Jangan Biarkan Ibu Ayah Menangis
#Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum.
Nama saya Janna, berumur 21 tahun. Saya masih belajar di sebuah IPTA. Saya anak bongsu daripada 4 beradik. Abang kakak saya semua dah berkeluarga dan saya masih single.
Okay back to tajuk, Jangan Biarkan Ibu Ayah Menangis. Saya ada dua orang abang dan sorang kakak. Mereka bekerja sebagai pegawai kerajaan, businessman dan pensyarah. Alhamdulillah semua mempunyai kerjaya yang baik dengan didikan ibu ayah untuk mereka. Saya selalu beranggapan bahawa abang kakak yang mempunyai kerjaya baik ini akan bantu ibu bapa saya di kelak hari. Tetapi saya salah. Mereka hanya bijak di atas kertas dan bijak di atas title pegawai kerajaan, businessman dan pensyarah. Mereka hanya berjaya di dalam career masing – masing dan bod0h dalam kehidupan. Mereka sering menabur janji dan harapan palsu pada ibu ayah. Kasih ibu ayah yang membesarkan mereka, mendidik mereka, menyediakan kemudahan pelajaran sehinggakan mereka berjaya dalam mencapai cita cita dan impian kerjaya masing masing hanya tercatat di dalam otak mereka bukannya disematkan dalam hati.
Sejak abang dan kakak mempunyai kerjaya yang berjaya, mereka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai anak untuk membantu ibu ayah dari pelbagai segi bantuan, lupa untuk membaIas jasa ibu ayah pabila besar pabila senang, lupa untuk berbakti kepada ibu ayah selagi mereka masih hidup di muka bumi ini, lupa untuk mengembirakan hati ibu ayah sebagaimana ibu ayah memgembirakan anak anak sewaktu kecil yang kakinya sebesar tapak tangan dan kini sebesar gajah.
Abang dan kakak jarang balik ke rumah ibu ayah sejak mereka bekeluarga dan bekerjaya. Mungkin mereka sibuk dengan kerja, tapi tak mungkin ketiga tiganya sibuk sehinggakan pulang ke rumah pada hari raya dan cuti panjang sahaja. Boleh dikatakan dalam setahun tu adalah dalam 2, 3 kali mereka balik ke rumah ibu ayah untuk jenguk ibu ayah. Kadang kadang saya terpikir apa masalah abang dan kakak sehinggakan mereka sanggup tipu ibu ayah mengatakan yang mereka akan balik ke rumah pada cuti sekolah sebaliknya mereka pergi melancong tanpa pengetahuan ibu ayah.
Paling sedih mereka pergi travel sudahlah tak bagitahu pada ibu ayah, menjemput pun tidak, hanya beri cenderahati key chain sahaja. Dulu sewaktu abang kakak masih belajar mereka selalu kata yang bila dah ada kerjaya mereka nak bawa ibu ayah melancong, nak bagi duit pada ibu ayah, nak bagi kesenangan pada ibu ayah, nak bla bla bla bla. Itu semua janji kosong. Janji dan harapan palsu yang membuatkan ibu ayah selalu berendam air mata pikirkan anak anak yang dah “berjaya”. Sudah lah jarang balik ke rumah, jarang jugak kirimkan wang pada mak ayah. Mereka lupa. Mereka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai anak.
Mengenai kehidupan mewah mereka yang bekerja bagus dengan pangkat yang tinggi dan gaji yang tinggi , ke hulu ke hilir travel sana sini, shopping tak ingat diri tu semua adalah rutin harian abang kakak saya. Ibu ayah tahu tentang rutin harian mereka sebab setiap apa yang mereka buat mereka akan post dan upload sana sini tentang kemewahan mereka sedangkan ibu ayah di rumah tak merasa kemewahan yang anak anak “berjaya” mereka ada. Ibu ayah hanya lihat kehidupan anak anak “berjaya” mereka dalam fb sahaja. Setiap kali abang kakak pergi travel dengan keluarga masing – masing, ibu ayah selalu kata kat sana yang ibu ayah teringin nak pergi ke tempat yang abang kakak pergi. Saya sedih. Sedih pikirkan abang dan kakak saya. Sanggup mereka biarkan ibu ayah menangis melihat kemewahan mereka sedangkan mereka tak pernah merasa sedikitpun kemewahan anak anak sewaktu awal mereka berjaya sehingga sekarang.
Saya pernah tegur abang kakak mengenai tanggungjawab mereka pada ibu ayah. Saya cerita pada mereka yang ibu ayah rindu abang kakak untuk pulang rumah jenguk mereka, pulang bawa cucu menjenguk atuk dan nenek mereka. Malah abang kakak marah saya, mereka kata pada saya masih kecik tak paham dan tak lalui mereka yang dah mempunyai kerjaya, keluarga dan komitmen. Saya sedih setiap kali saya pikir mengenai ibu ayah saya. Ibu ayah semakin tua dan mereka tidak dapat merasa kesenangan anak anak yang berjaya dengan hasil didikan dan kasih sayang yang ibu ayah beri sejak kecil lagi.
Buat abang dan kakak, ingat lah bahawa ibu dan ayah adalah insan yang tiada gaIang gantinya. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan ke hulu ke hilir mengusung kita dengan kasih sayang, ayah yang berhempas pulas mencari rezeki demi membesarkan anak anak agar berjaya dalam kehidupan. Sewaktu kecil ibu dan ayah membahagiakan kita, meIindungi kita, menjaga kita ibarat menatang minyak yang penuh. Namun kenapa sekarang pabila kita dah berjaya kita tak mampu membahagiakan mereka, meIindungi mereka dan menjaga mereka. Ingatlah duhai abang dan kakak. Bila kita dah pandai, jangan sesekali lupakan ibu ayah. Bila kita dah berjaya, jangan lupakan ibu ayah. Bila kita dah senang, jangan lupakan ibu ayah.
Ingat duhai abang, anak lelaki walaupun dah bernikah sudah berkeluarga tanggungjawabmu pada ibu ayah tetap yang utama. Ingat duhai kakak, anak perempuan walaupun dah bernikah dan suamimu adalah yang utama namun jangan dilupa ibu ayah ayah yang mendidikmu sehingga kamu dilepaskan pada suamimu. Berbaktilah kepada ibu ayah selagi mereka masih ada bersama kita. Tolong jangan sesekali abaikan ibu ayah. Sayangilah mereka, horm4tilah mereka, jagalah mereka dan bahagiakan lah mereka selagi mereka ada bersama kita. Baliklah ke rumah jenguklah ibu ayah, mereka teringin nak luangkan masa bersama anak cucu mereka, bagi yang stay jauh tu call lah ibu ayah walaupun dengar suara je dah dapat gembirakan hati mereka. Bersyukurlah kita yang masih mempunyai ibu ayah kerana redha mereka masih bersama kita, doa mereka yang jadi senj4ta yang meIindungi kita. Ingat, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah. Bagi ibu ayah yang dah meninggaI dunia, sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka, jadilah anak soleh dan solehah yg sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Amin
– Janna
Perkongsian ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada anak-anak di luar sana yang mungkin terlupa dan terleka dengan kesenangan dan kemewahan yang telah dicapai. Hingga ibu bapa yang banyak berjasa dan berk0rban dilupakan. Jangan tunggu sehingga kedua ibu bapa kita telah tiada, ketika itu penyesalan sudah tidak ada gunanya. Sayangi dan hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada.