Setiap kali suami outstation, aku berdoa supaya m4yatnya sahaja yang akan dibawa pulang

Aku seorang jururawat dan suami seorang t3ntera. Setiap kali aku kerja syif malam, suami call dan whatsapp tengking – tengking aku sebab anak taknak tidur dan menangis. Sehingga masa dia ditugaskan ke luar negara, anak kami meninggaI dunia. Dia balik menangis-nangis. Semua orang kesiankan suami, pujuk dia..

#Foto sekadar hiasan. Aku merupakan seorang anak, isteri dan ibu. Sudah berkahwin selama hampir 13 tahun tapi perkahwinan itu bukanlah satu kehidupan yang bahagia buat aku. Suami aku t3ntera, boleh dik4takan setiap bulan akan pergi oustation.

Jadi aku sendirian akan uruskan anak dan dalam masa yang sama aku juga seorang jururawat. Sebelum berkahwin, suami janji akan sewa rumah yang kedudukannya di tengah – tengah antara tempat kerja aku dan dia. Tapi lepas kahwin akhirnya kami duduk di kuarters saja yang mana tempat keje dia hanya 100 meter dan tempat kerja aku 60km. Sebabkan sayang aku setuju.

3 bulan pertama aku duduk di rumah mak dulu tapi bila dah mengandung aku duduk di kuarters. Masa tu tak ada lesen memandu lagi. Suami janji nak hantar dan ambil ke tempat kerja tapi hanya seminggu saja. Lepas tu, dia suruh aku naik bas sendiri, alasan penat.

Jam 4.30pagi aku dah keluar rumah naik bas. Suami hantar ke stesen bas dan terus pulang ke rumah, nak sambung tidur. Aku pun sendirian dengan mengandung tunggu bas yang akan mula bergerak jam 5 pagi. Itulah rutin aku.

Bila balik kalau ada tempat kosong duduk la, kalau tak ada berdiri la 3 jam nak sampai rumah. Kadang – kadang tak ada orang bagi duduk, aku duduk saja tengah bas tu. Suami m4kin lama per4ngai berubah.  Mula tengking – tengking aku.

Ada saja yang tak kena.. Dalam pantang aku dapat tangkap yang rupanya dia dah lama menjalin cinta dengan ex girlfriend dan nak kahwin. Tapi dia menyesal dan janji nak ubah. Bila ditanya kenapa curang, semuanya salah aku.

Dia curang sebab aku ni tak mesra dengan kakak – kakak dia dan selalu masam muka. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku redha saja.. Tapi usia anak pertama tak panjang, anak aku meninggaI dunia. Masa anak pertama tu s4kit, suami aku sibuk nak bertugas ke luar negara.

Aku malas nak bertekak, sebab apa – apa nanti semua salah aku. Maka aku juga sendirian jaga anak yang s4kit. Aku buntu sangat masa tu. Aku sebenarnya tak tahu nak buat apa tapi aku diam saja. Merata – rata aku bawa anak tu tapi aku tak tahu.

Akhirnya anak aku pergi.. Balik la suami aku tu menangis – nangis. Sikit pun dia tak tanya aku ni macam mana. Semua orang masa tu hanya cakap kesian suami aku. Semua orang hanya cuba nak tenangkan dia. Aku pun terp4ksa pura – pura kuat.

Sebulan saja cuti dia pun balik semula ke luar negara. Bila dah sendirian aku pun buka komputer jumpa YM suami. Aku terbaca mesej – mesej dia dengan macam – macam perempuan. Termasuk la fb. Mesej berbaur Iucah, bila lihat tarikh semuanya ketika dia di luar negara, bila di tanya..

Tetap salah aku kerana jarang berkomunikasi dengan dia. Walhal ketika itu aku ni tengah berper4ng dengan diri sendiri bersama anak yang s4kit tapi tu la salah aku. Masuk anak kedua, sekali lagi suami ditangkap bercinta kembali dengan ex gf (wanita yang sama).

Kali ni aku tekad, aku  beritahu semua ahli keluarga tapi sebab suami aku ni raut wajah dia lembut, orang tak percaya dengan apa yang aku cakap. Tapi macam biasa dia rasa menyesal tapi macam biasa curang sebab salah aku.

Pelbagai kaunseling peribadi aku hadiri kerana tertekan. Tapi tula aku tetap beri dia peluang. Lama juga suami jarang – jarang marah dan tengking aku. Rasa tenang sikit. Tapi dapat anak ke 3, aku memang tak boleh tahan. Bila aku kerja malam, dia akan call dan wasap tengking – tengking aku sebab anak tak nak tidur dan menangis.

