Suami bawa betina tu ke mahkamah. Mata mak mertua merah tahan marah dan sembur betina tu, ayah mertua tarik tangan suami aku

Perempuan tu berdiri dengan wajah sombong, seperti tak bersalah langsung mer4mpas kebahagiaan orang lain. Mak mertua aku yang turut hadir nampak perempuan itu, matanya merah menyala dan dia tak mampu tahan..
#Foto sekadar hiasan. Part 1 : Mertua anggap aku macam anak, saat suami curang mertua tengking suami, menangis teresak-esak minta maaf. Lama aku bertahan. Salam semua. Tak sangka confession yang sebelum ni mendapat perhatian ramai.

Ramai yang memberi kata – kata semangat malah ada yang memanggil aku “kak long”. Terasa lebih dekat dan disayangi ramai. Terima kasih aku ucapkan. Aku cuma ingin meluahkan rasa agar dapat mengurangkan s4kit dan Iuka dalam hati ni untuk teruskan kehidupan.

Selepas aku keluar dari rumah bersama anak – anak, aku akhirnya nekad untuk menamatkan hubungan yang sudah lama m4ti itu. Suami aku telah mengh4ncurkan kepercayaan aku berkali – kali dan aku tidak mahu lagi hidup dalam bayang – bayang Iuka dan kecurangan.

Dengan hati yang berat, aku ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan khidmat nasihat. Peguam syarie yang membantu aku menjelaskan prosedur tuntutan cerai, terutamanya kerana alasan aku jelas, suami curang dan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami.

Aku mengisi borang tuntutan cerai bersama alasan yang kukuh. Aku turut melampirkan bukti – bukti seperti screensh0t perbualan suami dengan perempuan itu. Setelah proses tuntutan cerai, ada proses dipanggil proses suhl yakni mediasi.

Aku faham, pihak mahkamah cuba selamatkan perkahwinan selagi ianya masih boleh diselamatkan tapi jika hanya aku yang berjuaang dan perjuaangan aku tak dipandang, untuk apa aku teruskan perkahwinan ini. Mahkamah mengatur pertemuan untuk berbincang jika masih ada jalan perdamaian.

Tapi aku sudah nekad. Aku hanya mahu perpisahan, dan dia tahu aku tidak akan berundur. Pada hari perbicaraan, suami aku hadir. Tapi bukan itu saja. Dia datang bersama perempuan itu. Hati aku s4kit bagaikan dih1ris – h1ris tapi aku kuatkan hati dan buat diri kelihatan tenang.

Waktu dia melangkah masuk bersama perempuan itu, aku hanya mampu menahan air mata. Bukankah dia tahu ini soal perpisahan keluarga kami? Mengapa dia sanggup membawa perempuan itu, seolah – olah mahu menunjukkan kemenangan?

Perempuan itu hanya berdiri dengan wajah sombong, seperti tidak bersalah langsung mer4mpas kebahagiaan orang lain. Suami aku pula cuba membuat aku kelihatan seperti pihak yang lemah. “Awak ni tak habis – habis nak salahkan saya. Padahal kalau awak jaga rumah tangga elok, awak jaga saya dengan baik, semua ni takkan berlaku,” katanya dengan nada keras di depan hakim.

Masih dan tetap menyalahkan aku walau di depan mahkamah. Jelas memang tiada sikit pun rasa bersalah dan penyesalan. Tapi aku tidak meIawan. Aku hanya menjawab dengan tenang, “Saya dah buat semua yang termampu. Kalau itu masih tak cukup untuk awak, biarlah kita lepaskan saja.”

Mak mertua aku yang turut hadir dalam sesi itu hanya mampu menangis. Bila dia nampak perempuan itu, matanya merah menyala, dan dia tak mampu menahan kemarahannya lagi. “Kau tak malu ke datang sini? Kau dah h4ncurkan rumah tangga anak aku, sekarang kau datang nak tunjuk muka?!

Anak aku ni memang b0doh, tapi kau lagi h1na sebab sanggup rosakkan keluarga orang!” katanya lantang, meng3jutkan semua orang di mahkamah. Ayah mertua pula menarik suami aku ke tepi selepas sesi tamat. Aku tidak dengar apa yang dik4takan, tapi wajah suami aku berubah pucat.

