Setelah 2 minggu mengajar pelajar tingkatan 5, saya perasan setiap hari ada hadiah atas meja. Mula – mula saya buat tak tahu, rupanya seorang pelajar lelaki top student yang bagi hadiah dekat saya. Saya ni dulu hati besi tapi kenapa sekarang hati saya berbunga..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ini adalah kali pertama saya menulis di sini dan maaf sebab saya tak berapa pandai menulis. Minta maaf kalau ada kesalahan tatabahasa dan sebagainya. Sebelum saya bercerita tentang kisah murid saya, saya ingin bercerita tentang peribadi saya dulu.
Boleh panggil saya Na. Saya berumur 27 tahun. Saya kem4tian ayah ketika kecil lagi dan sejak itu, saya berusaha keras untuk capai pencapaian terbaik supaya saya dapat provide untuk family saya. Saya top student baik di sekolah mahupun Universiti.
Saya pelajar yang menerima scholarship. Setelah tamat belajar dan menggenggam ijazah kelas pertama di salah sebuah universiti awam pada umur 22, saya sambung Master di salah sebuah universiti awam juga dan grad dengan pointer hampir 3.9.
Pada tahun terakhir saya master, iaitu pada umur 24 tahun, saya apply bekerja di salah sebuah sekolah swasta dan dapat bekerja di sana. Pada waktu tersebut juga, saya juga mengambil kesempatan untuk membuat Diploma Pendidikan.
Saya sudah pun mengajar di sekolah menengah selama 3 tahun. Dan tahun ini, saya ditugaskan untuk mengajar murid Tingkatan 4 dan 5. Tahun sebelum ini, saya hanya mengajar Tingkatan 1 dan 2, tetapi disebabkan guru tingkatan 4 dan 5 sudah berpindah, maka saya ditugaskan untuk mengajar kedua – dua tingkatan tersebut.
Setelah seminggu dua saya bekerja, saya dapati beberapa hadiah di atas meja guru saya. Dan ada beberapa buku yang saya tanda, saya dapati ada love dan nama saya di dalam love tersebut. Untuk pengetahuan semua, saya seorang yang sangat berhati kering.
Ketika di sekolah dan universiti pun ada beberapa orang yang suka pada saya. Tetapi disebabkan saya memikirkan keluarga saya, dan saya ingin membahagiakan mereka, maka semua yang confess, saya reject. Waktu saya menerima surat – surat cinta dari student, saya anggap itu crush biasa je.
Kalau tak dilayan, mereka akan move on juga. Tetapi, ada seorang murid Tingkatan 5, yang membuatkan saya agak curious. Dia merupakan best student di sekolah. Dia tidak seperti yang lain, yang menconteng bukan – bukan dalam buku latihan dan menghantar surat – surat cinta.
Dia meletakkan satu hadiah sehari atas meja saya. Tidaklah terlalu mahal hadiahnya. Harga RM1 – RM2 sahaja. Macam hari ini saya dapat 1 sachet Nescafe. Hari semalam 1 Kitkat. Hari sebelumnya biskut. Sebelumnya, sekuntum bunga.
Kawan – kawannya mengatakan dia sukakan saya tetapi saya sendiri tak pernah dengar dia cakap apa – apa. Jadi, saya nak tolak cinta dia pun, macam pelik sebab dia tak pernah luahkan pun. Saya pernah melarang dia untuk memberi hadiah.
Tetapi dia kata, ini tanda penghargaan dia dan hadiah – hadiah itu murah – murah sahaja. Tanpa henti, setiap hari, ada sahaja yang diletakkannya di atas meja. Pada mulanya saya biasa sahaja, tetapi sekarang, saya selalu rasa teruja untuk datang ke sekolah dan lihat apa yang ada di atas meja.
Sebelum ni saya ingat hati saya sangat ‘keras’ untuk benda – benda macam ni tapi akhirnya saya hanyalah seorang wanita biasa yang akan rasa bahagia, teruja bila ada sesorang yang suka pada saya. Jujurnya ada rasa happy tapi dalam masa yang sama saya sedih dengan perkara ni.
Saya sangat suka mengajar. Ini adalah impian dan cita – cita saya sejak dari kecil. Dan saya tahu etika seorang guru tidak membenarkan saya jatuh hati pada murid. Lebih – lebih lagi perbezaan umur kami 10 tahun. Tapi hati saya berbunga – bunga.
Saya memang tak nak pursue apa – apa relationship sekarang, and I’ll rethink about it again once he confesses and he’s at an eligible age. Saya kadang – kadang rasa kecewa dengan diri sendiri sebab ada perasaan macam ni dekat pelajar saya sendiri.
Saya nak tanya pada semua, adakah normal utuk saya ada perasaan macam ni? Dan kalau saya ignore perasaan ni dan layan dia sebagai guru sepertimana yang saya memang buat sekarang dan sebelum – sebelum ni, adakah saya masih lagi bersalah sebab ada perasaan macam ni? – Na (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sharifah Zuraiha : Sis… i think im eligible to answer u because i was in ur shoes. Bezanya saya tidak dihimpit perasaan seperti ini masa jadi guru. Saya benar – benar anggap semua students saya adalah anak murid saya. Tiada lebih tiada kurang.
It came selepas dia habis belajar di sekolah dan saya pula berhenti jadi cikgu dan sambung master. Dia pula sambung degree perubatan di oversea. So basicly kami jadi sama taraf. Yes beza umur tapi level kami hanpir sama sebab sama – sama dah jadi students.
Kami berhubung via chatting online saja. Di situ semua bermula. Baru saya tahu he had crush on me masa saya mula mengajar di sekolahnya dulu. Jadi serius bila saya mula kerja bidang oil & gas dan dia pun mula kerja bidang perubatan.
Masing – masingdah stabil baru berani dia melangkah ke fasa seterusnya, despite our differences masa mula – mula kenal dulu. Lama juga tu dari fasa sekolah ke fasa kerja tapi terbukti bahawa kalau dah jodoh, takkan ke mana.
Siti Khadijah D’Jah : Guru mesti lebih matang dan tunjuk em0si stabil daripada murid. Ucap terima kasih saja sambil senyum dan gurau selamba mungkin dapat memberitahu sebenarnya cikgu tak berasa apa pun. Kalau dah terover berasa cikgu jagalah baik – baik etika perguruan, kadang – kadang budak sekarang nak test market saja atau tertarik cikgu sifat keibuan atau mirip keluarganya, mereka terdedah berbagai saluran baik dan tak baik.
Tugas cikgu bukan saja mengajar tapi secara langsung merasionalkan pemikiran murid dan tak terikut cara hindustannya tu. Bab jodoh, walau terpisah jauh jodoh tertulis memang berjumpalah juga. Jika tak, itu hanya kenangan manis untuk mengelamun.
Bibi Izzatul Sheikh Rahimullah : Let it be like this sampai dia habis belajar.. JANGAN BUAT APA – APA.. Takut em0sinya terganggu, budak pandai tu dan if u proceed, adalah SALAH dari segi etika perguruan. SABAR.. if dah jodoh, tak kan ke mana. Bagi dia habis belajar, kerja and keep in touch. If u still single, dia single.. dan masa ni, dah tak ada halangan dah.. boleh proceed je.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.