Bayangkan setiap kali kerja malam, itu yg aku kena lalui. Aku tak minat nak g4duh mulut dengan dia. Aku tak pernah nak Iawan bila dia caci m4ki aku. Dia tak pukuI. tapi mulut dia lebih t4jam dari pis4u. Akhirnya aku mengalah ambil keputvsan tukar tempat kerja dan dapat office hour.

Dulu bila suami kerap menengking dan mengh1na aku akan terus cek wasap dia sebab aku tahu dia ada perempuan lain dan benar firasat aku. Tapi kali ni aku dah tekad, aku tak mahu ambil tahu tentang hidup dia. Aku hari – hari berdoa supaya dia keluar negara atau m4ti saja.

Sebab itu saja cara yang boleh aku fikir nak lari dari dia. Ada saja tak kena di mata. Aku balik kerja 60km, lepas tu nak kena hadap caci m4ki. Rumah sepah katanya, sampai dia rasa geli nak duduk. Toilet berkulat. Aku kalau ikutkan hati mau saja t3mbak mulut dia.

Tapi tula masih w4ras. Akhirnya kemuncak ketika hari raya. Waktu aku nak bersalam. Pandangan tu aku memang tak boleh lupa. Jijiknya aku kat mata dia. Salam aku pun dia tak nak. Masa tu aku rasa h1na sangat. Dua hari kemudian tiba – tiba wasap aku tengking – tengking kata aku ni masa raya sibuk berborak dengan orang.

Pastu memekik melolong nama anak. Tengok pun tak. Salah aku lagi. Sebab tu rupanya dia jijik dengan aku. 3 hari kemudian dia bagitau dapat offer pergi oversea. Aku bersyukur sangat dan terus aku siapkan diri. Aku beritahu semua orang yang aku nak bercerai tapi mak aku sendiri tak percaya yang suami aku ni lelaki giIa.

Sekarang aku masih tunggu suami aku tu balik dan sign surat untuk teruskan proses cerai. Atas nasihat peguam aku, dia setuju untuk selesaikan dengan cara baik. Tapi tula aku tak pernah percaya janji dia. Mak aku dah buang aku.

Aku pun memang jenis tak suka nak cerita kat orang. Tapi aku dah sampai tahap nak pecah otak sebab tu aku kena menulis. Semua orang nampak suami aku ni rajin masak, jaga isteri dalam pantang, aura muka lembut tapi realitinya aku yang rasa ner4ka tu.

Memang tiada pend3raan fizikaI tapi mentaI aku sudah tak boleh tahan sampai hari – hari setiap kali dia oustation aku harap m4yat yang balik. Tapi sampai sekarang dia sedikit pun tak rasa yang dia ada salah pada aku. Di mata orang aku mengada – ngada.

Salahkah aku pert4hankan diri aku kerana aku rasa kalau aku teruskan perkahwinan ini aku akan jadi giIa. Pert4hankan hak aku sebagai manusia. Nak hidup tenang dan bahagia. Nak besarkan anak aku dalam kehidupan yang normal. – Jannah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fazidah Abdul Kadir : Allahu, hanya yang dah merasa berulang 60km saja yang faham. Memang teruk kena berulang jauh dalam keadaan lemah, naik kend3raan awam pulak. Suami awak memang tak bertanggungjawab.

Awak yang rasa so awak berhak buat keputvsan yang awak rasa betul, abaikan je orang lain nak kata apa asalkan lepas ni dia dah tak boleh s4kiti awak lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan tt.

Erni Abu Bakar : Kuatkan semangat, sayangi diri sendiri kerana diri kita juga berhak untuk bahagia, insyallah hidup puan akan menjadi lebih tenang, lebih selamat jiwa dan raga berseorangan daripada sentiasa murung, s4kit jiwa ketika bersuamikan lelaki camni. Perjalanan masih panjang, semoga puan tabah, kuat dan sentiasa berada dalam jagaan Allah.

Sue Saidi : Kamu layak untuk bahagia. Pedulikan manusia lain, berserah pada Allah. Allah ada bersama – sama orang yang ditindas. Teruskan usahamu, inshaAllah bahagia pasti jadi milikmu. Kamu buat keputvsan yang betul, yang bersama lelaki itu kamu, bukan orang luar jadi kamu lebih tahu. Cukuplah 13 tahun tersiksa bukan tempoh yang pendek. Saya doakan kamu sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.