih tidak dapat memaafkan perbuatan mereka berdua.

Lily pun aku langsung tak nak tengok muka dia sehingga ke hari ini. Kalau ada masa dan ada yang mahu aku menceritakan tentang apa yang berlaku selepas itu insyaAllah aku akan cuba melapangkan masa menyambung semula kisah aku.

Ambillah pengajaran dari kisah aku sebaik dan serapat mana pun seseorang tidak kira la kawan ke, saud4ra mara, apatah lagi adik beradik sendiri. Kalau dari awal korang dah rasa curiga dengan perlakuan di antara mereka berdua, janganlah korang mendiamkan diri dan seeloknya kita cegah dari ianya m4kin melarat.

Benda benda macam ni bukan tunggu kawan kita sendiri yang mengkhi4nati kita, adik beradik sendiri pun sanggup ya. Bukan setakat untuk para suami di luar sana. Para isteri pun perlu menjaga diri agar tidak terlalu rapat dan peramah dengan suami orang / adik beradik suami sendiri.

Tak perlulah nak terIampau peramah dan terlalu rapat sangat dengan suami adik beradik sendiri, adik beradik pun boleh buat kita apatah lagi kawan baik sendiri yang rata – rata banyak terjadi kes yang sebegini. Baiklah itu sahaja kisah dari aku yang dapat aku coretkan. Assalammualaikum. – Rose (Bukan nama sebenar)

Kome Warganet :

Siti Nursoleha Nawawi : Tu sebab kita dengan ipar.. tak kisah adik ipar lelaki ke.. abang ipar ke… tak kisah la dia tua or muda dari kita.. kita dengan dia kena jaga batas aur4t. Ramai selamba tak pakai tudung bila ada abang ipar / adik ipar lelaki.

Semoga Rose dan anak sentiasa dalam Iindungan Allah swt, dipermudahkan segala urusan dan bahagia di dunia dan akhir4t. Semoga jumpa pengganti yang lebih baik. Aamiin. Saya faham je kalau hubungan Rose dengan Lily tak seperti adik beradik dah lepas ni. Semua akan faham. Diam dan jauhkan je la.. supaya tak bermusvhan.

Ezaharyoni Bt Ahmad Kadri : Cerai adalah yang terbaik. Mereka berdua yang khi4nat tu takkan stop even mereka dah minta maaf dan berjanji konon – konon minta peluang ke-2. Jangan percaya pada janji orang yang pernah khi4nat. Bina hidup baru. Memang perit pada awalnya. Allah nak bagi yang lebih baik. Semoga dipermudahkan. Semoga ada pelangi indah selepas taufan yang melanda. Allah beserta dengan orang – orang yang sabar.

Siti Hajar Mohd Yusoff : Sebab tu Allah buat dengan ipar – ipar tak sama gender kena tutup aur4t. Sebab bila dengan nafsu ni, tak kisah la ipar muda ke tua ke, kalau tak dikawal memang jalan je. Semoga dipermudahkan urusan puan, InshaAllah Allah dah susun cantek semua.

Sarah Lisya : Bila jadi camni, yang terkesan sangat – sangat adalah ibu bapa Rose. bagi mereka, anak tetap seorang anak. ibu bapa telah diletakkan dalam situasi yang berat gara – gara rakusnya menantu dan adik perempuan Rose.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.