Suami ceraikan saya sebab ragu-ragu dengan status anak yang baru lahir gelap dan berbulu

Saya lahirkan anak tak cukup bulan ketika itu 33 minggu. Keluarga mertua persoalkan tentang warna anak saya sebab masa saya bersalin, anak saya agak gelap dan berbulu. Mertua mem4ksa suami menceraikan saya sebab saya menolak kehendak dia untuk jalani ujian DNA pada anak. Sekarang bila anak dah makin besar, putih dan comel, bekas suami dan mertua datang semula…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profile ye sebab saya pinjam fb kawan mintak tolong post kan.. Saya ada masalah sikit. Macam ni, saya berkahwin pada Nov 2016, dan selamat melahirkan anak sulung pada Nov 2018 pada usia kandungan 33 minggu.

Saya diceraikan suami pada Jan 2019. Anak saya tak cukup bulan, keluarga mertua persoalkan tentang warna anak saya sebab masa saya melahirkan, anak saya agak gelap dan berbulu. Doktor cakap itu normal sebab bayi kami tak cukup bulan tapi keluarga suami tetap persoalkan status anak dan suami pon meragui taraf anak kami.

Sepanjang perkenalan saya dan suami sehinggalah saya diceraikan, sekali pun saya tak pernah curang. Saya terp4ksa redha ketika mertua mem4ksa suami menceraikan saya sebab saya menolak kehendak dia untuk jalani ujian DNA pada bayi yang tak cukup bulan masa tu saya bukan takut tapi saya rasa saya tak perlu siksa anak saya kalau suami dah tak percayakan saya, lebih baik saya undur diri..

Ketika itu, keluarga saya banyak bantu saya uruskan anak, keluar masuk hospitaI dan urusan lain – lain. Sekarang puteri saya dah berusia 9 bulan. Alhamdulillah, dia dah banyak akal, mata dan hidung ikut suami.

Anak saya semakin hari semakin cerah dan tak berbulu macam mula – mula saya lahirkan. Sekarang ni bekas mertua dan suami kerap datang ke rumah mak ayah saya belikan mainan, makanan, bekalan pampers dan susu untuk anak saya.

Dan bekas suami ada bersuara ingin balik ke pangkuan kami tapi saya takut dan hati dah tak ade untuk terima balik keluarga dia. Macam mana mereka buang dan biarkan saya sendirian uruskan anak sehingga ibu bapa saya yang jauh kat utara terp4ksa datang bantu saya uruskan anak dan diri sendiri, mereka?

Tanya khabar pun tak, mak saya punya hati yang sangat mulia. Dia pujuk saya untuk maafkan suami dan terima dia balik tapi saya takut kalau benda yang sama berulang lagi untuk kali kedua. Hati saya masih ada rasa sayang tapi dend4m saya terhadap keluarga mertua, masih tak dapat saya buang..

Saya ada berbincang dengan mak untuk letak syarat pada bekas suami, kalau nak bersama kembali, saya tak mahu duduk dekat dengan keluarga dia.. Saya nak duduk sendiri dan jauh dari keluarga tapi mak meIarang sebab syurga suami ada pada ibunya.

Sekarang ni saya buntu, saya tak tahu apa yang perlu saya buat dan untuk makluman, penceraian saya tidak didaftarkan di pejabat agama sebab setelah dia lafaz taIak dalam telefon, dia terus tak hubungi saya atau keluarga dan tiba – tiba muncul balik selepas anak saya berusia 7 bulan lebih..

Komen Warganet :

Zalilah Amani : Pertama sis kena pergi pejabat agama kes cerai. Kedua. Fikir dan jaga hati diri sendiri dulu. Yang kena hadap diri sendiri dengan orang tu dan mentua. Tambah anak mak sangat. Kalau saya, sekali dia dah buang saya, saya tak akan terima dia buat kali ke-2 sedangkan saya tak bersalah dan tak pernah curang.

Kita berhak hidup bahagia. Apa gunanya bersama jika mentua masuk campur hal remeh temeh sedangkan suami tak pandai buat keputvsan sendiri.

Norfarariza Baharudin : Ko ni pon, bila cerai atau rujuk, kena la pegi pejabat agama untuk pengesahan. Jangan buat main – main hal bersangkutan nikah cerai rujuk ni semua. Tentang hal rujuk semula tu, memang tak la (itu kalau aku la). Dia dah fitnah (yang kemudian bertukar jadi h1na) kau, tak mengaku itu anak dia, siap suruh buat DNA test lagi?

H1na betul kau di matanya, macam tak ada kebaikan langsung kau ni pada matanya. Ambik masa fikir banyak – banyak kali nasihat mak kau tu. Tak semestinya hari ni mak kau nasihat, esok korang kena nikah semula, ye tak? Perkahwinan ni sampai m4ti (jika diizinkan Allah), susah jika salah sorang tak percaya pasangannya, boleh huru hara rumahtangga.

Nuur Awang : Saya setuju syarat awak nak tinggal jauh dari mertua. Awak berhak. Mak awak tak ada hak nak haIang kehendak awak itu. Dan suami awak tak jadi anak derh4ka kalau dia ikut syarat awak. Ramai jer anak tinggal jauh dari mak bapak.

Tak pelik pun. Asal tahu bila nak balik. Kalau jauh sangat, tak perlu kerap balik. Sekarang, tiap – tiap hari boleh berhubung dengan wasap kalau nak. Bab anak hitam dan berbulu tu, anak saya pun sama dulu.

Walau saya dan suami masing – masing berkulit cerah. Alhamdulillah, keluarga terdekat tak ada yang pertikai. Masuk 6 bulan ke atas, dah cerah macam anak cina plak. Alhamdulillah, gelap atau cerah, semuanya cantik ciptaan Tuhan. Manusia tak cukup akal jer yang sibuk – sibuk nak pertikai benda – benda yang bukan kuasa kita.

Mazenisamo Lynn : Jangan menyesal di kemudian hari, awak ! Baik jangan, Allah dah bukakan mata awak, tu melihat sikap sebenar suami awak dan family dia. Awak akan dih1na lagi, kerana suami awak jenis yang suke bertindak tanpa bukti, biar awak hidup dengan ibu bapa awak.

Allah ada tempat untuk memohon. Jangan sekali – kali awak patah balik dekat suami awak, awak menyesal nanti. Memang syurga suami di kaki ibu, syurga awak di kaki ibu awak setelah suami ceraikan awak.

Baik awak fikir masak – masak, tak ada yang m4ti pun, kalau tak kahwin, atau ditinggalkan suami. Percayalah, tak guna hidup dengan orang yang tak jujur dan ikhlas seperti suami awak sekarang ni, please move on la. Ingat masa awak ditinggalkan, siapa yang membantu awak.

Izaty Ibrahim : Tak mengaku tu anak dia, maknanya dia tuduh puan berz1na dengan lelaki lain la kan? Dalam hukvm dan dalam mahkamah, sump4h lian jangan main – main tau. Lagi besar dari taIak 3. Tapi sebab dia cuma tuduh dan tak bersump4h, maka tak pasti. Lebih baik puan laporkan cerai dan rujuk pejabat agama dulu. Jangan ambil mudah.

NurAz Wan : Senangnya jadi suami kan? Senang juga jadi mertua, bila curiga, terus cerai, tak pandang lagi dah. Camp4k terus tanpa fikir keadaan awak baru lepas bersalin, anak tak cukup bulan, kesusahan dan kesukaran semua itu.

Awak fikir kalau orang itu ada sikit sifat beIas ihsan di hati, mampukah dia buat begitu. Sementelah itulah manusia yang dia tiduri, yang dia beIai dan peIuk selama ini? Kalau saya, sebeIah mata pun saya tak akan pandang lagi orang macam tu.

Betul, anak wajib dengar cakap ibu, tapi ada kecuali, bila yang disuruh perkara yang salah. Sepatutnya suami beIa dan pert4hankan awak, sekurang – kurangnya kirim orang lain jaga awak, kalau takut maknya marah.

Tapi sikap dia dan ibunya, sama saja. Jangan awak beri peluang orang macam ini, sebab nyata dia tidak percayakan awak, dan tidak menaruh kasihan beIas juga pada awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.