Aku tahu ayah mertua aku kecewa. “Kau memang tak layak jadi suami Kaklong. Tapi jangan lupa tanggungjawab kau pada anak – anak!” katanya dengan tegas sebelum berlalu pergi. Saat suami aku melafazkan talak, dengan talak 1, terasa dunia aku gelap sejenak sebab yang dalam kepala aku saat itu adalah mengenangkan nasib anak – anak aku yang membesar tidak seperti anak – anak orang lain yang ibu ayah sentiasa.

Aku rasa terlalu berd0sa sebab aku tak dapat nak berikan itu untuk anak – anak ku tapi aku harap suatu hari mereka akan faham bukan ini yang aku minta, bukan ini yang aku impikan. Ibu sudah berjuaang sehabis baik. Ibu sudah berjuaang hingga ke saat akhir.

Mahkamah akhirnya memutuskan hak penjagaan anak – anak diberikan kepada aku sebagai ibu. Tapi, suami aku diberikan hak lawatan dan diminta memberi nafkah anak – anak secara berkala. Walaupun hati aku terIuka, aku tetap mahu anak – anak mempunyai hubungan dengan ayah mereka.

Aku selalu ingatkan anak – anak, “Ayah tetap ayah kamu. Apa pun yang berlaku antara ibu dengan ayah, itu urusan dewasa. Jangan ada benci pada ayah.” Selama hari ni aku tak pernah memburukkan ayah mereka di depan mereka.

Aku telan semua dan menangis saat anak – anak tiada. Aku tak nak anak – anak aku ada ‘bad image’ terhadap ayah mereka sebab bagi aku walau macam mana pun dia tetap ayah mereka. Tapi dengan kehadiran perempuan tu ke mahkamah, rosak segalanya.

Anak sulung aku, yang sudah mula faham situasi, bertanya, “Kenapa ayah pilih perempuan lain, ibu? Ayah tak sayang kita ke?” Soalan itu mengh4ncurkan hati aku. Tapi aku hanya memeIuk dia dan berkata, “Ayah sayang, cuma kadang – kadang orang dewasa buat keputusan yang salah.”

Anak – anak yang lebih kecil pula hanya mengikut rentak aku. Mereka masih mahu meluangkan masa dengan ayah mereka, dan aku tidak pernah sekalipun menghalang. Bekas duda aku masih menunaikan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah anak – anak.

Setiap bulan, dia menghantar wang tanpa gagal. Mungkin kerana dia tahu itu adalah satu – satunya cara untuk dia membayar sedikit dari kesalahan besarnya. Walaupun aku kini bergelar ibu tunggal, hidup aku jauh lebih tenang.

Aku tidak lagi perlu berdepan dengan kecurangan dan penipuan. Anak – anak aku adalah kekuatan aku, dan aku terus membina hidup baru untuk mereka. Mak dan ayah mertua masih menganggap aku seperti anak sendiri.

Mereka sering datang menziarahi aku, membawa makanan dan bertanya khabar. “Kaklong, mak tetap ada untuk kau,” kata mak mertua, dan aku tahu kata – kata itu ikhlas dari hati. Aku hanya fokus pada anak – anak dan kebahagiaan kami.

Aku percaya, biarpun perjalanan ini sukar, aku telah membuat keputusan yang betul untuk keluar dari kes4kitan itu dan memilih hidup yang penuh ketenangan. Kadang – kadang melepaskan itu lebih baik dari terus bertahan yang nantinya hanya akan memberi lebih banyak Iuka. Terima kasih yang membaca luahan hati. Doakan aku dan anak-anak hidup dengan lebih baik dan tenang. – Shima (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Faezah Kadri : First time baca confession sambil air mata berjujuran. Bukan sebab sedih tapi sebab kesal dengan laki tu. Kepada per4mpas, percaya la kau takkan dapat kebahagiaan dalam hubungan yang tak diberkati.

Norazlina Hazin Ina : Kak long jangan lupa tuntut harta sepencarian dan mutaah boleh la buat saving sikit takut nanti lepas kahwin dengan penyondol tu tertibaaa duit nafkah jadi kurang… tuntut nafkah anak dari mahkamah. Kak long kuat k percayalah yang pertama lebih baik dari yang kedua. Semoga dipermudahkan bertemu jodoh bujang yang baik malah lagi baik dari yang pertama.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.