Seronok dapat gaji 3500, aku enjoy kad kredit sampai hutang jadi 40k. Aku pinjam ahl0ng, aku bagi kad bank sebab terdesak

Patutnya lepas dah setel hutang credit card, aku p0tong tapi aku pergi guna lagi sampai jumlah max 9k. Aku tak tahu s3tan apa yang rasuk aku. Sekarang total hutang aku 40k, gaji aku tak mampu nak bayar. Satu je jalan aku nampak, mungkin terp4ksa jual diri nak bayar hutang..

#Foto sekadar hiasan. Hi, tajuk nak gempak. Siapa yang pernah tengok movie tau kot reference green scarf tu. Sekarang benda ni berlaku dekat aku. Disebabkan keb0dohan aku masa zaman muda dulu, aku sekarang da hampir jadi giIa sebab memikirkan pasal hutang yang mungkin membuatkan aku hilang akal kejap lagi. Aku dah macam orang lain.

Serba ringkas tentang latar belakang aku, lepas je habis belajar, grad alhamdulillah dapat kerja. Gaji tahun pertama aku RM3200. Pada masa tu tak banyak tapi sederhana dan cukup untuk seorang bujang. Tapi sebenarnya RM3200 tu kira banyak la untuk fresh grad kan.

Lepas tu dapat pulak sewa rumah dengan kawan – kawan aku yang sekepala. Aku akui masa muda dulu sangat – sangat tak pandai menyimpan dan sangat tak ambil tahu pasal masa depan. Langsung tak fikir yang aku ni kena simpan duit untuk maintainance kereta, roadtax ataupun kos medical, kos kec3masan.

Setiap bulan aku akan habiskan duit gaji, sampai ada satu tahap ada 100 je nak bertahan untuk 1 minggu, Ini tak termasuk duit minyak dan tol nak pergi kerja. Dijadikan cerita kereta aku pulak ada masalah dan kena bayar RM1000 untuk kos kereta.

Masa tu memang dah buntu dan malu nak mintak mak ayah. Disebabkan terdesak aku terus apply kredit kad cimb. Lepas dah selesai masalah kereta, entah macam mana aku jadi giIa, aku pergi beli tv dengan kad kredit tu, dalam bulan yang sama.. Maka hutang aku pon bertambah.

Selama 3 tahun, aku buat per4ngai sama, tak simpan duit, boros beli itu ini. Tambah pinjaman untuk cover hutang lain. Aku tak perasan, langsung takde kesed4ran. Sampailah ada satu tahap, aku ada hutang kredit kad cimb RM9000, hutang pinjaman personal RM6000 dan hutang pinjaman ‘berlesen’ a.k.a AH LONG.

Sangat – sangat lah b0doh, aku sampai sanggup bagi kad bank dekat ahlong tu sebabkan terdesak nak duit. Pada masa itu, aku macam rasa dah takde harapan, buntu tak tau nak setel hutang macam mana. Tak berani bagitau mak bapak sendiri sebab malu dan takut kena marah.

Dengan bestfriend pon aku tak bagitau. Sampailah dapat mesej dari RHB untuk tawarkan aku debt consolidation. Aku pon try apply sebab dalam kepala aku mungkin boleh bantu kurangkan komitmen dari RM1000 setiap bulan kepada RM500++ sahaja.

Tapi dengan keadaan rekod kredit aku yang teruk (oh by the way, ayah aku nak beli kereta honda under nama aku, dia bayar RM900 setiap bulan tapi aku tak bagitau dia pasal aku terlalu banyak pinjaman). Jadi aku tak tau la loan tu boleh lepas ke tak.

Nak dijadikan cerita, loan tu lepas. aku dah macam happy giIa sebab rasa macam hilang sikit beban hutang aku. Sepatutnya lepas dari tu aku insaf la kan. Tapi korang tahu tak apa yang aku buat, RM 9000 kredit card cimb yang aku sepatutnya p0tong lepas dah clearkan tu aku pergi guna lagi.

Aku guna macam orang giIa, guna sampai max. Ya Allah sumpah aku tak tau aku dirasuk s3tan apa sampai jadi camtu. Sumpah aku rasa kalau boleh putar balik ke masa lalu, aku nak pergi tarik nyawa sendiri je sebab rasa tak guna sangat.

Umur dah masuk 30 series tapi per4ngai macam h4ntu. Sekarang aku ada hutang berjumlah hampir RM40K dan Gaji bersih aku hanyalah 3500 dan aku perlu gunakan separuh daripada gaji aku untuk bayar segala hutang.

Itupun aku tak dapat nak cover hutang bank yang dah tertunggak beberapa bulan. Aku buntu nak settlekan hutang dan sampai ada fikiran jahat dan berd0sa. Sampai tahap rasa macam mungkin patut aku jual diri  je untuk settlekan hutang – hutang aku ni.

Aku dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Kepada adik – adik yang sedang belajar, baru bekerja tolong jangan contohi akak. Hidup akak macam dah terlambat nak diselamatkan. Bila uols masuk kerja nanti, tahan diri dan kalau kawan beli benda mahal, tahan diri jugak dari nak ikut dia.

Kalau boleh asingkan diri dari kawan asingkan je. Mereka mungkin berduit, anak orang kaya, jadi ukur baju di badan sendri. Tak payah keluar sana sini. Selamatkan duit korang. Sorry, entahlah mungkin aku tak patut masuk campur tetang pengurusan duit korang.

Hurm.. korang enjoy la duit korang cuma berpada – padalah… Hidup akak da terlalu terlambat untuk diselamatkan. Korang masih muda, masih boleh elakkan benda tu dari terjadi. Sekian – The girl with 40k loan /  The girl with the green scarf (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Arni Harliana Adnan : First, pergi ke AKPK. Kalau tak nak AKPK, settle pinjaman paling kecil dulu, tak kira berapa RM installment dia. Pinjaman yang lain tu bayar minimum. Pinjaman yang paling kecil bayar paling banyak yang mampu (please ensure ada duit makan, belanja seharian).

Ni namanya snowball effect. Habiskan kecik dulu, then t4rget yang besar. Bila dah settle credit card tu, sila terminate. Kalau tak mampu jugak nak terminate, just maintain satu saja and reduce limit ke 2k to 3k just in case em3rgency.

Jangan pegang banyakkk credit cards. Susah nak monitor spending habit nanti. Then try pulak bayar full amount every month. Set dalam kepala kena bayar full amount. So nak swipe tu autom4tic akan fikir kemampuan nak bayar balik nanti.

Kalau teringin nak beli apa – apa, buat sinking fund. Set t4rget bila nak beli dan amount yang diperIukan. Menabung sampai cukup, baru beli. Boleh set tabung maya dalam mobile banking. Memang susah nak buat, sebab ni semua habit. Susah, tapi tak semestinya tak boleh. InshaAllah boleh. All the best sis

Amirah Yazan : Lupuskan kad kredit awak. Lepas tu settlekan hutang dan hidup dengan gaji yang ada ja. Kalau nak beli satu barang baru awak buat la satu keje part time lain yang boleh cover kos barang yang awak nak beli tersebut TANPA sentuh duit gaji semasa.

Dalam masa sama setiap kali gaji buat simpanan dulu atleast rm100. Takde duit nak simpan? Jual apa – apa barang yang bernilai yang awak ada yang boleh jadikn duit semula. Rasa parah lagi boleh pi AAPK.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.